Biasanya sayuran hijau seperti daun ketumbar misalnya mudah busuk dan layu. Tapi ada cara andai ibu-ibu mahu pastikan ia dapat tahan lebih lama. Kaedah ini dikongsi oleh Noor Hafiza Mohamad
PETUA simpan daun ketumbar kekal segar selepas sebulan.
Kat rumah sis wajib ada daun ketumbar ni untuk perasa dan hiasan dalam nasi ayam, sup, tom yam dan kerabu ala Thai 😋. Jadi, kenalah buat stok. Malas pulak nak ke kedai runcit setiap kali nak masak.
Ads
Sis suka daun segar untuk dijadikan hiasan diatas lauk, masih kekal warna hijau daunnya. Barulah cantik presentation makanan 😘
Sebelum ini sis rendam akarnya dan masukkan dalam bekas yang sama. Ia tidak tahan lama dan akar cepat reput dan busuk. Mungkin juga sebab sis tak kerap tukar airnya.
Oh ye, ada yang suka simpan dalam freezer dengan cara masukkan dalam bekas kiub ais dan ada yang masukkan dalam plastik aiskrim supaya jimat ruang. Sis tak guna cara ni sebab nak kan daun yang segar buat hiasan atas makanan.
Ads
Sis pula lebih pentingkan bentuknya, guna container macam ni lebih praktikal bagi sis. Bekas pon senang nak basuh dan keringkan. Sis dah guna beg ziplock. Tak serasi, leceh nak basuh dan lambat kering.
Ayam Goreng Salutan Tepung Berkerinting Ala-ala KFC. Ni Cara Buatnya Nak Lebih Crunchy!
Memancing selera tetamu cilik yang bertandang di Hari Raya tidaklah sukar jika dihidang ayam goreng. Makan begitu sahaja sudah membuatkan anak-anak makan berselera, pun begitu jika digoreng dengan salutan tepung yang terlihat ‘berkerinting’ menambah lagi keterujaan untuk dijamah dan seakan sudah dapat membayangkan keenakan rasa ayam goreng tersebut.
Jadi untuk itu, ketahui rahsia untuk membuat ayam goreng yang rangup dan menyelerakan yang sekali pandang seperti ala-ala ayam KFC. Ini sebagai mana yang dikongsikan oleh Mimi Diana.
Bahan perap :
Kunyit
Stok ayam maggi
Bahan salutan ayam :
Tepung gandum
Tepung bistari
Langkah 1 : Gaulkan ayam yang telah dibersihkan dengan serbuk kunyit
Langkah 3 : Campurkan 1 cawan tepung gandum dengan ½ cawan tepung bistari.
Langkah 4 : Kemudian ambil ayam yang telah diperap tadi dan salut ayam tersebut dengan tepung yang digaul sebati.
Langkah 5 : Sediakan air di dalam mangkuk, dan kemudian masukkan ayam bersalut tepung ke dalam air buat beberapa saat.
Langkah 6 : Kemudian salut sekali lagi dengan tepung sampai nampak kerinting-kerinting. Boleh ulang beberapa kali proses rendaman dalam air dan salut dengan tepung untuk hasil kerinting-kerinting yang lebih banyak.
Langkah 7: Goreng ayam dengan api sederhana sehingga kekuningan.
Menang kalah belakang kira, apa yang penting semangat juang yang tinggi untuk menyertai sesuatu pertandingan tersebut.
Itulah yang digambarkan buat pelajar lelaki kelainan upaya (OKU) ini yang tidak patah semangat menyertai acara larian meskipun menggunakan tongkat.
Dalam video yang dikongsikan oleh Farid Kamaruddin di Aplikasi Tiktoknya di garisan pemula, pelajar lelaki ini dilihat sedang berdiri dalam keadaan sudah bersedia sebelum menunjukkan kesungguhan berlari dengan sebelah kaki dengan dibantu oleh tongkat.
“Aku tahu kau paling kuat dik,”tulisnya.
Sementara itu, apa yang membuat ramai lebih tersentuh hati adalah kegigihan seorang guru wanita yang memakai baju biru turut berlari di sebelah adiknya yang kurang upaya sambil memberikan sokongan sehingga ke garisan penamat.
“Terima kaseh cikgu bagi sokongan sehingga ke penamat,”tulisnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa sebak melihat semangat dan cara guru menyayangi anak muridnya. Malah, ibu kepada pelajar tersebut berterima kasih atas sokongan yang diberikan kepada anaknya.
Sumber: TikTok faridkamaruddin18
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tak ramai anak-anak remaja kita hari ini yang pandai memasak,apa lagi tidak kekok selok belok di dapur. Jika ada pun, samada mengambil kelas pengajian bidang masakan atau terpaksa berdikari sendiri bila mana ketika belajar.
Pasti susah pada permulaannya. Mencuba kemahiran memasak ini di waktu sudah dewasa tidaklah menjadi masalah, namun jika anak lelaki sudah dilatih sejak kecil pasti bonus buat ibu-ibu.
Senang bila mana anak minta untuk sediakan makan malam. Hebat! Ibu boleh senang hati dan dapatlah rehatkan diri lebih awal. Hal ini mungkin boleh berlaku jika anak sudah cukup kemahiran dan handal di dapur. Ajar anak sejak kecil, itu yang sepatutnya diajarkan.
Dr Norzila Zakaria turut berkongsi kisahnya yang mengajar anak lelakinya sejak kecil. Baginya anak lelaki mesti cekap di dapur. Ada kebaikannya dikemudian hari.
Anak lelaki mesti cekap di dapur
Kebiasannya anak lelaki kurang ditekankan untuk membantu kita di dapur.
Ini satu kesilapan yang perlu dibetulkan dari mula lagi jika mempunyai anak lelaki. Jadikan mereka cekap di dapur agar bila mereka berkahwin nanti tugasan dapur boleh mereka lakukan dengan baik, lagipun itu memang tugas seorang suami kan menyediakan keperluan keluarga. Cuma budaya kita ni menonjolkan perempuanlah pengurus dapur.
Justeru itulah saya sentiasa menggalakkan anak-anak lelaki saya ke dapur. Hafiz memang dah biasa ke dapur. Hujung minggu lepas saya upgrade kemahirannya dengan mengajar bagaimana memotong daging agar mudah lembut jika di masak.
Dia dah pandai melihat jaluran daging dan memotong melintang jaluran. Alhamdulillah hasilnya saya tunjukkan bila daging sudah di masak, walaupun daging itu bukan daging muda, namun proses memasaknya tidaklah lama kerana ianya dipotong melintang dan nipis.
Tanyalah resepi masak kicap atau di kampung saya di Selangor dipanggil masak semur, pasti Hafiz sudah boleh ingat sebab dia melakukan praktikal terus.
Ini masakan kegemaran anak-anak saya apatah lagi ditambah kentang dan suhun, berebut-rebut mencari suhun. Alhamdulillah satu keluarga dapat merasa masakan Hafiz.
Sejak mereka kecil lagi bila masuk dapur saya akan beri apa sahaja yang saya pegang. Contohnya sayur biarlah dia potong dan ambil apa yang mereka potong walaupun tidak cantik potongannya. Ini akan menyebabkan mereka rasa seronok untuk menolong kita pada masa akan datang.
Perlahan-lahan saya upgrade kepada menggunakan pisau, siang ikan dsb.
Cuma rumah saya ni guna dapur induksi yang tak panas jadi saya tidak berapa bimbang tentang api dan gas. Namun semua pun perlukan pemantauan.
Ganjaran buat anak-anak jika melakukan satu-satu perkara, pada saya jika maksud memberi hadiah itu jelas kepadanya maka tidak menjadi masalah. Namun jangan sampai dia menjadikan hadiah itu suatu yang wajib bila dia melakukan sesuatu kerja.
Perlahan-lahan kita ajarkan agar mereka melakukan suatu tugasan itu dengan ikhlas dan sebagai khidmat kepada ibu bapa yang besar pahalanya. Maksud saya di sini biar anak faham bahawa hadiah terbaik adalah pahala dari Allah swt.
Kredit: Dr Norzila Zakaria
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.