Lama menantikan berita anak bongsu pasangan ini, akhirnya Datin Almy Nadia mendedahkan nama yang dipilih iaitu Nur Afrina Aisyah.
Lahir pada 8 disember tahun lalu, Pelakon Dan juga isteri kepada Dato’Fizz Fairuz ini bersyukur atas perkembangan positif puteri kesayangannya itu.
“Nur afrina aisyah nama diberi. Puteri nombor empat.
“Lahirnya 37 minggu seberat 2.7kg. Syukur alhamdulillah. Sihat cukup sifat syukur sangat-sangat, alhamdulillah.
“Cukup 1 bulan berat sudah 4kg. Bulan ni 8/2 cukup usia 2 bulan. Kita tunggu berapa berat dia,” ujar Almy yang memuatnaik perkara tersebut menerusi satu perkongsian di Instagramnya.
Untuk rekod, Almy Nadia dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 dan mereka turut dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Afrina Arianna, Afrina Aurora dan Afrina Ayra.
Almy sebelum ini pernah mengalami dua kali keguguran dalam tempoh beberapa bulan pada pertengahan tahun 2020 lalu.
Baru-baru viral berkenaan satu video yang memaparkan seorang remaja lelaki yang dimandikan seperti jenazah oleh jemaah masjid gara-gara mencuri tabung masjid dan kes ini telah pun dibicarakan dimahkamah.
Atas perbuatan tersebut, remaja itu dipenjara 10 hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang.
Pun begitu disebalik apa yang terjadi, kisah hidup remaja ini telah menarik perhatian Ustazah Asma’ Harun.
Pintanya ambil iktibar daripada kisah ini agar ibu ayah andai sedang hadapi apa jua ujian dalam perhubungan, atau yang telah berpisah, diharapkan jaga amanah Allah. Sedaya upaya cuba berikan keperluan emosi dan mental yang sihat untuk anak-anak.
Ikuti perkongsian penuhnya di sini dan semoga dapat mendidik diri kita sebagai ibu bapa agar lebih bertanggungjawab dalam membimbing dan membesarkan anak-anak.
Pencuri Dimandikan Seperti Jenazah
Allahu Akbar 😢. Kita semua mengikuti kisah ini kan, saya juga tercari-cari maklumat tentang pelaku, akhirnya dapat kita tahu, sejak umur 8 tahun jalan hidup berliku, hadapi ujian keluarga yang berpecah, mungkin sebelum itu lagi dah bermula.
Atuk sekarang dalam 70-an, maksudnya dah 10 tahun bersama Atuk, dialah Ibu dan dialah ayah. Kenapa anak ini tidak dijaga oleh salah seorang ibu ayah ?, Atuk yang kudrat dah terhad, ditambah pula sakit. Saya cari maklumat, adakah 2 adiknya juga Atuk yang jaga ?.
Memang tidak ada alasan yang boleh diterima untuk membenarkan perbuatan anak ini. Namun, bila membaca susulan kes ini, kita perlu ambil peluang untuk merenunginya. Saya tidak mahu mengulas tentang tindakan pihak tertentu, pasti semua yang berlaku ada hikmah.
Lalui Hidup Yang Perit Tanpa Ibu Bapa
Pengalaman saya ketika diminta memberi pengisian kepada para pelaku jenayah syariah, dengan pelbagai kesalahan. Satu hari, kehadiran peserta dalam 60 orang lebih dengan pelbagai peringkat umur, remaja dan anak muda paling ramai. Saya perlu bersama mereka daripada jam 8pg hingga 5ptg. Ada slot meluahkan perasaan pada kertas, mereka menuliskan, ada yang dengan air mata.
Punca paling tinggi sebab mereka melakukan kesalahan jenayah, adalah kerana Ibu Bapa. Pelbagai konflik dan tekanan yang berlaku dengan kisah berbeza, telah menjadikan mereka membesar dengan dendam, amarah, benci diri sendiri, benci ibu ayah, putus asa, hilang arah, rasa malang sangat.. 😣.
Saya baca surat mereka, ada yang saya tak mampu nak baca, betapa perit kehidupan mereka, mangsa dera, mangsa buli, mangsa sumbang mahram dll.
Sejak Allah beri saya peluang begitu, setiap kali saya berhadapan dengan remaja yang bermasalah, saya letak perasaan kasihan dahulu. Saya akan bertanya dalam hati, bagaimana kehidupannya sehingga dia sanggup melakukan perbuatan yang keji.
Cabaran dalam mengharmonikan keadaan, kita usaha memujuk mereka untuk memaafkan Ibu Ayah dengan mengingati kebaikan dan pengorbanan.
Kedua, cuba bantu mereka melepaskan masa lalu, demi untuk memiliki kehidupan yang diimpikan. Saya baca impian mereka, saya mendoakan.
Doakan Yang Baik
Tuan Puan, jangan salah faham. Saya hanya ingin sampikan mesej kepada Ibu Bapa yang sedang hadapi apa jua ujian dalam perhubungan, atau yang telah berpisah, apapun yang berlaku tolong jaga amanah Allah yang kalian bakal diadili dan dihakimi di Akhirat kelak. Sedaya upaya cuba berikan keperluan emosi dan mental yang sihat.
Anak suci tidak bersalah, namun dia menjadi mangsa yang tak boleh bersuara. Dia tidak mengerti tapi terus dizalimi. Dia ingin lari tapi ketakutan menyelubungi. Dia terus sahaja hidup dengan segala rasa, kekurangan dan kesepian… 😔
Kita mendoakan, buat anak muda yang baru berusia 18 tahun ini, Allah swt bukakan jalan-jalan kebaikan dan kebahagian. Moga beliau terus dapat menjaga Atuknya, terus menuntut ilmu dan diberikan rezeki perkerjaan dan pasangan yang baik. Moga kamu boleh bangkit semula ✊.
Doa ini juga untuk semua anak yang menjadi mangsa perpecahan keluarga atau yang terabai dan dizalimi. Allah swt memilih kalian sedari kecil untuk diuji dengan begitu berat, untuk menjadikan kalian seorang yang hebat, kuat dan mulia.
Semoga bermanfaat buat semua, moga komen dengan harmoni.
*Jika ada sesiapa yang boleh berikan maklumat Peguam yang baik hati mewakili pelaku, boleh berikan maklumat melalui PM. Terima kasih.
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.
18 haribulan lalu menandakan sudah genap tiga tahun penyanyi, Bunga Citra Lestari kehilangan suami tercinta, Allahyarham Ashraf Sinclair yang meninggal dunia akibat serangan jantung.
Baru-baru ini, pelantun ‘Wanita Terbahagi’ ada berkongsi di laman Instagram miliknya yang menunjukkan dia bersama-sama ahli keluarga termasuk anak tunggalnya, Noah Sinclair, 14, hadir menziarahi pusara Allahyarham yang terletak di Jakarta, Indonesia.
Dalam perkongsian tersebut, Bunga yang memakai jubah berwarna merah jambu sedondon berselendang turut menghiasi kubur Allahyarham dengan kelopak bunga-bungaan segar.
“Hey you, anaknya (Noah) udah gede nih (anak kita sudah besar ni)”, tulis Bunga seakan-akan berbicara kepada arwah suaminya.
Dalam pada itu, Bunga turut memuat naik kata-kata pujangga popular yang disebutkan pakar psikatri serta aktivis kemanusiaan terkenal, mendiang Elisabeth Kubler-Ross dalam menghadapi kehilangan insan tersayang dalam hidup.
“Realitinya, kamu akan sentiasa berduka cita.
“Kamu tidak akan sama sekali dapat melupakan kehilangan orang tersayang, sebaliknya kamu akan cuba belajar untuk terus kuat untuk hidup tanpa mereka.
“Kamu akan pulih dan kembali bangkit di sebalik kehilangan yang terjadi.
“Kamu akan jadi kuat semula, tapi ia tetap tidak akan sama seperti dulu lagi.
“Walaupun begitu, kamu tetap jalaninya juga demi hari-hari mendatang,” tulis Bunga memetik kata-kata Elisabeth yang menulis tentang lima peringkat kesedihan yang akan dilalui individu akibat kehilangan insan tersayang.
Siapa sangka rumah usang yang ditinggalkan selama 30 tahun yang terletak di tengah bandar Alor Setar telah transformasi dengan bermodalkan RM60,000 kini merupakan milik bekas pemain bola sepak Kedah, Azmeer Yusof.
Tinjauan oleh beberapa pembeli sebelum ini telah membatalkan hasrat setelah melihat keadaannya rumah yang seakan hutan ini.
Malah rumah dulunya digelar ‘berpuaka’ telah diubah suai dengan cantik ditanah berkeluasan 4,500 kaki persegi. Menurut Azmeer banyak cerita yang menyeramkan semasa beliau datang melihatnya termasuk pokok sebesar peluk orang dewasa berada di tengah ruang tamu rumah serta tandas yang terlalu gelap gelita kerana pemilik lama tak meletak tingkap.
Beliau nekad memilik rumah itu dengan restu mak ayah penting dan penduduk bertanya dengan penduduk minta pendapat.
Beliau mengeluarkan perbelanjaan kira-kira RM60,000 untuk membaiki kediaman terbabit termasuk membeli barangan kelengkapan lain. Bekas pemain pertahanan itu turut berhabis RM200,000 untuk keseluruhan kos termasuk harga tanah berkenaan bernilai RM140,000.
“Kegilaan apakah ini beli rumah yg dah ditinggalkan hampir 30 tahun. Dan agent penjual tanah memberi tahu, saya orang yg entah ke berapa datang tengok tanah tersebut.”
Beli rumah restu ibu ayah
Jiran-jiran sini beritahu, mereka pun tak berani tengok rumah ni. Kalau naik motor lalu sebelah rumah ni, dorang pulas throttle 120km/j .
Ada yang kata melalui tingkap rumah ni ada ‘ mata-mata ‘ melihat. Ada yang kata orang mati dalam rumah ni. Ada yang kata rumah ditinggalkan selama 30 tahun.
Entahlah, saya beli je sebab saya tak pernah ada rumah sendiri. Lagi pun dapat restu mak ayah, so beranikan je beli. Lagi pun nak buat macam mana, rumah macam ni je saya mampu beli . Syukur tiada benda pelik-pelik yang berlaku sepanjang tinggal di rumah ni. Sekarang Alhamdulillah tak perlu menyewa dah.