Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Awning yang dipasang di halaman rumah khususnya depan pintu dapat membantu mengelakkan daripda terkena tempias hujan. Jika tidak berbuat demikian, pintu dan grill akan berkarat lama-lama apabila ayik kena hujan dan panas kan.
Jadinya penggunaan awning memang diperlukan. Tetapi bajet untuk memasang awning bukannya murah. Apa kata cuba kaedah yang dikongsikan ini.
Kadang ada masalah tempias air hujan. Pintu dan grill cepat karat. Nak upah pasang awning kos banyak juga. Jadi, boleh guna awning yang pasang siap ni. Jenis poly. Simple dan moden.
Wanita Kelantan beli barang kemas bayar guna duit syiling. Walaupun harga emas kini menghampiri RM500 untuk setiap gram, minat orang ramai terhadap barangan kemas tetap tidak berkurang, khususnya menjelang sambutan Aidilfitri. Malah, membeli emas seakan sudah menjadi satu kebiasaan tahunan bagi sesetengah masyarakat.
Pegawai Sumber Manusia MZ Gold Sdn Bhd, Nur Akmal Ahmad Tajuddin, memaklumkan bahawa sebahagian pelanggan sanggup membuat bayaran menggunakan wang syiling demi memiliki barangan kemas idaman mereka.
Walaupun harga emas semasa hampir mencecah RM500 bagi satu gram, namun rakyat Kelantan tidak pernah mengeluh malah menjadi tradisi membeli emas setiap kali menjelang Aidilfitri.
Menurutnya, sepanjang bulan Ramadan ini, sebanyak lima pelanggan datang ke premis mereka dengan membawa duit syiling untuk membeli emas sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.
“Salah seorang pelanggan kami dari Gua Musang sanggup datang ke sini dengan membawa tabung simpanan yang dikumpul selama 17 tahun. Seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an pula berjaya mengumpul lebih RM3,000 dalam bentuk syiling dan membeli seutas gelang tangan dengan wang tersebut,” katanya ketika ditemui media.
Harga emas semasa yang melambung naik tidak menyekat keinginan peminat barangan kemas sehingga ada dalam kalangan mereka sanggup membayarnya menggunakan wang syiling untuk memastikan dapat digayakan semasa Aidilfitri nanti.
Nur Akmal mengakui bahawa pada mulanya, pihak kedai agak keberatan kerana proses mengira duit syiling mengambil masa yang lama dan memerlukan tenaga kerja tambahan.
“Namun, melihat keterujaan dan kepuasan pelanggan apabila dapat memiliki barangan kemas untuk dipakai semasa Hari Raya membuatkan kami rasa berbaloi dan sanggup menerima bayaran dalam bentuk syiling,” tambahnya.
Jelas tergambar kebahagiaan yang tulus dari hati apabila melihat video yang dikongsi oleh Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman ketika menghantar ibu dan isteri menunaikan ibadah haji.
Video berdurasi beberapa minit ini, menunjukan senda gurau beliau bersama ibu yang juga merupakan pengasas Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim. Melalui caption, beliau mengakui ibunya seorang yang garang tetapi hasil didikan cara yang tegas dalam membentuk dirinya menjadi seorang yang berguna. Boleh video penuh di instagramnya.
Siapa yang ada mak garang macam abg? cer komen di bawah penglamn korg.
Kadang kala abg tak sangka mak abang @bondarozitaibrahim yang sebelum ini menang ratu cantik masa zaman jahiliah.. sekarang ni dah tua tmbah baik dan sopan.. hahah tpi tenaga dia kalah org muda walapun dah tua.. maklumlah dulu waktu abang kecil-kecil abang ni selalu kena pukul ,rotan dengan mak abang sebab abg tak pandai sekolah dan nakal x dengar cakap.. .
. bagi abg kalau tak kerana mak@bondarozitaibrahim abang yg garang mcm singa lapar ni mgkin abg tak sampai ke hari ini ..Sebab tu abang sedaya upaya akan memberi balasan kepada mak …Walapun abang tahu dia ada segalanya.. semoga anak2 abang akan menghargai abang … macam abang menghargai mak dan arwah mak abang..
Perkongsian ini mendapat perhatian netizen yang terhibur dengan gelagat bersahaja beliau berseloroh dengan isteri dan ibunya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.