Siapa yang pernah menikmati rasa puding roti orang dulu-dulu mesti teruja untuk merasainya berkali-kali. Rasanya enak dan tersendiri. Malah menyediakannya juga cukup mudah.
Namun buat yang belum pernah merasainya, elok dicuba resipi yang dikongsikan oleh Yatie Eimra dan bolehlah nikmatinya bersama seisi keluarga.
Ini perkongsiannya.
Sekarang ni tengok orang buat puding roti letak macam² bahan & makan dengan kos kastard la, sos vanila la.. Tapi tekak saya tetap suka puding roti versi kampung² aje macam mana yang mak ajarkan masa zaman sekolah² dulu.. Selain makan waktu minum petang, kekadang tu kitorang makan puding roti ni untuk breakfast gak. Sebab tu tak suka yang fancy² bagai..
Guna 4 je bahan wajib. Rendam roti dalam air, bila dah lembut lenyek² sikit lepas tu masukkan telur (dibuang pusatnya), gaul² sekata. Masukkan susu pekat. Kalau nak lebih sedap & rasa lemak berkrim, boleh gak tambahkan susu cair.. Nak letek esen vanila pun boleh, taknak pun takpe sebab dah buang pusat tadi. Kukus. Dah siap nak makan terus boleh, makan sejuk pun sedap.. Tapi yang ni saya tabur serbuk kayu manis sikit sebab memang suka.. Hehee.. Ada ke yang suka puding roti plain/versi kampung camni?
Ni saya bagi resipi/tip sekali kot ada yang nak cuba. Orang² tua dulu ajar bagi tip je..mane bagi sukatan yang tepat, tapi sebabkan saya risau hasilnya tak sama, jadi bila mak ajarkan tu..saya sukat sesiap airnya.. Ekeke.. So, insyaAllah setiap kali buat, hasilnya tak mengecewakan
Ads
Tip dari mak saya
Roti = Boleh gunakan roti sandwich putih atau yang sandwich coklat/berperisa. Kalau guna roti yang manis, kurangkan susu pekat ye. Kalau guna roti wholemeal lak, kena lebihkan air sebab roti ni serap air lebih banyak.
Telur = Sebiji telur saiz A untuk setiap 2 keping roti atau 2 biji telur saiz C untuk setiap 3 keping roti.
Ads
Air = 50 ml untuk setiap sekeping roti (yang ni saya sukat masa belajar buat time kecik² dulu) Boleh kurangkan separuh sukatan air jika nak guna susu cair. Contohnya jika buat 4 keping = 100 ml air, 100 ml susu cair (½ cawan teh air, ½ cawan teh susu cair). Kalau nak guna susu segar, sukatan tetap 50ml untuk setiap sekeping roti.
Susu pekat = 1–1½ sudu makan bagi setiap sekeping roti. Saya tak kuat manis, pada saya 1 sudu makan ni manisnya just nice. Tapi kalau suka yang manis, boleh ler tambah lagi..
Ok, ni resipi yang saya buat ni lak.
Ads
Puding Roti Versi Kampung
Bahan²
4 keping roti
100 ml air (kalau taknak tambah susu cair, guna 200ml air atau 200ml susu segar/1 cawan)
100 ml susu cair* (xpayah letak ni kalau guna susu segar)
2 biji telur A
4 sudu susu pekat manis
Cara²
1. Rendam roti dalam air & susu cair.
2. Bila roti dah lembut, lenyekkan
.
3. Masukkan telur. Gaul sekata.
4. Tambah susu pekat. Gaul sebati.
5. Sebelum masukkan adunan dalam bekas, lengser dengan marjerin/mentega pada bekas supaya hasil kuih cantik bila dikeluarkan.
6. Kukus api sederhana besar (jangan besar sangat, nanti permukaan puding telur tu menggelembung²) selama 25-30 minit.
7. Kalau suka boleh tabur serbuk kayu manis.
*Untuk versi bakar, suhu 180°c bakar 25–30 minit atau sehingga masak. (oven saya kecik & cepat panas, saya gunakan suhu 170°c jer.. )
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Resepinya mudah ajer cuma kalau tak kena cara sarang semutnya tak menjadi cantik.
Tapi jika menjadi kek ini apabila dipotong ianya bersarang dan dari segi teksturnya ia kenyal.
Resepinya
Bahan:
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
1/2 cawan butter/marjerin (sy pkai butter)
4 biji telur (sy pkai gred b)
1/2 cawan susu pekat manis
1 sk esen vanila
1 cawan tepung gandum
1 sk soda bikarbonat (ayak bersama tepung)
Cara-caranya
1. Masak gula sehingga keperangan (jgn smpai hangus)
2. Masukkan air panas
3. Masukkan butter, sejukkan & ketepikan
4. Dlm bekas yg lain, satukan telur, susu pekat manis & esen vanilla (kacau-kacau manja ajerr, x perlu nk pukul lebih-lebih)
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit (yg ni pun kacau-kacau manja jugak)
6. Masukkan gula hangus
7. Perap adunan selama 1 jam
8. Bakar pd suhu 170-180 degree celcius selama 45-50 minit/sehingga kek masak
9. Siap
Tips
1. Jgn ‘over’ bila kacau adunan (kacau-kacau manja shj)
2. Jgn lupa perap adunan (sy perap 1 jam)…sy x berani nk derhaka pd resepi kali ni
3. Bila potong kek tu…potong secara melintang…br laaa nanti dpt sarang yg cantik okey
Semoga bermanfaat & selamat mencuba!
Sumber: Khairul Hasrol
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam bulan ramadan ini, pasti ibu-ibu yang pening kepala memikirkan menu juadah berbuka untuk keluarga. Kalau sebelum ini, tidak menjadi masalah andai malas memasak kerana ada bazar ramadan, tahun ini berbeza. Kecuali anda boleh menempah melalui online.
Untuk ibu-ibu cuba resipi ini, pasti dapat membantu. Set lengkap dengan nasi, lauk dan juga jelatah bagi anda yang ingin kan juadah istimewa. Jom cuba resipi yang dikongsikan.
Kalau nak masak kurma ayam atau daging…akak memang suka buat kurma bawang goreng ni..x guna santan pun..guna susu cair je..akak suka sesangat..
Pada yang nak try…ni akak bagi semua resepi dari nasi sampai la lauk dan jelatah..resepi ada kat gamba ya.
Bahan:
1 ekor ayam / 1 kg daging(ptng ikut suka)
3 sudu besar rempah kurma
4 biji kentang(belah ikut suka)
7/8 biji cili padi
8@10 biji tomato ceri
5 genggam bawang grng
1 sudu mkn kerisik
2 sudu mkn gula merah
5 sudu susu cair(utk perap)
1 cwn lg susu cair (utk bubuh kemudian)
Mesin 2biji bwng besar,4 ulas bwng putih n 1 inci halia
(Perap ayam/ daging dgn rempah,bwng grng,kerisik,gula merah,bhn mesin n susu cair..dlm 15 min)
Bahan tumis:
Kulit kayu manis,bunga lawang n buah pelaga
1 biji bwng besar-hiris nipis
3 ulas bwng putih-hiris
Cara:
Panaskn minyak..masukkn bhn tumis…stlh naik bau…tuangkn ayam/daging yg d perap td..masukkn air hingga ayam/ daging tenggelam…masukkn kntang..
Masukkn garam n perasa..klu ayam/ daging blm empuk..blh tmbhkn air sedikit lg…stlh agak pekat dan ayam/daging+kentang dah empuk..tuangkn lg 1 cwn susu cair
akhir skali masukkn cili padi dan tomato ceri..
=================================================
Nasi minyak kuning
Bahan:
3 pot beras basmathi(basuh n toskan)
5 pot air
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar butter
1/2 cawan susu cair
1 rempah sup bunjut
1 genggam kismis
*1 biji bwng besar
*3 ulas bwng putih
*1 inci halia
1/2 sudu teh serbuk kunyit/pewarna kuning
Kulit kayu manis,bunga lawang n buah pelaga
Garam n perasa
Cara:
Mesin bhn bertanda *
Panaskn rice cooker..masukkan minyak sapi n butter
Tumis kulit kayu manis,b.lawang n buah pelaga
Tumis bhn mesin n kismis
Masukkan garam,serbuk kunyit n perasa
Masukkn susu cair n rempah sup bunjut
Masukkan air dan beras
Tutup periuk dan biar hingga nasi masak..
===============================================
Jelatah timun + nenas
Bahan:
1 biji timun-(buang kulit,cakar dgn garfu..belah 2 dan hiris)
Suku biji nenas(hiris nipis)
1 biji bwng besar-belah 4 n hiris nipis
Cili masak n cili hijau-hiris
5 sudu mkn gula
Sedikit garam
3 sudu mkn cuka
Cara:
Campurkan semua bhn ke dlm mangkuk n gaul rata..balancekn rasa masam manisnya..
credit : Mazliza Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ramai di antara kita yang seolah-olah “tidak boleh hidup” jika tidak minum secawan kopi di waktu pagi.
Saya suka berkongsi satu kajian, menunjukkan bahawa meminum kopi dikaitkan dengan panjang umur dan kebarangkalian mendapat penyakit kronik termasuk kanser yang rendah.
Kajian ini diterbitkan dalam jurnal perubatan yang terkenal, Annals of Internal Medicine. Kajian yang dilakukan di University of Southern California yang melibatkan 185,000 orang selama 16 tahun.
Saintis mendapati mereka yang minum satu cawan kopi
tanpa gula mempunyai kebarangkalian 12% untuk hidup lebih lama berbanding dengan mereka yang tidak minum kopi dalam hidup mereka.
Mereka yang minum dua atau tiga cawan kopi mempunyai kebarangkalian untuk bebas dari penyakit kronik termasuk kanser sebanyak 18%.
Dalam kajian yang lain, saintis yang melibatkan setengah juta orang di srluruh Eropah mendapati meminum kopi dapat merendahkan risiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular dan penghadaman.
Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa dengan minum kopi tanpa gula setiap hari dapat merendahkan risiko mendapat penyakit.
Parkinson’s dan Alzheimer’s dan dapat mengawal gula dengan lebih baik bagi pesakit diabetes. Ia juga dikatakan dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
Jadi minumlah kopi tanpa gula untuk mendapat kebaikan kopi.
Namun ada orang yang sensitif terhadap kopi (yang mengandungi kafein). Mereka mungkin akan mengalami rasa sakit kepala, degupan jantung yang laju, dan rasa tidak selesa dalam perut.
Ambillah dalam kuantiti dan pada yang masa yang sesuai.
Semoga bermanfaat.
Che Ta bukan mak mentua cerewet - "Nanti menantu takut nak balik rumah kita." Pelakon popular, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 51, mengakui dirinya bukanlah seorang bakal ibu mentua yang cerewet dalam mendidik keharmonian rumah tangga.