Hari ni nak kongsi cara semai dan tanam pokok kari yang betul, yang mana rasa nak tanam pokok kari kat rumah tu boleh baca and ikut je cara ni..boleh jimat duit sikit nak masak kat rumah.. InsyaAllah dengan izin-Nya tumbuh la pokok tu.
Senangnye je sebenarnya nak tanam pokok kari ni, semua orang boleh buat, step by step saya kongsikan ya..
Pertama
Apa yang kita perlu adalah anak benih pokok kari atau keratan batang anak pokok yang tumbuh dari pokok kari dewasa (diambil bersama akar)
Kedua
Sediakan polibeg kecil saiz 6×6 atau guna je apa yang yang ada, keratan botol, pasu kecil dan lain-lain mengikut cita rasa sendiri. Kemudian isikan tanah ke dalam polibeg.
Ads
Ketiga
Buatkan lubang di tanah dalam polibeg dan masukkan anak benih/keratan anak pokok ke dalam polibeg/pasu kemudian siram dengan air agar tanah akan menjadi padat.
*Tips Ekstra*
Ads
Tanah tu jangan tekan dengan tangan ye, ini untuk menggalakkan pertumbuhan akar dalam tanah, kalau tekan dengan tangan nanti tanah tu jadi terlalu padat susah untuk akar membesar.
Jangan lupa siram pokok tau, 2 kali sehari pagi dan petang, dan tunggu dalam 2-3 minggu dah boleh nampak hasil di mana akan nampak tumbuhnya anak pucuk muda berwarna hijau pucuk muda.
Kelima
Setelah anak pokok kari sudah berusia sebulan, boleh lah kita pindahkan anak pokok tu ke atas tanah atau pasu yang lebih besar agar pokok membesar dengan baik.
*Tips ekstra*Pindahkan anak pokok di waktu petang untuk meminimakan pencahayaan supaya pokok tidak menjadi kelayuaan dan memudahkan proses baik pulih selepas pemindahan.
Pelakon dan duta produk, Bella Astillah bersama suaminya, penyanyi Aliff Aziz berkongsi berita gembira akan berangkat menunaikan ibadah umrah hari ini.
Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi beberapa Insta Stories. Ketika berita itu dikongsikan, pasangan ini dalam perjalanan ke lapangan terbang antarabangsa.
“Bismillahirrahmanirrahim. Jadikanlah perjalanan kami ini Ya Allah, perjalanan yang bermanfaat.
“Permudahkanlah kami untuk melihat keindahan alam ciptaaanMu agar kami insaf betapa kerdilnya kami di sisi/Mu.
“Jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sentiasa berzikir dan memuji kebesaran dan keagungan ciptaanMu,” tulis Bella menerusi insta storiesnya.
Dalam perkongsian sebelum ini, pasangan ini sedang menanti status dari pihak berkaitan sebelum dibenarkan berangkat.
“Kita dah ada tiket penerbangan, kalau ada rezeki dijemput mungkin kita akan berangkat ke Tanah Suci pada 9 Februari ini. Tapi sekarang menunggu lagi apa status daripada pihak yang berkenaan.
Bella juga turut berkongsi luahan yang sama di instagramnya.
Bismillahirrahmanirrahim.. Assalammualaikum, syukur Alhamdulillah Bella, suami, mama dan ayah ingin berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah buat pertama kali. Mohon semua doakan kami para jemaah selamat pergi dan pulang inshaAllah..
Kepada keluarga, sahabat, semua yang mengenali saya, dengan ini saya ingin memohon maaf dan ampun sekiranya saya pernah mengguriskan hati, tersilap kata atau perbuatan yang kurang menyenangkan sepanjang perkenalan. Bella sangat2 terharu dapat membawa kedua orang tua bella sbb inilah impian bella dari sekolah lagi. Allahuakhbar, bahagia rasanya bila dapat bersama2 mama dan ayah🥲
Ikhlas dari kaklong untuk mama sama ayah yang banyak berkorban dari kaklong kecik masa kita tinggal di sabah sampai lah sekarang. Tak terbalas segala jasa mama ayah. Semoga ini menjadi permulaan tahun baru yang baik buat kita semua, inshaAllah.. Amiin yra 🤲🏻 Terima kasih juga buat kak @azlinabdlatif dan abg Akram. Semoga persahabatan ini kekal selamanya inshaAllah.
Hampir sembilan tahun mendirikan rumah tangga, sudah pasti pelakon dan penyanyi Izzue Islam serta isterinya, Awin Nurin tidak berhenti berusaha dan berdoa agar dikurniakan cahaya mata
Memetik mStar Online, Izzue memaklumkan dia dan isteri terpaksa menghentikan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) untuk mendapatkan cahaya mata berikutan kesibukan kerja serta jadual kerja yang padat.
“Untuk rawatan (IVF), kami sudah berjumpa dengan doktor dan keputusan semuanya baik sahaja cuma doktor pesan perlu ada masa untuk rehat sebab kalau kerja berterusan mungkin akan mengganggu proses rawatan
“Jadual saya agak padat pada tahun ini dan untuk tahun depan pun ada yang sudah susun jadi saya dan isteri rancang nak kosongkan jadual sekurang-kurangnya sembilan bulan,” katanya.
Dalam pada itu, Izzue memberitahu dia akan kembali menyambung rawatan pada hujung tahun ini jika diberikan kesempatan waktu.
“Saya memang nak sambung kembali rawatan cuma komitmen kerja sangat tinggi saat ini, kalau sempat hujung tahun ini kami akan cuba lagi sekali,” katanya.
Untuk rekod, Izzue mendirikan rumah tangga dengan Awin Nurin pada 2 Jun 2013.
Apapun, moga urusan Izzue dan Awin dipermudahkan pada waktu akan datang.
Benarlah orang kata, Rezeki tak bermaksud dari segi anak saja, namun sebelum ini Izzue telah memuatnaik satu video yang mana Izzue dan Awin baru membeli rumah baru mereka berdua. Memang besar dan luas ya. Alhamdulillah tahniah Izzue dan Awin
Aktiviti mengemas rumah seperti mengemop lantai memang selalu kita buat setiap hari. Rutin harian ini nampak mudah pada pandangan mata kita. Mudah pada pandangan mata tetapi sebenarnya ada banyak ilmu yang harus kita pelajari.
Mengemop lantai hingga benar-benar bersih dan diistilah bersih di sisi islam, Ustaz Syed Shahridzan buat pencerahan ke atas permasalahan ini. Jangan pandang mudah. Pastikan rumah kita, syurga kita anak beranak ini bebas najis dan bersih.
AIR MOP LANTAI BERCAMPUR NAJIS
Banyak orang zaman sekarang, bila ada najis seperti muntah, tahi lipas ke, cicak ke, dia buang dulu najis kmudian mop, cuma, dia tak guna air mutlak, dia guna air mop lantai (sabun lantai). Adakah semua kawasan lantai yang dia mop menjadi najis atau kawasan najis tu sahaja selepas mop?
Menurut mazhab Syafi’ie, air yang berkapasiti 2 kolah (230 liter) dan ke atas bercampur dengan najis, maka air tersebut tidak bertukar menjadi najis melainkan berubah salah satu dari 3 sifat air tersebut, iaitu bau, warna atau rasa. Ini berdasarkan sepotong hadith yang menyebut:
Maksudnya: Abdullah bin Umar RA bahawa Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda: “Jika kandungan air mencapai dua kolah maka ia tidak mengandungi kotoran.” Dalam suatu lafaz hadith: “Tidak bernajis”. (Diriwayatkan oleh Imam empat dan dinilai sahih oleh Ibnu Khuzaimah, Hakim, dan Ibnu Hibban)
Jadi jika air mutlak 2 kolah dan ke atas berubah salah satu sifatnya contoh jernih berubah warna kekuningan disebabkan najis, maka air itu bukan lagi air mutlak malah kategori air mutanajjis (air najis). Ini berdasarkan hadith baginda -sallallahu ‘alaihi wa sallam- yang menjelaskan:
وَعَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ – رضي الله عنه – قَالَ: قَالَ رَسُولُ – صلى الله عليه وسلم: «إِنَّ الْمَاءَ لَا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ، إِلَّا مَا غَلَبَ عَلَى رِيحِهِ وَطَعْمِهِ، وَلَوْنِهِ». أَخْرَجَهُ ابْنُ مَاجَهْ
Maksudnya: Abu Umamah al-Bahily RA bahawa Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda: “Sesungguhnya air itu tidak ada sesuatu pun yang menajiskan ia kecuali sesuatu yang dapat merubah bau, rasa dan warnanya.” (Riwayat Ibnu Majah)
Manakala air di bawah kapasiti dua kolah, jika bercampur dengan najis maka secara automatik ia berubah menjadi air mutanajjis (air najis) meskipun tidak berubah sifat sama sekali. Ini kerana kekuatan menolak kesan najis hanya ada pada air yang berkapasiti 2 kolah dan ke atas sepertimana yang dinyatakan oleh Baginda -sallalhu ‘alaihi wa sallam- dalam hadith di atas.
Berbalik kepada air mop yang bercampur najis seperti najis dan muntah. Mengikut kaedah mazhab Syafi’ie, air mop di dalam baldi bercampur dengan najis maka air itu menjadi air mutanajjis. Bahan bernajis seperti air mutanajjis haram dimanfaatkan termasuklah mop lantai menurut mazhab Syafi’ie. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab-kitab fiqh Syafi’ie antaranya Imam al-Khatib al-Syirbini -Rahimahullah-, sepertimana kata beliau di dalam karangannya ‘al-Iqna Fi Hall Alfaz Abi Syuja’:
لو أخذ دما أجنبيا ولطخ به نفسه أي بدنه أو ثوبه فإنه لا يعفى عن شيء منه لتعديه بذلك فإن التضمخ بالنجاسة حرام
Maksudnya: ” Begitu juga seseorang yang mengambil darah orang lain(ajnabi) kemudian melumuri dirinya iaitu badannya atau pakaiannya maka ia tidak dimaafkan sedikit darinya kerana lumuran darah yang melampau pada dirinya, sesungguhnya meletakkan(menyentuh) najis adalah haram”.
Oleh disarankan sesiapa yang mop lantai agar mengelakkan dari membersihkan lantai yang dengan air yang sudah bercampur dengan najis. Ini kerana kapasiti air di dalam baldi ternyata di bawah kadar 2 kolah, maka ia bernajis apabila bercampur najis meskipun tidak berubah sifatnya. Ini kerana air yang bernajis tidak dikira mampu menyucikan sesuatu tempat dari najis.
Jika lantai yang sudah dimop dengan air yang bercampur najis yang tidak dimaafkan, maka wajib lantai dibilas/disapu dengan air mutlak sehingga hilang kesan-kesan najis pada tempat itu. Apa pun terpulang kepada kebijaksaan masing-masing untuk melaksanakan cara penyucian tempat yang bernajis mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh syarak.
Antara najis yang dimaafkan ialah najis cicak yang terlalu sedikit. Sebagai contoh najis cicak dua tiga butir termasuk ke dalam air baldi, ia dikategori najis yang dimaafkan selagimana ia tidak merubah sifat air. Ini kerana tahi cicak antara najis yang sukar untuk dielakkan. Jika ia banyak maka tidak dimaafkan iaitu menajiskan air yang sedikit walaupun tidak berubah sifat.
Bolehkan membersihkan tempat bernajis dengan air sabun? Menurut mazhab Syafi’ie, tempat atau benda yang terkena najis wajib dibersihkan dengan air mutlak dan tidak sah dengan air mutlak yang bercampur dengan bahan lain seperti sabun. Tiada masalah untuk menggunakan air sabun untuk basuhan awal namun basuhan kedua mestilah menggunakan(bilas) air mutlak.
Menurut mazhab Hanafi, air mutlak yang berubah sifatnya dengan bahan lain seperti sabun maka ia tetap suci dan menyucikan. Pendapat mazhab Hanafi boleh diamalkan jika melibatkan kawasan terlalu besar seperti kilang dan proses pembersihan melibatkan mesin canggih yang menggunakan sabun, ini termasuk kategori darurat. Manakala tempat yang kecil seperti rumah maka jangan lari dari kaedah mazhab Syafi’ie.
Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi
Kredit: Ustaz Syed Shahridzan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.