Puasa bukan sekadar ibadah, tapi juga satu terapi untuk tubuh badan kita! Tahu tak, setiap jam kita berpuasa, badan akan melalui pelbagai proses pemulihan yang sangat bermanfaat?
Dari mengurangkan paras gula dalam darah hinggalah ke proses autophagy yang bantu melawan penuaan. Jom kita fahami apa yang berlaku dalam badan kita mengikut jam puasa menerusi perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad
MANFAAT BERPUASA MENGIKUT JAM
4-8 JAM
Paras gula dalam darah menurun
Semua makanan telah meninggalkan perut
Insulin tidak lagi dihasilkan
12 JAM
Makanan yang dimakan telah habis dibakar
Sistem pencernaan mula berehat
Badan mula proses penyembuhan
Hormon Pertumbuhan Manusia (HGH) mula meningkat
Glukagon dilepaskan untuk menyeimbangkan gula darah
14 JAM
Badan mula menggunakan lemak yang disimpan sebagai tenaga
HGH meningkat dengan ketara
16 JAM
Badan mula meningkatkan pembakaran lemak
18 JAM
HGH melonjak naik
24 JAM
Proses autophagy bermula
Semua simpanan glikogen habis digunakan
Ketone dilepaskan ke dalam aliran darah
36 JAM
Proses autophagy meningkat sebanyak 300%
48 JAM
Proses autophagy meningkat sebanyak 30% lagi
Sistem imun mula menetap dan proses regenerasi bermula
Pengurangan tindak balas keradangan bertambah baik
72 JAM
Proses autophagy mencapai tahap maksimum
Jom kita buat diet Intermittent Fasting
Nampak tak betapa hebatnya manfaat berpuasa untuk kesihatan kita? Dari 4 jam hingga 72 jam, setiap masa yang kita berpuasa memberi peluang untuk badan kita pulih dan jadi lebih kuat. Jadi, tak kira untuk kesihatan fizikal atau rohani, puasa memang pilihan terbaik. Jom cuba Intermittent Fasting dan rasai sendiri perubahan positif dalam hidup anda!
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
‘Voice Note Itu Pengubat Rindu.’ Buatlah Sementara Pasangan Masih Ada Disisi.
Hidup ini hanya sementara. Jika ajal datang menjemput salah antara kita, tentu terbit rindu di hati. Lebih-lebih lagi jika orang itu adalah pasangan hidup kita.
Menerusi FB lelaki ini, beliau berkongsi kisah seorang lelaki mendengar berulang kali ‘voice note’ suara isterinya yang telah meninggal dunia sejak 4 tahun lalu. Barangkali, itulah cara dirinya mengubat rindunya.
Malah, dalam tempoh PKP ini,lelaki ini juga mencadangkan agar menggunakan cara lelaki itu untuk menghilangkan rindu kepada ahli keluarga. Sesuai sekali pendekatannya selain menggunakan facetime.
Ikuti perkongsiannya.
Tadi masa tengah bungkus nasi saya perhatikan seorang pakcik sedang duduk sambil voice note dengan seseorang..
Terdengar perbualan antara pakcik tu dan isterinya yg berbunyi..
Isteri= “Abang kerja elok².. nanti kalau lapar jangan lupa makan bekal yg sayang masakkan Tu tau.. Sayang tak pandai masak sangat..
tapi tu lah lauk kegemaran abang walaupun tak sedap mana sayang masak”
tak lama saya dengar seperti ayat yg sama diulang² oleh isterinya..
VOICE NOTE
terdetik dalam hati..
agaknya bini dia suka cakap benda sama dua tiga kali kot..
atau voice note yg sama tapi pakcik tu ulang banyak kali..
tak lama lepas tu aku cuba beranikan diri untuk rapat dengan pakcik tu..
aku seloroh bertanya..
“bungkus makan jugak ke pakcik..”
dengan muka tersenyum dia jawab “ye dik..
bungkus je sebab nak makan dekat rumah..”
Aku: oh.. isteri pakcik tak ada kat rumah ke?
(sebab aku tengok ada 1 bungkus je)
Pakcik: “Isteri pakcik dah 4 tahun meninggal..”
Aku: 😢 .. “habistu tadi pakcik voice note dengan siapa..”
Pakcik: “itu voice note lama yg pakcik simpan sampai sekarang.. bila rindu pasti pakcik akan dengar.. Pakcik takde anak..
jadi hubungan kami amat rapat macam kawan baik.. bila dia dah tiada pakcik tak tahu nk bercerita dengan siapa..
So pakcik luangkan masa yg ada dengar semua voice note dari dia…
Isteri pakcik meninggal masa kami sama² solat subuh berjemaah.. meninggal masa tengah sujud..
Aku terus tak berani nak cakap banyak sebab nampak dia sedih.. tapi sebelum aku pergi dia ada pesan.. Kalau adik whatsapp dengan isteri.. jangan biasakan taip..
tapi pakailah voice note.. bila saat jauh macam sekarang ni boleh dengar suara isteri selalu..
Bila rindu boleh dengar suara dia berulang kali..
Sumber: Eddie Diaena
Hari Kecemerlangan Bukan Untuk Riak.Tapi Jadi Pendorong Kepada Anak Lain Untuk Berjaya. Deep Perkongsian Cikgu Ini!
Memang tidak dinafikan setiap ibu bapa inginkan anak yang cemerlang. Namun ada juga anak yang sebaliknya. Biasanya anak yang cemerlang akan diraikan atas kejayaannya. Bukan untuk menunjuk atau raik atas kejayaan namun moga jadi inspirasi kepada anak-anak yang lain untuk berusaha ke arah kecemerlangan. Baru-baru ini, seorang guru di laman facebooknya Mohd Fadli Salleh meluahkan isi hati bahawa anak-anak cemerlang punya hak untuk naik atas pentas atas usaha gigih yang dilakukannya untuk berjaya. Ikuti perkongsiannya, sungguh deep!
______________________________________________
KENAPA NAK NAFIKAN HAK MURID CEMERLANG?
Ada khabar pantas tersebar, kononnya keputusan UPSR tahun ini sengaja diumumkan lewat supaya pihak sekolah tidak membuat sambutan dan meraikan pelajar straight A’s dan cemerlang ini.
Satu soalan aku nak sangat bertanya dan nak sangat tahu jawapan. Kenapa bersungguh-sungguh tak nak raikan murid yang cemerlang ini?
Kenapa nak sekat hak mereka untuk bergembira atas kejayaan mereka? Kenapa?
Adakah semata-mata nak menjaga hati murid yang gagal? Itukah sebab utamanya?
Baik. Jika benar begitu, mansuhkan saja APC yang diterima dan disambut saban tahun oleh jabatan-jabatan. Mansuhkan juga segala keraian dan sambutan untuk meraikan jabatan yang cemerlang.
Nanti orang lain terluka sebab dia tak dapat APC. Nanti jabatan lain kecil hati sebab jabatan mereka tidak cemerlang. ?
Aku berbeza pandangan tentang hal ini. Pada aku, murid cemerlang harus diraikan. Cuma mungkin pada waktu berbeza dan tidak semasa keputusan dikeluarkan untuk menjaga hati banyak pihak.
Itu usaha mereka. Itu titik peluh mereka. Itu pahit jerih mereka. Itu pengorbanan mereka. Dan bila mereka berjaya, kita nak nafikan hak mereka pula? Apa adil begitu?
Murid ini, usaha mereka berganda-ganda. Saat kawan-kawan mereka tidur, mereka bangun malam. Belajar, solat hajat dan berdoa.
Murid lain diwaktu hujung minggu berseronok di taman mainan, bersuka ria seolah tiada apa yang bakal berlaku sedangkan mereka ini menahan diri.
Bukan murid cemerlang ini tak minat main, tapi demi sebuah kejayaan, pasti satu pengorbanan perlu dilakukan. Mereka belajar, mereka minta tunjuk ajar, mereka usaha bersungguh-sungguh. Saat orang lain bersenang-lenang, mereka bertungkus lumus.
Sampai ketika keputusan diumumkan, pengorbanan, pahit getir dan usaha mereka dinafikan pula? Hanya kerana nak jaga hati murid yang tidak banyak berusaha seperti mereka?
Hendak jaga hati murid yang malas sehingga tidak beri anugerah pada yang cemerlang dan melarang buat sambutan. Apa betul tindakan kita?
Ya, aku tahu bukan semua murid yang yang gagal itu pemalas. Ada yang usahanya gigih, namun rezekinya setakat itu. Tapi lazimnya yang gagal itu kurang usaha mereka. Itu kelazimannya.
Dari dulu mereka yang cemerlang kita bagi anugerah secara terbuka. Aku ini bukan murid yang genius. Jarang sekali dapat naik pentas terima anugerah.
Namun setiap kali melihat rakan naik pentas terima anugerah, ia menjadi pendorong untuk mereka yang gagal berusaha lebih gigih. Itu satu motivasi yang baik.
Dari kecil aku tanam niat dan ibu bapa selalu cakap,
” Belajar sungguh-sungguh. Kalau cemerlang dapat naik pentas terima hadiah.”
Itu pendorong dan pembakar semangat. Jangan sampai suatu masa nanti murid berkata pada diri sendiri,
“Buat apa belajar rajin-rajin. Buat apa bersekang mata belajar tengah malam. Buat apa korban waktu hujung minggu untuk belajar. Kalau dapat straight A bukan dapat apa pun.”
Kau nampak tak apa yang aku nampak? Kau nampak tak apa kerisauan aku?
Murid tahun 6, tak kira yang gagal atau cemerlang memang pihak sekolah raikan saban tahun. Setiap tahun sebelum UPSR umum lagi hampir semua sekolah buat jamuan untuk semua murid tahun 6.
Bagi semua murid gembira. Bagi mereka makan besar. Bagi mereka buat persembahan dan berseronok. Itu semua atas kegigihan mereka belajar selama ini.
Kami raikan semua pelajar. Bukan yang cemerlang sahaja. Bukan murid kelas depan sahaja.
Tapi bila keputusan sebenar keluar, pastinya yang cemerlang perlu diraikan atas kejayaan mereka. Biar semua menyaksikan agar menjadi pendorong pada adik-adik dan kawan-kawan yang lain.
Yang gagal, pastinya akan bersedih. Itu normal. Itu tanggungjawab guru di sekolah dan ibu bapa di rumah untuk mengubat kekecewaan itu.
Di sekolah, pihak guru tak pernah abaikan murid yang kecewa ini. Guru kelas, guru mata pelajaran, guru kaunseling terus menerus memberi kata dorongan dan semangat mereka.
Kekecewaan mereka jika kita pandai manipulasi akan jadi satu kekecewaan yang memberi pulangan tinggi di masa akan datang.
Kesedihan mereka ini bukannya berkekalan sampai mati. Tidak!
Namun semangat yang mereka perolehi akibat kegagalan ini yang berterusan. Ini yang aku paling suka. Sejarah telah pun membuktikan ramai tokoh terkemuka yang berjaya asalnya pernah gagal suatu ketika.
Ramai murid gagal menjadikan tangisan sewaktu rakan lain melangkah naik pentas terima penghargaan atas kecemerlangan sebagai sumber dorongan dan semangat baru untuk mereka lebih rajin dan berusaha di masa akan datang.
Tangisan semalam menjadi punca senyuman akan datang.
Apa itu tidak bagus?
Kecemerlangan itu bukan mudah untuk dicapai. Tak kira dalam apa jua bidang sekali pun.
Anugerah ini bukan sekadar memberi penghargaan pada yang cemerlang, malah menjadi dorongan dan sumber inspirasi pada yang kurang cemerlang.
Pada aku, meraikan mereka yang cemerlang adalah relevan sepanjang masa.
Pada aku-lah.
#MFS
.
Manja Berlebih-Lebih Buat Anak Tak Pandai Berdikari, Praktik Cara Ni!
Dari kecil lagi asyik melekat, tak hairanlah anak jadi terlebih manja sehingga susah untuk berjauhan dengan ibu. Apa nak buat bila anak terlebih manja macam ni?
Beri anak kita masa untuk dirinya berdikari dan bantu anak kita untuk punya keyakinan diri. Ini yang mak ayah boleh lakukan.
1. Elak terlalu cepat datang bila dia menangis. Jangan menerpa anak dalam keadaan panik. Biar dulu sekejap, jenguk dulu kenapa dia menangis. Latih anak untuk tenang sendiri. Cuba bersuara dari jauh. Contohhnya “mommy kat sini”, “mommy ada ni”, “jap..jap mommy datang”. Biar dia rasa ‘secure’ dan tahu kita ada berdekatan.
2. Banyakkan komunikasi dengan anak walaupun dia tak faham. Sepanjang perjalanan ke rumah pengasuh, bercakap ngan dia. Waktu dalam rumah pun bercakap.
Latih anak kecil kita untuk tahu yang kita bercakap dengan dia. Latih perlahan-lahan untuk si kecil terima arahan dari kita. Anak yang faham arahan akan lebih behave.
3. Elak untuk ‘over protective’. Biar anak meneroka dunia perkembangan dia dan elakkan terlalu menyekat dengan itu tak boleh, ini tak boleh. Cuma yang perlu dijaga, jangan bagi anak jatuh luka je. Anak manja kebanyakannya kuat merajuk dan suka memberontak.
Mommy cuma campur tangan bila perlu. Latih anak untuk bergaul dengan rakan sebaya, anak-anak saudara dan saudara-mara. Tapi jangan lupa ajar dia untuk elakkan orang yang tak dikenali juga.
4. Latih anak untuk tidur awal. Jam 8.00pm -8.30pm adalah waktu untuk tidur. 9.00pm paling lewat. Latih dari kecil, dia akan biasa. Bila anak terjaga waktu malam, lepas menyusu suruh atau tidurkan dia semula. Jangan sesekali ajar bermain atau buka lampu terang. Anak perlu tahu beza malam dan siang dan dia perlu dilatih.
5. Buat senarai setiap kali pergi shopping barang dapur. Masa anak kecil, bacakan untuk dia setiap barang yang ambil dari rak sambil tandakan pada kertas. Biar anak nampak perbuatan kita. Dia akan set dalam kepala, apa yang dibeli hanya dari apa yang disenarikan.
Elakkan pembelian yang tak dijangka. Bila anak dah besar sikit, boleh bincang dengan dia apa yang dia nak waktu kita buat senarai pembelian. Biasa dia akan minta mainan, coklat dan sebagainya. Jadi, masukkan dalam senarai barangan dia sekali.
6. Latih anak untuk bargain, nego, alternative. Contoh, waktu dia pilih mainan, cuba guide atau ajar untuk other option. Kalau yang mahal, cuba bandingkan dengan yang lebih murah. Kalau coklat, cuba cadangkan untuk biskut dan sebagainya. Tapi, jangan terus tolak permintaan dia.
7. Selalu pesan utuk berhati-hati dekat tempat awam. Pesan dari rumah, dalam kereta ulang lagi, sampai mall ulang lagi. Puji dia kalau dia ‘baik’. Bagi ganjaran sikit, contohnya cium dia.
8. Marah atau hukum jika anak buat salah. Contoh;
Bayi – Boleh gunakan nada suara atau gerak tubuh. Biar dia tahu perbezaan nada atau gerakan yang kita gunakan.
Anak 1-3 tahun – Nada suara atau pukul lembut di tapak tangan. Terangkan kenapa dia perlu dihukum.
Anak 3-6 tahun – Pukul ditapak tangan guna bare hand atau objek macam hanger kecil. Pukul perlahan je, ambil syarat. Terangkan kenapa dihukum, apa yang sepatutnya dan sebagainya.
6 tahun keatas – Waktu ni dah boleh gantung rotan pada dinding. Jangan lupa terangkan kegunaan rotan tu.
9. Selalu set yang kita adalah ibu bapa. Kita yang kawal dan bentuk anak, bukan anak yang kawal kita. Bentuk anak bukan maksud kita tak sayang anak, tapi kita cuba disiplinkan anak-anak. Setiap ibubapa ada caranya tersendiri.
Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!
Bila lagi nak healing dan bonding time dengan anak-anak, buat aktiviti yang mereka suka? Kalau ajak main VR game, mesti anak-anak happy!
Jom, daftar segera ke Santai Petang Pa&Ma! Sambil dengar talk dan main game, boleh juga bawa balik goodies dan menang banyak hadiah. Best kan?
Daftar di sini 👉🏼 https://toko.ideaktiv.com/product/pama-santai-petang/
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Hanya perlu join group Whatsapp ini: https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sumber: Khalifahmedia.com