Puding Oreo Milo, Resipi Mudah Jimat Masa & Sedap. Newbie Boleh Cuba Ni. Confirm Jadi!

Share

Puding Oreo Milo,  menu simple dan boleh diterima tekak. Jimat masa ibu juga nak siapkan menu untuk anak-anak kan. Sambil sediakan menu lain, boleh juga selitkan pencuci mulut ini juga.

Sepertimana puan Fauziah Yahya yang berkongsi kan resipi Puding Oreo Milo yang cukup mudah nak buat tapi sedap. Pasti memikat selera anak-anak. Permintaan anak2 petang ni… Yummy 😋😋😋

RESEPI PUDING OREO MILO FY

Bahan-bahan:

1 bungkus agar-agar @ 25gram

6 cawan air

1 1/2 cawan gula pasir

1 tin susu cair

1 cawan serbuk Milo

1 bungkus Oreo 137gram

Cara-cara:

Panaskan agar-agar bersama air hingga agar-agar larut

Masukkan gula, kacau dan biarkan gula larut baru masukan susu cair hingga mendidih dan kacau sebati.

Buang krim pada biskut Oreo dan hancurkan biskut. Acuan dibasahkan dengan air supaya puding mudah dikeluarkan.

Tuang 3 cawan adunan putih ke dalam acuan berisi biskut. Gunakan garfu, kacau adunan agar-agar di dalam acuan supaya Oreo merata dan tidak mendap di bahagian bawah acuan. Ketepikan.

Panaskan baki agar-agar susu tadi dan masukkan Milo, kacau sehingga Milo hancur dan sebati.

Tapis dan tuang secara perlahan-lahan di atas agar-agar Oreo.Sejukkan.Siap!Selamat mencuba 😍😍

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN