Di balik kelembutan dan kerapuhan tersebut, dalam diri wanita tersimpan jiwa yang kuat dan tegar untuk cemerlang dalam bidang yang diceburi.

Sebagaimana perkongsian daripada facebook rasmi Universiti Sains Malaysia, berkongsi kenyataan bahawa pensyarahanya iaitu Profesor Dr Zafarina Zainuddin merupakan pensyarah pertama di Malaysia dengan kelulusan PHD dalam bidang DNA Forensik.

Kehebatan wanita ini membuatkan wargamaya meluahkan rasa kagum dengan pencapaiannya di universiti berkenaan.

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Profesor Dr Zafarina Zainuddin, Pensyarah Pertama Di Malaysia Dalam Bidang DNA Forensik Buat Wargamaya Kagum

Pusat Penyelidikan Biokimia Analisis (ABrC) Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini telah menganjurkan sesi syarahan umum pelantikan profesor yang dibentangkan oleh Profesor Dr. Zafarina Zainuddin bertajuk “Pemprofilan DNA: Aplikasi dalam Forensik dan Asal Usul Manusia.”

Zafarina memulakan tugas sebagai pensyarah Program Sains Forensik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM selepas berjaya menamatkan PhD pada April 2004. Beliau merupakan PENSYARAH PERTAMA di Malaysia dengan kelulusan PhD dalam bidang DNA Forensik.

IKLAN

Profesor Dr Zafarina Zainuddin, Pensyarah Pertama Di Malaysia Dalam Bidang DNA Forensik Buat Wargamaya Kagum

Zafarina juga bertanggungjawab dalam penubuhan dan pembangunan Human Identification/DNA (HID/DNA) Unit di Pusat Pengajian Sains Kesihatan sejak tahun 2008 yang merupakan sebuah makmal persendirian pertama di Malaysia yang memperolehi akreditasi ISO: 17025 untuk ujian DNA (paterniti). Dengan ini USM merupakan satu-satunya IPT di Malaysia yang mempunyai makmal ini.

Syarahan Zafarina menyentuh tentang ujian DNA yang digunakan untuk mengenalpasti profil bagi setiap individu. Proses ini penting kerana dapat membantu menyelesaikan kes jenayah atau orang hilang, pengesahan hubungan antara ibu/bapa dengan anak dan penentuan keturunan seseorang.

Profesor Dr Zafarina Zainuddin, Pensyarah Pertama Di Malaysia Dalam Bidang DNA Forensik Buat Wargamaya Kagum Profesor Dr Zafarina Zainuddin, Pensyarah Pertama Di Malaysia Dalam Bidang DNA Forensik Buat Wargamaya Kagum

IKLAN

Profesor Dr Zafarina Zainuddin, Pensyarah Pertama Di Malaysia Dalam Bidang DNA Forensik Buat Wargamaya Kagum

Majlis yang diadakan di Dewan Persidangan Universiti (DPU), USM ini turut dijalankan secara langsung melalui pautan Facebook dan Youtube rasmi USM.

Turut hadir ke sesi ini ialah Pendaftar USM, Dato’ Dr. Musa Ali, Mantan Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan, FASc, Mantan Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Profesor Dato’ Dr. Ahmad Haji Zakaria dan Pengarah Pusat Islam USM, Ustaz Mohammad Shukri Osman.

Sumber: Universiti Sains Malaysia

IKLAN

 

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.k

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Profesor Dr Zafarina Zainuddin, Pensyarah Pertama Di Malaysia Dalam Bidang DNA Forensik Buat Wargamaya Kagum

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI