Minggu ini sudah tentu ada yang bercadang untuk mengadakan open house meraikan Aidilfitri untuk menjamu rakan-rakan dan jiran tertangga. Selain hidangan berat seperti rendang, nasi impit atau roti jala, anda boleh tambah menu puding sebagai pencuci mulut.
Apa kata, anda cuba buat puding marble yang memang digemari ramai. Tak perlu buat tempahan. Anda boleh buat puding legend ini dengan mudah. Memang enak untuk di makan sejuk-sejuk.
Perkongsian Marina Mar Mawar resepi membuat puding marble legend ini, viral amat memang amat digemari ramai. Nak buat pun mudah. Ikuti perkongsiannya.
Ads
PUDING MARBLE
Bahan-bahan :
37 gm agar-agar tali
6 gelas air (1300 ml)
2 1/2 gelas gula pasir ( 470gm)
4 biji telur
1/2 cawan tepung jagung
1 1/2 tin susu cair (IDEAL)
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan serbuk koko (bancuh dgn sedikit air)
1 sudu teh esen vanilla
Ads
Cara-cara nya :
1. Masak agar-agar dengan air. 2. Pukul telur sampai kembang, masukkan tepung jagung ke dalam telur, pukul lg hingga sebati. 3. Masukkan susu cair dan esen vanilla, pukul sebati. 4. Apabila agar-agar td sudah hancur masukkan gula. Bila hancur tapis kan ke dalam periuk. Kemudian jerang balik ke atas dapur hingga mendidih. Masukkan adunan telur tadi (tapis dahulu adunan telur sewaktu menuang ke dlm agar-agar) 5. Kemudian kacau hingga mendidih dua tiga kali. Masuk marjerin dan kacau lagi. 6. Angkat dan bahagikan kepada dua bahagian. Satu masukkan koko dan kacau di atas api. satu bahagian lagi warna asal vanilla. 7. Apabila angkat tuang berselang seli di dalam loyang. 8. Boleh disimpan sejuk dalam peti ais.
Bukan sesuatu yang pelik bila ada anak-anak kita di sekolah rendah terasa malas dan malu untuk membawa bekal ke sekolah. Tambahan pula bila kawan-kawannya tiada seorang pun membawa bekal makanan, ini lagi membuatkan mereka tidak akan pernah mahu berbuat demikian.
Namun sebagai ibu, tentu kita berasa geram bila mana anak berbuat demikian. Tambahan pula, tujuan kita menyiapkan bekal makanan bagi memastikan anak-anak dapat makan makanan yang berkhasiat.
Untuk tujuan itu, pelbagai jenis masakan telah ibu-ibu sediakan untuk tujuan memancing minat anak untuk membawa bekal ke sekolah. Jika cara ini tidak berjaya juga, jadi apa kata usahakan dengan 4 trik ini. Jika berjaya pasti selepas ini anak-anak pula yang meminta untuk disediakan bekal untuknya. Jadi jom semak apakah caranya itu.
1. Sediakan botol air dan bekas makanan yang menarik.
Botol air dan bekas makanan bukan sahaja harus menarik tapi juga harus selamat. Pastikan ada label FREE BPA bagi bekas makanan plastik. Boleh juga beri yang berwarna warni atau ikut karektor kartun yang anak minat. Kalau ada beg comel khusus untuk bekas makananya lagi baik. Tak lah makanan tertumpah pada buku sekolah mereka.
2. Kadang-kadang bagi anak bawak lebih untuk kongsi bersama kawan
Bila anak susah sangat nak bawa bekal biasanya sebab dia nak makan dengan kawan dia. Apa kata bekalkan lebih sikit makanan untuk hari itu. Pesan pada anak, makan dengan kawan-kawan. Pasti kawan-kawannya gembira sebab anda ingat mereka.
3. Biasakan bawa bekal ketika keluar. Jadikan contoh pada anak.
Kalau anda pergi membeli-belah ada tak bawak botol air minuman? Tak perlulah air masak pun nak beli sedangkan di rumah dah ada mesin penapis air berharga ribuan ringgit. Tunjuk contoh pada anak yang anda pun bawa bekal bila keluar.
4. Buat bekal bersama-sama anak
Jika waktu hujung minggu tidak ke mana-mana? Daripada semua tidur dan menonton tv apa kata anda ajak anak-anak buat aktiviti di dapur bersama-sama? Buat bebola daging atau ayam untuk kegunaan seminggu. Kalau rajin buat untuk dua minggu terus. Barulah anak bersemangat bawa bekal ke sekolah untuk beri kawan-kawan dia rasa bebola daging yang dia buat.
sumber : Narinar Dot Com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila lihat ada lebihan nasi pada pagi hari, sayang juga jika tidak dibuat menu sarapan. Selain enak dibuat nasi goreng, apa kata anda mencuba resipi cucuk nasi seperti yang dikongsikan oleh Yatie Eimra ini.
Difahamkan anak-anak dan keluarganya amat menyukai rasa cucur nasi ini. Jadi bolehlah dicuba resipi ini, alang-alang ada lebihan nasi di dapur. Jom semak.
Cucur Nasi Lemak Manis
Hari ni kebetulan ada nasi lebih, saje je buat cucur nasi lemak manis untuk breakfast. Cucur ni saya selalu buat masa Fydh susah makan dulu sebab ni antara kudapan yang mengenyangkan (ada nasi) & 1 famili pun suka makan.
Cucur nasi lemak manis ni walaupun boleh guna air panas je, tapi saya suka guna teknik buat churros.
Sebab kekadang kalau guna air tak betul-betul panas, boleh menyebabkan tepung tak cukup masak. Kalau tepung tak masak, boleh jadi liat cucurnya.. Bila nak goreng lak, macam biasa gak saya selalu gunting-gunting je sebab nak cepat.
Cucur Nasi Lemak Manis
=====================
1 cawan tepung gandum
½ cawan nasi dilenyek
½ cawan air
½ cawan santan
2 sudu makan susu tepung (optional)
5-6 sudu gula
Secubit pink salt
Cara-cara:
1. Lenyek/blend nasi dengan sedikit air (dari ½ cawan air tadi)
2. Campur semua bahan kecuali tepung. Didihkan dalam periuk.
2. Kecilkan api, masukkan tepung. Kacau laju-laju. Tutup api apabila bancuhan agak kering.
3. Kacau bancuhan tepung tadi hingga licin & tak berketul-ketul.
4. Masukkan dalam piping bag/plastik bungkus makanan & gunting-guntingkan.
5. Goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan.
Ekstra tip
*selepas masukkan tepung, bancuhan sepatutnya akan berwarna agak kekuningan sikit (kerana adunan tepung dah masak)
*celup hujung gunting dalam minyak untuk mudahkan proses menggunting
*bagi anak 1-2 tahun, skip garam & boleh gantikan gula dengan madu (lagi sedap)
Kes adik Siti Salmian yang melecur teruk pada bahagian muka gara-gara pressure cooker yang meletup menyedarkan kita bahawa periuk yang nampak mudah dan membantu proses memasak ini juga perlukan sedikit ilmu untuk mengendalikannya.
Bukan sekadar tekan dan makanan yang kita masak terus masak dengan cepat. Sebenarnya ada cara dan ilmu untuk mengendalikan peralatan canggih ini.
Tekanan yang dihasilkan khusus untuk mempercepatkan masakan ini bukanlah tekanan biasa-biasa. Bagi yang tidak mempunyai periuk tekanan ini mungkin tidak tahu. Bagi yang pernah memasak menggunakan periuk tekanan ini pasti mengetahui akan wap tekanan yang cukup kuat ini.
Jika anda sudah pun membeli tetapi masih tidak tahu cara menggunakannya. Ini cara dan panduan terbaik yang diajarkan oleh blog ini, www.wikicara.org. Semoga membantu dan paling penting kita menggunakan teknologi ini dengan baik disamping menjaga keselematan diri.
Masak 30 Minit Je
Kali ini saya nak kongsikan panduan asas cara menggunakan pressure cooker atau periuk tekanan. Antara kesilapan besar yang sering dilakukan serta sangat berbahaya adalah membuka periuk tekanan tanpa melepaskan wap terlebih dahulu. Ini akan menyebabkan ‘letupan’ dan boleh menyebabkan kecederaan yang serius.
Apa kebaikan periuk tekanan atau pressure cooker?
Kebaikan utama periuk tekanan adalah ianya dapat menjimatkan masa memasak. Sebagai contoh, jika kita merebus daging di periuk biasa, masa yang di ambil untuk daging masak dan empuk boleh mencapai 1 hingga 2 jam. Tetapi dengan menggunakan periuk tekanan, daging biasanya akan empuk dalam masa lebih kurang 30 minit sahaja (bergantung kepada kuantiti dan jenis daging).
Cara menggunakan pressure cooker mungkin agak berbeza dari segi tetapan untuk setiap jenama periuk tekanan, tetapi asas penggunaan periuk tekanan adalah sama. Periuk tekanan juga ada dalam bentuk periuk tekanan elektrik dan juga periuk tekanan dapur gas. Harga periuk tekanan elektrik biasanya lebih mahal berbanding harga periuk tekanan dapur gas.
Periuk Tekanan Elektrik Dan Dapur Gas
Guna Periuk Tekanan, Wajib Tahu!
Bagi menggunaan periuk tekanan eletrik, anda perlu baca manual penggunaan. Nak tak nak, anda perlu baca cara penggunaan periuk tekanan anda terutamanya yang menggunakan periuk tekanan elektrik kerana kebanyakan model telah datang dengan butang pilihan mengikut jenis masakan. Masa masakan biasanya telah ditetapkan.
Berbanding periuk tekanan dapur gas, semuanya perlu dilakukan secara manual.
1. Pastikan penutup ditutup dengan betul dan ketat. Perkara ini adalah penting untuk memastikan tekanan udara tidak keluar daripada periuk semasa proses memasak.
2. Pastikan punat wap dipasangkan sebelum memasak menggunakan periuk tekanan dapur gas. Punat wap ini adalah bertujuan untuk mengawal tekanan di dalam periuk agar tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah.
3. Setelah cukup masa memasak, matikan api dan cabut punat wap untuk melepaskan wap di dalam periuk tekanan. Jangan buka periuk dahulu!
4. Tunggu sehingga sejuk atau sehingga tiada wap keluar dari punat wap. Jika anda terus buka tutup periuk, kebarangkalian besar periuk tekanan akan meletup!
5. Jika daging anda masih belum empuk, tutup rapat semula periuk tekanan tersebut, pasang punat wap, hidupkan api dan masak lagi daging tersebut 5 ke 10 minit lagi. Kemudian matikan api, cabut punat wap dan tunggu semua wap keluar.
Mudah bukan?
Memang mudah, tetapi kita hendaklah sentiasa beritahu kepada anak dan keluarga kita tentang penggunaan periuk tekanan, kerana mungkin anda tahu cara menggunakannya tetapi keluarga anda tidak tahu cara menggunakannya.
Saya sendiri menggunakan periuk tekanan dapur gas di rumah. Dan perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.