Ads

Puteri Balqis Kongsi Keadaan Ibu Kembali Diserang Cyst, Mohon Doa Dan Perkongsian Pengalaman

Pelakon muda, Puteri Balqis berkongsi khabar duka mengenai keadaan kesihatan ibunya, Norashikin Mohd Aziz, yang kembali berdepan masalah cyst dalam tempoh hanya dua bulan.

Puteri Balqis Azizi, 19, atau lebih mesra disapa Aqish, mendedahkan keadaan ibunya kini semakin membimbangkan apabila sudah memasuki hari ketiga tidak mampu berjalan akibat kesakitan yang dialami.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Aqish turut memaklumkan bahawa saiz cyst berkenaan telah membesar sehingga sebesar separuh buah epal, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ahli keluarganya.

Puteri Balqis Kongsi Keadaan Ibu Kembali Diserang Cyst, Mohon Doa Dan Perkongsian Pengalaman

Puteri Balqis Dedah Keadaan Ibu Semakin Membimbangkan

Aqish berkata, ibunya baru sahaja kembali ceria selepas mereka sempat meluangkan masa bersama, namun keadaan berubah apabila kesakitan itu datang semula.

“Ibu Aqish kena cyst lagi dalam tempoh dua bulan. Hari ketiga tidak boleh berjalan langsung.

Cyst sudah sebesar separuh buah epal. Baru sahaja kami bawa dia jalan-jalan, gembira tengok dia gelak. Apabila sakit semula, sunyi bila balik rumah.

Kalau anda ada pengalaman atau tip, boleh kongsikan dengan Aqish ya.”

Luahan tersebut menyentuh hati ramai apabila Aqish menggambarkan suasana rumah yang kembali sunyi selepas melihat ibunya menanggung kesakitan.

Ads

Perkongsian itu turut menerima perhatian warga maya yang sama-sama mendoakan agar Norashikin diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan rawatan.

Puteri Balqis Kongsi Keadaan Ibu Kembali Diserang Cyst, Mohon Doa Dan Perkongsian Pengalaman

Ibu Puteri Balqis Turut Berdepan PTSD

Dalam perkongsian yang sama, Puteri Balqis memaklumkan ibunya turut mengalami kecelaruan tekanan pascatrauma (PTSD) yang agak serius kira-kira seminggu sebelum masalah cyst itu kembali berlaku.

Ads

Bagaimanapun, Aqish berpendapat kedua-dua keadaan tersebut mungkin tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain.

“PTSD mommy agak teruk seminggu sebelum kena cyst, tapi tiada kena mengena rasanya.”

Hargai Pengorbanan Bapa Menjaga Ibu

Di sebalik ujian yang sedang dihadapi keluarga mereka, Puteri Balqis tidak lupa menzahirkan penghargaan kepada bapanya yang sanggup berjaga siang dan malam demi menjaga isterinya.

“Terima kasih apak tak tidur siang malam jaga isteri. Besar jasa apak. Terima kasih Didi ambil alih kerja apak buat sementara.

Kami sayang mommy dan apak.”

Warganet Titip Doa Dan Kongsi Pengalaman

Meninjau ruangan komen, rata-rata warga maya menitipkan doa agar Norashikin segera sembuh dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Ads

Ada juga yang berkongsi pengalaman masing-masing berdepan masalah cyst serta memberikan cadangan berkaitan pemakanan dan penjagaan kesihatan berdasarkan pengalaman peribadi.

Semoga segala urusan rawatan Norashikin Mohd Aziz dipermudahkan, diberikan kesembuhan yang berpanjangan serta seluruh keluarga Puteri Balqis terus dikurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

BACA LAGI : Tular Isu Puteri Balqis, Ni Respon Datuk Idris Ahmad & Presiden Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia!

Sumber : IG Puteri Balqis

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Erry Raih Emas Sukan Komanwel, Ikut Jejak Bapa Selepas 28 Tahun

Muhammad Erry Hidayat menghadiahkan pingat emas buat Malaysia dalam kategori 79kg di Sukan Komanwel Glasgow 2026 sambil mencipta rekod baharu temasya.