Punyalah Sedap Kacang Pedas Bilis Ni, Sekali Hadap Boleh Habis Dimakan!

Kacang pedas bilis memang enak dimakan begitu sahaja sebagai kudap-kudapan. Bahkan menikmatinya bersama sepinggan nasi juga boleh membuatkan sesiapa sahaja makan berselera. Rasanya yang pedas-pedas dan ditambah pula dengan  kerangupan kacang dan bilis membuatkan begitu enak rasanya.

Pun begitu jika ada yang belum pernah menyediakan sendiri menu ini, apa kata sediakan sendiri hidangan ini dengan  berpandukan resipi yang dikongsikan oleh yusalina yus.

Punyalah Sedap Kacang Pedas Bilis Ni, Sekali Hadap Boleh Habis Dimakan!

Kacang Pedas Bilis

Bahan-bahan:

1 kg kacang tanah

IKLAN

RM 5 ikan bilis

3 senduk lada mesin(ikut orang la nk jenis pedas ke tidak)

10 ulas bawang putih(blend)

Minyak secukupnya

Gula secukupnya

IKLAN

Garam secukupnya

2 sudu makan gula merah

3 biji gula batu

1/2 cawan air

IKLAN

Cara-caranya:

  1. Goreng kacang tanah dengan minyak yang banyak dan api yang slow (makan masa la ye)
  2. Nak garing (jangan sampai pahit) angkat dan toskan minyak
  3. Goreng pula ikan bilis sampai garing dan toskan
  4. Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan dalam sesenduk je dalam kuali tu dan kemudian tumiskan bawang putih tadi sampai kuning-kuning sikit.
  5. Kemudian masukkan lada mesin, gula, garam, gula merah dan gula batu dan air, api slow kacau sampai dia likat dan pekat (sambil-sambil tu rasa la ,apa-apa yang kurang tambah)Punyalah Sedap Kacang Pedas Bilis Ni, Sekali Hadap Boleh Habis Dimakan!
  6. Bila dah cukup rasa semua, tutup la api dan biarkan sejuk.

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Punyalah Sedap Kacang Pedas Bilis Ni, Sekali Hadap Boleh Habis Dimakan!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI