Pulut Kacau Kedah, Nak Pastikan Perfect Lembut Sedap Dikunyah Begini Resipi & Petuanya!

Teringin hendak makan sesuatu yang manis? Jadi apa kita sediakan manisan orang dulu-dulu iaitu Wajik atau juga dikenali sebagai Pulut Kacau. Rasanya yang manis diperbuat daripada pulut jika dinikmati memang cukup menyelerakan.

Menyediakan pulut kacau ini pula tidaklah susah apatah lagi jika merujuk kepada  langkah demi langkah  yang dikongsikan oleh Ida Shahida ini. Hasilnya Pulut Kacau dapat disediakan dengan sempura dan enak!

 

 

“Kukus pulut sahaja. Kukus sampai pulut betul-betul masak seperti kita nak makan. Maksudnya pulut mesti dimasak 100% bukan 1/2 masak atau 3/4 masak. Baru nanti pulut kacau akan jadi lembut dan sedap di kunyah,” Begitulah saranan yang dikongsikan oleh wanita ni di media sosial.

Pulut Kacau Kedah, Nak Pastikan Perfect Lembut Sedap Dikunyah Begini Resipi & Petuanya!

RESEPI PULUT KACAU@WAJIK

Bahan-bahan:

500 gm beras pulut

IKLAN

200gm gula pasir

1-2 ulas durian-jika suka

800 gm gula merah ( warna gelap/hitam)

Caramel Gula hangus dari 6 sudu besar gula putih ( jika nak WAJIK GULA HANGUS)

4 helai daun pandan

600gram santan pekat ( saya guna santan kotak ‘ ayam brand ‘ paling elok)

Air 1500ml( 1 botol mineral besar)

IKLAN

Cara Penyediaan:

  1. Cuci beras pulut dan rendam semalaman dan keesokkannya kukus masak sempurna tapi jangan terlalu lembik.
  2. Sementara itu masak gula merah, gula pasir, daun pandan dan garam dengan air hingga larut, kemudian tapis.

Pulut Kacau Kedah, Nak Pastikan Perfect Lembut Sedap Dikunyah Begini Resipi & Petuanya!

3.Masukkan santan ke dalam gula tadi dan masaklah hingga pekat dan bertali serta mendidih lama dan mengeluarkan buih yang banyak.

4. Setelah itu masukkan pulut dan kacau lagi sehingga adunan sebati dan berkilat kilat.

Pulut Kacau Kedah, Nak Pastikan Perfect Lembut Sedap Dikunyah Begini Resipi & Petuanya!

5.Selepas itu baru masukkan isi durian. Terus dikacau lagi sampai kuahnya kering sedikit. Akan nampak lembik tapi tidak mengapa sebab bila sejuk nanti dia akan mengeras tapi lembut.

IKLAN

6. Setelah itu masukkan ke dalam dulang atau loyang dan ratakan. Setelah sejuk bolehlah di potong dan di hidangkan. Makan panans panas lagi sedap.

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Pulut Kacau Kedah, Nak Pastikan Perfect Lembut Sedap Dikunyah Begini Resipi & Petuanya!

 

PETUA KHAS jika pulut kacau anda keras atau terlebih rangup itu tandanya pulut tidak betul betul masak sempurna.

Sekiranya setelah pulut kacau anda telah masak, apabila mula memakannya, tapi tiba tiba anda rasa butiran pulutnya terlalu keras seperti nasi mentah atau seperti rangup semacam, gunakan cara ini untuk melembutkannya semula.

Caranya:

Masukkan pulut kacau anda tadi ke dalam bekas /dulang dan masukkan ke dalam periuk kukus dan kukus semula selama sejam tanpa menambah apa apa bahan. Insyaallah Pulut anda akan jadi lembut dan sedap.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI