Hidangan puding karamel merupakan antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai. Gandingan ideal pudingnya yang berlemak, tekstur yang lembut, rasa pahit manis gula karamel yang lazat, cukup enak dinikmati ketika sejuk.
Untuk minum petang hari ini, apa kata cuba resipi ini untuk sajian bersama keluarga atau teman-teman. Bahan yang digunakan tak banyak malah cara membuatnya juga cukup mudah.Jom kita cuba
Bahan untuk puding:
5 biji telur saiz B (jika saiz A, 4 biji)
1 tin susu cair (400ml)
150 ml air biasa
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
Ads
Bahan untuk karamel:
5 sudu besargula
2 sudu besar air
Cara membuat karamel atau gula hangus:
Ads
Masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.
Cara membuat puding:
Satukan semua bahan membuat puding di dalam mangkuk.
Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati.
Ads
Kemudian tapis adunan tersebut dan tuang ke dalam loyang karamel.
Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan.
Info Ekstra!
1.Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dgn cara waterbath@bain marie. Caranya,letak air di dalam loyang dan tutup loyang puding dengan aluminium foil dan masak selama 45-50minit pada suhu 180 darjah Celsius.
2.Boleh juga dihiaskan dengan buah-buahan seperti hirisan kiwi, anggur, pic atau strawberi.
Sumber : hanamemories.blogspot.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebut Asam Pedas boleh kecur air liur dibuatnya. Nak pula bila terbayangkan Asam Pedas bersama sepinggan nasi panas yang baru diangkat daripada periuk nasi. Memang bertambahlah jawabnya.
Teringin punya pasal, kenalah masak sendiri. Barulah puas hati. Soalnya bagaimana nak masak asam pedas yang sedap lagi power rasanya. Masak asam pedas memang senang tapi kalau ada bantuan dua bahan ini pasti buat rasanya lebih sedap.
Perkongsian daripada yang pakar dalam bidang masakan kita kena ambil dan jadikan ilmu. Pemilik katering di sebuah kampung di Batu Pahat ini berkongsi rahsia masak asam pedas super power. Bagaimana? Cuba buat ikut cara yang disyorkannya, confirm mak mentua tabik dan makan nasi bertambah.
Isi Kelapa
Ini petua orang-orang lama katanya. Setiap kali memasak Asam Pedas ambillah sedikit isi kelapa tua (yang dikorek daripada tempurung kelapa) dan bakar isinya hingga garing. Kemudian barulah dimasukkan ke dalam periuk dan didihkan bersama bahan lain hingga masak. Lebih lemak katanya. Jadi kena cuba!
Kerisik
Guna isi kelapa memang power tapi kalau nak gunakan kerisik pun boleh juga. Tapi kerisik lebih sesuai dimasukkan pada asam pedas ayam atau daging sahaja. Bila dimasukkan pada ikan rasanya sedikit lain. Tapi tak salah juga kalau anda nak cuba. Masukkan kerisik pada waktu akhir sekali, iaitu selepas bahan kisar dan kuahnya sudah mendidih.
Cili Kering
Kalau masak asam pedas jangan sesekali guna cili boh kisar yang dijual di pasaran. Cili kering yang dikisar adalah penyedap kepada semua asam pedas. Rasanya sangatlah berbeza. Cili kering yang dikisar sendiri rasanya lebih segar dan sedap. Pastikan cili ditumis lama hingga pecah minyaknya kemudian barulah dimasukkan air asam jawa.
Daun Limau Purut & Serai
Selain menggunakan isi kelapa tua yang dibakar, menggunakan daun limau purut dan serai sebagai penaik aroma tambahan juga membantu asam pedas rasa lebih power. Masukkan di akhir sekali dan biarkan kuahnya mendidih. Angkatlah sebaik mendidih.
Berikut merupakan resipi yang dikongsikan sebagai panduan untuk semua. Selamat mencuba!
ASAM PEDAS IKAN MAYONG
BAHAN-BAHAN:
4 ketul ikan mayong
20 tangkai cili kering -dikisar
2.5sm kunyit hidup -dikisar
6 biji bawang merah -dikisar
5 ulas bawang puth -dikisar
3 batang serai -diketuk
3sm isi kelapa bakar (isi kelapa tua yang dibakar)
4 helai daun limau purut
3 sudu asam jawa -dicampur dengan 1 cawan air
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAKNYA:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik garing.
2. Setelah garing masukkan ikan mayong dan kacau rata selama tiga minit.
3. Kemudian tuangkan pula air asam jawa dan masukkan kelapa bakar, daun limau purut dan juga serai. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih.
4. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya dan angkat.
Selamat mencuba!
Foto: thehalalfoodblog.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Biskut Raya Mudah Nak Buat & Rasanya Sedap Sangat, Makan Sekali Nak Berkali-kali!
Resipi biskut Raya kalau hendak dibilang dengan jari memang tak terkira, begitu banyak. Semua sedap-sedap belaka dan salah satunya adalah Biskut Coklat Marmar ini. Menariknya biskut ini bukan sahaja rasanya yang enak malah begitu mudah disediakan dengan menggunakan biskut merie yang dikisar halus dan disedapkan lagi dengan dua jenis coklat.
Pastinya anak-anak sangat menggemarinya dan bolehlah dijadikan menu istimewa untuk menjamu tetamu.
Sebelum ini kecoh duit pelanggan bank ‘hilang’ begitu sahaja dan ini membuatkan ramai pengguna bank berasa cemas dan membayangkan pasti ada tindakan mempertingkatkan keselamatan yang dibuat oleh pihak bank bagi memastikan insiden seperti itu tidak berulang kembali.
Namun belum pun sempat reda isu tersebut, wargamaya sekali lagi dikejutkan dengan perkongsian daripada seorang wanita yang menangis apabila duit baki yang ada di dalam akaun tinggal RM22.90.
Tharina Amri berkongsi berkenaan insiden duitnya lesap dalam akaun CIMB dan hanya berbaki RM22.90 sahaja dan hal ini mencetuskan rasa simpati warganet.
Difahamkan walaupun jumlah wang yang ‘dicuri’ tidaklah hingga mencecah puluhan ribuan ringgit namun bagi sesetengah antara kita nilai ratusan ringgit juga cukup besar jumlahnya.
Nampaknya scammer semakin rancak dan ‘bijak’ mengambil wang pelanggan bank tanpa perlu TAC!
Daripada perkongsian Tharina ada memaklumkan bahawa dia sedikit pun tidak menyangka hal ini boleh terjadi pada dirinya. Sebelum ini hanya membaca kisah-kisah orang lain yang kehilangan wang akibat scammer, namun beberapa hari lalu dirinya sendiri mengalaminya.
Wang dalam akaun hanya berbaki RM22.90 dan lebih menyedihkan menurutnya duit itulah sahaja yang ada untuk menampung kehidupannya hingga hujung bulan ini.
Selama ni tgk org hok kene.. kali ni aku pulok yg kene
Allahuakbar sekelip mata duit hilang tanpa sampai TAC ke ape tu je wehh duit blnje smpai akhir bulan saloh nape la aku smpai kene gini nya tinggal byk tu je mmg xselamat dh simpan dalam acc lening
Berkongsi lanjut susulan kehilangan wang tersebut, Tharina memaklumkan bahawa dia telah pergi ke CIMB bank dan kad sudah pun di block. Namun hingga kini, masih menunggu siasatan dan jauh di sudut hati dia sendiri tidak begitu yakin duit yang hilang daripada akaunnya itu dapat dikembalikan semula.
Meninjau diruangan komen ada juga yang berkongsi pengalaman berdepan dengan masalah yang sama. Antaranya komen daripada Noorlela Hj Saion, tulisnya “gi bank cimb..isi dispute form. Tunjuk kat pegawai. Save pdf slip pengeluaran tu. Atau print,bagi pd pegawai. Akak baru kena jgk,rhb bank. Rm700++ scammer amik duit…tetiba dpt sms tac no. Alhamdulillah dah dpt balik semula duit. Seminggu shj dah dpt.”
Begitu juga komen daripada Mizlilly Lyana berkongsi pengalaman, “Husband saya pun baru kena beberapa hari lepas. .memang termenung dibuatnya. Baru seminggu gaji. Nasiblah komitmen utama da settle terus lepas gaji. Kalau x meraung
Manakala Tengku Nurfatnin memberi peringatan, ujarnya “Dapat mesej berbentuk link jgn tekan dpt call sruh bg ic jgn bgi dpt link terima bantuan kerajaan jgn buka scammer xperlu TAC dah kita tekan link pun diorang dah boleh ambil.”
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.