Ramai yang tahu kepentingan menderma darah. Ia mampu membantu menyelamatkan ramai golongan yang memerlukan darah.
Sebagaimana kisah warga emas ini, sungguh inspirasi! Pada usia warga emas ini, dia tidak berkira untuk melakukan kebaikkan menderma darah kepada golongan yang memerlukan.
Memetik laporana, harian metro, Lim Kok Keong, 62. begitu komited menderma darah dan merupakan penderma aktif platelet aferesis dan setakat 17 Jun lalu, dia sudah menderma 321 kali darah platelet di Tabung Darah Jabatan Perubatan Transfusi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
“Saya akan terus derma darah platelet selagi termampu kerana mahu membantu menyelamatkan nyawa ramai pesakit yang memerlukan bekalan darah ini (platelet),” demikian iltizam Lim Kok Keong, 62.
Lebih mengagumkan, Lim sanggup menempuh kesesakan dari Kajang ke PPUM untuk rutinnya menderma darah platelet sebulan sekali.
Ads
Lim berkata, dia mula menderma darah platelet pada Disember 2002 dan inisiatif murni ini didorong keinginan membantu menyelamatkan nyawa ramai orang.
“Saya mempunyai empat buku rekod menderma darah termasuk pendermaan darah penuh yang akan disimpan sebagai kenangan.
“Sebelum derma darah platelet, saya terlebih dahulu menderma darah penuh sejak 1986.
“Pada Disember 2002, beralih menderma darah platelet. Pendermaan ini (darah platelet) boleh dilakukan dengan lebih kerap iaitu dua minggu sekali, maka penerima manfaatnya lebih ramai berbanding darah penuh yang boleh dilakukan setiap tiga bulan sekali,” katanya.
Ads
Lim antara 33 penderma yang menderma darah platelet melebihi 50 kali dan diraikan dalam program Hari Penderma Darah Sedunia peringkat PPUM, baru-baru ini.
“Setiap kali menderma darah platelet, saya berasakan ada perubahan pada diri terutama kecerdasan mental dan fizikal.
Ads
“Saya menggalakkan masyarakat supaya menderma darah kerana selain manfaat kepada kesihatan, mereka juga diberikan keistimewaan iaitu rawatan percuma di fasiliti kesihatan,” katanya.
“Zaman sekarang ni, isteri juga penyumbang terbesar dalam ekonomi dan kewangan keluarga.”
Apa yang di kongsikan oleh saudara Firdaus Shikirin ada benarnya bahawa isteri itu penyumbang terbesar kepada keluarga.
ISTERI BANTU EKONOMI KELUARGA
Isteri juga bayar bil, isteri juga beli barang dapur, isteri juga isi minyak kereta, isteri juga bayar ansuran rumah…
Isteri juga bayar “hutang-hutang” suami…
Suami “terpaksa” bergantung pada ehsan si isteri dlm menampung kos sara hidup setiap bulan…
Bila dah jadi mcm ni, seharusnya suami perlu ada rasa terhutang budi pada si isteri…si isteri dah meringankan hampir 50% daripada bebanan komitmen si suami…maka :
– Berbuat baiklah dgn si isteri. – Layanlah si isteri dgn berhemah. – Jangan tinggi suara & bersikap kasar dgn isteri. – Fahami keterbatasan isteri dlm melayani suami. – Bantu isteri melakukan kerja2 rumah. – Bantu isteri menguruskan anak2. – Hulur dan bagi juga duit kpd isteri sekadar kemampuan yg ada. – Ambik tahu apa yg isteri beli, apa yg isteri bayar, apa yang tak cukup dlm rumah.
Jangan bersikap sambil lewa dan selesa dgn bantuan kewangan yg dihulurkan isteri…zaman makin mencabar, brg makin mahal, kos hidup makin tinggi…
Kalau hidup bergantung pd dua pendapatan, maka jaga hati dan perasaan empunya pendapatan seorang lagi…
Dia wanita yg berusaha utk buat yg terbaik demi keluarganya…
Berbekalkan menu yang sering mendapat pujian daripada anak-anak setiap kali menyediakan hidangan ayam goreng untuk mereka, siapa sangka menjadi titik tolak untuk seorang ibu ini memulakan perniagaannya secara serius.
“Dulu setiap kali masak ayam goreng tepung kat rumah.. Anak-anak mesti cakap “sedaplah mama..boleh jual..”. Dulu saya gelak je kalau anak cakap macamtu.. tapi dari situ saya dapat idea dan keyakinan..
“Alhamdulillah sekarang memang saya dah jadi peniaga ayam goreng pun. Doakan saya murah rezeki untuk buka restoran pulak.. Aamin” ujar Murni Rahmat sambil turut berkongsi resipi ayam goreng seringgit yang dijualnya.
Resepi ayam goreng seringgit
Bahan-bahan:
Ayam sekor potong 22-24
Bawang putih 5 ulas
Bawang besar saiz kecik (1)
Halia 1 inci
Lada hitam 1 sudu kecil
Lada putih 1 sudu kecil
Serbuk kari 1 sudu besar
Garam dan serbuk perasa adabi
Cara-caranya :
Kisar semua bahan sampai halus.
Perap pada ayam.
Resepi tepung salut;
1 cawan tepung bestari pedas
2 cawan tepung gandum (saya pakai jenama Ros sebab ayam akan lebih garing dan rangup)
1 sudu tepung ubi/beras
Cara-caranya;
1.Perapkan ayam dengan bahan blender dan tambah sedikit tepung kering dalam 3 sudu. Perapkan. Sediakan 1 bekas untuk gaul ayam. Tuang sedikit tepung.
2.Masukkan ayam dalam 5-6 ketul
3.Sendukkan tepung salut ke atas ayam
4.Gaul tepung pada ayam (ramas sedikit)
5.Bila tepung dah salut elok, gorengkan ayam pada minyak yang sederhana panas.
*boleh salut 2x untuk kesan lebih rangup.
6.Goreng ayam dalam minyak yang banyak, ayam tenggelam ye (untuk jimat minyak boleh pakai periuk kecil)
7.Tutup periuk semasa goreng ayam dan buka penutup diminit terakhir sebelum ayam masak, cara ni akan buat ayam rangup diluar dan berjus di dalam.
8.Hidangkan panas-panas.
9.Makan
untuk lebih senang..boleh je pakai tepung bestari tanpa ada campuran tepung lain.. tapi sebab saya cuma meniaga ayam goreng seringgit.. saya kena kreatif untuk jimatkan kos (ayam mahal weh) boleh jugak pakai tepung bestari tak pedas atau apa-apa tepung goreng yang lain.
Dua tiga hari yang lalu kecoh apabila ramai yang menyuarakan perasaan tidak puas hati akibat kenaikan mendadak bil elektrik. Pihak TNB yang telah membuat penjelasan akan isu ini namun alasan tersebut tidak dapat di terima.
Tidak dinafikan musim panas begini ditambah pula dengan keadaan yang berpuasa menyebabkan kita bergantung kepada penghawa dingin untuk menyejukkan badan. Tetapi apabila datang bil elektrik yang melambung tinggi setiap bulan, siapa yang tahan kan.
Ada beberapa cara untuk jimatkan perbelanjaan bil elektrik di rumah anda seperti perkongsian dari Fawwaz Johari ini. Amalkan tips ini untuk membantu menjimatkan perbelanjaan bil elektrik di rumah anda.
Viral hari ini di media sosial mengenai bil elektrik yang tinggi setelah TNB menukarkan ‘Smart Meter’ yang baru menggantikan meter TNB yang lama.
Saya adalah salah seorang pekerja TNB. Posting saya ini bukanlah bertujuan untuk menjawab atau menjelaskan mengenai ura-ura bil elektrik yang dikatakan meningkat tersebut. Namun hanya untuk kongsikan kaedah dan cara yang anda boleh lakukan untuk menjimatkan bil elektrik di rumah anda.
Ingin saya nyatakan disclaimer disini bahawa kaedah dan cara ini bukanlah saranan daripada syarikat TNB, namun hanya sekadar perkongsian peribadi berdasarkan penggunaan elektrik di rumah kami di Melaka.
Sebelum saya mulakan, izinkan untuk saya kongsikan dahulu mengenai latar belakang kediaman kami di Melaka ini. Rumah yang kami duduki ini adalah rumah 2 tingkat. Ia ini mempunyai 4 bilik, dan setiap bilik dipasang dengan alat penghawa dingin. Di ruang tamu rumah pula dipasang dengan 2 set alat penghawa dingin.
Rumah ini secara kebiasaannya di diami oleh ibu bapa saya, dan setiap malam mereka akan memasang alat penghawa dingin di bilik mereka. Manakala bilik-bilik lain pula akan dipenuhi dengan adik beradik saya yang lain pada setiap kali hujung minggu dan setiap kali musim cuti.
Rumah ini telah dipasang dengan ‘Smart Meter TNB’ pada bulan Februari 2019 yang lalu. Di sini saya sertakan gambar bil elektrik terkini rumah saya pada bulan lepas, iaitu HANYA SEBANYAK RM 62.30. Di bawah ini saya kongsikan tips dan gambar-gambar tentang bagaimana cara ia dapat dilakukan.
1. Gunakan teknologi inverter.
Pertama sekali, bagi yang menggunakan alat penghawa dingin, pastikan anda menggunakan penghawa dingin yang mempunyai teknologi inverter. Kesemua penghawa dingin dan peti ais yang ada di rumah kami ini telah dilengkapi dengan teknologi inverter ini.
Harganya mungkin mahal sedikit berbanding dengan peralatan yang biasa, namun anda hanya perlu membayar harga tersebut sekali sewaktu pembelian, dan kemudian anda boleh dapat menikmati penjimatan elektrik yang berterusan dalam jangka masa yang panjang.
2. Peralatan elektrik berstatus “5 bintang”.
Apabila anda pergi ke kedai peralatan elektronik seperti One Living, Seng Heng, Home Pro, Courts Mammoth dan sebagainya, anda akan mendapati terdapat tanda 1-5 bintang pada setiap barangan elektronik yang dijual. Belilah barangan yang mempunyai 5 bintang. Bintang itu adalah Standard yang telah dikeluarkan oleh pihak Sirim untuk menyatakan “Energy Efficiency” peralatan tersebut. Peralatan yang efisien akan dapat lebih menjimatkan penggunaan elektrik di rumah anda.
3. Tidak menggunakan alat-alat pemanas elektrik.
Diantara peralatan yang tidak digunakan di rumah kami di Melaka ini termasuklah, pemasak nasi elektrik, cerek air elektrik dan water dispenser.
Bagi tujuan memasak, kami menggunakan gas api. Kami menanak nasi di dalam periuk dan menggunakan cerek api untuk memanaskan air. Pemanas elektrik yang digunakan di rumah kami ini hanyalah seterika dan ‘water heater’ untuk mandi.
4. Menggunakan lampu LED.
Kesemua lampu yang dipasang di rumah kami ini diperbuat dari LED. Penggunaan lampu LED ini dikatakan dapat mengurangkan 75% penggunaan elektrik berbanding dengan lampu-lampu biasa.
5. Mencabut plug selepas menggunakan alat elektrik.
Selepas menonton TV, mengecas telefon bimbit, menggunakan seterika, atau menggunakan mesin basuh, tutup suis dan cabut sekali plug yang digunakan. Sekiranya extension wire digunakan, cabut sekali plug extension wire tersebut apabila ianya tidak digunakan.
Melalui pengalaman di rumah-rumah yang pernah melakukan cara ini, kadar elektrik adakalanya dapat dikurangkan sebanyak RM15-RM50. Kadar penjimatan bergantung kepada jenis rumah dan jenis peralatan elektrik yang digunapakai. Untuk mendapatkan penjimatan yang lebih banyak, anda juga boleh mencabut plug ‘wifi’ di rumah anda pada waktu malam apabila semua orang tidur dan tidak menggunakannya.
6. Menggunakan ‘Turbine Ventilator’ di bumbung.
Untuk memastikan rumah berada di dalam keadaan sejuk, Turbine Ventilator telah dipasang di atap rumah ini. Turbine ventilator ini berfungsi untuk membenarkan udara-udara panas yang terperangkap di dalam bumbung untuk keluar. Kekosongan udara di bahagian bumbung itu pula akan menyebabkan udara panas lain yang ada di dalam rumah ditarik pergi ke bahagian atas bumbung tersebut. Dengan menggunakan Turbine Ventilator ini, suhu rumah dapat diturunkan.
7. Memanam pokok di dalam dan luar rumah.
Antara hobi ibu saya adalah menanam pokok. Ibu saya telah menanam pelbagai jenis pokok dan tumbuhan di sekeliling dan juga di dalam rumah kami. Bapa saya pula akan membantunya untuk menyiram pokok-pokok tersebut pada setiap hari.
Pokok diketahui dapat mengurangkan suhu udara. Dengan adanya pokok-pokok ini, udara di rumah kami biasanya berada pada suhu yang rendah. Oleh itu, kami jarang perlu membuka penghawa dingin di waktu tengahhari, melainkan pada hari yang benar-benar panas ataupun ketika tetamu datang ke rumah.
Di samping itu, pokok juga berfungsi untuk mengeluarkan oksigen dan menyerap karbon dioksida. Dengan mempunyai pelbagai jenis pokok di sekeliling rumah kami, kami sekeluarga dapat menikmati udara yang segar dan pemandangan yang indah pada setiap hari.
8. Penggunaan elektrik penghawa dingin dapat dikurangkan dengan suhu sekeliling yang rendah.
Apabila sekeliling rumah bersuhu rendah, penghawa dingin tidak perlu menggunakan tenaga yang lebih untuk menurunkan suhu kepada suhu yang dikehendaki.
Sebagai contoh, jika suhu sekeliling adalah 30°C, manakala suhu yang dikehendaki pula adalah 23°C. Maka perbezaan suhu adalah sebanyak 7°C, ini menyebabkan penghawa dingin perlu bekerja keras untuk menurunkan 7°C tersebut.
Bayangkan jika suhu sekeliling rumah hanya 25°C, penghawa dingin cuma perlu menurunkan suhu sebanyak 2°C untuk mendapatkan suhu yang dikehendaki. Maka dengan adanya pohon-pohon tanaman berserta dengan Turbine Ventilator, tenaga elektrik dapat dijimatkan dengan lebih banyak.
Kredit kepada ibu bapa saya iaitu Johari Judan & Dr Zorina Khalid kerana telah berusaha untuk menjaga alam sekitar. Dengan semangat mereka, kami dapat menikmati pemandangan yang indah, udara yang nyaman dan sejuk apabila pulang ke rumah di melaka, di samping ia dapat menjimatkan bil elektrik rumah kami.
[Nota tambahan: perkongsian ini mungkin tidak relevan bagi mereka yang tidak menggunakan alat penghawa dingin di rumah mereka]
Diharapkan perkongsian ini bermanfaat kepada anda semua untuk menjimatkan bil elektrik di rumah anda. Kongsikan kaedah-kaedah ini kepada rakan lain yang mempunyai masalah bil elektrik yang tinggi, dan selamat mencuba.
Dr Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak berjaya dengan meletakkan harapan tinggi sejak kecil. Ketahui pendekatan beliau membentuk anak berdisiplin dan berjaya.