Sudah pastinya ibu bapa inginkan anak-anak berjaya dalam hidup termasuk cemerlang dalam pelajaran. Dalam pada itu, sikap displin dan nilai kesantunan dalam diri juga memainkan peranan penting untuk kejayaan seorang pelajar itu.
Begitulah situasi yang digambar oleh seorang guru yang ditugaskan menjaga peperiksaan SPM baru-baru ini.
Beliau melahirkan rasa sebak apabila melihat tindakan pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD), Sungai Besi yang melakukan sujud syukur beramai-ramai selepas selesai menjawab peperiksaan.
Malah memuji sikap displin dan santun pelajar-pelajar berkenaan sepanjang tempoh peperiksaan.
Ikuti lanjut perkongsian guru ini.
Ads
___________________
SEBAK SIKAP PELAJAR PUNYA DISPLIN YANG TINGGI.
Ads
Sebak dan sangat tersentuh. Itulah perasaan bila melihat situasi ini. Putera tersangat berdisiplin dan hormat kami. Senang kami untuk jaga putera ini semua. Walaupun kami baharu mengenai putera ini, namun rasa sayang dan terhutang Budi pada putera ni.
TAK BANYAK KERENAH
Bila putera jumpa kami, mereka akan hormat tidak sama dengan kebanyak murid zaman sekarang. Putera ini tidak banyak kerenah. Bagi je kertas peperiksaan mereka akan tunduk dan tekun menjawab. Bila siap barulah angkat kepala. Yang keluar pergi tandas boleh bilang dengan jari dari hari mula jaga SPM sehingga ke kertas terakhir.
Ads
SUJUD BILA SELESAI PEPERIKSAAN
Tapi yang paling tersentuh bila mereka sujud beramai-ramai bila selesai kertas tadi. Suci murni hati mereka. Kita boleh beza orang yang hormat pada ilmu dengan orang tidak hormat.
Cikgu Piji doakan kejayaan kamu semua putera MTD. Ingat pesan Cikgu jaga Solat dan jaga agama. In Shaa Allah kejayaan dan kemanisan akan muncul kelak. Teruskan berdisiplin dan hormat pada semua orang.
Sumber: Hafizi Amran
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sibuk bekerja sepanjang minggu, sudah tentu hari Sabtu dan Ahad yang paling dinantikan seisi keluarga. Ketika inilah dapat meluangkan masa berkualiti dengan pelbagai aktiviti menarik bersama-sama. Sesetengah keluarga mungkin kurang selesa untuk membuat aktiviti luar, sebenarnya apa saja yang dibuat asalkan bersama keluarga sudah cukup menggembirakan.
Jika masih tiada sebarang rancangan untuk dua hujung minggu terakhir bulan September ini, apa kata bawa anak-anak ke Tesco Baby Fair 2019 yang bertempat di semua stor Tesco di seluruh Malaysia bermula 19 September – 2 Oktober 2019.
Tetapi yang menariknya di Tesco Setia Alam dan Tesco Cheras (28-29 September), terdapat pelbagai aktiviti menarik yang akan diadakan di sana.
Menariknya kerana ekspo ini bukan sekadar menawarkan pelbagai diskaun yang hebat, tetapi banyak aktiviti menarik untuk anda seisi keluarga. Para ibu bapa pasti seronok membeli-belah di Tesco Baby Fair 2019 ini kerana pelbagai barangan bayi dan kanak-kanak boleh didapati dengan harga yang murah kaw-kaw!
MENARIKNYA AKTIVITI DI TESCO BABY FAIR 2019!
Pelbagai aktiviti telah disusun untuk para pengunjung di Tesco Setia Alam dan Tesco Cheras. Untuk anak-anak, anda boleh bawa mereka untuk mengikuti sesi bercerita. Pelbagai cerita menarik telah dipilih untuk diceritakan kepada anak-anak. Antaranya adalah Smile, Crocodile, Smile, My Brotheris a Bear, Elmer dan banyak lagi.
Selain itu, ibu ayah boleh mengambil bahagian dalam aktiviti teater iaitu Halibut Jackson, Monster in a Wood yang terhad kepada 20 pasangan (ibu atau ayah dan anak). Lebih menarik, mereka akan diajar untuk membuat seni kraf mengikut tajuk cerita.
Jangan risau, ada juga aktiviti yang sesuai untuk para ibu. Pelbagai bengkel kesihatan bersama doktor bertauliah diadakan untuk menambah pengetahuan anda. Doktor jemputan, Dr Chatichai Chong akan mengupas pelbagai topik seperti rawatan CPR, kesihatan mental dan banyak lagi.
Selain itu, terdapat juga bengkel pemakanan yang dikelolakan oleh pakar diet berpengalaman, Jowynna Yeo, yang akan mengetengahkan tentang topik anak memilih makan dan kelas penyediaan bento serta kelas menceraikan susu badan.
Terdapat juga bengkel yang akan dikendalikan oleh pakar nutrisi, Jaydenn Lee yang akan bercerita tentang kehamilan dan nutrisi. Sesuai buat ibu hamil atau yang sedang berusaha untuk hamil.
Untuk mengetahui jadual aktiviti antara 2 stor Tesco semasa Tesco Baby Fair 2019, anda boleh rujuk di bawah:
Belanja RM80 dalam satu resit di Tesco dan tunjukkan resit ketika mendaftar untuk setiap sesi bengkel. Pastikan resit tersebut bertarikh pada hujung minggu bengkel diadakan.
Daftar 30 minit sebelum waktu bengkel bermula. Hanya terhad kepada 40 peserta untuk setiap bengkel yang dianjurkan.
Buat anda yang mencari barangan bayi atau kanak-kanak, memang sesuai sekali untuk mengunjungi Tesco Baby Fair 2019 ini.
Berita baik buat para ibu yang sedang mencari makanan bayi berjenama kerana diskaun yang ditawarkan sehingga 30%. Antara jenama makanan bayi yang boleh didapati sepanjang dua minggu ekspo bayi ini berlangsung adalah Nestle Cerelac, Tenten, O’Kiddos, Love Earth, Milna dan Heinz.
Syoknya! Bolehlah para ibu beli baju anak sepuasnya di Tesco Baby Fair 2019. Untuk koleksi terpilih jenama F&F Baby & Toddler, diskaun yang ditawarkan adalah sehingga 20%. Selain itu, banyak lagi tawaran harga istimewa untuk jenama dan barangan lain yang boleh anda dapatkan sepanjang ekspo bayi ini.
Apa tunggu lagi? Ayuh bonding time bersama keluarga sambil membeli belah di Tesco!
Ramai yang tahu kepentingan menderma darah. Ia mampu membantu menyelamatkan ramai golongan yang memerlukan darah.
Sebagaimana kisah warga emas ini, sungguh inspirasi! Pada usia warga emas ini, dia tidak berkira untuk melakukan kebaikkan menderma darah kepada golongan yang memerlukan.
Memetik laporana, harian metro, Lim Kok Keong, 62. begitu komited menderma darah dan merupakan penderma aktif platelet aferesis dan setakat 17 Jun lalu, dia sudah menderma 321 kali darah platelet di Tabung Darah Jabatan Perubatan Transfusi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
“Saya akan terus derma darah platelet selagi termampu kerana mahu membantu menyelamatkan nyawa ramai pesakit yang memerlukan bekalan darah ini (platelet),” demikian iltizam Lim Kok Keong, 62.
Lebih mengagumkan, Lim sanggup menempuh kesesakan dari Kajang ke PPUM untuk rutinnya menderma darah platelet sebulan sekali.
Lim berkata, dia mula menderma darah platelet pada Disember 2002 dan inisiatif murni ini didorong keinginan membantu menyelamatkan nyawa ramai orang.
“Saya mempunyai empat buku rekod menderma darah termasuk pendermaan darah penuh yang akan disimpan sebagai kenangan.
“Sebelum derma darah platelet, saya terlebih dahulu menderma darah penuh sejak 1986.
“Pada Disember 2002, beralih menderma darah platelet. Pendermaan ini (darah platelet) boleh dilakukan dengan lebih kerap iaitu dua minggu sekali, maka penerima manfaatnya lebih ramai berbanding darah penuh yang boleh dilakukan setiap tiga bulan sekali,” katanya.
Lim antara 33 penderma yang menderma darah platelet melebihi 50 kali dan diraikan dalam program Hari Penderma Darah Sedunia peringkat PPUM, baru-baru ini.
“Setiap kali menderma darah platelet, saya berasakan ada perubahan pada diri terutama kecerdasan mental dan fizikal.
“Saya menggalakkan masyarakat supaya menderma darah kerana selain manfaat kepada kesihatan, mereka juga diberikan keistimewaan iaitu rawatan percuma di fasiliti kesihatan,” katanya.
Penutupan sekolah adalah jalan terakhir sekiranya penularan Covid-19 di dalam sektor pendidikan semakin buruk.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ketika ini tiada jangkitan kategori empat dan lima dalam kalangan pelajar yang dijangkiti Covid-19.
“Penutupan sekolah memberi kesan yang besar terhadap pembangunan sama ada intelek dan sahsiah diri pelajar,” katanya dalam sidang akhbar pada Isnin.
Menurutnya, penilaian risiko akan dilaksanakan di sekolah.
“Sekiranya ada keperluan, kita minta mereka yang positif (Covid-19) supaya tidak datang ke sekolah, diasingkan.
“Kedua, kita minta kelas itu ditutup, bukan semua satu sekolah ditutup. Itu jalan terakhir (tutup sekolah),” katanya.
Beliau berkata, keputusan untuk pelajar kembali berada di rumah merupakan langkah terkebelakang.
“Dengan adanya 90 peratus daripada remaja kita sudah divaksinasi, lebih 90 peratus guru sudah divaksinasi dan selepas ini kanak-kanak juga divaksinasi, apa lagi yang boleh kita lakukan?” katanya.
Khairy berkata, peningkatan kluster pendidikan disumbangkan oleh pelajar di sekolah berasrama.
Beliau bagaimanapun berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan berbincang dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengenai tindakan lanjut sekiranya berlaku penularan jangkitan yang serius di sekolah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.