Menikmati popia goreng yang rangup memang enak, krup krap krup krap bunyinya bila dikunyah.

Jadi apa kata hari ini kita sediakan menu sarapan Popia Carbonara ini seperti resipi yang dikongsikan oleh Almie Amira.

Popia Carbonara Nak Pastikan Inti Pekat & Mudah Gulung, Begini Rahsianya!

Bahan-bahan Popia Carbonara

* 2 biji bawang Holland
* 8 cili api hijau
* 12 ulas bawang putih
* Sepeket sosej yang dihiris serong2
* Ayam cincang (saya pakai RAMLY @ SAUDI) 1 peket
* Kiub pati ayam (1 kiub)
* 2 tin sos carbonara prego (tin biru cair)
* 1 tin sos cheesy prego (tin kuning)
* Susu full cream 1/2 kotak kecik (100ml) -optional
* Sedikit butter untuk menumis
* Serbuk lada hitam (agak2)
* Mixed herbs (wajib) 2 sudu kecik
* Sedikit bancuhan tepung jagung (pekatkan inti)
* Kulit popia (jenama KG pakai yang 40 pcs punya) inti ni boleh dapat banyak popia. Ikot berapa banyak inti anda letak la, anggaran 2 – 3 peket kulit popia
* Garam (kena rasa dulu, sebab sos carbonara dalam tin dah masin)
* Sedikit tepung dan air (gam kulit popia)

IKLAN

Cara-cara:
1. Blend bawang, bawan putih, cili api (guna air agak-agak jangan banyak sangat)
2. Goreng sosej dengan sedikit minyak sehingga agak garing dan ketepikan (ini menambahkan tekstur dalam popia)
3. Masakkan ayam cincang dengan sedikit minyak dan ketepikan (proses ni cepatkan kita buat inti; air dan minyak lebihan proses ni nanti masukkan dalam inti)
4. Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan blend.
5. Masukkan mixed herbs dan lada hitam sedikit
6. Bila bahan tumis dah agak kering dan bau wangi semerbak, masukkan isi ayam. Masukkan dgn semua air dan lebihan minyak jangan dibuang.
7. Masukkan kiub ayam. Gaul sebati.
8. Masukkan sos prego (semua). Gunakan sedikit air untuk goncang tin tadi. Sayang kalau dibiarkan lebihan dia. Kita kena berjimat. Gaulkan sehingga rata.
9. Masukkan susu full cream.
10. Setelah mendidih. Masukkan sosej yang digoreng tadi.
11. Masukkan sedikit air dan tepung jagung. Ini untuk pastikan inti kita agak pekat. Kalau tak nanti goreng dia meleleh keluar. (Agak-agak ye yang ni)
12. Sejukkan inti. Boleh masukkan dalam peti sekejap (inti akan pekat dan mudahkan proses nak menggulung)

Popia Carbonara Nak Pastikan Inti Pekat & Mudah Gulung, Begini Rahsianya!
13. Isi inti ke atas kulit popia (pakai yang 40pcs- besar sikit) . Boleh tambahkan shredded cheddar cheese sejemput / cheese slices (cheese slices 1 keping – dipotong 5) dan gulungkan seperti biasa

IKLAN

14. letakkan bancuhan air dan tepung gandum dihujungnya sebagai gam supaya inti tak meleleh semasa digoreng. (INI TIPS!!!)
15. Setelah selesai boleh masukkan sekejap dalam peti dan sedia untuk digoreng.

Popia Carbonara Nak Pastikan Inti Pekat & Mudah Gulung, Begini Rahsianya!

TIPS:
-Gunakan juga sos cheesy PREGO (tin kuning) wajib cuba sebab inti jadi lagi sedap

IKLAN

Popia Carbonara Nak Pastikan Inti Pekat & Mudah Gulung, Begini Rahsianya!
-Kulit popia guna jenama KG
-Pakai yang 40pcs sebab besar dan gulungan akan jadi kemas, inti takkan meleleh
-Guna gam (air dan tepung gandum) untuk tutup gulungan
-Goreng dalam minyak yang memang panas, tapi api nye slow ye.
-Inti kalau buat banyak @ terlebih boleh simpan dlm freezer. Tahan lama takde masalah. Nnt tinggal beli kulit popia dan gulung aje. Senang dan mudah.

 

  • Popia Carbonara Nak Pastikan Inti Pekat & Mudah Gulung, Begini Rahsianya!Jadi jom daftarkan anak-anak anda ke program ini. Hubungi admin Nor (018-7717491) & Kim (019-3524493) atau KLIK DI SINI UNTUK DAFTAR

     

    Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

    Popia Carbonara Nak Pastikan Inti Pekat & Mudah Gulung, Begini Rahsianya!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI