Menyentuh tentang menambah bilangan anak, nyata ramai antara kita akan pastikan benar-benar bersedia bukan sahaja dari sudut ekonomi malah emosi dan mental juga. Namun jika sudah tertulis direzekikan untuk memiliki anak meskipun dalam tempuh jarak yang dekat, siapalah kita untuk menolak rezeki yang cukup istimewa dariNya.
Baru-baru ini viral juga berkenaan satu video di Tiktok, seorang isteri Bernama Jessica Olivia yang menunjukkan keputusan alat pregnancy test kepada suaminya yang ketika itu sedang berada di atas katil sambil menjaga anak kedua mereka yang berusia 3 bulan.
Apabila si suami diberikan alat tersebut, wajahnya terus berubah daripada wajah ceria melayan si anak bertukar kecewa dan cuak. Apa tidaknya, risau memikirkan isterinya telah mengandung lagi sedangkan anak maasih kecil.
Lebih kelakar lagi, si suami dilihat seakan sukar menerima berita tersebut dan beberapa kali beristighfar dengan berita yang diterimanya itu.
Sedangkan ini semua adalah helah si isteri untuk melihat reaksi si suami andai kata dia mengandung dalam jarak waktu yang terdekat dengan kelahiran sebelum ini.
Ads
Melihat reaksi spontan suaminya begitu, tak disangka pula menimbulkan rajuk di hati isterinya pula.
Video ini meraih jumlah tontonan yang ramai dan wargamaya turut terhibur melihat gelagat dan reaksi pasangan suami isteri ini. Sementara itu ramai juga yang meninggalkan komen berkongsi pengalaman masing-masing.
Wanita mana yang ridak mahu menimang cahaya mata, malah itulah momen yang cukup dinantikan usai diijabkabulkan. Lengkap sudah fitrah sebagai seorang wanita setelah bergelar isteri.
Namun ketentuan Ilahi kita tidak mampu menolaknya, ada orang diberikan rezeki awal menimang zuriat, ada yang lain terpaksa menunggu lama. Tetapi usah dipersoal bab itu jauh sekali menuduh wanita tersebut mandul atau tidak berupaya melahirkan zuriat. Kerana semuanya sudah tertulis di Luth Mahfuz. Berusaha bagaimana sekali pun andai Dia masih tidak mahu memberikan rezeki maka kena redha.
Tetapi, luahan hati seorang wanita ini cukup mengundang sebak di hati. Apa tidaknya, dia dituduh mandul hanya kerana belum memiliki anak. Hasrat untuk berkunjung di hari raya bertukar mimpi ngeri buat wanita ini apabila dituduh mandul oleh saudaranya.
Menurut Siti Jamilah luahan tersebut bukanlah kerana mahu menagih simpati, sebaliknya sekadar berkongsi perasaan hatinya setelah dituduh sedemikian rupa oleh saudara sendiri.
Skdr brkgsi sdkt luahn hati, luahn rs… Hati prmpuanku ini y bagai dipnh halilintar skaligus hancur berkecai apabila digelar ‘mandul’… Yes..! ‘Milah Mandul’… Allahurobbi… Salah apa aku kpd kamu duhai mokcik… Hina sgt kah aku shgga perkataan itu keluar dri mulut mu… ???..
Aidilfitri kali ini kurasakan tiada mkna bg ku… Ak serik….. Kunjung mgunjung n saling bermaafan y spttnye mjadi tradisi mulia slama ini tp ia mnjdi mimpi ngeri buat diriku oleh krna ‘situasi’ hri ini… ak serik utk bertemu kamu duhai mokcik dan mokcik2..Saat menulis ini airmata ku xdpt diseka lagi.. Laju.. Laju bagaikan titis hujan mlm ini ya Allah…?????
Aku cuba utk bersabar dan tersenyum namun hati dan iman ku y senipis kulit bwg ini kdgkala mybbkan aku rse tramat down.. Tramat sdih…
Andai ank itu boleh aku bli d psr2 raya, di psr2 mlm…..
Perbualan siang td berbunyi :-
Mokcik : naik la, msuk la.. Ni sapo ni.. Aku : slmt hri rye ‘mokteh’.. Ape khbr.. Milah la ni.. Mokcik : Milah mano??? Hoo MILAH MANDUL… Aku : %! @?£&..x baik ckp gitu mokteh… Mokcik : Hoooo doh yo la.. Xleh branok mandul la ore panggil.. Ko ore pggil gpo..???
Allah Allah… Ampunkan dosaku dan dosanya ya Allah…
Bgitu lah kisah nye y d pendek kan…
Ya Allah.. Dalam hati ni… Hanya Engkau saja y tau.. Rse nk mnangis trus saat itu.. Tp ak tahan tahan dan trus tahan melayani dan berbual2 bertanyakan khbr ‘mokcik’ tersebut y katanya sebelah lutut sakit dan x boleh bgerak aktif spt sblm ni… Ak mlyni tetamu2 dan sanak saudara y lain spt tiada ap y berlaku.. … Smpai lah mlm ini… Rse ini x dpt ku bendung lagi…..
Post ini bukan niat ingin mnagih simpati… Bkn niat nk mburuk kan mokcik tsebut.. Ianya sbg slh 1 cara ak dpt kurg kn ksdihn hti ini…
Sincerely me, MILAH MANDUL?
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin semua… ??????????????
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap orang mengimpikan untuk peroleh mentua yang baik, memahami dan penyayang. Tidak terkecuali, pelakon Puteri Sarah Liyana merupakan salah satu individu terpilih untuk mendapatkan mentua yang prihatin dengan dirinya dan anak-anak.
Meskipun dilanda kemelut rumahtangga bersama suaminya yang juga pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof, mentuanya sentiasa menyokong penuh di belakangnya.
Baru-baru ini, Puteri Sarah mendedahkan bapa mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam tidak pernah lupa untuk menghantar mesej dukungan dan semangat padanya setiap minggu.
Kata Puteri Sarah, 36, itu adalah salah satu kekuatan buat dirinya untuk tidak cepat mengalah dalam meneruskan kehidupan.
“Setiap minggu mesti dapat WhatsApp semangat daripada bapa mentua saya.
“Ini adalah salah satu perkara yang menjadi pembakar semangat Sarah untuk tidak pernah berputus asa dalam kehidupan.” katanya.
Dalam hantaran di Instagram Stories, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memuat naik tangkapan skrin (screenshot) perbualan bersama Yusof Haslam.
Puteri Sarah juga sempat memberitahu yang dia menerima tawaran berlakon daripada sebuah stesen televisyen dan perlu ‘outstastion’ ke New Zealand selama sebulan pada November ini.
Yusof Haslam yang juga merupakan pengarah dan penerbit tersohor menegaskan dia dan isteri, Datin Fatimah Ismail serta keluarga akan sentiasa berada di sisi Puteri Sarah dan anak-anak.
Sebelum ini, rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof didakwa dilanda masalah dilsebabkan kehadiran Ira Kazar.
Puteri Sarah juga mengakui dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul. Sekadar info, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.
Sumber : Instagram Puteri Sarah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penyakit buah pinggang sering kali digelar sebagai “pembunuh senyap” kerana gejalanya yang hadir secara perlahan tanpa disedari. Dalam kebanyakan kes, mereka yang menghidap penyakit ini hanya mengetahui keadaan sebenar apabila ia sudah berada pada tahap yang serius.
Situasi ini berlaku kerana ramai tidak menyedari tanda-tanda awal yang mungkin dianggap biasa atau tidak berbahaya. Hakikatnya, kegagalan mengenal pasti tanda-tanda awal boleh membawa kepada komplikasi yang mengancam nyawa.
Antara tanda-tanda awal penyakit buah pinggang termasuklah rasa keletihan yang melampau walaupun mendapat rehat yang mencukupi. Ini berlaku kerana buah pinggang yang tidak berfungsi dengan baik akan menyebabkan pengumpulan toksin dalam badan, lantas mengganggu sistem tubuh.
Selain itu, bengkak pada bahagian muka, tangan, atau kaki juga sering berlaku akibat penahanan air dalam badan. Tanda ini sering kali tidak diberi perhatian kerana disalah anggap sebagai masalah sementara.
Perubahan pada air kencing juga merupakan petunjuk penting. Air kencing berbuih atau berwarna keruh mungkin menunjukkan kehadiran protein dalam air kencing, satu tanda jelas bahawa buah pinggang sedang bermasalah.
Ada juga yang mengalami kencing yang kurang daripada biasa atau rasa sakit semasa membuang air kecil. Nafas berbau, hilang selera makan, dan tekanan darah tinggi yang sukar dikawal turut menjadi antara gejala yang lazim dialami oleh mereka yang mempunyai masalah buah pinggang.
Golongan yang berisiko tinggi termasuklah pesakit diabetes dan darah tinggi, kerana kedua-dua penyakit ini memberi tekanan besar kepada fungsi buah pinggang.
Selain itu, individu yang mempunyai sejarah batu karang juga berisiko tinggi kerana komplikasi batu karang boleh merosakkan struktur buah pinggang. Perokok tegar dan mereka yang mengambil ubat tahan sakit secara berlebihan tanpa kawalan juga perlu lebih berhati-hati, kerana amalan ini boleh memberi kesan buruk kepada buah pinggang dalam jangka masa panjang.
Namun begitu, penyakit buah pinggang sebenarnya boleh dicegah jika langkah-langkah pencegahan diambil lebih awal. Pemeriksaan kesihatan secara berkala seperti ujian darah dan air kencing adalah sangat penting bagi mengesan sebarang masalah sebelum ia menjadi lebih serius.
Selain itu, tekanan darah dan paras gula dalam darah perlu dikawal dengan baik untuk mengurangkan risiko kerosakan buah pinggang.
Tabiat pemakanan juga memainkan peranan penting. Minum air kosong dalam jumlah yang mencukupi setiap hari membantu memastikan buah pinggang berfungsi dengan baik, manakala pengambilan makanan masin dan tinggi garam perlu dikurangkan kerana ia boleh meningkatkan tekanan pada buah pinggang.
Elakkan juga minuman manis yang boleh membawa kepada masalah kesihatan lain seperti obesiti dan diabetes.
Kesedaran tentang kepentingan menjaga buah pinggang adalah langkah pertama ke arah kehidupan yang lebih sihat. Jangan tunggu sehingga tanda-tanda serius muncul, kerana pada ketika itu, pilihan rawatan mungkin terhad.
Sebaliknya, jadikan penjagaan buah pinggang sebagai keutamaan dalam kehidupan seharian. Ingatlah, buah pinggang yang sihat adalah kunci kepada tubuh badan yang sihat. Sayangi diri anda, lindungi buah pinggang anda!
RINGKASAN
Tanda-Tanda Sakit Buah Pinggang:
1️⃣ Kerap keletihan walaupun cukup rehat.
2️⃣ Bengkak pada muka, tangan, atau kaki akibat penahanan air.
3️⃣ Kencing berbuih atau berwarna keruh (tanda protein dalam air kencing).
4️⃣ Kencing kurang daripada biasa atau sakit ketika membuang air kecil.
5️⃣Nafas berbau
6️⃣hilang selera makan .
7️⃣ Tekanan darah tinggi yang sukar dikawal.
Siapa Berisiko?
🔸 Pesakit diabetes dan darah tinggi
🔸 Individu dengan sejarah batu karang
🔸 Perokok tegar & pengambilan ubat tahan sakit berlebihan
Apa Perlu Dilakukan?
Jangan tunggu tanda serius muncul. Lakukan:
✅ Pemeriksaan kesihatan berkala – ujian darah dan air kencing.
✅ Kawal tekanan darah dan paras gula.
✅ Minum banyak air kosong, elakkan minuman manis dan
✅ Kurangkan makanan masin dan tinggi garam.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...