
Antara pokok buah-buahan yang biasa di tanam di laman rumah adalah seperti pokok mangga, pokok mata kucing, pokok jambu batu dan betmacam-macam lagi.
Selain tujuannya untuk menghijaukan laman, dapat juga seisi keluarga menikmati hasilnya bila berbuah kelak.
Dan sekiranya telah berbuah, perlu juga kita memberi lebih tumpuan untuk pastikan buah tersebut elok dan tidak dimakan tupai atau serangga perosak.
Contohnya dalam menjaga buah jambu batu dari serangan lalat buah, nak tahu tekniknya di sini dikongsikan untuk manfaat bersama.
Step 1
Anggaran saiz buah jambu batu sebesar ini, bolehlah dilakukan proses membalutnya agar tidak terdedah dengan serangga perosak.
Step 2
Jika ada terlihat dot-dot di bahagian kulit buah jambu batu, boleh digunting atau dibuang sahaja. Ini kerana buah tersebut telah ditebuk oleh lalat buah dan jika dibalut juga, buah tetap tidak akan elok.
Step 3
Jika buah terlalu banyak dalam satu tangkai, disarankan untuk buang dan pilih yang terbaik bagi tujuan untuk memberi peluang buah dapat membesar dengan sempurna. Selain itu, bertujuan agar bila buah besar dahan tidak patah.
Step 4
Setelah itu ambil surat khabar dan dilapiskan dengan plastik yang dibuat lubang air di bahagian bawahnya. Kemudian sarungkan pada buah yang ingin dibalut dan stepler kan pembalut pada bahagian dahan pokok agar bila buah membesar balutan tidak terbuka atau terjatuh.
Step 5
Pastikan pokok tidak perlu tinggi dan sebaiknya potong dahan bahagian atas supaya senang proses balut buah dilakukan dan senang juga untuk dipetik. Anggaran ketinggian 7 kaki sudah memadai.
Ekstra tip :
Baja organik dalam 1 kg diperlukan untuk pokok yang sudah besar. Tabur keliling anggaran jauh dalam 2-3 kaki dari batang pokok. Seeelokknya baja 2 minggu sekali.
Hasilnya bila dilakukan penjagaan yang baik akan menghasilkan buah yang elok.
Sumber : Iffah Effah
Mangsa Banjir Boleh Jamak Solat Ke? Ini Jawapan Dari Ustazah Asma’ Harun

Sudah hampir seminggu, bencana banjir telah melanda negeri pantai timur seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan. Malah hari ini, negeri Sarawak pula dilanda banjir membuatkan ramai masyarakat berwaspada lebih-lebih lagi sekarang adalah musim cuti sekolah.
Menurut laporan setakat Khamis, lebih 65,000 penduduk dari Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Perak dilaporkan terjejas dengan sebahagian besar daripadanya terpaksa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Menyusuri perkongsian di media sosial pula, hati bertambah sebak apabila melihat rumah penduduk ditenggelami air, malah ada yang hanyut dibawa arus, membuatkan penghuninya tinggal sehelai sepinggang.
Dalam menghadapi situasi sukar ini, selain mengikut arahan pihak berkuasa, kebergantungan seharusnya diletakkan kepada Yang Maha Esa.
Satu perkara yang sering menjadi tanda tanya dalam kalangan kita khususnya yang terlibat dengan musibah ini, sama ada mangsa mahupun petugas bencana dibolehkan untuk melakukan solat jamak.
Wajib Baca : ‘Mungkin Ini Hikmah Allah Hadiahkan Pada Aku’ – Rita Rudaini
Merungkai persoalan ini, tokok pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun tampil memberikan pencerahan menerusi satu perkongsian di Facebook.
Jelas Ustazah Asma’, menurut Mazhab Syafie, keringanan yang membolehkan seseorang menjamakkan (menghimpunkan) solatnya itu ada dua iaitu ketika bermusafir dan ketika hujan.
Namun ada sebahagian ulama fiqh termasuklah sebahagian ulama Mazhab Syafie, mereka berpandangan bahawa ada sebab lain lagi yang membolehkan seseorang jamak solat kerana banjir jika memang ada masyaqqah (darurat).
Antaranya adalah ketika tidak ada hujan dan tidak bermusafir, ini berdasarkan kepada hadis:
Maksudnya: Daripada Ibni Abbas RA katanya “Rasulullah SAW menjamakkan solat Zuhur dan Asar, Maghrib dan Isya’ di Madinah bukan kerana takut dan tidak pula kerana hujan. Lalu ada orang bertanya kepada Abdullah bin Abbas, apakah yang baginda SAW inginkan dengan hal tersebut? Abdullah bin Abbas menjawab, baginda SAW ingin supaya dia tidak membebankan seorang pun dari umatnya.” (HR Muslim, hadis sahih)
Menurut pandangan muktamad mazhab Syafie, tidak boleh melakukan jamak kerana banjir, kerana banjir tidak termasuk dalam keuzuran yang mengharuskan jamak solat.
Namun sebahagian ulama fiqh berpendapat boleh jamak solat kerana banjir.
Maka dengan pandangan yang kedua ini membolehkan seseorang melakukan jamak dua solat kerana banjir.
Walaubagaimanapun, apa yang lebih baik baginya adalah tidak melakukan jamak, kerana:
1. Melaksanakan solat dalam waktu asalnya adalah lebih afdhal.
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya solat itu adalah suatu kefardhuan atas orang-orang yang beriman yang ditentukan waktunya.” (Surah an-Nisa: 103)
2. Untuk keluar dari khilaf ulama.
Dalam kaedah fiqh menyebutkan:
“Sesiapa yang diberati dengan sesuatu maka dia boleh bertaqlid kepada ulamak yang mengharuskan.”
Jelas Ustazah Asma’. solat jamak dibolehkan atas beberapa faktor seperti berikut:
1. Perjalanan (musafir) yang melebihi 91 kilometer.
2. Hujan lebat bagi orang yang biasa melazimi solat berjemaah di masjid.
3. Sakit kuat.
Ustazah Asma’ turut memetik dari laman web Mufti Wilayah Persekutuan yang menyatakan, seseorang itu berada di pusat penempatan sementara yang disediakan, contohnya di dewan orang ramai, sekolah-sekolah dan sebagainya.
Maka, menunaikan solat secara jamak tidak dibolehkan kerana pada situasi tersebut, mangsa banjir ditempatkan secara beramai-ramai dan kawasan penempatan tersebut kering dan lapang.
Sementara itu pandangan Syeikh Dr Yusuf al-Qardhawi dalam kitabnya Fatwa Mu’asiroh, beliau mengharuskan jamak dalam keadaan uzur dan darurat sahaja.
Contohnya, rumah dimasuki air, tiada tempat untuk solat, hujan masih turun, pakaian dan keperluan harian serba kurang, keperluan air pula terhad, dan situasi darurat ketika menunggu untuk dibawa ke PPS.
Menjawab soalan yang diajukan, kesimpulannya mereka yang terlibat dengan bencana banjir dibolehkan melaksanakan solat fardhu secara jamak sekiranya:
1) Berada dalam situasi mendesak seperti ketika rumah sedang dinaiki air sehingga tiada tempat untuk solat.
2) Semasa sedang menyelamatkan diri dan harta semasa banjir.
3) Situasi darurat semasa menunggu untuk dibawa ke PPS.
Bagi mangsa banjir yang ditempatkan secara beramai-ramai di kawasan penempatan kering dan lapang serta tidak ada darurat padanya, mereka hendaklah melakukan solat secara sempurna tanpa menjamakkannya.
Semoga pencerahan Ustazah Asma’ dapat merungkai persoalan yang berlegar berkaitan hukum menjamakkan solat ketika banjir. Semoga bermanfaat!
Sumber : mstar online
Mesti Baca :
- Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Cari Momen Indah Untuk Di Kenang, Sebelum Anak-Anak Dewasa. ‘Touching’ Luahan Ustaz Ini.

Momen membesarkan anak merupakan kenangan yang indah buat setiap ibu bapa. Apabila usia meningkat, anak-anak pula dewasa sudah tentu membina keluarga sendiri. Ketika ini, semua itu akan jadi kenangan.
Begitulah perkongsian ustaz Firdaus Mokhtar mengenai momen kehidupan yang bakal berubah apabila anak-anak meningkat dewasa.
“Hari ini lah anak-anak nak panjat badan kita pun. Hari ini lah anak-anak nak minta kita buatkan susu. Hari ini lah anak-anak nak minta kita masakkan nasi dan suapkan makan.”
“Hari ini lah anak-anak nak seronok menari-nari tengok kita balik kerja. Hari ini lah anak-anak nak berlari ke pintu bila kita sampai ke rumah. Hari ini lah anak-anak nak kita main kejar kejar dengan dia.”
Hari ini juga mereka akan percaya semua kata-kata kita tanpa sikit pun ragu. Hari ini lah mereka nak bertanya soalan yang tak putus, itu dan ini, biar pun soalan berulang-ulang kali.
Iya, semuanya hari ini. Saat mereka masih lagi kecil dan meletak sepenuhnya kehidupan dengan kita.
Sampai masanya nanti, kita tinggal sendiri. Semua yang anak-anak buat hari ini cuma tinggal kenangan. Suara, ketawa, pergerakan, menangis, berkejar kejar dan segalanya tentang mereka hanya bermain di ingatan kita.
Kawan-kawan,
Hiduplah kita dengan kehidupan hari ini. Cari bahagia yang kita ada saat ini. Selagi boleh bermain dengan anak-anak, mainlah.
Diajak berlari dan berlumba, buatlah. Diminta dimanja sekejap, layanlah. Anak-anak minta dimandikan, buatlah. Entah sampai bila kita punya peluang nak buat semua tu.
Begitulah.
Firdaus Mokhtar,
Banyak juga masa tak guna dengan anak-anak. Kakak pun kejap je dah besar. Allahu.
Sumber: Firdaus Mokhtar
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
“Cancer Fighter Yang Kuat Semangat, Setitis Pun Tiada Air Mata Gugur… Inilah Ibu Saya.” Perkongsian Anak Bekas Pesakit Kanser Limfoma!

Berpantang maut sebelum ajal. Itu mungkin pepatah yang sesuai diungkapkan dengan kisah seorang ibu yang menghidap penyakit Kanser Kalenjar tahap 4.
Kisah ibu ini dikongsikan sendiri oleh anaknya bernama Rady Zara Anggun menerusi laman facebooknya. Menurut beliau, biar mengetahui diri menghidap penyakit yang cukup digeruni, namun berbekalkan semangat dan sentiasa berfikiran positif, akhirnya, ibunya sembuh dari penyakit kanser.
POST INI HANYA UNT BERKONGSI KEGEMBIRAAN KAMI SEKELUARGA.. JUGA BERKONGSI ALTERNATIF YG KAMI GUNAKAN.. TIADA NIAT LAIN… BACALAH DGN POSITIF.. ?
CANCER FIGHTER YG KUAT SEMANGAT, XDE SETITIS PUN AIR MATANYA GUGUR…
INILAH IBU SAYA, DIALAH IBU DIALAH BAPA….
DIKESAN MENGHIDAP KANSER STAGE 4 PADA DISEMBER 2017..
IBU SAYA X PERNAH TAHU KANSERNYA BERADA DI STAGE 4.. KAMI CUMA BGTAU DI STAGE AWAL..
IBU POSITIF DAN KUAT SEMANGAT
KAMI HANYA BERBISIK KPD DOKTOR DLM BAHASA INGGERIS UNT BERTANYA TNTG STAGE..
MUNGKIN KERANA ITU JUGA IBU JD POSITIF DAN KUAT SEMANGAT UNT MELAWAN KANSER..
SEHARI SLPS DISAHKAN POSITIF, KAMI 9 BERADIK MULA BERTINDAK MENCARI PENAWAR..
DGN USIA 73 TAHUN, MAMPUKAH IBU KAMI SURVIVE? MAMPUKAH DIA BERTAHAN..?
ALLAH..KAMI ANAK2 TERASA BTL2 DOWN…KAMI TAKUT KEHILANGAN…
SEMANGAT, SOKONGAN MORAL & REDA
ALHAMDULILLAH!! Selepas 9 bulan rawatan, sokongan moral, pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit, cuti tahun, AKHIRNYA SEMALAM 2 OKTOBER 2018, IBU SAYA DISAHKAN BEBAS KANSER..TIADA LG SEL KANSER DIKESAN SLPS SELESAI RAWATAN! MIRACLE! MEMANG BETUL LAH, PENAWAR UTAMA KANSER ADALAH SEMANGAT, SOKONGAN MORAL DAN REDHA…!
TERIMA KASIH ALLAH.. TERIMA KASIH ALLAH.. TERIMA KASIH ALLAH… SUJUD SYUKUR KEPADAMU ALLAH…!! ENGKAU MENGUJI KASIH SAYANG KAMI.. ENGKAU MENGUJI UKHWAH KAMI…
FOKUS UNTUK BERUBAT & CARI PENAWAR
Kanser kalenjar/darah/limfoma (boleh jd sama bleh jd berbeza depend on patient)
(Angioimmunoblastic T-cell Lymphoma)
Dikhabarkan oleh doktor pakar, dlm byk2 limfoma, type ni sgt rare, 10 org dlm sejuta
Bermcm2 persoalan.. knp ibu kami?kenapa?kenapa…??
Tapi akhirnya kami redha… unt apa kami mempersoal, mengeluh..
SEDANGKAN ibu kami sgt tenang, redha, xdown, xmenangis…malah kuat semangat!!
Hari ini, 1st time sy post tentang kesihatan ibu sy secara terbuka..
Inipun setelah adik bradik bersedia dan sepakat unt berkongsi..
Ini juga bg menjawab persoalan rakan2, jiran2 dan kwn2 ibu sy yg ada dlm ni…
Maafkan sy dan adik bradik sy krn sering mengelak dr menjawab pertanyaan semua..
Masa tu kami btl2 xready, buntu, terkejut, kecewa, sedih n mcm2 lg prasaan…
Kami juga xnak kesihatan ibu kami menjadi sebutan, bualan dan buah mulut..
Kami x mahu ada aura yg tdk sihat… kami nk fokus unt berubat dan mencari penawar…
Hampir setahun ibu tinggalkan kampung halaman, jika ada kematian, kami tpksa rahsiakan..
Jika ada yg nazak, kami rahsiakan jugak… semuanya unt jaga emosi ibu kami semata2..
Panjang perjalanan…
Dr Kpj Penang.. ke Kpj Damansara.. ke Kpj Ampang Puteri.. ke Institut Kanser Negara..
Semua tmpat kami pergi.. Sorong ibu ke sana ke mari.. tapi blum bjumpa dgn pakar yg specific..
X putus asa, hasil maklumat rakan2, kami walk in ke Hospital Ampang…
Alhamdulillah tempat yg btl.. Pakar yg tepat.. kami dilayan dgn baik..T. kasih seluruh warga Jabatan Haematologi Hospital Ampang.. doktor2 dan nurse2 anda terbaik!
Alhamdulilah.. sminggu kmudian hosp call unt mulakan rawatan..
Bermula lah journey kimo ibu…
Selain kimo, kami xduduk diam..
Wlupun penawar kanser belum ditemui, kami beli supplement2 tambahan…
Sari Agegard Sarimah Signature, Apricot seed, dan rawatan Islam dgn seorang Ustaz..
Semua ini semata2 unt membantu memulihkan ibu kami.. kami dibekalkan surah2 mingguan..
Ibu btl2 kritikal masa tu.. nak buka Al-Quran pun xlarat, jd kami 9 bradik lah buat giliran.. termasuk menantu2 dan cucu2..giliran membaca surah2 setiap hari, tanpa gagal…
Ketika diagnose, ibu tersayang dlm keadaan teruk sgt2.. batuk tnpa henti 24jam..
Gatal2 1 badan, berdarah sbb garu.. menangis2 sbb xtahan gatal..
Demam xmenentu.. hilang selera makan… lepastu naik BENJOLAN..
Dari situ lah kami trus bertindak, bwk ibu jalani pemeriksaan…
Rasanya sehari slps ibu mengadu, terus kami bawak ibu unt pemeriksaan..
Terus buat biopsi.. 4 hari kmudian kluar result.. ya positif..spt yg kami dah sangka!!
Harini ibu kami dah sihat.. dlm proses unt terima kenyataan.. semua masih terkejut!
Kami sangka result menunjukkan stage turun dr 4 ke 2 atau 1.. tp sebaliknya.. syukurrrr….
Terima kasih kepada semua…
Sahabat sejati IeLa Faziela yg sgt2 menolong ketika ibu kami sakit d kampung
Ustaz Shamsul Anwar Mohd Busra yg sentiasa doakan, solat hajat, berdoa d Mekah
Haji Nor Hashim yg selalu doakan ketika bermusafir, ketika ke Mekah
Roza Ked yg sentiasa doakan dr Mekah
Sahabat2 baikku Ellin Bakri Siti Rahayu yg sgt2 memberi sokongan moral
Kak Rahida Ghazali yg sentiasa memberikan semangat
Adik beradik, ipar duai…
Dan ramai lagi yg btl2 memahami dan sentiasa bertanya khabar…
Semoga Allah membalas jasa kalian dgn sebaik2 ganjaran…
Kami mohon dgn serendah hati kami, tlg trus doakan ibu kami
Agar kansernya tdk berulang
Agar dikurniakan kesihatan yg baik sepanjang hayat..
Semoga dipanjangkan umur, hidupnya tenang…berkat..
Bertambah iman dan taqwa dan meninggalnya nnti dlm husnul khotimah…
Aminnnn aminnn YRA…