Adakah anda menghadapi masalah liang roma atau pori-pori besar dan terbuka? Masalah ini adakala menggugat keyakinan diri wanita kerana secara fizikal, mereka kelihatan lebih tua , tidak seiring dengan usia yang sebenar.

Pori-pori Besar Jadikan Kulit Wajah Nampak Bermasalah. Atasinya Dengan Lemon Dan 5 Bahan Yang Lain!

Andai anda sedang mengalami masalah sebegini, usah khuatir  kerana pori-pori yang besar bukanlah sesuatu yang sukar untuk diatasi. Selain melindunginya di sebalik solekan tebal atau mendapatkan rawatan di pusat-pusat kecantikan, ada cara yang lebih mudah dan murah untuk anda amalkan hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah di dapati dari alam semula jadi.

TIP MUDAH & MURAH RAWAT PORI-PORI BESAR

IKLAN
  1. Lemon

Buah lemon kaya dengan vitamin C yang berupaya  menyegarkan kembali wajah sekali gus mengecilkan masalah pori-pori. Caranya, potong lemon kepada dua bahagian. Perah dan ambil jusnya. Sapukan jus lemon tadi di seluruh bahagian muka setiap malam sebelum tidur. Anda juga boleh saja tampalkan hirisan nipis lemon di bahagian pori-pori yang terbuka luas. Selain membantu mengecilkan masalah berkenaan, wajah anda juga akan kelihatan lebih tegang!

  1. Tomato

Satu lagi buah enak yang kaya vitamin C adalah buah tomato. Buah tomato dapat digunakan untuk menyegarkan kulit wajah di samping mengecilkan pori-pori. Amalkan menyapu wajah dengan masker daripada buah tomato. Caranya mudah sahaja. Lumatkan buah tomato sehingga halus sebelum disapu pada wajah. Biarkan kering seketika dan bilas dengan menggunakan air yang dingin. Air dingin ini dapat menambah kesegaran wajah anda.

IKLAN
  1. Madu

Selain enak dijadikan perasa dalam minuman atau makanan, madu juga terkenal dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan. Antara khasiat madu adalah membantu mengecilkan pori-pori wajah. Sapukan sahaja madu di sekitar wajah dan urut lembut. Biarkan kering seketika dan bilas dengan air dingin. Selain itu, anda boleh sahaja campurkan madu dengan sedikit jus lemon. Jus Lemon ini membantu memaksimumkan fungsi madu bagi mengecilkan pori-pori wajah anda. Amalkan dengan kerap sebagai masker sebelum tidur untuk hasil yang lebih baik.

  1. Timun

Sayuran berwarna hijau ini sudah sekian lama terkenal dalam pembuatan masker semula jadi. Hal ini kerana timun amat berkhasiat, lebih-lebih lagi dalam penjagaan kecantikan. Fungsinya pelbagai, dari melembapkan kulit, menghaluskan wajah sehinggalah mengecilkan jerawat. Tak ketinggalan, ia juga membantu mengecilkan pori-pori wajah. Cara mudah membuat sendiri masker daripada timun adalah dengan menghaluskan timun menggunakan mesin pengisar. Kemudian, tambahkan sedikit tepung jagung dan kacau sebati. Gunakan ia sebagai masker dan biarkan sehingga kering. Bilas dengan air dingin.

IKLAN
  1. Ais

Pori-pori Besar Jadikan Kulit Wajah Nampak Bermasalah. Atasinya Dengan Lemon Dan 5 Bahan Yang Lain!

Siapa kata ais tidak baik untuk diamalkan? Jika dalam penjagaan kecantikan, ais antara bahan yang amat bermanfaat. Menggunakan ais untuk mengecilkan pori-pori adalah satu langkah yang paling mudah dan cepat. Maksudnya, anda tidak perlu persediaan seperti memotong, memerah dan sebagainya. Hanya gosokkan ais pada wajah selama 15 hingga 30 minit sebelum tidur. Pastikan, anda telah membersihkan wajah terlebih dahulu sebelum menggosokkan ais. Hal ini bagi memastikan wajah bebas dari sebarang kotoran yang boleh menyumbatkan pori-pori wajah ketika proses menggosok ais. Ais ini akan membantu mengurangkan penghasilan minyak pada wajah.

  1. Putih telur

Sungguhpun baunya kurang menyenangkan, tapi tahukah anda bahawa putih telur mengandungi asam amino dan enzim lain yang dapat menjadikan kulit wajah anda nampak lebih muda?  Sapu putih telur ke seluruh wajah dan tutup dengan tisu ala-ala masker. Lepas putih telur benar-benar  kering, tanggalkan tisu pada kulit wajah dan bersihkan kotoran yang melekat. Wow, kulit terasa tegang dan pori-pori juga lebih mengecil!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI