Memberi gaya pada ruangan kediaman dengan menghadirkan pokok hiasan memang tidak dinafikan sangat cantik. Lebih-lebih lagi bila pokok berukuran tinggi, boleh memberi impak yang lebih berkesan pada ruang kediaman.
Andai kata anda tidak berpuas hati dengan ukuran pokok hiasan yang dibeli, apa kata anda lakukan seperti yang dikongsikan oleh Farah Syahirah. Menurutnya, pokok hiasan yang dibelinya secara online adalah berukuran 140cm dan bila dibuat diy boleh menjadi setinggi 160cm.
“Ni saya nak share tips untuk buat kan pokok viral Skybird @ Traveler Banana untuk nampak lebih tinggi walaupun ketot.” Ujarnya.
Macam pokok ni saya order sendiri dari China dengan harga RM150 camtu tapi bila sampai rasa macam ehh pendek sangat lah pulak. Then saya beli high vase ni, pokok tenggelam ke dalam lah pulak. So ni cara untuk buat pokok nampak lebih tinggi dan kemas.
Pasu putih tu jenis tanah liat, berat jugak. Saya beli di Nursery dekat Kuala Pilah, RM35 je , 3pcs RM100. Memang saya beli 3pcs pon sebab lagi 2 untuk pokok hidup saya.
Ni pokok saya tinggi 140cm sahaja, saya beli sendiri dari China. Yang ni jenis premium, boleh iron guna steamer kalau kedut. Kalau yang jenis gred B, lebih murah boleh dapat
Saya guna pasu plastik ni untuk penuhkan ruang kosong di dalam, saya reuse pasu lama sahaja. Terbalik kan dan tekup ke bawah utk cover ruang kosong.
Ni saya guna 2pcs. Kalau tak ada, boleh beli dekat diy/nursery RM2 gitu kot. Kalau agak-agak tak tahu size, boleh beli size lebih kecil, sebab kalau besar takut tak muat sebab macam pasu saya ni dia mengecil di bawah.
Taraa dah tinggi. Sebab nampak berlubang so saya guna sabut kelapa untuk cover. Pon jual dekat nursery dalam RM2-3
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Andai ibu-ibu ada yang bercucuk tanam dijadikan hobi untuk mengisi masa lapang, alangkah beruntungnya.
Bukan sahaja dapat mengutip hasil bila tiba waktunya, malah dengan bercucuk tanam juga boleh dijadikan aktiviti bermanfaat untuk dilakukan bersama ahli keluarga.
Menyedari hal itu, dengan hobi nan satu ini juga belanja dapur dapat juga dijimatkan bila mana hasilnya boleh dituai.
Pun begitu, sebelum hasilnya boleh dinikmati sering juga terjadi beberapa serangan penyakit pada pokok yang kita tanam.
Atasi masalah itu, kita boleh hasilkan sendiri racun organik yang lebih selamat digunakan dan dalam masa yang sama berkesan.
Nak tahu apa bahan-bahan yang diperlukan untuk hasilkannya, jom semak perkongsian bermanfaat ini.
Kawalan Serangga Organik
Bahan:
(A)
Daun serai wangi – drp. 4 batang serai
Bawang putih – 5 ulas
Minyak masak – 2 sudu makan
Air – 1L
(B)
Cuka – 10ml
Garam – 1 sudu teh
(C)
Sabun pencuci pinggan cecair – 1 sudu teh/500ml air
Cara-cara:
1. Kisar semua bahan (A) kemudian tapis guna kain (tapisan halus)
2. Masak sehingga mendidih dan masukkan bahan (B). Renihkan sehingga agak berminyak (keluar minyak drp. daun serai wangi)
3. Sejukkan sebelum guna.
4. Sebelum guna, masukkan bahan (C) dgn sukatan 1 sudu teh/500ml air.
ps:
Sukatan ini boleh digunakan 2 kali (boleh dibahagi 2). Tambah air utk penggunaan sukatan 500ml.
Testimoni:
Berkesan utk menghapuskan ulat di pelbagai spesis pokok limau dan kari (terus kiok dlm masa singkat)
2. Mengurangkan serangan kumbang oren di pokok melon/timun & yg sejenisnya..
3. Berjaya mengurangkan serangan kulat di putik mangga (tak mudah luruh)
(saya uji sendiri pada tanaman saya..sejauh mana berkesan kpd tanaman lain dan jenis2 serangga lain masih belum teruji…Wallahu ‘alam..
Kelemahan:
Mudah hilang kesannya lepas hujan.
sumber : Aseef Alwee via Kebin bandar : Jom Tanam Sendiri.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika selama ini ibu-ibu hanya buang air basuhan beras, kali ini fikirkan semula. Ada manfaatnya yang mungkin ibu-ibu tak tahu. Lebih-lebih lagi bagi anda yang suka bercucuk tanam, tak kisah lah pokok cili ke, Bayam Brazil ke atau pokok limau ke.
Kalau nak pokok-pokok ini tumbuh subur dan berbuat lebat, cubalah petua yang dikongsikan oleh Huda Zainalini. Zaman belum berjinak dengan pokok, air basuhan beras ni memang akan buang je. Namun semenjak dah berjinak dengan tanaman, air bilasan beras ni Huda akan guna untuk pokok-pokok.
Bilasan air beras yang berwarna putih disebabkan oleh kanji. Ia mampu menggalakkan pembiakan bakteria baik untuk akar.
Ada juga mineral seperti nitrogen, potassium dan phosphorus dalam air beras. Semua tu bagus untuk tumbesaran pokok. Hah, ingat manusia je ke yang nak mineral. Pokok pun nak.
Satu lagi buat macam ni supaya kurangkan pembaziran air. #zerowaste.
Subur juga pokok-pokok ni, padahal tuan dia tak baja pun.
Huda Zainal
Air pun recycle.
Addicted dengan gajet, sampaikan ada jurang dalam keluarga. Hubungan antara anak, ibu bapa dan keluarga mula renggang. Itu antara inti pati yang Ustaz Don kongsikan melalui perbincangan beliau bersama Keluarga Talk anjuran Majalah Keluarga sebentar tadi.
Saya baru kahwin 8 tahun dan anak sulung baru 6 tahun, jadi nak cakap tajuk ini adalah semata-mata pengalaman yang saya ada sepanjang 8 tahun ini. Gajet ini ibarat pisau kalau guna dengan betul boleh potong sayur, daging, buat ukiran buah dan sebagainya, Tapi pisau yang sama kalau salah guna boleh jadi kes-kes seperti pembunuhan, tikam, budak bunuh ibu dan sebagainya.
Jadi gajet juga sama, ada orang mahir guna gajet boleh jana pendapatan, ada yang amatur sekadar guna tanpa mudarat pada diri dia mahupun orang lain atau ada juga yang salah guna kemahiran dengan benda salah seperti keyboard warrior dan sebagainya. Jadi terpulang kepada individu itu sendiri bagaimana menggunakan gajet tersebut. cermatnya kita menggunakan sesuatu alat ke arah kebaikan.
“Kita buat ‘dia’, jangan sampai ‘dia’ kawal kita. Kuncinya adalah tarbiah yang mana kena pandai jaga hati. Memang sekarang zaman gajet, ia menyebabkan berlaku jurang dalam keluarga. Melalui tarbiah, ayah kena pegang peranan sebagai ketua keluarga, begitu juga peranan ibu.
“Mesti saling mengingati tanggung jawab antara satu sama lain. Contoh paling mudah adalah tanggung jawab kepada anak-anak. Mereka hasil persetujuan bersama dengan isteri jadi kenapa kita nak abaikan tanggung jawab pada anak-anak,” ujarnya lagi.
Tambah Ustaz Don lagi, jangan terkejut kalau dilihat statistik yang memaparkan kaum perempuan paling tinggi bermain game. Perangkaan pada 2019 menunjukkan 63% adalah pengguna perempuan. Ini dilihat melalui statistik sebuah laman analisis yang menganalisis pengguna game berdasarkan mereka yang memuat turun game memaparkan perangkaan tersebut.
“Tetapi ini bukan bermakna orang perempuan ini ‘gamers’. Mereka jenis yang mudah terhibur dan bukan main untuk menang. Bukan seperti mereka yang benar-benar main game yang akan susun strategi dan sebagainya. Orang perempuan main sebab suka dan rasa terhibur.
“Berbalik kepada soalan tadi, semuanya terpulang kepada tanggung jawab. Selesaikan tanggung jawab, salahkan beri perhatian pada anak-anak belajar habit, tanya apa yang mereka mahukan. Perlukah kita fokus pada gajet.
“Rumah adalah istana kita dan semua tempat ada undang-undang. Jadi buatkan undang-undang dalam keluarga. Saya sendiri walau tak kuat kuasa dalam rumah tetapi balik rumah saya akan letak ke tepi handphone dan fokus pada anak-anak. Duduk dan bercerita dengan anak-anak. Itu pun tak cukup masa,”ujar Ustaz Don lagi.
Apabila ibu ayah sibuk dengan gajet, secara tak langsung anak-anak pun akan terikut. Akui Ustaz Don tidak dinafikan ada sesetengah ibu bapa yang menggunakan gajet untuk mengawal anak-anak.
“Ada sesetengah ibu bapa akan memberikan gajet pada anak-anak supaya mudah untuk memilih menu apabila keluar makan bersama. Salahkah andai ibu bapa mengajak anak-anak untuk sama-sama memilih menu bersama, kan lebih mesra. Tetapi ini tak berlaku.
“Dalam rumah tangga ada undang-undang dan ada asam garam. Bab anak menangis, riuh, air tumpah, cawan jatuh, dan sebagainya barulah itu keluarga. Tetapi hari ini value tersebut hilang. Kerana semua orang potray dalam facebook, instagram keluarga bahagia semua pakai sedondon, makan sama, suap sama-sama. Itu bukan, itu lakonan semata-mata.
“Kembali kepada peribadi merdeka iaitu jadi diri sendiri. Suami, isteri dan anak-anak ada karekter masing-masing. Tetapi itulah keluarga, jangan malu dengan keluarga sendiri. Kalau anak bising di kedai tak payah malu, nasihatkan supaya jangan buat bising. Kita kena sayang keluarga kita,”tegas Ustaz Don.
Walau bagai mana pun, kata Ustaz Don tak salah jika nak bagi gajet pada anak-anak kerana mereka ada tempoh masa. Kalau tak boleh fokus jadi tak salah andai diberikan sekejap gajet tetapi lepas tu tarik semula supaya tak leka.
“Jujurnya saya sendiri tidak menghadkan penggunaan gajet pada anak-anak. Kita kena membiasakan generasi hari ini dengan eranya tetapi tak bermakna memperhambakannya. Kena ada sistem yang mana volume mesti kena kuat. Apa yang mereka lihat kita tahu dan di depan mata.
“ Jadi undang-undang kena ada kerana ini salah satu yang saya suka fokus. Bapa kena berkuasa dalam rumah, jangan sampai anak-anak kunci pintu dalam rumah kita sendiri. Kita tak mahu ibu dan ayah jadi hamba dalam rumah sendiri.
“Bapa kena beri contoh terbaik baru anak-anak ikut. Dengan kata lain, nak bagi gajet pada anak-anak boleh tetapi kena ada undang-undang. Anak-anak tahu apa yang saya suka dan tidak, mereka juga boleh bergurau, naik atas badan saya tak ada masalah. Tetapi bila sampai part saya tegur, contohnya main game dan sebagainya mereka akan dengar.
“Tegas ketika mendidik itu petua dan cara saya praktikkan sejak dulu lagi. Awalnya marah tetapi lepas tu kendurkan suara. Didik minda dan hormatkan anak-anak, itu cara kita dibesarkan oleh ibu bapa kita kan,” tegas Ustaz Don lagi.
Sebagai seorang suami, ayah dan pemilik masyarakat tidak dinafikan ada benda yang disukai tetapi akan mengutamakan keluarga terlebih dahulu baru kehendak diri.
“Kamu jaga Allah maka Allah akan jaga kamu. Jaga tanggung jawab kamu kerana Allah maka Dia akan tolong kita. Misalnya di waktu kita solat, suap anak dan sebagainya semua itu adalah masa. Yakinlah bila kita buat kerana Allah, insya-Allah Dia akan memudahkan anda.
“Saya bukanlah orang yang terbaik tetapi sekadar kongsi dan ambil pengajaran darui kehidupan Rasullah. Jadi, bacalah kisah Rasullah, Wajah Kasih Rasullah dan Asam Garam Rumah Tangga Rasullah. Barulah kita akan faham dan menghidupkan jiwa dan mengenyangkan sanubari,” ungkap Ustaz Don sebelum menutup perbualan bersama Majalah Keluarga.
Ikuti perkongsian penuh Ustaz Don menerusi video ini.
Zaman sekarang ni, sikit-sikit gajet, pergi mana-mana pun gajet sampai dalam rumah pun masih dengan gajet! Sibuk sangat dengan gajet sampai keluarga pun terabai. Oh no! Tak boleh macam tu… Jom dengar apa kata Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dengan topik : TOLAK TEPI GAJET, FAMILY FIRST.
Pernah tular enam ahli keluarga terkorban kemalangan jalan raya, Abdur Rahman kini sambung pengajian. Abdur Rahman Amir Ruddin, 20 dan adik lelakinya Abdullah Amir Ruddin,16, kisah dua beradik ini pernah tular apabila dilaporkan kehilangan enam ahli keluarga dalam satu kemalangan yang berlaku Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan.