Rupanya hendak membeli buku ada caranya,bukannya hanya melihat bahagian depan buku sahaja yang menarik tetapi beberapa kriteria yang harus diambil kira. Melalui perkongsian puan Maryam Thoraya Arifin menjelaskan bahawa pemilihan buku yang sesuai boleh menggalakan anak kekal minat membaca. Ikuti tip puan ini.
5 Tips pilih buku untuk anak 7 tahun dan ke bawah
Saya sering mendapat soalan, puan buku mana yang sesuai untuk anak saya? Dia umur sekian sekian. Ya, pemilihan buku yang sesuai adalah amat penting untuk mengekalkan minat membaca anak.
Ads
1. Minat Anak umur 7 tahun ke bawah, usaha pupuk mjnat membaca adalah penting mendahului usaha pandai membaca. . 2. Simple Pilih buku yang mempunyai tulisan yang tak banyak sangat. Biasanya saya akan recommend buku ssbegini untuk anak 6 tahun ke bawah. Tulisan kalau 1, 2 baris sahaja..itu sangat seronok. Kalau adapun banyak baris, max 5,6 baris, pastikan kita yang bacakan dan kita simplify cerita. . 3. Gambar yang mampu menceritakan Ilustrasi buku TERAMAT penting untuk anak umur ini. Saya akan pilih buku yang mampu menceritakan melalui gambar. Mampu membantu anak memahami cerita. Anak umur ini, mereka boleh explore buku dengan menjiwai gambar . Pada waktu ini, peranan Kita adalah meraikan cerita yang anak faham dari gambar, memberi respon dan galakan pada anak. Kalau ilustrasi bagus, satu page buku, boleh jadi 30 minit perbualan tau. . 4. Perbualan Cerita dan gambar yang menarik, mampu membawa perbualan yang mengashikkan. Tidak perlu sebuah buku habis sekali baca. Ia boleh di sambung hari lain. Buku yang menarik dan mampu dipanjangkan kepada perbualan, berpotensi dibuka banyak kali dengan kupasan berbeza. Skill tambahan yang perlu adalah KESABARAN dan kasih sayang. . Enganging Kita lebih kenal anak kita. Bantu mereka sama-sama cari buku mana yang engaging. Ia banyak berkait dengan jalan cerita. Jalan cerita yang engaging, akan membantu anak nak baca lagi dan lagi. Ia adalah makanan penting agar membaca bukan paksaan. Tetapi ia keseronokan yang boleh dipupuk, mungkin mengalahkan keseronokan menonton TV dan gajet.
Ads
Semoga info yang dikongsi oleh puan ini dimanfaat bersama.
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak kecil yang baru sahaja dilahirkan pada tanggal 18 Jun yang lalu di dalam keluarga Encik Azhar Azif disambut dengan penuh kegembiraan oleh seisi keluarga. Namun baru sahaja sebulan usianya, anak kecil ini sudah diuji dengan serangan batuk kokol.
Oleh yang demikian, ayahnya terpanggil untuk berkongsi info dan pengalaman tersebut dan ini perkongsiannya.
Rasa terpanggil ayah nak menceritakan apa yang berlaku kepada Fateh, memandangkan ramai juga yang bertanya, semoga orang lain boleh mendapat manfaatnya.
Nanti bila Fateh dah sihat, dan dah besar boleh tengok balik post ini dengan rasa syukur yang tinggi. Ramai yang mendoakan Fateh, dan paling penting, pengorbanan ibu yang sentiasa menemani Fateh.
Muhammad Fateh yang berumur 1 bulan 10 hari terkena serangan “Batuk Kokol” (dikenali juga sebagai Batuk 100 Hari – mengikut kata doc 2-3 bulan juga sebelum batuk ini reda) satu jenis batuk yang saya sendiri pun tak pernah tahu sebelum ni memandangkan anak-anak yang lain pun tak pernah kena jenis batuk ini.
Saya akan ceritakan secara ringkas apa itu penyakit batuk kokol supaya lebih ramai yang tahu dan faham tentang penyakit ini.
Batuk Kokol atau pun “Whooping Cough” adalah sejenis penyakit disebabkan oleh kuman bakteria “Bordetella Pertussis” yang dijangkiti melalui udara daripada orang lain.
Sama ada dijangkiti dari ibu bapa sendiri atau adik beradik (jauhkan baby dari mereka jika ada yang sakit demam, selsema atau batuk) atau orang ramai yang kita tidak tahu dari siapa puncanya. Jadi elakkan baby yang berumur 5 bulan kebawah berada ditempat orang ramai seperti dalam shopping mall, pasar malam, atau majlis-majlis yang melibatkan ramai orang).
Juga dinasihatkan bagi baby yang berumur dibawah 21 hari, jangan dibawa keluar rumah.
Tanda – Tanda Ringan
• Demam
• Selsema
• Bersin
• Batuk yang panjang
Selepas batuk yang berpanjangan ini berlaku, ia boleh menyebabkan baby:-
• Muntah
• Sukar Bernafas/ terhenti nafas seperti Fateh
• Sianosis (Kebiru-biruan pada mulut, tangan dan kaki)
Sebaik – baiknya jika telah nampak tanda – tanda ringan, bawalah anak ke klinik/hospital yang berhampiran. Dalam kes Fateh, kami bawa Fateh ke klinik yang berhampiran sebanyak 2 kali (Fateh diberikan gas/Nab) namun kegagalan pihak klinik mengesan sakit yang dialami oleh Fateh, menyebabkan Fateh menghadapi kesukaran bernafas, sehingga terhenti nafas (apabila wife tepuk-tepuk belakangnya baru lah baby bernafas semula, syukur Ya Allah) yang menyebabkan kami berkejar ke hospital.
Saya tidak menyalahkan seratus peratus kepada pihak klinik (walaupun sepatutnya mereka lebih tahu dan menasihati kami untuk ke hospital lebih awal), namun kami menyalahkan diri kami juga kerana sebagai ibu bapa, kita juga perlu tahu penyakit – penyakit yang berbahaya untuk anak – anak kita supaya kita lebih waspada dan bersedia.
Akibat – akibat serius yang akan berlaku jika lambat dirawat ialah :-
• Radang paru – paru
• Kurang bekalan oksigen ke otak yang boleh menyebabkan sawan, fungsi otak tidak normal dan boleh juga menyebabkan kematian.
Semasa saya menulis ini, Fateh masih lagi dalam rawatan (dah 6 hari masuk ICU) dan bergantung penuh dengan alat bantuan pernafasan, masih lagi batuk – batuk yang panjang dan telah diberikan antibiotik secara berperingkat.
Saya izinkan post ini dikongsikan, nak tag saudara mara atau rakan – rakan yang disayangi, kerana penting kita ada pengetahuan ini bukan sahaja untuk mereka yang ada baby tetapi juga kepada semua orang, supaya berwaspada nak mengunjungi orang yang ada baby, supaya tak mudah kecil hati dan faham jika kenapa orang lain tak benarkan kita mendekati baby mereka.
Mudah-mudahan perkongsian ini memberi manfaat kepada orang lain juga dan mohon doakan Fateh agar cepat sembuh dari penyakit ini.
Biarpun sibuk dengan urusan anak-anak namun masa bersama isteri jangan sekali dilupakan. Inilah yang cuba disampaikan oleh doktor selebriti, Dr Say Shazril.
Sebolehnya kata Dr Say, dia akan mencuba masa sebaik mungkin untuk berdua-duaan bersama isterinya. Semua itu bagi membolehkan anak-anak dapat diuruskan dengan mood yang baik dan ceria.
“Walaupun sibuk dengan anak-anak, namun suami isteri juga kena ada ‘me time’ berdua. Justeru, kami akan keluar makan berdua atau jalan-jalan. Ketika inilah perlunya pembantu rumah untuk temani anak-anak sepanjang ketiadaan kami.
“Pada saya, suami isteri kena ada masa bersama. Reset untuk tenangkan diri, lebih bertenaga dan bahagia untuk berhadapan dengan anak-anak. Apabila kita penat, kita mudah marah. Itu yang menyebabkan kita tersalah cakap, tersalah buat dan sebagainya,” ujar beliau lagi.
Pun begitu, kata Dr Say, sebelum membahagiakan orang lain, seseorang perlu bahagiakan diri sendiri terlebih dahulu.
“Nak bahagia, kena utamakan diri terlebih dahulu. Apabila kita gembira, maka orang sekeliling pun akan turut merasai kebahagiaan tersebut,” ungkapnya.
Mengulas lanjut mengenai persepsi segelintir pihak kononnya kehidupan influencer sepertinya sudah berjaya dan tiada masalah untuk fokus kepada anak-anak berbanding orang biasa di luar sana, Dr Say punya jawapannya yang tersendiri.
“Tidak dinafikan, zaman sekarang ini semua perlukan duit dan bukan semua orang bernasib baik dalam semua hal. Ada yang terpaksa bertungkus-lumus demi kelangsungan hidup keluarga.
“Pun begitu, dalam hidup ini, kita kena seimbang baik dalam hal kewangan dan masa bersama keluarga. Memang saya faham, ada yang terpaksa kerja 8 pagi hingga 5 petang, tetapi kalau ada peluang bekerja sendiri usah biarkan, ambil peluang tersebut,” ungkapnya.
Untuk mommies yang ada anak dalam fasa merangkak, bolehlah join Baby Merangkak Race! Yuran penyertaan hanya RM20 dan anda akan menerima goodies istimewa.
Biasanya bab anak perempuan datang haid buat pertama kalinya, ada yang beranggapan menjadi tugas seorang ibu memberikan pencerahan berkenaan apa yang perlu dilakukan.
Maklumlah pengalaman pertama anak-anak mamasuki usia baligh, tidak dinafikan ada yang rasa takut, sedih, bungung dan pelbagai lagi emosi bercampur aduk.
Pun begitu, peranan bapa juga sebanarnya tidak kurang pentingnya dalam memberi penerangan detail kepada anak-anak perempuan yang didatangi haid buat kali pertama.
Ini sebagaimana perkongsian daripada seorang bapa, Firdaus Mokhtar dan bolehlah dijadikan panduan untuk bapa di luar sana untuk berdepan dengan situasi ini di masa akan datang.
Ini yang perlu kita pesan ke anak-anak perempuan saat dia akil baligh
Anak yang sulong, Isymah datang haid untuk kali pertama. Ummi dia lah uruskan hal tentang pengurusan diri.
Cuma lepas selesai, saya sebagai ayah panggil Isymah untuk bercakap sikit. Kita berpesan ke dia.
Ini yang perlu kita pesan ke anak-anak perempuan saat dia akil baligh;
Sejak umur baligh, segala syariat dah tertakluk atas diri sendiri. Dia wajib sembahyang, jaga aurat, berpuasa dan segala yang disyariatkan atas manusia.
Kalau buat dah ada pahala dan kalau tinggal dah ada dosa sendiri.
Cuma istimewa sebagai anak perempuan, dosanya terkait dengan ayah. Anak buat dosa, ayah biarkan, ayah juga berdosa.
Saya pesan selalu perkara ini. Contohnya kalau dia tak jaga aurat, dia dan Walid sama berdosa kalau sama-sama biarkan.
Sebab apa? Sebab di sekolah kita tak ada nak perhatikan. Jadi dia kena pandai jaga diri. Baik dengan kawan lelaki dan kawan perempuan.
Dengan sepupu lelaki yang dah dewasa dah tak boleh bersalaman. Pakcik yang bukan mahram pun sama. Bukan semua boleh salam dan bersentuhan bertepuk tampar.
Tudung, stokin tangan dan stokin kaki semua dia tahu. Sebab ummi dia memang pakai semua tu. Semuanya ada peranan. Jadi dia biasa tengok dan tahu kegunaan.
Saya pesan juga, makin besar nanti tubuh badan akan berubah ke badan dewasa, ini lagi kena jaga. Tentang pilihan baju, seluar atau kain. Dah kena belajar daripada hari ini.
Lelaki atau perempuan kena ada sifat malu. Malu untuk lakukan dosa. Malu untuk berlebih-lebihan mengada atau menggedik depan orang lain.
Iyalah, perempuan kan. Memang ada sifat manja dan berlembut tu. Jadi kena jaga, ikut suasana dan tempat.
Sebab itu pada Islam, malu itu sebahagian daripada iman.
Pengurusan diri berkait dengan haid ini sangat perlu kepada ilmu kebersihan. Jadi yang ini saya pesan ke dia, belajar dengan Ummi dia.
Sebab mudah nak tunjuk praktikal dan cara yang betul.
Soal bersihkan diri, bersihkan tuala wanita yang dah digunakan dan kebersihan pakaian. Hal darah ni jangan buat main, tak bersih betul-betul sakit boleh datang nanti.
Bab ini lah buatkan saya sedar, kenapa perempuan sangat teliti soal tarikh. Huhu.
Sebabnya mereka kena jaga hal yang berkait penting dengan diri mereka. Setiap kali datang bulan, kiraan hari sangat penting.
Sama ada kiraan untuk pastikan tempoh kesuburan atau soal ibadah, dua dua penting. Kalau bab kiraan ini tak jaga, boleh jadi terlanggar hari dah wajib sembahyang dan beribadah. Berdosa terus.
Sebab itu perempuan sangat mudah ingat tarikh berbanding lelaki. Haa kan?
Ini pun saya cuma pesan. Cuma ilmunya saya ulangkan ke dia. Saya cerita juga ada ramai pelajar saya jumpa dulu masa saya mengajar dah baligh tapi mandi wajib tak tahu.
Tak tahu kena mandi wajib pun ada. Saya pesan ke dia, ada sahaja perkara tak tahu, tanya terus ke saya atau Ummi dia.
anak-anak bertanya dan jadikan siapa sebagai rujukan?
Tekun Isymah dengar saya pesan setiap poin.
Kawan-kawan, kita sebagai mak ayah kadang bukan nak tunjuk pandai berpesan itu ini. Memang mereka dah belajar dekat sekolah tentang semua ini.
Cuma kita nak letakkan diri kita sebagai ibu bapa yang mereka boleh percaya untuk bercerita dan bertanya. Tentang semuanya termasuklah hal sistem reproduksi diri ini.
Kalian tahu berapa ramai dekat luar sana yang malu nak bercakap soal ini dengan anak-anak, maka anak-anak bertanya dan jadikan siapa sebagai rujukan?
Paling dekat dengan mereka adalah kawan-kawan. Atau entah siapa orang luar yang dia percaya berbanding kita di rumah. Moga dijauhkan.
Begitulah pesan ke Isymah. Harap ada manfaat ke kawan-kawan yang lain. Guna untuk pesan ke anak kalian juga. InsyaAllah.