Barulah lengkap rasanya jika usai menikmati hidangan menu utama disusuli pula dengan menu pencuci mulut. Bukan sahaja lemak manis rasanya malah bertambah enak apabila dijamah sejuk-sejuk seperti Puding Orea Milo ini. Barulah sempurna!
Jadi apa kata anda sediakan menu yang sangat mudah untuk disediakan ini dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati seperti biskut oreo, milo dan susu cair.
Nak lagi detail, jom semak resipi yang dikongsikan oleh puan Fauziah Yahya . Selamat mencuba.
Permintaan anak2 petang ni… Yummy 😋😋😋
RESEPI PUDING OREO MILO FY
Bahan-bahan:
1 bungkus agar-agar @ 25gram
6 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
Ads
1 tin susu cair
1 cawan serbuk Milo
1 bungkus Oreo 137gram
Cara-cara:
Panaskan agar-agar bersama air hingga agar-agar larut
Masukkan gula, kacau dan biarkan gula larut baru masukan susu cair hingga mendidih dan kacau sebati.
Ads
Buang krim pada biskut Oreo dan hancurkan biskut. Acuan dibasahkan dengan air supaya puding mudah dikeluarkan.
Tuang 3 cawan adunan putih ke dalam acuan berisi biskut. Gunakan garfu, kacau adunan agar-agar di dalam acuan supaya Oreo merata dan tidak mendap di bahagian bawah acuan. Ketepikan.
Panaskan baki agar-agar susu tadi dan masukkan Milo, kacau sehingga Milo hancur dan sebati.
Tapis dan tuang secara perlahan-lahan di atas agar-agar Oreo.Sejukkan.Siap!Selamat mencuba 😍😍
Biasanya resipi singgang menggunakan ikan sebagai asas masakan, namun kali ini resipi singgang ini menggunakan ayam.
Resipi Ayam Singgang Kelantan ini tular hingga 18K share! Buat yang nak cuba lakukan, pasti makan bertambah.
RESEPI AYAM SINGGE KELATE
Bahan-bahan:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Serai
Rempah ketumbar
Lada kering
Lada burung
Asam keping
Garam
Gula
Budu
(Anggaran berapa banyak bahan-bahan rujuk gambar.)
Cara penyediaan:
Semua bahan-bahan di campur sekali bersama ayam. Serai dan ketumbar ditumbuk terlebih dahulu. Juga wajib letak budu. Kemudian gaul rata sampai (rujuk gambar di bawah). Seterusnya letak budu, garam gula sekali dan gaul lagi. Jangan lupa masukkan air paras ayam. Renehkan hingga ramuan sebati dengan ayam. Tambahkan air panas ikut keperluan kuah yang kita inginkan.
P/s Dalam setiap masakan pastikan lebihkan bawang merah dari bawang putih untuk menambahkan kesedapan dalam setiap masakan
Mekyaa suka masak campak-campak jerk. Mudah, senang, cepat dan pasti sedap.
Sumber:Myra Edora
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Boleh dikatakan tanpa mengira kaum dan agama, orang ramai sentiasa akan berkunjung di restoran mamak untuk menikmati pelbagai menu masakan India yang cukup menepati selera. Bahkan walau hanya ingin minum teh tarik sekali pun, restoran mamak dijadikan pilihan utama.
Lazimnya istilah ‘Mamak’ sering kita rujuk kepada orang India yang beragama Islam dan secara tidak langsung orang Muslim tidak akan rasa was-was untuk menikmati hidangan yang ada di restoran Mamak.
Pun begitu, baru-baru ini Afyan Mat Rawi telah berkongsi di akaun facebooknya dengan berkongsi panduan umum dan cara untuk memilih restoran mamak. Ini memandangkan ada juga antara kita sebagai pengguna Muslim tidak dapat membezakan restoran yang menghidangkan menu masakan India tersebut adakah restoran mamak muslim original atau Hindu
Di bawah ini adalah posting yang dikongsikan olehnya. Semoga ianya dapat memberi manfaat untuk kita semua.
1. Biasanya restoran Hindu akan ditutup ketika cuti Deepavali. Sebagaimana kebiasaannya orang Islam akan tutup kedai waktu raya Aidilfitri, orang Cina akan tutup kedai ketika musim Gong Xi Fa Cai.
Beberapa tahun lepas saya pernah menulis perihal ini, ada seorang owner restoran Mamak yang bercuti ketika Deepavali, mesej saya secara personal dan mengakui pekerjanya ramai hindu walaupun beliau Muslim.
Terkejut beruk saya dibuatnya sebab restoran tersebut pernah saya pergi beberapa kali.
Isu utama ialah berkenaan Hindu yang menyamar atau memberi persepsi sebagai Mamak Muslim. Contohnya restoran tadi, pekerjanya memakai kopiah yang memberi persepsi bahawa mereka Muslim.
Selepas insiden itu, saya semakin berhati-hati jika ke restoran Mamak. Cara ini bukanlah konkrit untuk mengenalpasti sama ada sesebuah restoran Mamak itu Muslim atau fake. Sebab ada juga yang bercuti pada mana-mana perayaan atau ada sebab-sebab lain.
Jangan risau, ada cara lain.
2. Ada lagi cara lain yang boleh dilakukan waktu biasa. Periksa sama ada makanan mereka ada masakan lembu atau tidak.
Restoran mamak Muslim biasanya akan ada masakan daging lembu. Jika restoran Hindu atau mamak tiruan, selalunya tidak menghidangkan masakan daripada haiwan suci mereka.
Saya pernah test satu restoran “mamak”.
“Mamak, daging ada?”
“Kambing ada. Lembu tak ada”
“Kenapa lembu tak ada?”
Dia jawab tergagap-gagap, terus saya angkat kaki.
Namun, ia bukan cara paling ampuh. Ada juga restoran Mamak Muslim yang menyediakan kambing sebagai menu utama mereka, tanpa daging lembu.
3. Cara paling ampuh, berikan salam dengan lafaz “Assalamualaikum”.
Jika jawab salam tergagap-gagap, lari jauh-jauh. Cara ini boleh diuji kepada tauke dan pekerja mereka.
Ada juga kadang-kadang tauke Muslim tapi pekerja non-Muslim. Saya pernah beberapa kali menggunakan “test” cara ini dan dapati ada juga restoran Mamak Muslim yang mengambil pekerja pekerja dari kalangan Hindu.
Ada sesetengah restoran Mamak yang famous tapi pekerja mereka gagal apabila saya gunakan “test” ini. Terus saya angkat kaki jika pekerjanya gagal jawab salam. Pada saya, ia agak mengecewakan kerana sepatutnya restoran dengan imej Muslim, sepatutnya mengambil pekerja Muslim sahaja.
Cara ini paling ampuh berbanding cara-cara lain. Mustahil orang Islam tak boleh jawab salam. Kalau nak lebih dramatik, test bacaan surah al-fatihah. Saya pernah test ke atas seorang peminta sedekah selepas solat Jumaat, dan terketar-ketar akhirnya apabila mengaku bukan Islam.
Saya ulangi, isunya ialah bukan kepada restoran Muslim menggunakan pekerja Muslim. Isunya ialah orang Hindu yang menyamar atau memberi persepsi sebagai Mamak Muslim. Tidak kira sama ada tauke atau pekerja.
4. Restoran mamak Muslim akan ditutup waktu solat Jumaat.
Malah ada yang menyediakan tempat solat atau surau untuk pelanggan. Jika restoran Mamak palsu tidak akan ada.
5. Jangan mudah terpengaruh dengan poster-poster dan frame gambar tulisan-tulisan jawi yang nampak seperti ayat-ayat suci Al-Quran, gambar masjid, gambar Mekah dan sebagainya. Ia selalunya dijadikan hiasan untuk menarik pelanggan Muslim datang ke restoran.
6. Boleh juga semak nama restoran dengan website Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA). Klik https://www.presma.com.my/info/senarai-ahli/
Persatuan ini memang dipelopori oleh para pengusaha restoran Mamak Muslim. Ada database keahlian mereka di seluruh negara.
Namun berdasarkan semakan saya tadi, ada juga restoran Mamak Muslim yang tidak mendaftarkan diri sebagai ahli PRESMA.
Pagi tadi saya pusing-pusing sekitar Sri Gombak dan Prima Gombak, dan inilah hasilnya. Restoran Mamak dibuka dan meriah. Restoran yang saya sudah tahu memang dimiliki oleh Hindu, memang tutup sebagaimana dijangka. Tapi ada juga beberapa restoran Mamak Muslim yang tutup. Kenapa tutup? Wallahua’lam, hanya pemiliknya sahaja yang tahu.
Sebenarnya bukan isu halal haram yang saya ingin highlightkan. Tapi isu Hindu yang mengelirukan dan menyamar sebagai Muslim. Pekerja Hindu tapi dipakaikan kopiah supaya nampak macam orang Islam.
Jika dia Hindu dan tidak mengelirukan pelanggan Muslim, dan pelanggan yakin ia halal, tiada masalah di situ. Cuma saya akan elakkan jika tahu begitu.
Sebenarnya posting seumpama ini, pernah saya kongsikan beberapa tahun lalu, juga ketika cuti Deepavali.
Pagi tadi kebetulan hantar anak sekolah, pusing-pusing kawasan sekitar ini. Sekolah anak saya tak cuti ketika Deepavali, maka saya pun tak cuti juga. Huhu…
Masa buat aktiviti ini tadi, saya baru perasan beberapa perkara;
1. Banyak betul restoran Mamak di sini. Rasanya kedai makan Melayu pun tak sebanyak ini.
2. Restoran Mamak majoritinya berada corner lot atau paling kurang end lot. Susah nak cari kedai Melayu yang berkedudukan strategik sebegini.
3. Nama restoran Mamak memamg simple. Selalunya ada perkataan Arab (Thaqwa, Berkat, Haji, Al-Azhaar, Abdullah, Al) atau ada perkataan “Maju” atau kedua-duanya.
4. Awal-awal pagi dah buka. Mungkin juga sebab 24 jam.
5. Kebanyakan masa di restoran Mamak sentiasa ramai orang. Apa rahsia mereka?
Apa kata anda pula ambil gambar-gambar restoran Mamak di sekitar kawasan anda, hari ini dan kongsikan?
DISCLAIMER: Ini adalah panduan umum kebetulan ketika cuti Deepavali. Gunakan kesemua cara yang dikongsikan untuk memilih restoran Mamak Muslim.
Apabila ditutup pada hari Deepavali, bukanlah secara automatik ia adalah restoran Mamak palsu. Hanya owner restoran sahaja yang tahu kenapa ia ditutup. Jika hari lain ia dibuka dan para pekerjanya memang lulus “test” Assalamualaikum tadi, kemudian namanya ada dalam direktori PRESMA, insya Allah Mamak Muslim.
Wallahua’lam.
Sos cili pencicah thai memang menjadi kegemaran ramai. Rasanya cukup enak dan sesuai sekali dimakan dengan cucur udang ataupun keropok lekor. Rasanya yang masam manis dan tidak telalu pedas, pastinya juga turut digemari oleh anak-anak.
Mungkin ramai yang ingin mencuba buat sendiri sos ini tetapi tidak ada resipi. Jangan bimbang,admin Keluarga berkongsi resepi Puan Alawiyyah Hamilludin Nordin yang berjaya buat sos pencicah thai ni ala-ala sama macam home made!
Selain air tangan sendiri untuk ahli keluarga anda, mana tahu jika menjadi boleh dibuat bisnes kerana caranya cukup mudah dan rasanya sedap! Jom tengok bahan apa yang anda perlu sediakan
Bahan-bahan:
3 Ulas bawang putih dikopek kulit
2 cili merah (kalau nak lebih pedas tambah dua atau tiga cili padi merah)
1/2 cawan gula pasir
3/4 cawan air
1/4 cawan cuka
1/2 sudu besar garam
1 sudu besar tepung jagung dicairkan dengan 2 susu besar air.
Cara-cara:
1. Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagung.
2. Masak bahan yang dikisar tersebut dengan api yang sederhana.
3. Apabila mula mendidih masukkan cairan tepung jagung dan kacau sehingga ia masak dan kelihatan likat. Sos perlu sentiasa dikacau selama 1 minit.
4. Biarkan sos sejuk dan masukkan dalam botol kedap udara dan simpan di peti sejuk.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di