Perkongsian daripada seorang ibu ini dalam mendidik anak-anaknya agar memahami dan melaksanakan ibadah puasa menarik untuk sama-sama kita sebagai ibu ayah dapat mempraktikkannya.

Anak bermula sedari awal tidak didedahkan dengan kaedah ‘upah’ atau dapat ganjaran andai berpuasa.

Namun keluarga ini ada caranya yang tersendiri, untuk itu jom kita fahami perkongsian bermanfaat ini.


InshaAllah kali ini saya bakal kongsikan TIPS bagaimana nak ajar anak kecil berpuasa sendiri tanpa perlu dipaksa atau diupah hadiah (dengan Izin Allah)

Puasa Bukan Sebab Upah Atau Terpaksa. Tapi Keluarga Ni Rangsang Anak Berpuasa Dengan Hadith & Quran!

Apa yang saya bakal kongsikan adalah berdasarkan pengalaman saya mengajar anakanda Muiz berpuasa sejak dia berusia 5 tahun.

Saya melihat bahawa ibu bapa perlu berusaha dalam buat ‘persiapan’ rapi mendidik anak menjalani ibadat puasa

Jika kena caranya..anak sanggup berpuasa tanpa perlu disuruh atau dijanjikan hadiah

Persiapan perlu bermula..:

1) SEBELUM RAMADHAN

Serius? sebelum Ramadhan dah kena ajar?

Ya..Sungguh saya terkesan dengan kata-kata Syeikh Hussain Yaqoob

“Matahati yang merindui Ramadhan akan dapat menciumi bau bulan ramadhan..Seperti Yaakob telah terbau baju anaknya Yusuf”

Ini yang kita perlu tanamkan dalam diri anak-anak..Sentiasa merindui kedatangan bulan Ramadhan

Anak saya hingga pernah beritahu yang dia nak bina sebuah mesin masa (macam dalam kartun Doraemon) untuk dia kembalikan masa supaya setiap hari ialah bulan Ramadhan dalam hidupnya.

Tapi bagaiman kita nak terapkan keRINDUAN pada bulan Ramadhan dalam hati anak?

Semua perlu bermula dari kita sebagai ibu bapa.

Dari awal tahun saya dah ajar anak supaya BACA DOA ini selalu

Puasa Bukan Sebab Upah Atau Terpaksa. Tapi Keluarga Ni Rangsang Anak Berpuasa Dengan Hadith & Quran!

اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبَ وَ شَعْبَانَ وَ بَلِّغْنَا رَمَضَان
“Ya Allah..Rahmatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban..dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan”

Anak selalu ulang-ulang baca doa ni

IKLAN

Anak tidak akan mampu merindui Ramadhan kecuali jika kita tunjukkan caranya..

kita sebagai IBU BAPA perlu jadi PERINDU ramadhan dulu

Ibu-ibu nanti bila ganti puasa..boleh beritahu pada anak yang kita sedang berusaha yang terbaik untuk bersedia dengan kedatangan Ramadhan.

Anak-anak perlu nampak ibu bapa ‘EXPRESS” perasaan tak sabar menanti kedatangan bulan mulia.Dari situ anak akan belajar menyambut Ramadhan..

Saya sering ajak anak berdoa sama-sama supaya dipanjangkan umur untuk berjumpa Ramadhan.

Anak menyaksikan ibunya berdebar menanti datangnya Ramadhan..dan inshaAllah mereka akan membesar menjadi PERINDU Ramadhan

2) SEMINGGU SEBELUM RAMADHAN

Debaran semakin memuncak walaupun mendekati bulan yang ditunggu-tunggu..tetapi tiada jaminan umur melainkan Allah izinkan.

Semakin gigih anak berdoa dipertemukan Ramadhan. Saya ajak anak -anak untuk bantu saya KEMAS rumah.

Mereka dapat rasakan ada ‘tetamu’ istimewa yang akan tiba tak lama lagi.

Saya bisikkan ‘rumah perlu bersih’ supaya kita senang nak solat dan baca al Quran bila tiba Ramadhan.

3) MENJELANG SENJA 1 RAMADHAN

Tiba masa yang ditunggu..Pandang mata anak, dakap mereka. Beritahu anak Allah PILIH kita kali ni untuk terima hadiah istimewa iaitu RAMADHAN.

IKLAN

Berapa ramai orang didalalam kubur yang minta dihidupkan semula demi beribadat pada bulan Ramadhan

Sy bisik lagi pada anak..”Ramadhan kali ni kita mesti buat betul-betul..kita mesti buat yang terbaik..”

3) CARA MOTIVASI ANAK

Motivasi anak untuk berpuasa bukan melalui kaedah reward fizikal sahaja.Anda pasti terkejut yang anak kecil juga mampu termotivasi dengan JANJI Allah.

Jangan ‘under estimate’ kemampuan anak untuk faham hadith dan ayat Al Quran berkaitan puasa.

Pengalaman saya dalam mendidik anak berpuasa..selalunya ransangan datang dari hadith dan ayat Al Quran.

Ada banyak hadith sahih yang boleh diceritakan kepada anak. Caritakan secara santai.. mcm storytelling session

Simplify dan beri contoh yang anak mudah faham melalui Hadith. Antara KOLEKSI HADITH yang anak mudah faham:

Pintu Ar Rayyan untuk Hamba yang Ikhlas berpuasa:
********************************************
“Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang dinamakan pintu ‘Ar-Rayyan’ yang hanya dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa.
Ditanya (oleh pintu tersebut): “Di manakah orang-orang yang berpuasa?” Maka mereka pun masuk dari pintu tersebut. Setelah semua orang yang berpuasa memasukinya, pintu itu pun ditutup dan tak ada lagi yang masuk melaluinya.” (Hadis Riwayat Muslim, dari Sahl Ibn Sa’ad).

Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan
********************************************
“Apabila tiba Ramadhan, akan dibuka pintu-pintu syurga, akan ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan akan dirantai.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Penduduk Langit Menyambut Ramadhan
********************************************
Langit akan dibuka sepanjang bulan Ramadhan. “Apabila tiba malam pertama Ramadhan, akan dibuka semua pintu langit. Ia tidak akan ditutup walau pun satu pintu sehinggalah ke malam terakhir Ramadhan.” (Riwayat Baihaqi)

(Ajak anak keluar rumah dan tengok langit.. sy selalu minta anak berdoa apa sahaja yang dia hajati pada Allah sepanjang Ramadhan kerana pintu langit terbuka, maka doa sampai pada Allah tanpa hijab..
Nak pergi Lego Land ke..nak beli kasut roda ke..terus minta pada Allah)

4) JANGAN PAKSA ANAK BERPUASA

IKLAN

Jika anak belum bersedia..jangan paksa

kerana nanti akan berlaku macam-macam perkara dibelakang kita

curi minum air masa mandi..curi-curi makan masa mak tak nampak

anak yang tidak nampak “keindahan puasa”..mustahil untuk puasa dengan jujur

5) BE FLEXIBLE, PLS!

Anak nak puasa setengah hari..benarkan mereka..itu tanda mereka jujur dengan kita
kerana masih minta kebenaran untuk berbuka puasa

itu lebih baik dari curi-curi makan dan masih berpura-pura puasa.

5) SISTEM GANJARAN/REWARD

Mungkin kaedah ini berkesan untuk sesetengah anak.anak berkesan, teruskan Ada yang minta mainan jika puasa penuh

Tapi sentiasa bisikkan pada anak berulang kali. Ingat semula TUJUAN mereka berpuasa,Puasa ini untuk Allah..bukan untuk mainan atau apa-apa reward yang mereka minta. Kita nak melahirkan anak yang IKHLAS berpuasa kerana Allah.

Fahamkan mereka yang NIAT puasa ini semata-mata kerana Allah, bukan reward material sahaja.

6) SABAR ITU PENTING

Ibu ayah perlu SABAR biarpun anak saya sudah masuk tahun ke -3 berpuasa..telinga saya masih lagi dengar anak merengek LAPAR dan HAUS. Itu normal..kerana anak kita masih kecil

Bagaimana kita handle EMOSI kita untuk melayan karenah mereka lebih penting!

Berbalik semula pada point atas..saya lebih selesa gunakan hadith dan ayat Al Quran sebagai cara untuk redakan rengekan anak saya.

Tapi ikut kemampuan kita..berpuasa ini ialah proses ‘DELAYED GRATIFICATION’ (‘delayed gratification = melatih anak sabar untuk dapatkan sesuatu ganjaran yang lebih besar)

Ada anak cepat “sejuk” lepas dengar hadith ganjaran Allah..ada anak sejuk lepas dijanjikan reward.

Mulakan PERSIAPAN menyambut Ramadhan lebih awal kali ini, saya doakan Allah mudahkan urusan kita untuk didik anak berpuasa nanti.

Sumber : Siti Aminah Sulaiman

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI