Berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia, Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula jam 12.01 pagi 14 Oktober sehingga 27 Oktober 2020.
Perkara itu diumumkan oleh Dato’ Ismail Sabri Yaacob dalam Siaran Langsung sidang media Majlis Keselamatan Negara sebentar tadi bagi menyekat penularan wabak ini dari terus merebak.
Ini merupakan aktiviti yang dilarang bagi penduduk yang terlibat dengan kawasan tersebut.
Aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah seperti berikut:
Ads
• Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat
kebenaran daripada majikan.
• Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.
• Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.
Ads
• Masjid dan rumah ibadat bukan Islam lain adalah ditutup.
• Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan.
Ads
• Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan. Walaubagaimanapun, semua kegiatan ekonomi di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa. Senarai SOP lanjut dan lebih terperinci akan diumumkan oleh MKN dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, Datuk Seri Ismail Sabri juga memaklumkan bahawa di seluruh negeri Sabah akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB) mulai tengah malam ini.
PKPB akan dilaksanakan pada 12.01 tengah malam ini, hingga 26 Oktober 2020.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga. Demikian perumpamaan yang boleh diungkapkan dengan hubungan anak beranak yang sudah lama tidak bertemu.
Disebalik kontroversi yang melanda ayahnya, rupa-rupanya ada sinar buat mereka. Kisah keluarga ini cukup menyentuh hati, selepas mendengar nasihat pelbagai pihak, akhirnya anak kepada penyanyi, To’ki, Noor Hidayah terpanggil bertemu bapanya selepas sekian lama tidak bertemu.
Noor Hidayah, 27, atau mesra dengan sapaan Yaya berkata, mereka bertemu pada Jumaat lalu selepas kali terakhir bertemu ayahnya kira-kira empat tahun lalu.
“Awalnya, saya cukup terkesan dengan komen netizen, tetapi apabila direnung semula, teguran mereka memberi kesedaran. Walaupun macam mana pusingnya dunia, dia tetap ayah saya, tiada apa yang dapat mengubah hakikat itu.
“Alhamdulillah, berkat nasihat yang baik dan doa orang ramai, saya bertemu dengan ayah selepas empat tahun tidak berjumpa. Hubungan kami sekarang baik-baik sahaja, malah jujurnya, saya gembira hingga menitiskan air mata.
“Sememangnya setiap apa yang terjadi, ada hikmahnya. Disebabkan kisah tular, saya dapat berjumpa ayah,” katanya kepada BH Online.
Bercerita lanjut, Yaya bersama suami bertemu ayahnya pada Jumaat lalu, kemudiannya kembali membawa adik-adik yang lain pada hari berikutnya.
“Selepas kisah ayah tular, hati saya memang mahu bertemu ayah. Sebelum berjumpa, kami ada berbual di telefon. Apabila saya dan suami mahu keluar makan, kami mengajak ayah sekali pada Jumaat lalu.
“Esoknya, saya datang berjumpa ayah bersama adik-adik pula. Saya juga berkesempatan melihat rumah ayah dan kemudiannya, kami keluar makan bersama.
“Di restoran, kami berpeluang lihat ayah menyanyi secara ‘live’. Jujurnya, saya gembira, terubat rindu nak tengok ayah menyanyi. Bukan kami sahaja, malah ayah juga kelihatan gembira dapat bersatu semula dengan anak, cucu dan menantu,” kata ibu kepada dua orang anak lelaki itu.
To’ki turut memuat naik gambar perjumpaan bersama anak, cucu dan menantunya di laman Facebook. Bagaimanapun, anak sulungnya, tidak dapat bersama kerana mempunyai urusan lain pada saat terakhir. Perjumpaan itu turut disertai anak perempuan To’ki menerusi hasil perkahwinan kedua iaitu Nur Nilam Qaseh, 13.
Anak kedua daripada lima beradik itu turut meluahkan rasa syukur melihat ayahnya sudah mempunyai tempat tinggal selesa didiami bersama isteri baharu, Sharifah Fairuz Syed Yusof.
“Doa kami sememangnya mahu lihat ayah hidup selesa. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu ayah.
“Melihat ayah bahagia bersama isterinya sekarang, kami juga gembira. Isterinya baik, melayan kami seperti keluarga sendiri ketika kami ke rumahnya,” katanya.
Mengulas mengenai ibunya, Yaya berkata, ibunya gembira melihat hubungan mereka kembali jernih.
“Ibu selalu berpesan tidak melupakan ayah. Dia, antara insan yang paling gembira melihat kami berjumpa ayah. Selepas ini, insya-Allah kami akan selalu berjumpa ayah.
“Selepas apa yang terjadi, kami adik beradik merasakan ayah layak untuk hidup gembira dan sekarang, kami mahu menggembirakan ayah,” katanya.
Terdahulu, Yaya mendakwa kali terakhir bertemu bapanya kira-kira empat tahun lalu ketika melangsungkan perkahwinan. Yaya mengeluarkan dakwaan selepas kisah kehidupan To’ki, 53, dan isterinya, Sharifah Fairuz, 48, yang tinggal dalam pondok di pinggir hutan di Batu 12, Gombak, tular, beberapa minggu lalu.
To’ki memiliki lima cahaya mata hasil daripada perkahwinan pertama. Anak sulungnya, Mohd Hafizi, 28, diikuti Noor Hidayah, 27, Noor Husna, 22, Noor Aishah, 21 dan Mohd Hairi Hanis, 18. Menerusi perkahwinan kedua bersama Nik Aida Mustapha dikurniakan Nur Nilam Qaseh.
India larang eksport gandum kuat kuasa serta-merta, jangan buat tak tahu mengenai berita ini. Ia akan memberi kesan kepada bekalan makanan dunia.
Sumber makanan ini akan berkurangan di pasaran dunia dan akan berlaku peningkatan harga secara mendadak.
Sebagaimana perkongsian saudara Khairul Hakimin Muhammad menerusi faceboonya baru-baru ini menjelaskan mengenai berita ini. Katanya kita semua kena siap sedia.
Perkongsian yang mendpat share hingga 11k ini meraih perhatian ramai apabila ramai yang melahirkan rasa bimbang dengan situasi itu.
“Kita semua kena siap sedia.”
Selepas Rusia dan Ukrain berperang dan masih belum berhenti sehingga hari ini, kemerosotan gandum berlaku di seluruh dunia.
24 jam lepas, India pula tarik brek dan hentikan eksport gandum ke luar negaranya. Siap sedia krisis gandum besar-besaran kali ini. Gandum tiada, tepung tiada. Produk berasaskan gandum (tepung) semua akan tiada stok.
Roti, biskut, pasta, mi, serta apa sahaja yang menggunakan tepung, akan berlaku tiada stok. Langsung tiada gais.
Krisis makanan gais. Tak main-main punya. Apabila ada stok, stok yang ada akan sedikit. Apabila sedikit, harganya akan tinggi. Standby belaka kenaikan harga tepung dan yang seangkatan dengannya gais. 2-3 bulan lepas seguni boleh dapat RM69. Kini seguni dalam RM90. Lepas ini tak tahulah berapa.
Selepas tepung, minyak masak, minyak sayuran, minyak bunga matahari, butter, margerin, susu pekat manis semua akan kekurangan stok. Siap sedia semua.
Memetik laporan berita harian, India melarang eksport gandum berkuat kuasa serta-merta, hari ini, ketika gelombang haba akibat cuaca panas terik menjejaskan hasil tanaman dan harga tempatan mencecah rekod paras tertinggi.
Bagaimanapun, Kerajaan India menjelaskan, pihaknya masih membenarkan eksport membabitkan surat kredit sudah dikeluarkan serta atas permintaan negara yang berusaha memenuhi keperluan keselamatan makanan mereka.
Pembeli global mengharapkan negara pengeluar gandum kedua besar di dunia ini untuk bekalan gandum, selepas eksport dari wilayah Laut Hitam merudum susulan krisis pencerobohan Russia terhadap Ukraine.
Sebelum penguatkuasaan larangan itu, India menyasarkan untuk mencatat rekod eksport 10 juta tan gandum, tahun ini.
Sumber: Khairul Hakimin Muhammad dan berita harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memiliki anak-anak kecil ada kalanya membuatkan ibu bapa hilang sabar. Lagi-lagi dengan karenah mereka. Tetapi itulah penyeri dan menambahkan kemanisan dalam rumah tangga.
Baik orang biasa mahupun selebriti yang memiliki anak kecil. Pasti tidak terkecuali mempunyai memori melucukan. Demikian juga dengan pelakon Amyra Rosli. Rupa-rupanya isteri kesayangan Amar Baharin ini sering sahaja kehilangan telefon di rumahnya.
Menerusi perkongsian terbarunya di Instagram, Amyra berkongsi apa sebenarnya yang berlaku kepada telefonnya yang selalu hilang.
Dalam perkongsian tersebut, Amyra turut memuat naik gambar anak lelakinya, Aqeef Anaqi yang mengambil gambarnya sendiri menggunakan telefon Amyra.
“Phone mommy selalu hilang kat rumah pastu dah beberapa jam jumpa phone balik n tengok penuh gallery.
“Pastu mommy gelak-gelak pastu lupa nak replyyyyyyyy msg korang. So kalau ada anything urgent call je terus ok,” jelas Amyra lagi.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...