Ketiadaan insan tersayang di sisi tatkala menyambut Syawal, pastinya sukar diungkapkan dengan kata-kata, itu yang dirasai penyanyi Ayu Damit.
Bapanya, Allahyarham Damit, 72, meninggal dunia pada 2 Julai tahun lalu akibat kanser otak.
Ditanya apa yang dirindui setiap kali menyambut raya bersama Allahyarham, Ayu menjelaskan bapanya tidak cerewet.
“Tak ada lagi orang yang akan ‘bising’. Sebab kalau raya abah yang akan kecoh-kecoh.
“Memang rasa rindu. Tiap kali tiba puasa, arwah abah akan hubungi saya untuk tanya mengenai baju raya. Kali ini, sudah tak ada orang untuk bertanya. Yang tanya sekarang hanya mak lah. Rasa tidak lengkap,” katanya lagi.
“Kali terakhir, saya terpaksa pos baju raya untuknya. Warna biru. Arwah memang inginkan warna tema tersebut. Tapi tak boleh nak balik gara-gara pandemik Covid-19,” luah Ayu Damit dengan nada sebak.
Menurut Ayu, dia juga tidak berpeluang berpuasa bersama keluarga di kampung halamannya di Kota Kinabalu, Sabah tahun lalu susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ads
“Kalau nak hubungi pun dah tak ada. Syukur, harapkan ada mak sajalah. Tak berkesempatan nak sambut ibadah puasa dengan arwah sebelum ini sebab PKP.
“Cuma saya dapat pulang ke Kota Kinabalu sekejap kerana ketika itu arwah kritikal dan terpaksa dimasukkan ke hospital,” katanya.
Ayu yang popular menerusi lagu Hanya Di Mercu ini menambah, Allahyarham bapa sempat membuat persiapan bagi meraikan Aidilfitri bersama anak-anak tahun lalu.
“Banyak yang arwah siapkan, misalnya pasang lampu raya dan sebagainya. Tapi saya tak boleh balik. Agak sedihlah sebab ketika itu pun arwah abah sudah sakit.
Ads
“Bapa tanya mak, mana Ayu. Mak hanya mampu cakap… Kan PKP, mana boleh balik kampung naik kapal terbang. Itulah alasan yang diberikan kepada arwah. Rasa ralat,” katanya lagi.
Seakan sukar untuk mempercayai apabila menerima perkhabaran duka melalui laman media sosial Cosry bahawa pengarah kreatif dan juga pereka fesyen jenama tersebut, Putra Aziz telah menghembuskan nafas terakhir pada hari Khamis, 30 Disember, jam 8.30 malam di ibu negara.
Memetik berita yang dilaporkan di Astro Awani bahawa menurut sumber yang rapat dengannya, kesihatan Allahyarham mula merosot sejak dua minggu yang lalu.
Allahyarham mula menceburi bidang fesyen sejak tahun 2004. Jenama Cosry bermula secara kecil-kecilan ketika Allahyarham dan rakan perniagaannya, Ariff Quasry Md Nor mula menawarkan perkhidmatan menjahit dari rumah ke rumah untuk teman-teman rapat mereka.
Rekaan fesyen Allahyarham mula mendapat tempat di hati ramai penggemar fesyen. Perniagaan mereka berkembang dan Allahyarham serta Ariff berpindah dari premis di Shah Alam, Selangor ke Bangsar, Kuala Lumpur.
Peribadi Mulia
Sepanjang kariernya di dalam dunia fesyen, tidak dinafikan wartawan juga antara yang dekat dengannya. Sering berhubung baik dalam memberi liputan berkenaan rekaan fesyen daripadanya disamping acapkali ‘meminjam’ busana rekaannya untuk digayakan oleh model atau artis bagi menghiasi cover depan majalah mahupun di ruangan fesyen.
Sungguh setiap kali berurusan dengan Allahyarham, semua menjadi cukup mudah. Allahyarham sedayanya memberikan kerjasama yang terbaik dan pengalaman ini penulis sendiri pernah laluinya.
Sikap merendah diri dan lemah lembut setiap tutut katanya, cukup membuatkan orang disekelilingnya berasa tenang dan bahagia.
Rekaan Pilihan Ramai
Setiap rekaan busana yang diilhamkan oleh Allahyarham diakui punyai sentuhannya yang istimewa dan sebab itu jugalah menjadi pilihan ramai selebriti dan orang kenamaan. Antaranya yang pernah berkerjasama dan mendapatkan khidmat rekaan Allahyarham adalah seperti Datuk Sheila Majid, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datin Lisa Surihani dan Erra Fazira, Izara Aishah dan ramai lagi.
Selain itu, Allahyarham juga cukup dikenali dalam menghasilkan busana perkahwinan yang memukau dan eksklusif. Umapanya tentu semua masih ingat dengan gaun perkahwinan inspirasi Mariposa yang digayakan oleh Anzalna Nasir pada majlis resepsinya. Cukup memukau dan punya aura yang tersendiri hingga mencuri tumpuan media antarabangsa.
Semoha roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan difahamkan jenazah Allahyarham akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Segambut pada 9 pagi ini (31 Disember 2021)
Apa aktiviti malam minggu anda sekeluarga. Nak keluar bimbang dengan wabak covid-19, lebih baik duduk di rumah kan. Apa kata ajak anak-anak tonton cerita menarik ini.
Ada kelainan yang cuba disampaikan dalam siridrama terbaru Take CTRL yang bakal menemui penonton tak lama lagi. Mengetengahkan elemen game dalam ceritanya kerana ia merupakan kisah sains fiksyen tetapi menghiburkan seisi keluarga.
Di dalam drama ini diselitkan elemen cinta,benci , kasih sayang dan kekeluargaan antara anak-anak dan ibu bapa. Selain itu, ditunjukkan bagaimana cara mereka berdamai antara satu sama lain dalam dunia digital.
Adegan lucu antara ibu bapa pasti membuatkan anak-anak terhibur. Namun, yang lebih penting adalah mesej yang ingin disampaikan menerusi drama ini.
Sesuai dengan slogan “with control, comes chaos”, anak-anak akhirnya dapat pengajaran bahawa mengawal tidak semudah yang disangka, dan sentiasa ada akibatnya.
Justeru, anak-anak perlu tahu dan terima bila mana ibu bapa katakan ‘tidak’ bagai sesuatu perkara.
Siri ini mengisahkan tentang Sky dan Ramunah, adik-beradik yang dikawal ketat oleh ibu bapa mereka, sehingga mereka terjumpa permainan video kawalan minda.
Kanak-kanak ini kemudian mengalami peranan mereka dan ibu bapa yang ditukar. Take CTRL akan ditayangkan pada 29 Januari, setiap Sabtu, 9 malam di TA-DAA! (Saluran 612), Astro GO dan On Demand.
Menariknya, peminat Shaheizy Sam boleh melihat bagaimana karekter yang dibawakan pelakon ini sebagai papa. Manakala watak mama pula di pegang oleh Hana Nadira. Turut berlakon dalam siri ini adalah Faiz Najib (Sky) dan Sry Khairudin (Ramunah), sebagai penampilan sulung buat ketiga-tiga pelakon utama dalam siri TV.
Jangan lupa saksikan #TakeCTRL bermula 29 Januari ini, setiap Sabtu 9PM di Astro, TA-DAA! CH 612 dan On Demand.
Bagi anak-anak kecil yang takut gelap, ibu bapa sering memasang lampu ketika mereka tidur bagi atasi masalah ketakutan terutamanya pada waktu malam.
Rutin ini boleh mengundang bahaya sekaligus mampu menjejaskan tahap kesihatan anak-anak untuk jangka panjang.Ia boleh mengakibatkan risiko penyakit kanser.
Menurut beberapa kajian yang dijalankan, tidur dalam keadaan cerah atau ketika lampu terpasang akan mengurangkan penghasilan hormon melatonin.
Hormon Melatonin merupakan salah satu hormon yang berfungsi untuk mempertahankan tubuh daripada penyakit berbahaya seperti kanser. Hormon melatonin ini tidak dapat dihasilkan oleh tubuh jika anda tidur dalam keadaan yang cerah.
Bukan itu sahaja, tidur dengan lampu menyala juga mengakibatkan jam biologi tubuh terganggu dan otak tidak dapat berehat sepenuhnya.
Kesannya, anak-anak akan mengalami gangguan tidur yang akhirnya boleh menyebabkan ganguan kesihatan seperti tekanan darah tinggi, stres dan menjejaskan metabolisme tubuh.
Oleh itu, sebelum tidur pastikan lampu ditutup terlebih dahulu. Bukan saja dapat menjimatkan bil elektrik tapi baik untuk kesihatan.
Kebaikan tidur dalam gelap :
Baiki sel-sel yang rosak
Tubuh kita memerlukan suasana yang gelap dan tenang untuk memperbaiki sel-sel yang rosak atau mati.
Tidur Lebih Lena
Tidur dengan lampu dipadamkan adalah tidur yang lebih selesa dan lebih tenang berbanding tidur dengan lampu terpasang.
Cegah penyakit seperti kanser
Tubuh kita hanya akan aktif mengeluarkan hormon melatonin apabila berada dalam suasana gelap. Hormon Melatonin ini diperlukan oleh badan kita untuk mencegah penyakit seperti leukemia dan kanser.
Jimatkan tenaga elektrik
Menutup lampu sebelum tidur pastinya mampu mengurangkan bil elektik di rumah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di