Salah satu masalah kesihatan yang ditakuti adalah masalah gout yang kerap ‘menyerang’ pada mereka yang tidak menjaga pengambilan pemakanan sihat sejak dari awal.
Bahkan penyakit gout berlaku bukan hanya pada orang tua, orang muda juga tidak terkecuali. Ia berlaku disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan. Asid urik merupakan bahan kumuh berasal daripada sejenis protein yang dipanggil purin.
Apabila berlebihan dan tidak dibuang menyebabkan ia berkumpul dalam sendi. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.
Akirnya, terpaksa menangung kesakitan yang boleh mengganggu urusan seharian. Selain berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan susulan, tidak salah kita mencuba petua orang tua dulu-dulu untuk meredakan penyakit yang ditanggung seperti petua ini yang dikongsikan oleh puan Fazila Ariel.
Ads
Ibu saya amalkn jus ni.. Daun belalai gajah dan epal hijau untuk rawat penyakit diabetes dan gout. Alhamdulilllah berkesan untuknya.
Addnote:
1. ibu saya tak tapis, terus minum dengan serat-serat. Dia guna blender heavy duty, jadi jus memang hancur betul-betul.
Ads
2. Sukatan, macam dalam pic, dia guna 4 biji epal tapi kuantiti daun saya tak pasti.
Ads
3. Ibu saya minum 1 cawan sehari.. Apa-apa pun ikut kesesuaian masing-masing. Apa pun dalam dunia ni, kalau dah berlebih, boleh jadi toksik pada badan juga. Maybe boleh limitkan 3-4x seminggu dulu.
Jika sebelum ini penerima vaksin Sinovac berasa gusar dek kerana isu vaksin tersebut tidak diterima di beberapa negara termasuk Arab Saudi bagi yang ingin mengerjakan umrah dan haji.
Namun perkongsian terkini daripada Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri di facebook cukup membuatkan ramai antara kita berasa lega dan bersyukur dengan berita gembira dikongsikan beliau, bila mana Arab Saudi telah menerima Sinovac bagi kemasukan ke sana untuk menunaikan haji dan umrah di masa akan datang.
“Alhamdulillah, Arab Saudi telah memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke sana.
“Boleh sampaikan kepada ahli keluarga yang telah menerima vaksin Sinovac dan berniat untuk tunaikan haji dan umrah akan datang,” ujarnya.
“Sama-sama kita doakan urusan jemaah haji Malaysia yang diluluskan untuk menunaikan haji pada tahun ini, dipermudahkan Allah SWT.
“Tidak ada lagi kerisauan kepada ahli keluarga kita yang khuatir tidak dapat tunaikan haji dan umrah kerana diberi vaksin Sinovac. Fokus kita adalah membantu KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA dan JKJAV utk pastikan lebih ramai mendaftar dan hadir untuk vaksinasi.
Manakala meninjau berita yang dilaporkan di Harian Metro, individu yang sudah menerima dua dos vaksin Sinovac dan Sinopharm perlu mengambil dos tambahan yang diiktiraf kerajaan Arab Saudi sebagai syarat untuk masuk ke negara itu.
Syarat terbaharu itu terkandung dalam peraturan terkini yang dikeluarkan pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi, demikian diumumkan Pihak Berkuasa Tambak King Fahd (KFCA), Ahad.
Berdasar peraturan kesihatan yang sudah dikemaskini, individu yang sudah menerima dua dos vaksin Sinovac dan Sinopharm perlu mengambil dos tambahan yang diiktiraf sama ada Pfizer, AstraZeneca, Johnson & Johnson dan Moderna.
Saudigazette melaporkan, satu lagi syarat yang perlu dipatuhi adalah membuat ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) dalam tempoh 72 jam selepas tiba ke negara itu.
Pendekatan baharu itu diambil susulan kebimbangan bahawa vaksin Covid-19 yang digunakan sebilangan besar negara membangun tidak mampu menghalang penularan varian Delta.
Ia mendorong beberapa negara untuk menawarkan dos ketiga untuk meningkatkan imuniti terhadap strain virus berkenaan.
Menurut laporan, pihak berkuasa kesihatan negara seperti Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain memutuskan untuk memberi dos tambahan kepada individu yang sudah menerima vaksin dari China, iaitu Sinovac Biotech dan Sinopharm.
Cantiknya pokok keladi pada pandangan mata kita pastinya bila melihat adanya pelbagai warna dan bentuk daunnya yang berbeza-beza.
Tidak terbatas pada satu warna, bahkan memiliki corak-corak tertentu yang memukau.
Jadi tidak hairanlah, pokok keladi ini mempunyai peminatnya yang tersendiri.
Pun begitu, melalui perkongsian di page Public Health Malaysia, ada memberi peringatan agar sesiapa yang memilih pokok keladi sebagai antara pokok hiasan yang di tanam di rumah, ada perkara perlu dibuat untuk pastikan keluarga kita tahu serba sedikit tentang pokok keladi ini.
Nak tahu apakah saranan dan pesanan tersebut, ayuh kita baca seterusnya.
Jika anda memilih pokok keladi (apa jua jenis) sebagai pokok hiasan SANGAT penting untuk memastikan anak anak di didik mengenai bahaya pokok hiasan ini.
Tumbuhan yang sangat mudah dijaga ini sebenarnya mengandungi KALSIUM OXALATE.
Bahan ini jika dilihat dibawah microscope kelihatan seperti jarum kristal yang tajam.
Sebab itu apabila di sentuh atau dimakan, individu akan mengalami gejala seperti di cucuk cucuk sesuatu.
Langkah kecemasan jika alami keracunan akibat pokok keladi
– Jika tertelan, jangan paksa muntahkan
– Jika terkena kulit, basuh segera dengan air (jangan letak minyak atau ubat gigi)
– Jika terkena mata, basuh mata dengan air pili selama 15 minit
– bawa pokok bersama ke jabatan kecemasan.
Hati wanita mana yang tidak kecewa bila UPT yang dilihat positif rupanya tidak hamil. Apa lagi bila menanti anak pertama. Apa sebabnya? Fahami punca mengapa keadaan ini terjadi.
Punca gambar pregnant test positif tetapi tidak hamil
Berikut antara perkara yang boleh menyebabkan anda mendapat UPT positif palsu:
1. Membiarkan kit ujian terlalu lama
Sekiranya anda mengambil ujian kehamilan standard dengan penunjuk garis, adalah penting untuk menyemak keputusan mengikut arahan khusus ujian.
Jika dibiarkan terlalu lama sebelum membaca keputusan, air kencing pada kit ujian boleh menyejat dan menjadikannya kelihatan seperti anda mempunyai 2 garis dan bukannya hanya 1 – menjadikan keputusan positif sedangkan hakikatnya negatif.
2. Tamat tempoh
Apabila kit ujian melepasi tarikh tamat tempohnya, bahan kimia yang mengesan hCG – human chorionic gonadotropin – tidak dapat berfungsi dengan berkesan dan menyebabkan keputusan yang salah.
3. Ambil ubat kesuburan
Sekiranya UPT diambil terlalu awal selepas pengambilan ubat kesuburan yang mengandungi hCG – seperti sesetengah suntikan dalam prosedur persenyawaan in vitro (IVF) – anda boleh mendapat keputusan positif palsu.
4. Masih ada hormon hCG selepas bersalin atau keguguran
Keguguran kehamilan biasanya berlaku dalam 13 minggu pertama kandungan. Bahkan kebanyakannya berlaku sebelum seorang wanita mengetahui dirinya hamil.
Biasanya selepas melahirkan anak atau keguguran, hCG boleh kekal dalam tubuh – dianggarkan untuk tempoh masa 4-6 minggu untuk tahap hCG kembali normal.
5. Kehamilan ektopik
Kehamilan ektopik atau luar rahim berlaku apabila telur yang disenyawakan berkembang di luar rahim – biasanya dalam tiub fallopio – ia juga boleh terjadi dalam ovari atau serviks.
Kehamilan jenis ini biasanya tidak akan berkembang kerana embrio tidak berada di dalam rahim – tempat ia boleh membesar. Tetapi hormon hCG masih terhasil yang menyebabkan anda mendapat keputusan positif.
Kehamilan ektopik boleh mengancam nyawa. Berjumpa doktor dengan segera jika anda mengalami mana-mana gejala berikut:
6. Kehamilan kimia
Kehamilan jenis ini adalah keguguran yang berlaku sebelum minggu ke-5 kehamilan apabila embrio dapat ditanam di dalam rahim tetapi tidak bertahan lama. Anda mungkin tidak menyedari bahawa diri sedang mengandung.
Dalam kehamilan kimia, embrio masih menghasilkan hCG sekali gus menyebabkan UPT positif palsu.
Kehamilan jenis ini bukan berpunca daripada tindakan atau ketidakupayaan oleh wanita tetapi boleh berlaku kerana:
7. Keadaan perubatan
Kadangkala keadaan perubatan boleh mencetuskan positif palsu dalam ujian air kencing, seperti:
Dalam beberapa kes, kanser ovari dan penyakit serius lain
Jika anda mendapat keputusan ujian positif palsu dan telah menolak sebab-sebab lain, berunding dengan profesional perubatan untuk menguji keadaan kesihatan di atas.
Doktor mungkin mengesyorkan ujian darah untuk mendapatkan keputusan ujian yang lebih tepat.
Cara mendapatkan keputusan ujian kehamilan tepat
Untuk elakkan gambar pregnant test positif tetapi tidak hamil, ada beberapa cara boleh anda lakukan bagi mendapatkan keputusan yang lebih tepat.
Masa yang betul
Jangan ambil ujian terlalu awal. Disarankan untuk UPT dilakukan selepas tidak mengalami pendarahan haid pada bulan tersebut atau kemungkinan besar anda akan mendapat negatif palsu – mahupun ujian itu akan mengesan kehamilan kimia yang tidak dapat berkembang.
Mengikut arahan label, contoh pregnant test positif
Pastikan kit ujian anda belum tamat tempoh. Baca arahan dengan teliti dan ikuti langkah-langkah dengan tepat untuk mengelakkan keputusan palsu yang akan mengecewakan anda.
Ulangi ujian kehamilan
Mendapat hasil ujian kehamilan di rumah yang positif, mungkin menyebabkan anda tidak sabar untuk melakukan ujian darah untuk mengesahkan keputusannya. Ujian darah lebih tepat, jadi itu sudah tentu satu pilihan.
Tetapi anda juga boleh mengulangi UPT selepas 3-5 hari untuk mengesahkan kehamilan dan jika hasilnya masih positif!
Sekiranya terdapat sebarang ketidakpastian, berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.