Sebak, pilu dan pelbagai rasa menyelubungi hati tatkala membaca perkongsian ayah ini yang kehilangan arwah anak tunggalnya secara mengejut usai mengalami demam panas dan batuk
Tiada ungkapan yang mampu diluahkan tatkala permata hati yang dinanti-nantikan ini akhirnya ‘pergi’ buat selama-selamanya.
Lebih memilukan, Muhammad Nurfaiq Danish atau lebih mesra dengan panggilan Faiq meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.
Menurut Bob Zackariyya, anaknya sudah demam panas dan batuk sejak seminggu yang lalu. Sudah beberapa kali ulang alik ke hospital tetapi ketika itu keadaan nadinya masih pada tahap yang normal.
Doktor kemudiannya meminta mereka datang semula ke hospital pada Isnin untuk mengambil darah. Namun perancangan Allah lebih baik, anaknya dijemput Illahi sewaktu dalam perjalanan ke hospital.
Sehingga perkongsian ini dimuatnaik, kata ayahnya punca kematian masih belum diketahui kerana masih menunggu keputusan darah.
Ibarat penyeri dalam rumah sudah tidak ada suara budak. Tidak ada orang yang kita nak main. Dia anak yang pertama dan tunggal sebab itu rasa terkesan sangat-sangat,” ujar ayahnya dalam keadaan sebak.
“Terima kasih atas kenangan 2 tahun 3 bulan. Walaupun hanya seketika tetapi ibu dan ayah anak syurga ini rasa seperti rasa sungguh lama bersamanya.
“Tiada apa dapat diucapkan melainkan jutaan terima kasih kerana mendoakan arwah anak saya Muhammad Nurfaiq Danish dan ucapan semangat untuk kami sekeluarga agar terus kuat lalui hari-hari tanpa satunya si penyeri kami di sisi.
“Sesungguhnya perancangan Allah itu maha indah, arwah pergi sebagai anak Syurga bukan sebagai anak soleh yang kami impikan. In shaa allah kami akan kuatkan hati untuk menerima takdir yang Esa.
“Pasti arwah sedang tersenyum gembira melihat ramai orang sayang dan mendoakannya,” ujar si ayah yang menahan rindu pada anaknya.
Cuaca yang tidak menentu ditambah pula dengan musim raya begini, ada antara anak-anak yang demam.
Ibu bapa mana yang tidak bimbang kan bila tiba-tiba sahaja anak jatuh sakit. Lagi lagi waktu tengah malam dan kliniknpula tutup.
Jadi untuk ibu-ibu yang nak turunlan suhu panas demam anak-anak boleh cuba petua yang dikongsikan ini. Cukup mudah dan cepat je!
PETUA TURUNKAN PANAS DEMAM
Sekarang kami anak beranak ada dekat Negeri Sembilan. Dah 4 hari duk kat tempat orang. Ditakdirkan pagi semalam yang si kecik tetiba badan suam² panas. Tengah hari tu dah betul² panas.
Biasanya kalau travel saya tak pernah lupa bawa stok ubat timbang kilo saya ni. Tah macam mana boleh lupa pulak kali ni. Nasib baik jumpa Mydin kat sini. Terus beli sepaket biji semangkok ni. . Bila anak² demam, inilah remedi wajib untuk anak² saya. Selain minum air kelapa, minum air biji kembang semangkok juga sangat bagus untuk menurunkan panas badan terutama ketika demam panas.
Caranya ambil 3 biji buah kembang semangkuk dan direndam dalam air suam sehingga kembang. Rendaman ini akan menghasilkan air berwarna coklat jernih. Kemudian, rendaman tadi ditapis dan terus boleh diminum. Boleh juga ditambah sedikit gula organik. Dengan izin Allah, 1jam selepas minum, serta merta suhu panas makin menurun. Inilah yang saya selalu perhatikan. Alhamdulillah, sekali minum je panas badan dah hilang. Hari ni dah sihat walafiat. . Bagi anak² yang kerap demam panas atau panas badan lambat turun, ibu² boleh lah cuba petua ini.
Selain itu, jangan lupa jerlum kepala dan badan anak dengan air yang dicampur perahan lemon atau limau. Tak kisah samada limau nipis atau kasturi. Semua boleh. . Jaga pemakanan anak, jangan bagi minum sebarang air berperisa, air kotak, air bergas. Jangan bagi makan makanan merapu, makanan proses macam roti, biskut, kuih dan sebagainya.
Banyakkan makan buah. Makan nasi yang berkuah atau sup tanpa MSG. Lagi bagus kalau ada broth. Ini lah cara saya selama hampir 2 tahun tak beli ubat demam untuk anak².
Nak cepat sembuh sebagai ibu bapa kita yang perlu bertegas. Kita dah berikhtiar, hanya Allah yang boleh menyembuhkan atau tidak.
.
Biji semangkok ni boleh disimpan dan tahan lama. Masukkan dalam bekas kecil dan boleh dibawa ke mana².
Harga pun murah. Tak padan dengan khasiat yang sangat bagus. Rugi kalau tak manfaatkan.
.
*peringatan. Sekiranya demam anak tak kebah² dan panas tak turun² lebih sehari, sila dapatkan rawatan dari doktor ye. Jangan tunggu lama².
.
Kredit : sumaiyah abdullah via mahn
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkongsian daripada Doktor Nor Azlina Abdul Rahman, Pakar Sakit Puan ini menarik untuk difahami agar tidak ada lagi pasangan suami isteri yang tidak tahu bahawa masalah sukar hamil ini adalah masalah bersama. 50% mungkin berpunca daripada wanita, 35% berpunca daripada lelaki manakala selebihnya adalah keadaan di mana, tiada punca yang dapat dikenal pasti.
Kenal Pasti Penyebab
1. Masalah penghasilan telur (ovulasi) yang tidak efektif, yang dipanggil ‘Anovulatory cycle’ dan juga masalah pada tiub Fallopio. Masalah ‘Anovulatory cycle yang paling biasa dijumpai adalah ‘Polycystic Ovarian Syndrome’ (PCOS). Masalah PCOS ini bukan sahaja menyebabkan masalah sukar hamil dan haid yang tidak teratur, tetapi juga boleh menimbulkan masalah lain seperti penyakit metabolik contohnya pra diabetes. Terdapat juga beberapa peyebab lain kepada ‘Anovulatory Cycle’ seperti masalah hormone tiroid, prolaktin dan juga masalah pada kelenjar pituitari,
2. Masalah pada tiub Fallopio pula adalah keadaan di mana tiub tersumbat samada disebabkan oleh masalah jangkitan kuman pada kawasan pelvis ataupun disebabkan oleh penyakit Endometriosis.
3. Kelainan pada struktur rahim yang disebabkan oleh fibroid (jenis submucosal dan intramural) juga boleh menyebabkan masalah sukar hamil. Kecederaan pada dinding rahim disebabkan oleh faktor pembedahan lampau seperti D+C (dilatation & curettage) ataupun pembedahan membuang fibroid (myomectomy) juga antara penyebab proses kehamilan menjadi sukar.
4. Bagi pasangan lelaki, kualiti sperma adalah sangat penting untuk proses kehamilan terjadi. Kualiti sperma yang kurang (oligospermia) atau tiada sperma (azoospermia) merupakan antara penyebab utama kepada masalah sukar hamil. Antara faktor-faktor yang menyebabkan masalah ini adalah masalah hormone, pembedahan lampau pada alat atau system kelamin lelaki, jangkitan virus seperti beguk (mumps), persekitaran yang tinggi haba atau radiasi, penggunaan ubatan, masalah obesiti dan juga tabiat merokok.
5.Masalah mati pucuk juga seperti yang boleh dialami oleh lelaki peghidap diabetes juga antara penyebab masalah sukar hamil. Walaupun terdapat penghasilan air mani, kualiti sperma hanya dapat diketahui melalui proses Analisis Air Mani secara terperinci.
Kaedah rawatan yang disarankan
Untuk Isteri
Apabila pasangan berjumpa dengan Doktor, selepas memperolehi maklumat yang perlu, pemeriksaan fizikal yang menyeluruh akan dilakukan seperti biasa. Pemeriksaan pada bahagian pelvis dan ultrasound akan dilakukan untuk mengesan masalah pada rahim atau kilang telur (ovaries). Beberapa ujian darah untuk hormon yang berkaitan juga kan diambil dan ujian hormon ini kadangkala diambil pada waktu yang telah ditetapkan. Ujian radiologi, Hysterosalpingogram (HSG) untuk melihat kepada fungsi tiub Fallopio juga akan dilakukan. Ujian HSG ini merupakan satu ujian yang ringkas dan boleh dibuat sebagai pesakit luar sahaja.
Terdapat keadaan di mana Doktor Pakar lebih memilih kepada pembedahan laparoskopi berbanding HSG untuk mengetahui sistem peranakan wanita dengan lebih jelas, termasuk mengesan dan merawat penyakit endometriosis selain melihat fungsi tiub Fallopio. Laparoskopi merupakan proses pembedahan yang melibatkan beberapa risiko dan komplikasi, jadi hanya dalam keadaan tertentu sahaja pembedahan laparoskopi ini dilakukan.
Untuk Suami
Untuk suami, Analisis Air Mani adalah ujian terpenting. Setelah mengenalpasti masalah yang dialami pasangan, maka setiap pasangan akan diberikan pilihan kaedah rawatan kesuburan yang sesuai.
Lalui proses demi proses
Rawatan untuk setiap kes adalah bergantung kepada punca masalah sukar hamil itu sendiri. Ada masanya, untuk pasangan yang masih lagi di peringkat awal dah tiada masalah yang jelas, teknik ‘Tunggu dan lihat’ boleh dipraktikkan dan belajar tentang teknik mengenalpasti waktu subur, untuk meningkatkan peluang hamil secara semulajadi. Pasangan juga boleh mengoptimumkan kesihatan diri dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti berhenti merokok dan mencegah obesiti.
Untuk keadaan seperti ‘Anovulatory cycle’, proses rangsangan penghasilan telur boleh dilakukan melalui ubat hormon seperti Clomiphene Citrate dan Follicle Stimulating Hormone (FSH). Proses ini mungkin ringkas tetapi memerlukan pemantauan daripada pihak Doktor. Kadangkala, permanian berhadas atau ‘Intrauterine Insemination’ (IUI) juga dilakukan selepas proses rangsangan penghasilan telur, bergantung kepada perbincangan antara pasangan dan Doktor Pakar. Kos rawatan pada tahap ini adalah sederhana.
Jika pasangan mempunyai faktor penyebab yang lebih kompleks contohnya penyakit endometriosis atau kualiti sperma yang kurang, teknik IVF (in vitro fertilization) adalah yang paling sesuai. Kos untuk rawatan ini agak tinggi, jadi perbincangan perlu dilakukan secara terperinci.
Teknik IVF juga lebih sesuai untuk wanita yang berusia 35 tahun ke atas, yang telah lama berusaha untuk hamil, walaupun tidak mempunyai masalah dengan tiub Fallopio ataupun kualiti sperma yang kurang baik.
Kecanggihan teknologi menyebabkan lelaki yang tiada sperma (azospermia) mempunyai harapan untuk memiliki cahayamata. Teknik TESE/TESA (testicular epididymal sperm extraction/ testicular epididymal sperm aspiration) membolehkan benih lelaki diperolehi secara pembedahan kecil. Dan seterusnya melalui proses kemasukan benih lelaki ke dalam telur wanita. Teknik ini dinamakan ICSI (Intracytoplasmic Sperm Injection).
Secara keseluruhannya, proses ke arah kehamilan yang sihat dan berjaya memerlukan usaha yang berterusan. Dengan mengamalkan cara hidup yang sihat seperti berhenti merokok, mencegah obesiti, mewujudkan persekitaran yang baik, menjalinkan hubungan kelamin yang sihat dan mendapatkan rawatan awal sekiranya mempunyai simptom, adalah antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh pasangan.
Aspek spiritual dan emosi juga perlu dititikberatkan. Elakkan dari menyalahkan satu pihak sahaja. Perbincangan dan ikhtiar mencari jalan ke arah impian itu adalah lebih baik. Kekalkan hubungan mesra dah harmoni, cari sokongan dari keluarga dan rakan dan jangan lupa ntuk sentiasa berdoa.
Sumber : Dr Nor Azlina Abdul Rahman, Pakar Sakit Puan, Pahang Medical Centre
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...