Menarik juga jika kita dapat membuat taugeh untuk dimakan sendiri. Terjamin bersih dan pastinya segar. Memandangkan untuk hasilkan taugeh tidaklah susah mana, dalam tiga empat hari sudah boleh diambil untuk dimasak. Jadi apa kata kita buat projek menanam taugeh ini bersama anak-anak.
Pun begitu, hendak buat taugeh ada tekniknya dan banyak-banyak teknik cara ini paling mudah kerana menggunakan botol mineral sahaja tanpa kita perlu membeli alatan dan perkakasan lain.
Untuk itu, ikuti perkongsian daripada
JOM TANAM TAUGEH DENGAN CARA MUDAH
Tips membuat taugeh ..
Jgn percaya ! buat jer
Ads
1. Rendam kacang hijau 4jam (air suam)
2.Tapis
3. Masukkan kacang hijau dalam botol
4.spray kacang hijau dengan air rata rata
Ads
5.letak botol berisi kacang hijau dalam kotak ( gelap)
6.spray 2x sehari (melalui lubang yg telah ditebuk)
Pengisar yang sering digunakan untuk mengisar bahan masakan seperti bawang dan cili, atau mungkin kunyit hidup pasti akan ‘melekat’ bau dan warnanya bukan?
Mungkin anda tidak selesa apabila menggunakan untuk masak masakan lain, tapi bekas pengisar berbau tidak enak, pastinya sukar. Bimbang juga kalau terus guna, nanti bau bawang dan cili memberi kesan kepada masakan rasa masakan anda nanti.
Jadi, mungkin petua ini boleh membantu anda untuk menghilangkan bau dan kesan yang kurang menyenangkan ini iaitu dengan menggunakan limau nipis dan beras. Begini caranya:
BAHAN-BAHAN:
CARA-CARA:
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika ditanya masakan paling sedap yang pernah dimakan. Sudah tentu ramai akan menjawab masakan ibu! Bahkan bila setiap kali balik kampung, ibu masak hidangan ringkas seperti sambal telur sekali pun sudah terasa sedap asalkan ibu yang masak. Cukup ajaib!
Begitu juga apa yang ingin dikongsikan oleh Nursyuhada Ab Wahab yang merupakan seorang ahli akademik di Universiti Sains Islam Malaysia Nilai. Menurutnya, pergilah menikmati makanan di hotel paling mewah atau restoran paling ekslusif mahupun makanan yang paling eksotik sekalipun, masakan ibu sendiri adalah makanan yang paling sedap di hati semua orang. Seorang anak akan sentiasa merindui masakan ibunya andai terpaksa merantau atau terpisah sekian lama. Mengapa?
Itulah keajaiban ‘air tangan’ seorang ibu. Peribahasa air tangan bermaksud masakan seseorang. Air tangan yang dimaksudkan bukan sebatian kimia yang berbentuk cecair dalam erti kata fizikal dan material. Air tangan yang dimaksudkan sebenarnya ialah aliran kasih sayang, keikhlasan, ketulusan dan kesungguhan dari hati seorang ibu yang memasak makanan untuk anaknya. Hati yang tulus itulah yang mengalirkan kasih sayang melalui anggota tangan yang memasak untuk santapan seisi keluarga.
Banyak faktor yang menjawab keajaiban masakan seorang ibu. Ibu yang menyediakan makanan adalah didorong untuk mencurahkan kasih sayangnya kepada anak-anak kesayangan berbeza pula dengan seorang chef hotel atau tukang masak di restoran yang menjalankan tugas memasak atas dorongan ganjaran material berbentuk wang ringgit.
Masakan seorang ibu lebih istimewa berbanding makanan lain kerana tidak dinafikan istimewanya naluri seorang ibu. Hanya ibu yang lebih mengenali dan mengetahui makanan kegemaran setiap orang anaknya. Justeru, seorang ibu yang menyediakan makanan kegemaran anak-anak tidak langsung mengharapkan balasan ataupun ganjaran seperti seorang chef atau tukang masak, malahan dilakukan dengan penuh rasa kasih dan sayang. Keikhlasan yang dibuktikan oleh seorang ibu inilah menjadikan ramuan dan resipi masakannya ibarat memiliki suatu rahsia yang tersembunyi.
Antara rahsia lain istimewanya masakan ibu ialah jaminan makanan yang bersih, suci dan berkhasiat. Penyediaan makanan melalui banyak proses bermula dari menyiang, mengupas, memotong, membasuh, menggaul, menguli, menumis, menggoreng, dan lain-lain proses yang secara langsung melibatkan sentuhan tangan. Jari jemari dan tangan ibulah yang paling banyak menyentuh bahan-bahan untuk dimasak. Ibu akan memastikan semua bahan adalah bersih dan bermutu tinggi. Hati naluri seorang ibu akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk anak-anaknya.
Ajaibnya masakan ibu juga ialah kerana doa-doa yang dipanjatkan dan zikir-zikir yang dialunkan ketika menyediakan makanan tersebut. Doa dan zikir ini akan mengalir ke dalam makanan yang dimasak dan seterusnya dinikmati oleh anak-anak. Banyak zikir dan doa yang diajarkan dalam Islam khusus untuk diamalkan oleh para ibu ketika menyediakan juadah untuk santapan seisi keluarga.
Oleh yang demikian, para ibu sangat digalakkan menyediakan masakan dari rumah untuk dinikmati oleh seisi keluarga. Tidak perlu masakan yang eksotik, gah ataupun penuh dengan dekorasi yang hebat, cukup hanya hidangan yang ringkas untuk dinikmati tetapi bakal menjadi makanan yang sangat dirindui suatu hari nanti. Air tangan seorang ibu tiada tolok bandingnya.
Selain barang mekap dan pakaian, tudung antara koleksi yang paling banyak dikumpul oleh wanita yang bertudung. Namun, menjadi masalah kalau ruang agak terhad.
Cable tight Disebabkan tudung isteri terlalu banyak, suami lipat2 letak dlm rak, isteri potpet2 ckp tudung xda… hahahaha… skali tgk dlm rak… bgtau suami isteri klo dlm rak ni susah nk nmpak n pakai… baik letak kat luar… sblm ni dok gantung2 kat hanger ja… banyak pulak hanger nk pakai n nmpak serabut pulak.
1 hari lpas blk kenduri singgah la kedai berantu (eco-shop) ni… niat nk cari benda lain p beli benda lain?… sekali terpandang hanger besar ni… terus dpt idea… beli hanger, pengepit tudung n cable tight… balik umah cerita kat suami nak buat penyangkut tudung… dia pon ok ja… Letak brg dlm bilik g kua masuk blk dlm bilik suami dah tlg buka plastik eko… sumai pon layan la permintaan isteri nk buat penyangkut tudung… dalam gambar tu yg dah gantung tu 1st batch… yg tgh buat 2 yg baru…
1 hanger dpt 30tudung… suami buat 3 hanger? Terima kasih suami ?NurdinBBaharudinsebab tlg isteri buat ni… dah jimat bajet kat situ… byk tudung boleh sangkut...
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.