Kecurangan yang mula berleluasa dalam hubungan suami isteri kini adalah duri yang mula merebak dalam diam. Hubungan makin longgar, sudahnya hubungan yang utuh roboh begitu sahaja gara-gara kecurangan pasangan. Semuanya bermula daripada rasa tidak bahagia.

Bahagia bukan berserah pada takdir tetapi setiap suami dan isteri masing-masing berperanan mencari rasa bahagia ini dalam diri masing-masing. Tak perlukan modal atau wang ringgit menggunung tetapi kenal dan fahami apa kemahuan isteri.

Keperluan seksual adalah salah satu perkara yang harus suami ambil berat. Jangan hanya lunaskan tanggungjawab sahaja tetapi cari jawapan apa sebenarnya yang isteri mahukan dalam hubungan intim.

Daripada kajian yang dilakukan terhadap suami dan isteri, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kecurangan terutama kecurangan seksual terhadap pasangan masing-masing.

IKLAN

Antaranya:

Timbul Rasa Bosan
Setiap manusia pasti akan rasa bosan terhadap perkara sama setiap hari. Hubungan seksual juga tidak terlepas daripada mengalami kebosanan. Rasa jemu atau bosan mungkin kerana rutin seksual yang sama setelah bertahun-tahun hidup bersama menyebabkan anda berdua tidak lagi rasa tertarik melakukan hubungan seksual. Rasa jemu juga menyebabkan suami ataupun isteri tidak begitu terangsang setiap kali melakukan hubungan seksual dengan pasangan mereka. Rasa jemu ditambah dengan kemesraan yang semakin pudar menyebabkan timbul
keinginan untuk mencari sesuatu hubungan seks yang baru.

Main Kayu Tiga, Curang Bila Kurang Bahagia, Suami Isteri Kena Alert!

IKLAN

Tidak puas
Ramai mengatakan wanita tidak mempunyai masalah tentang kepuasan seksual. Anggapan ini tidak benar sama sekali kerana wanita juga berkeinginan untuk merasai kenikmatan seks yang sebenarnya. Jika hubungan seksual tidak mampu memberikan kepuasan, isteri mula rasa tidak bahagia, rasa tidak disayangi dan mudah terdedah kepada anasir tidak sihat lain. Oleh itu bertindaklah demi menyelamatkan hubungan yang dingin.

Mula Rasa Sepi
Ada kalanya kesibukan juga membuatkan pasangan kesepian. Dalam kesepian ini ada pula orang lain yang menawarkan diri untuk menjadi teman. Kehadiran insan terutama yang berlainan jantina bagi mendengar masalah menyebabkan hubungan menjadi suami isteri menjadi lebih buruk. Hubungan intim? Tak mustahil boleh berlaku. Jadi jangan biarkan kesunyian melanda. Jangan biarkan isteri sendirian.

Masalah seksual
Masalah seksual yang dialami oleh pasangan jangan dibiarkan sendiri. Beritahu pasangan dan kongsi sama-sama masalah ini secara telus. Pulihkan keadaan ini dengan berjumpa doktor dan pakar jika mengalami masalah dan rasa ketidakpuasan dalam diri. Hasrat seksual yang tinggi oleh isteri misalnya tetapi tidak mampu dilunaskan oleh suami menjadikan ia masalah terbesar dalam hubungan. Nampak mudah tetapi ia mendorong berlakunya kecurangan dalam hubungan seksual. Awas!

IKLAN

Main Kayu Tiga, Curang Bila Kurang Bahagia, Suami Isteri Kena Alert!
Perlu Buat:
1. Bersikap terbuka dalam membicarakan masalah ketidakpuasan dengan pasangan. Ia membolehkan suami atau isteri berkongsi masalah dan
mencari jalan penyelesaiannya.

2. Cipta kelainan bagi mengelakkan kebosanan. Rutin hubungan seksual yang sama setelah bertahun-tahun hidup bersama mungkin
menimbulkan rasa jemu. Carilah kelainan dalam persekitaran, gaya hubungan intim ataupun penampilan bagi menarik kembali perhatian si
dia.

3. Ketahuilah sentuhan, ciuman, urutan, belaian mesra mampu memberi rangsangan pada pasangan. Lakukan selalu dan pastinya hubungan
seks sentiasa hangat dan membara.

4. Tak perlu simpan segala masalah sendiri sebaliknya berkongsi cerita dengan pasangan secara telus. Terus terang dalam hubungan
rumah tangga adalah perkara paling disarankan.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI