Cantiknya hidangan puding marble ini terletak pada lorekan yang terhasil. Sekali gus menampakkan keenakan rasanya.

Di sini dikongsikan dua jenis puding marble dengan resipi berbeza. Semoga menepati selera untuk anda sekeluarga.

“3 am dok buat puding marble coklat lagi. Ada tak tido lagi ko awok-awok terr”-Tuan Adriana Arissa via MAHN

Puding Marble, Bukan Je rasanya Sedap Tapi Coraknya Tu Yang Istimewa!

Resepi kat bawah ye

PUDING MARBLE
BAHAN-BAHAN
37 gm agar-agar tali (1 tahil)
6 gelas air (1300 ml)
2 cawan gula pasir (ikut kemanisan)
2 biji telur
1/2 cawan tepung kastard
1 tin susu cair
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan serbuk koko (bancuh dgn sedikit air)
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam

CARA-CARA:

1. Masak agar-agar dengan air. Setelah agar hancur baru masukkan gula dan secubit garam.
2. Masukkan telur, kastard ke dalam susu cair. Pukul sebati.
5. Masukkan adunan telur susu cair tadi (tapis dahulu adunan telur sewaktu menuang ke dalam agar-agar)
6. Kemudian kacau hingga mendidih dua tiga kali. Masuk marjerin dan kacau lagi.
7. Angkat dan bahagikan kepada dua bahagian. Satu masukkan koko dan kacau di atas api. satu bahagian lagi warna asal vanilla.
8. Apabila angkat tuang berselang seli di dalam loyang.
9. Boleh disimpan sejuk dalam peti sejuk.

IKLAN

Ekstra Tip

*tips tak nak agar-agar melekat. Sapu air dulu di dalam loyang@bekas.
*nak buat kaler-kaler awak letak la pewarna ye

Ini pula resipi yang dikongsikan oleh Zura Zul di mana puding yang dihasilkan penuh warna warni.

Puding Marble, Bukan Je rasanya Sedap Tapi Coraknya Tu Yang Istimewa!

Pastinya bukan sahaja anak-anak teruja untuk menikmatinya malah kita orang dewasa juga tidak mahu ketinggalan menjamah hidangan ini. Apatah lagi jika dihidang  sejuk.

IKLAN

Jom semak resipi yang dikongsikan olehnya.

Bahan (loyang 8×8)

4 keping roti
1 tin susu cair
2 biji telur
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar esen vanilla

(semua blender hancur/halus)

20gm agar agar tali
5 cawan air
3/4 cawan gula

IKLAN

Cara-caranya :

1) Masak agar-agar dengan air hingga larut agar-agar..masukkan gula..kacau-kacau serata

2) Kemudian masukkan bahan blend..sentiasa kacau sehingga agak-agak pekat..tutup api

3) Bahagi kan adunan agar-agar 3-4 bekas..warnakan ikut suka

4) Sudukan setiap warna berselang seli dalam loyang dan bertindan-tindan sehingga habis adunan..kemudian lorek dengan lidi..bekukan..masuk dalam peti sejuk

5) Kemudian potong..hidang sejuk-sejuk. Sedap

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI