Menyediakan puding roti memang kalau dilihat begitu banyak resipinya dan berbeza-beza cara penyediaannya. Begitu juga dalam hal ketika memasaknya, ada orang suka makan versi yang dikukus dan tidak kurang juga ada keluarga yang amat menyukai rasa puding roti yang dibakar.

Bercerita tentang keistimewaan puding roti yang dibakar, selain testurnya tidak terlalu lembik, apa yang lebih mengujakan adalah aroma yang dihasilkan ketika dibakar. Sungguh semerbak baunya dan sekali gus membuatkan seisi rumah tidak sabar menikmati hidangan tersebut.

Dan di sini ada dikongsikan resipi puding roti dengan teknik dibakar dari seorang wanita yang menjadikan menu ini sebagai sumber pendapatan buat keluarganya. Pastinya menu ini enak dan menepati selera ramai. Jom semak bahan dan cara penyediaannya.

“Saya nak share resipi puding roti yang saya buat jual. Tak mintak banyak pun tolong doakan saya sekeluarga dimurahkan rezeki dan saya dikurniakan zuriat. Terima Kasih semua”Syazwani Bakri 

*Kat bawah sekali ada info saya sertakan.

Resepi Bread Butter Pudding (versi bakar)

Bahan-bahan puding:
Roti gardenia pek bonanza
Susu segar/full cream 3@4cawan
Telur A 3@4biji
Gula 3-4 sudu besar (gula ejas tahap manis yang nak)
Esen vanila
Butter 3-4 sudu besar (saya cairkan)
Topping boleh letak mix fruits/kacang/coklat chip

Cara-cara:
1. Campurkan susu, telur, gula, esen vanilla. Pukul guna whisk jer.

2. Dah sebati tapiskan, kemudian masukkan butter yang telah di cairkan tadi kacau-kacau sikit.

IKLAN

3. Roti 3 keping setiap bekas, potong 4, susun dalam bekas, tuangkan bahan puding tadi setiap bekas bagi rata, tekan-tekan sikit guna spatula bagi meresap.

4.Tabur topping di atas, kemudian bakar 30-40minit suhu 150-180 (ikut oven masing-masing ye)

IKLAN

Bahan-bahan sos kastard:
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan air
3-4 sudu besar gula (yang ni ikut tahap manis yang nak)
Sedikit esen vanila (creamy vanilla best sikit)

Cara-cara:
1. Campur tepung kastard dengan air, kemudian campur semua bahan masak atas api sehingga pekat.

*Part ni paling malas, Kena selalu kacau-kacau, api kecik ja jangan kuat sangat nanti hangit padan muka

INFO:
*Resepi ni saya refer resepi-resipi dalam fb/google dan ejas cara saya
*Kalau guna roti bonanza 1 bungkus tu boleh dapat 6 bekas kecik (kalau nak buat 2 bekas saja boleh buat 1 cawan susu,1@2 biji telur)
*Size 10” roti bonanza 1 bungkus (adunan 4 cawan susu, telur saya selalu lebihkan sebiji
*Size 9” pun boleh guna roti yang pek kecik tu (adunan 3 cawan susu, telur pun saya lebihkan sebiji )
*butter kalau tak nak cairkan boleh sapu pada setiap roti. Saya malas nk sapu satu-satu saya tuang terus yang cair kan senang
*sos kastard kalau nak lebih gandakan 2 ye

sumber : Syazwani Bakri via MAHN