Matematik antara subjek yang cukup memeningkan kepala anak-anak. Terutama bagi mereka yang tak suka bermain dengan angka. Nak nak lagi sekarang soalan banyak berbentuk KBAT.
Jika tak mahu anak-anak stress, ibu bapa cubalah tip ini. Ia boleh diikuti untuk anak anda jika mahu menguasai matematik dengan mudah. Bukan sahaja anak-anak dapat kuasai subjek berikut bahkan hubungan anda juga makin erat lagi.
Sediakan Buku Nota
Senaraikan perbelanjaan dalam buku nota. Biasakan diri anak anda berusaha sebelum mendapat ganjaran. Misalnya mereka ditugaskan untuk memberi haiwan peliharaan makan dahulu sebelum mendapat ganjaran tersebut.
Dapat upah
Setiap upah yang mereka dapatkan hasil menolong ibu bapanya akan direkodkan dalam buku nota, sehingga upah menjadi banyak. Upah yang terkumpul mereka boleh gunakan untuk membeli aiskrim, membaiki basikal dan menjaga haiwan peliharaan di rumah. Dengan teknik ini, anak terbiasa secara rutin dalam matematik.
Ads
Kaitkan dengan nombor
Semasa menaiki atau menuruni tangga seperti biasa, bilanglah anak tangga bersama anak bersama-sama. Dengan ini, susunan no 1-20 senang untuk diingati anak.
Kaitkan arahan dengan nombor
Jika meminta pertolongan dengan anak, kaitkan arahan anda dengan nombor. Contohnya, “anakku, ambilkan mama 1 helai tisu. 1 saja” Dengan cara ini, anda mengajar kemahiran mendengar dan memberi arahan kepada anak.
Ads
Belajar melalui persekitaran
Jika perjalanan di kereta di atas lebuhraya amat membosankan, manfaatkan masa tersebut. Ajak anak bilang berapa buah lori yang dia nampak, berapa RNR sudah pergi bersama anak-anak.
Aktiviti ini pasti menarik perhatian anak-anak. Jika hendakkan aktiviti yang lebih menarik, suruh anak anda bacakan plat kereta di hadapan bersama abangnya. Mereka pasti berlumba untuk jadi yang terbaik.
Ajar dan minta anak tengok jam
Ads
Mengajar anak lihat jam menggunakan jam analog. Jika anda berada di dapur, cuma tanya pukul berapa anak anda nampak pada jam. Anak akan memberikan jawapan seperti, jarum jam yang panjang ada di 10, pendek berada di nombor 2. Jika anda perbetulkan anak anda, anak anda akan belajar dengan sendiri. Jangan marah anak jika salah membaca jam.
Ikut cara Orang Jepun dan Cina
Akhir sekali, untuk belajar matematik, ia adalah sangat senang. Cara orang Jepun dan Cina belajar matematik adalah membuat latihan matematik berturut-turut. Cara ini diajar oleh Kumon dan juga SRJKC. Contohnya, muka surat pertama buku latihan adalah 1×8, 2×8, 3×8, 4×8, 5×8, 6×8, 7×8, 8×8….
Dan di muka surat kedua, nombor tidak akan mengikut urutan lagi, tetapi nombor rawak seperti 8×5, 8×8 atau 8×2 dan ia akan berterusan sampai 10 muka surat. Apabila anak sudah selesaikan kesemua 10 muka surat, beliau tidak perlu mengira tetapi sudah hafal bahawa 5×8 atau 8×5 adalah 40.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siri kartun di televisyen sememangnya buat anak mudah terleka. Mana tidaknya, dengan jalan ceritanya yang santai, bersahaja dan kelakar itulah yang membuatkan anak kita mudah terhibur.
Namun dalam kita berhibur dan bersantai-santai itu ada mesej yang dibawakan beberapa siri kartun ini kurang sesuai untuk anak kita tonton.
Inilah yang dikongsikan oleh Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim. Tiga siri popular ini ada baiknya kita elakkan untuk anak tonton.
Ini top 3 kartun kita kena banned anak tengok! Walaupun kartun ni famous tapi saya benci dengan jalan cerita & meseg yang di bawa mereka.
1. Shin chan
Cerita ni mengajar bercakap bahasa tak senonoh. Feewit, hai gadis cantik dan sebagainya. Tambahan pula si shin chan ni suka tunjuk private part seperti bontot & penis seolah olah ia okey, ish.. tak senonoh betul.
Paling tak suka bila suka merendah rendahkan darjat wanita & langsung tidak menghormati mereka. Dengan ibu sendiri pun dia panggil misae gemuk, buncit.
2. Hagemaru
Ini lagi satu, watak budak botak kecik ni sebenarnya mengajar anak kita untuk bercakap bohong, selfish, tak hormat orang tua, sesuka hati guna / ambil barang kepunyaan orang lain & tiada adab.
Nampak je cerita ni di tayangkan cepat cepat saya suruh tukar channel. Memang kelakar, anak ketawa tengok tapi risau ‘mesej negatif’ yang meresap masuk ke dalam otak anak-anak.
3. Tom & jerry
Apa kejadah cerita kartun untuk budak budak tapi penuh dengan adegan agresif & keganasan. Dari mula sampai akhir kerjanya bergaduh, pukul memukul, bunuh membunuh..
Tak ada nilai murni yang di sampaikan melainkan jika kita tak suka seseorang tu, gaduh je! Haish.. jangan pelik la kalau adik beradik kat rumah tu asyik bercakaran macam anjing & kucing je.
Pengaruh kartun & animasi ni sebenarnya pengaruh besar dalam pembentukan personaliti & karakter anak-anak kita. Tapis baik baik cerita yang di tonton & pantau rapat rapat konten yang anak lihat di TV & Gajet.
Sebaiknya pilih la kartun yang banyak bawa mesej murni, nilai nilai terpuji, ajar tentang adab, hormat orang tua & sopan dalam berkata-kata.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Pelakon lagenda yang sentiasa menjayakan pelbagai watak yang dipertanggungjawabkan padanya, Nasir Bilal Khan, berkongsi sebab mengapa dia tidak menetapkan bayaran yang mahal untuk tawaran lakonan.
Melalui sebuah video yang dikongsikan di TikTok @zulkarnain_777, pelakon Tanah Kubur ini memberitahu bahawa dirinya tidak pernah meletakkan harga tertentu untuk sesebuah kerja lakon tetapi ada juga pihak yang mengambil kesempatan terhadap keikhlasannya.
Sumber foto: Internet
Dia pernah memberitahu kepada penguruh produksi, dirinya menerima sesebuah tawaran berlakon dan bayaran dengan ikhlas. Jika tak dibayar satu sen pun, itu sudah menjadi tanggungjawab dirinya untuk menjalankan pekerjaan itu.
Nasir turut berkongsi cerita yang dirinya pernah dibayar dengan harga yang tidak masuk akal namun dia tidak kisah kerana katanya, biarlah pihak itu menjawab sendiri di ‘sana’.
“Satu masa TU orang bayar mengarut gila, langsung tak masuk akal. Saya tak kisah, esok kau jawablah. Aku nak jawab apa yang aku buat dengan Allah.”
Namun tindakannya itu turut memberi kesan kepada rakan pelakon yang lain. Aktor berusia 64 tahun itu berkata ada rakan seni yang berjumpa dirinya dan bertanya jika Nasir yang memenangi pelbagai anugerah meletakkan harga sebegitu, bagaimana dengan mereka yang tak pernah menerima sebarang anugerah?
“Kau menang banyak anugerah, kau ambil harga macam tu. Aku yang tak menang aku nak ambil harga berapa.”
Tonton video ini;
@zulkarnain_777Ikhlas adalah satu perkara yg sukar untuk kita zahirkan dalam sesuatu perbuatan,perkerjaan mahupun didalam diri tapi jikalau kita mampu untuk menghadirkan rasa itu insyaAllah kita berjaya membersihkan hati dan perasaan kita hanya untuk Allah♬ original sound – Z
Mengakui ada kebenaran dengan apa yang ditanyakan rakannya, dia mnegakui dia telah ‘merosakkan’ pasaran. Dia turut mengatakan bahawa nak jujur dan ikhlas dalam dunia ni pun payah.
Bermula dari situ, Nasir telah meletakkan bayaran tertentu untuk kerjanya namun dia tidak menerima bayaran lebih kerana padanya dia bekerja kerana Allah SWT.
Sumber foto: Internet
“Saya buat ketetapan, contohnya RM5,000. Maksudnya kalau mereka nak tawar, saya minta maaf dan minta mereka cari pelakon lain. Selepas tu kalau dia nak bayar RM10,000 pun saya tak mahu. Saya kata cari pelakon lain sebab saya tak mahu buat kerana duit, saya buat kerana Allah supaya benda tu beri kesan positif.”
Pelakon versatil itu juga menegaskan dia kini perlu selektif dalam pemilihan watak supaya tak memberi kesan yang buruk terhadap penonton. Menurutnya kalau satu juta orang menonton, sekiranya dia sebarkan pengaruh buruk apa yang perlu dijawab ketika hari pengadilan kelak.
Kerisauan wargamaya yang prihatin kepada masalah anak kepada pelawak dan usahawan, Achey yang tidur berdengkur beberapa minggu lalu akhirnya merungkaikan masalah kanak-kanak kecil itu.
Menurut perkongsian Achey menerusi Instagramnya, anaknya, Nur Tiara Zinnirah, 6, bakal menjalani pembedahan membuang tonsil atau tonsilektomi pada pagi ini.
Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah berharap pembedahan tersebut berjalan lancar dan memohon titipan doa daripada orang ramai.
“Salam semua, disebabkan Tiara tidur berdengkur, kami pergi check up dan doctor beritahu tonsil Tiara bengkak.
“Hari ini dia admitted hospital, Esok Tiara akan menjalani pembedahan kecil untuk tonsil yang membesar,” tulisnya berkongsi menerusi Instagramnya.
Achey juga turut mendoakan agar pembedahan anaknya itu dipermudahkan.
“Terima kasih yang menyarankan Tiara untuk buat check up dan hasilnya tonsil di temui oleh doktor pakar.
“Semoga doa semua yang menyayangi Tiara terus mengalir untuknya,” tulisnya lagi.
Pada pagi ini Achey juga dilihat turut membuat sesi live berkongsi kisah Tiara yang ketika itu sedang dalam bilik pembedahan malah memohon agar semuanya dipermudahkan.
Meninjau diruangan komen, ramai yang mendoakan agar masalah tonsil Tiara sekaligus masalah tidurnya dapat diperbaiki.
Terdahulu, melalui perkongsian video Tiara yang sedang tidur kepenatan, wargamaya menyarankan agar Tiara menjalani pemeriksaan doktor kerana bimbang masalah pernafasan yang dihadapinya.