Kes rogol, sumbang mahram dan sebagainya semakin menakutkan kita hari ini. Semuanya disebabkan kurangnya ruang privasi bagi anak terutama anak lelaki dan perempuan. Walhal hal ini teramatlah penting.
Perkongsian seorang guru, Shifa Kamardin ini sangat tepat malah amat dipersetujui ramai. Mak ayah perlu persiapkan bilik yang luas dan mencukupi buat anak lelaki dan perempuan sebelum memilih untuk menambah bilangan anak. Ini penting!
Sebelum nak tambah anak, tambah bilik dulu. Aku ternampak satu video kat kat sebelah kan, ada seorang doktor ni cakap, paling minimum benda yang perlu dipertimbangkan sebelum tambah anak adalah tengok keadaan rumah kita dulu.
Aku terus macam, zaapp! Terus dapat tangkap apa yang beliau nak sampaikan. Sebab kan sebelum tambah anak, kena semak semula, mampu atau tidak kita sebagai ibu ayah sediakan bilik berasingan untuk anak lelaki dan juga anak perempuan.
Pastu bayangkan kalau anak-anak pula ramai macam sepasukan bola sepak, takkanlah nak sumbat anak-anak duduk sekali dalam bilik yang sempit macam sekangkang kera tu?
Sedangkan bilik tu muat satu katil bujang atau paling besar pun katil kelamin. Dah la binaan rumah sekarang makin sempit kaki per segi. Tu tak kira lagi nak letak almari dan set meja belajar. Boleh bayanglah sempit betul.
Ads
Kalau tak muat, bentang toto kat ruang tamu, tidur ramai-ramai kat situ. Bila nak buat hubungan kelamin, kena sorok sana sini. Tiba-tiba teringat kes sebuah keluarga ni hidup dalam keadaan melarat.
Duduk di rumah flat, anak pula berbelas-belas orang. Tapi ada DUA ISTERI! Duduk sekali bersama dua orang isteri tu dalam satu rumah. Isteri kedua pula tengah mengandung anak ke berapa entah masa tu.
Bilik pula hanya halang dengan kain langsir nipis tu saja sebagai pemisah! Kemudian, tagih bantuan orang ramai untuk tolong keluarga mereka. Sedangkan lelaki tu kuat dan sihat. Weh, tak boleh bayang!
Anak perempuan pula nak mandi atau bersiap, tak ada privasi sebab ayah dan adik-beradik lain nampak. Dengan tandas ada satu saja. Jenuh berebut.
Ads
Orang dok kata anak rezeki. Tapi hak anak-anak yang paling minimum pun tak mampu nak sediakan. PRIVASI MEREKA. Lepas lunaskan bab privasi, barulah boleh bincang hak mereka yang lain seperti pendidikan atau kesihatan.
Ni kalau hat paling minimum sekali pun tak dapat nak sediakan, toksah sembang bab tambah anak. Aku pesan kat adik-adik aku, nak tambah anak, pastikan pindah rumah yang lebih selesa. Cari rumah yang kondusif untuk membesarkan anak. Bukan ala kadar saja. Usaha mestilah kena lebih. Nak bela anak, kos memang mahal. Mahalkan sikit usaha tu.
Orang tua aku walaupun anak ramai, bilik kat rumah kami ada 4. Memang sangat cukup pun. Tambah pula rumah kampung, memang luas la.
Ni kalau duduk di bandar, rumah pula macam sangkar burung, bilik air pun hanya ada satu, janganlah aniaya anak-anak atas kebodohan diri. Ni baru bab duduk rumah sewa atau rumah sendiri.
Ads
Kalau yang duduk sekali di rumah mak ayah dengan adik-beradik yang masih bujang? Beranak-pinak pula kat situ? Bayangkan? Ini bukan berkisarkan rezeki semata-mata tapi amanah yang kita pikul terhadap anak-anak.
Islam ni mudah sebenarnya. Cuma kita saja yang suka menyulitkan situasi.
Ezzah Aziz Fawzy, macam tak percaya cecah usia 61 Tahun, nenek tiga cucu ini tetap nampak anggun. Ezzah antara nama besar dalam industri penyiaran negara yang berpengalaman lebih tiga dekad dalam bidang penyiaran.
Ezzah Aziz Fawzy, siapa yang tidak kenal dengan figura ini. Wanita ini telah berjaya membuktikan kemampuan diri dan mengasah bakat sebagai penyampai berita, pengacara dan penerbit.
Ezzah Aziz Fawzy, Macam Tak Percaya Saja Sudah Cecah Usia 60 Tahun
Bersandarkan wajah cantik, bakat dan kepetahannya dalam menyampaikan informasi, tidak hairanlah pesona Ezzah masih diingati penonton hingga ke saat ini.
Bakal mencecah usia 61 tahun pada Ogos nanti, Ezzah memulakan karier di TV3 pada tahun 1987. Antara personaliti televisyen lain yang seangkatan dengannya termasuklah Puan Sri Normala Samsudin, Zakiah Anas dan Yusanani Yushak.
Ketika era kegemilangannya, Ezzah bukan hanya dikenali sebagai pembaca berita bahkan dia turut pernah mengendalikan program popular seperti Nona, Wanita Hari Ini, Majalah 3 dan pengacara wanita Jejak Rasul.
Meskipun tidak lagi aktif muncul di kaca televisyen, aura Ezzah masih menjadi bualan. Mana tidaknya, pada usia mencecah 61 tahun dia masih kelihatan sihat bertenaga. Bergelar nenek dan mempunyai tiga orang cucu, penampilan Ezzah tetap tampak anggun dalam kelas tersendiri.
Aktif mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam dan meluangkan masa bersama keluarga tersayang, Ezzah juga gemar bercucuk tanam. Buktinya, taman di kediaman personaliti ini dihias indah dengan pokok-pokok bunga mawar yang tumbuh mekar.
Enggan mensia-siakan pengalaman dan bakat yang ada, Ezzah pada Oktober 2021 telah dilantik sebagai Profesor Adjung Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Hebat!
Untuk info, Ezzah Aziz Fawzy mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Ahmad Rezal Mohd Esa pada 5 Julai 1986. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya matai aitu Dr Fatin, Akif, Amanna, Farhan dan Alya.
Bila mengimbau zaman kecil dahulu, aiskrim Malaysia antara minuman … dengan pelbagai perisa yang lebih menarik dan sedap.
Apabila teringat masa kecil, aiskrim Malaysia antara minuman yang popular dijual di kedai. Dengan pelbagai perisa menarik dan sedap dapat menghilangkan dahaga.
Begitu juga resipi aiskirim Malaysia yang dikongsi oleh Puan Ain Kamis, bukan biasa-biasa rasanya. Perisanya warna-warni . Apa pun coraknya paling penting teksturnya lembut.
1 resepi Yang boleh dipelbagaikan. Ikut la tekak masing²
Bahan A :
2500gram air biasa (sukat botol mineral kecik tu 5botol kalau xde penimbang.
1 tin susu cair carnation
1 tin susu pekat manis F&N
2 sudu besar tepung jagung
4 sudu kecil vanilla powder (cari kat bakery)
Cara-cara :
1) masak bahan A guna api Yang sederhana. Sentiasa kacau utk mengelakkan susu hangit & membuak.
2) bila dh keluar wap, masukkan bahan B .didihkan hingga betul2 mendidih.
3) dah mendidih, masukkan pulak bahan C. Masak lgi hingga mendidih.
4) sejukkan
Perisa :
1) blueberry – guna blueberry topping .Cari Yang jenis licin berkilat. Yg ni dia melekat elok di plastik. Xkan bercampur dgn air susu.
2) strawberry – sama mcm blueberry
3) coklat – guna coklat spread.
4) oreo – sebijil oreo dipatah2 kan jadi kepingan kecil.
5) dynamite peppermint – tambah sedikit peppermint flavour dalam air susu tadi. Letak pewarna utk kelihatan menarik. Tumbuk sebiji gula² dynamite & masukkan dlm plastik. Klu xnk pon xpe. Sbb kejadian dia berangin giler.
6) Bandung – letak esen sirap cap ros. Nk letak cincau @ selasih boleh jgk.
Adunan ni dapat 67pcs baby aiskrim. Dimana 1 plastik aiskrim yg standard dipotong 2 .
Gunala susu yang berkuality sikit ye. Jgn cari yg murah aje. Bahan premium menghasilkan product yg sedap.
Tak sangka ada cacing dalam tin sardin. Hati-hati peminat sardin! Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor merampas 16,320 kilogram (kg) tin sardin dari China, yang mengandungi cacing parasit Anisakis sp. cuba diimport masuk ke negara ini, awal bulan ini.
Menerusi daripada penerangan Pengarahnya, Edie Putra Md. Yusof berkata, parasit itu dikesan dalam sardin berkenaan selepas pihaknya menghantar sampel makanan itu ke Jabatan Kimia untuk dianalisis. Hasil dari sampel itu didapati terdapat penemuan parasit berkenaan.
Sardin Diimport Tanpa Permit
Langkah pantas, pihak MAQIS apabila selepas pihaknya menyita sebuah lori yang membawa muatan sardin dalam tin dianggarkan seberat 16,320 kilogram (kg) bernilai RM83,879 melalui pintu masuk negara.
Kata Edie Putra Md. Yusof lagi, sitaan terhadap lori itu dibuat berikutan sardin dalam tin itu diimport tanpa permit import daripada MAQIS.
“Susulan itu, anggota MAQIS membuat pemeriksaan lanjut secara fizikal terhadap sardin dalam tin dari China itu sebelum mendapati kehadiran bendasing dalam tin sardin berkenaan.
“Beberapa sampel tin sardin kemudian telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisis lanjut sebelum bendasing itu disahkan sebagai cacing parasit Anisakis sp.”
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Katanya, MAQIS komited dalam menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan di pintu masuk negara bagi memastikan tiada perosak dan penyakit yang memasuki negara demi menjamin keselamatan makanan negara,” katanya
Sumber : Berita Harian
MESTI TONTON: KISAH KUCING YANG CUTE HINGGA MEMBAWA KEBAHAGIAN BUAT SEBUAH KELUARGA