Diakui masak kari bukan semua pandai menyediakannya. Terkadang kuahnya cair, rempah karinya tidak terasa, warna kuahnya pucat, terlalu berminyak dan macam-macam lagilah masalah yang menyebabkan kari yang dimasak tidak enak rasanya.

Jadi di sini dirangkumkan petua nak jadikan kari yang dimasak terlajak sedap untuk dicuba. Tidak dengan itu, bagi yang teringin makan mi kari pula, ada juga petua nak jadikan kuahnya sedap berkrim. Nak tahu lanjut, jom semak bagaimana caranya.


Petua Masak Kari Terlajak Sedap

1.Kuantiti Minyak
Hendak menumis kari yang anda kena tahu minyaknya kenalah banyak, bukan setakat dua sudu besar sahaja. Tambahkanlah sedikit lagi supaya timbul minyaknya ketika anda masukkan santan. Minyak yang banyak bukan saja nampak cantik tapi rasanya pun lebih sedap.

2. Hirisan Bawang
Setengah orang suka kisar atau tumbuk bawang semasa menumis kari. Boleh sahaja kesemua jenis ini namun kalau anda hendak tahu, rasanya berbeza-beza. Yang
perlu anda tahu, hirisan bawang merah, bawang putih atau halia perlu ada supaya menaikkan rasanya ketika menumis. Cukup hanya dihiris dan biarkannya layu.

3. Tumis Rempah

Perlu juga menggoreng serbuk kari hingga pecah minyak. Oleh itu pastikan digoreng lama dan seelokkan hingga berumah warna tumisan menjadi gelap. Namun pastikan jangan hangus, oleh itu minyak perlu lebih ketika menggoreng serbuk kari ini.

IKLAN

4. Halba Campur
Sesetengah orang mungkin tidak menggunakan halba campur atau ada juga yang menggunakan serbuk halba dalam tumisan kari. Campuran halba yang terdiri daripada jintan putih, jintan manis, halba dan juga biji sawi ini meninggalkan rasa dan aroma yang cukup hebat untuk kari ikan. Kena ada!

5. Santan segar
Mendapatkan rasa yang semulajadi, sebaiknya gunakan santan segar untuk memberi rasa yang lebih enak. Asingkan terlebih dahulu antara pati santan dan santan cair. Apabila ingin masukkan santan ke dalam masakan, ambil yang pekat terlebih dahulu dan apabila mendidih masukkan ikan atau udang dan sebagainya dan biarkan seketika sebelum ditambah santan cair untuk menambahkan kuantiti kuah.  Cara ini menjadikan kuah kari lebih berlemak dan sedap.

6. Asam Jawa 
Tanpa asam jawa dalam masakan kari akan kurang rasanya. Oleh itu buatkan air asam yang pekat di dalam bekas lain sebelum dimasukkan ke dalam periuk. Pastikan tidak dimasukkan biji asam untuk pastikan ketika makan kari tidak pula tergigit biji asam yang keras.

7. Kacau Sentiasa
Sebaik santan dimasukkan, kari haruslah sentiasa dikacau atau sesekali dikacau sehingga kuahnya mendidih. Ini bagi memastikan santan tidak pecah minyaknya dan tekstur kuah juga lebih elok.

9. Tambahan Sayuran
Walaupun memasukkan sayur seperti bendi, tomato atau sebagainya  tidak terlalu penting namun adanya sayuran tersebut menjadikan hidangan kari ini lebih lengkap dan sempurna.

IKLAN

Ini semua petua kalau nak masak kari ikan menjadi lebih sedap dan enak. Di sini juga turut dikongsikan petua kalau ada yang teringin nak makan mi kari pula.

Menurut pemilik akaun Nurul Joe melalui postingnya di MAHN perlu tambah dalam 2/3 sudu susu tepung dalam kuah kari untuk rasa lemak berkrim. Ini resipinya untuk dicuba.

Bahan-bahan:

1/2 ekor Ayam

IKLAN

5 biji bawang merah -dihiris
4 biji bawang putih -dihiris
3 inci Halia -dihiris
Bunga lawang
Kayu manis
Buah pelaga
Daun kari
5 sudu besar serbuk kari ayam babas
3 sudu besar serbuk cili
1 kotak santan

Petua Nak Masak Kari Paling Sedap, Nah Ni Dia!
3 sudu susu nespray/creamer
Garam
Serbuk perasa

Cara Buat : 

  1. Tumis bahan hiris, bunga lawang, pelaga, kayu manis dan daun kari sampai naik bau.
  2. Masuk serbuk kari dan serbuk cili,tambah air cikit dan tumis sampai naik minyak.
  3. Masuk ayam dan garam, tambah air dan santan dan masak sampai ayam masak.
  4. Masuk susu nespray/creamer.
  5. Masukkan rencah2 lain kalau ada ( kerang, fishball, fishcake dll) Petua Nak Masak Kari Paling Sedap, Nah Ni Dia!
  6. Siap.

Petua Nak Masak Kari Paling Sedap, Nah Ni Dia!

Kredit Resepi : nurul joe via mahn

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI