Kebahagian rumahtangga itu terserlah apabila pasangan sentiasa sayang menyayangi antara satu sama lain. Malah saling mengucapkan kata-kata penghargaan kepada pasangannya.
Biarpun hidup rumahtangga, penuh onak duri, namun sikap saling memahami dan tolak ansur dalam kehidupan akan membuatkan hubungan itu makin intim dan sayang.
Sebagaimana ucapan yang mengagumkan oleh Pelakon Mawar Rashid kepada suami tercinta,Raf Yaakob baru-baru ini sempena sambutan Hari Bapa Sedunia.
Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shahputri turut melahirkan rasa bertuah memiliki suami yang begitu memahaminya. Ikuti perkongsiannya mengenai suaminya menerusi instagram miliknya.
IKLAN
Happy father’s day to our King @rafyaakob Anje sangat2 adore kasih sayang Abang kat anak2 semua. Macam Anje selalu cakap, Abang very attend to them, tu sebab anak2 pun semua rapat ngan abang, manje ngan Abang. Anje adore macam mana Abang bahagikan masa kepada Anje, Anak2, ibu Abang, family Anje, kerja2 Abang. Walaupun kita kat keluar, Abang pun tak boleh keluar lama2 sebab teringat kat anak2. Terharu dapat suami macam Abang yang utama kan we all lebih dari segalanya. Sebab tu bila ada anak ngan Abang, Rafael si Raden kecik ni, Anje happy sangat2 sebab dapat tengok kasih sayang Abang kepada Rafael bagai menatang minyak yang penuh. Macam mana Abang sayang dengan @radenrayyanraf & @raysaachanelaraf . Abang layan kami semua sama rata, Itu yang sangat penting. Lucky Rafael & anak2 dapat papa @rafyaakob . Looking forward to raise the kids sampai anak2 besar. And by that time we all semua still pegang tangan and sweet macam sekarang. Thank you for everything papa. We love you so much! HappyFathersDay • Sorry kalau ayat berpanjangan sangat, I want to express my feelings towards you, but kata2 pun tak dapat ungkapkan betapa bersyukur dan gembiranya to have someone like you as my husband and father to the kids @rafyaakob
Ini melambangkan sebuah keluarga yang bahagia dan saling melengkapi antara satu sama lain. Dalam pada itu, para peminatnya mendoakan keharmonian pasangan ini.
Untuk makluman, Mawar telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Raf Yaakob pada 9 November 2017
IKLAN
Foto : Instagram Mawar Rashid
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Sama juga dengan anak-anak, kalau mahukan yang terbaik dari mereka, kita sebagai ibu bapa lah yang perlu membentuk sejak dari mereka kecil lagi.
Lebih-lebih lagi dalam menjaga adab mereka. Selalunya kalau jumpa orang yang kurang dari segi adabnya atau lebih sinonim dengan kurang ajar pun kita dah tak suka, sanggup ke kita lihat anak yang kita kandung dan jaga menjadi begitu juga? Mintak jauh la nak oiii!!!
Jadi, kalau nak anak kita jauh dari segala benda negatif, masih belum terlambat untuk ibu bapa jadikan diri sendiri sebagai contoh untuk anak-anak dan terapkan beberapa adab untuk mereka ikuti dan aplikasikan dalam kehidupan mereka seperti yang dikongsikan oleh Ahmad Farid dalam Hello Doktor ini.
Adab seorang anak yang ibu bapa wajib ajar!
#1. Adab meminta tolong dan berterima kasih
Ini adalah asas kepada jati diri seorang kanak-kanak yang beradab.
Ibu bapa perlu pastikan mereka sentiasa menggunakan perkataan ‘tolong’ apabila meminta sesuatu dan ‘terima kasih’ apabila menerima sesuatu daripada anda.
Tegaskan juga kepada mereka bahawa ini tidak termaktub antara dia dengan ibu bapa sahaja malahan juga kepada individu lain seperti adik-beradik, saudara-mara,rakan-rakan, guru ataupun pembantu rumah.
#2. Adab untuk tidak menyampuk
Pasti anda pernah melihat ibu bapa memarahi anak mereka kerana menyampuk ketika mereka sedang bercakap dengan individu lain bukan?
Ini kerana perbuatan menyampuk adalah biadab terutamanya dalam kalangan masyarakat kita.
Jadi, ajar anak anda awal-awal lagi untuk tidak menyampuk ketika anda atau sesiapapun sedang bercakap walaupun ia ada kaitan dengan mereka.
Jika terjadi, jangan marah mereka tetapi nasihatilah mereka dengan cara baik.
#3. Adab untuk tidak mengkritik dan mengejek individu lain
Siapa sahaja yang suka akan kritikan dan ejekan bukan? Jadi, anda perlu sentiasa ajar anak anda untuk tidak mengkritik atau mengejek individu lain terutamanya perkara yang melibatkan fizikal semula jadi mereka.
Tambahan itu, kita tinggal di bumi Malaysia yang hidup berbilang kaum. Jadi, sebarang kutukan berbaur rasis seperti warna kulit atau saiz mata perlu dilarang sama sekali.
Sebaliknya, ajar mereka untuk gemar memuji dan menghargai individu lain.
#4. Adab untuk berkongsi dengan anak lain
Sharing is caring. Sikap suka berkongsi adalah sesuatu yang sangat mulia. Bayangkan apabila anda melihat anak anda sanggup berkongsi permainan mereka bersama kanak-kanak yang kurang mampu.
Pasti ia akan membuat anda berasa syahdu bukan?
Seiring mereka membesar, sentiasa ajar anak anda untuk berkongsi apa yang mereka ada sama ada dalam bentuk wang ringgit, harta, idea atau tenaga bersama individu lain yang kurang bernasib baik.
#5. Adab ketika bercakap di telefon
Ketika menjawab panggilan telefon, kita perlu sentiasa beradap. Mulakan dengan sapaan seperti ‘helo’ atau ‘hi’ dengan nada yang baik dan kenalkan diri anda.
Jika sedang menelefon seseorang pula, kita tidak patut bertanya siapakah individu itu.
Paling penting, gunakan kata-kata yang sopan sahaja. Ini perlu diajar kepada anak anda daripada kecil lagi agar dia terbiasa dan terus melakukannya sehingga dewasa kelak.
#6. Adab ketika bermain di luar
Anda sebagai perlu menetapkan peraturan buat anak anda ketika bermain di luar agar mereka tidak bermain sehingga tidak ingat dunia.
Sebagai contoh, ajar mereka untuk membasuh kaki sebelum masuk ke rumah dan mandi setiap kali selepas bermain.
Selain itu, tetapkan waktu mereka boleh keluar bermain dengan pengawasan anda. Ini bukan sahaja akan mengajar anak anda untuk beradap, ia juga akan membentuk mereka agar berdisiplin dewasa kelak.
#7. Adab di meja makan
Bukan sahaja dari aspek perbuatan, seorang kanak-kanak juga perlu beradab ketika berada di meja makan.
Tanpa mengira siapa ada di meja makan atau jenis keraian yang sedang diraikan, anda perlu ajar mereka untuk sentiasa bersopan di meja makan.
Antara yang perlu diutamakan adalah untuk tidak bercakap semasa mulut penuh dengan makanan dan makan apabila semua sudah ada di meja makan terlebih dahulu.
Paling penting, ajar mereka untuk bercakap benda-benda baik sahaja ketika sedang makan.
Kesimpulannya, terdapat banyak lagi adab dengan ibu bapa serta individu lain yang anda perlu ajar kepada anak anda untuk memastikan mereka berjaya menjadi modal insan yang beradab, bersopan dan berguna kelak.
Apa yang paling penting, kekalkan semua sifat positif dan buangkan segala sikap negatif dalam diri mereka!
Selain itu, anda perlu jadi ibu bapa yang hebat kerana ibu bapa sebenarnya adalah role model yang diidolakan oleh setiap anak.
Bagi yang gemar memasak pelbagai hidangan dan suka membuat kek atau biskut sudah tentu sentiasa mencari-cari resipi yang mudah buat dan sedap.
Malah ada juga antara kita mengikuti kelas berbayar untuk belajar cara yang betul untuk membuat sebarang hidangan.
Namun jika ada yang meminta resipi atau rahsia hidangan sedap tentu ada sebabnya tidak diberi begitu sahaja. Ini yang dikatakan amanah bukan kedekut resipi.
Sebagaimana tular di TikTok wanita yang agak terkilan apabila rakannya tidak mahu berkongsi resipi. Namun kenyataan wanita itu telah ditegur oleh wanita Jihani Azhar ini yang juga merupakan ‘bakers’ .
Ikuti perkongsiannya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Gambar hiasan
Bakers ni kedekut ilmu ke? Meh nak bagitau lah kepada acik acik dan adik adik yang rasa kami kedekut ilmu. Terutama mereka yang macam puan sri ni.
Zaman sekarang bukan macam dulu. Kebanyakan ilmu dan resepi yang kami dapat ialah berbayar.
Bila berbayar, kami berpegang pada amanah cikgu kami untuk TAK SEWENANGNYA REVEAL RESEPI pada orang lain. Faham kan maksud AMANAH di sini? Tu je sebenarnya. Bayangkan kalau kami pecah amanah, berkat ke rezeki kami bila meniaga?
Dan pasal point puan sri ni cakap sebab orang minta resepi tu. Kalau mintak resepi tu sesaje je, bukannya nak buat pun/bukannya menjadi pun/akhirnya akan beli juga dari member tu, DAH TU KENAPA KENA MINTA RESEPI DARI PENIAGA? Aih anehnya laa hai. Ibaratnya kau minta pinjam kereta kat jiran sebelah, tapi sebenarnya kau tak pandai drive pun. So what is the point? Saje jelah nak bermanja beramas mesra?
Ye betullah ilmu tu dari Allah. Tapi jangan lupa, pecah amanah tu berdosa ke tak? Jawab tu jelah.
Ps: jangan ingat kami penjual kek atau makanan ni takde kongsi ilmu langsung ye. Baru rejek kau sekali dah buat content acah positif gini. Ish panas pula hatiku.
Ps lagi: ya, berkongsi ilmu tu berkat. Insyaallah rezeki kita nanti pun makin murah. Pahala berpanjangan. Tapi kena consider sumber pahala tu berkat ke tak bilamana kita pecah amanah dan share resepi berbayar yang orang dah pesan jangan sesuka hati share. INI POINT UTAMA SAYA. Resepi berbayar VS resepi percuma yang orang lain share tu berbeza ya. Niat tak menghalalkan cara.
Mungkin dengan kehadiran anak-anak, suami isteri tidak berpeluang berjalan berpegangan tangan seperti dolu-dolu. Kesibukan bekerja, tidak ada masa untuk bergurau senda atau sudah bila sudah lama bergelar suami isteri tiada lagi istilah bercinta selepas berkahwin.
Dalam membina kebahagiaan dan kasih sayang perlu kerjasama antara kedua belah pihak. Perlu give and take. Suami dan isteri kena sama2 membina dan memupuk kasih dan sayang itu.
Tips Semakin Hari Semakin Sayang
1. Masak sendiri dan makan bersama
Nampak simple tapi ramai yang tak mampu nak buat…keluar pukul 7.00 pagi, balik pukul 7 malam, nak masak…badan pun dah letih. Mudahnya beli saje atau makan makan di luar. Hakikatnya air tangan isteri mampu mengikat kasih sayang walaupun nasi telur goreng saje. Apatah lagi kalau masak masakan kesukaan suami.
Makan bersama seisi keluarga memang saat2 yang harmoni. Anak2 gembira bercerita dan berbual di meja makan. Memang amalan inilah yang diamalkan oleh datuk nenek kita dari dulu lagi. Google je tips cara masak mudah dan cepat….suami pun boleh buat…
2. Jaga tempat tidur
Jangan pandang remeh keperluan batin suami isteri. Kepuasan seksual adalah perkara penting dalam sebuah perkahwinan. Bukan mula2 kawen je tunggu malam menjelma….hari2 macam malam pertama…cheewah nak tahu pm kita kihkih…semua ada tips nak tak nak je..
3. Jaga mulut
Ini penting terutama isteri..Jangan melawan cakap, jangan tinggikan suara,,, jangan berleter macam keretapi terhadap suami. Berdosa sememangnyer…suami bosan dengarnya.Suami isteri perlu sentiasa senyum dan bergurau sendi. Paling penting tidak memburukkan pasangan kepada orang lain
4. Solat berjemaah
Tidak dinafikan solat berjemaah akan mengukuhkan kasih sayang suami isteri dan anak2. Inilah masa untuk sama2 berdoa agar dibei rahmah dan mawaddah dalam perkahwinan. Ingat tak sebelum kita kawen, kita nak bakal suami kita boleh jadi imam. Bila dah kawen lupa angna2 tu yer…suami tak tahu…boleh belajar.
5. Rumah sentiasa kemas, rumah ku syurgaku
Rumahku syurgaku…itulah ungkapan yang terbaik untuk memastikan semua ahli keluarga berada di rumah. Kalau rumah dah macam syurga sememangnya ahli rumah suka dan tidak mahu berada di luar rumah. Syaratnya rumah perlu sentiasa kemas dan bersih. Sama2 bergotong royong untuk memastikan rumah sedap dipandang mata. Anak2 pun boleh tolong sama. Boleh tambah pewangi yang menyegarkan…..
6. Riadah, berkelah dan bercuti
Perlu cari masa untuk keluar beriadah….tak perlu berbelanja besar, sekadar keluar joging ke..berkelah ke atau ke taman2 permainan. Kalau ada bajet lebih boleh tempah hotel sambil jalan2 cari makan. Sekurang-kurangnya pada hari ulang tahun perkahwinan sekali setahun.
7. Komunikasi
Didapati salah satu punca perceraian adalah disebabkan masalah komunikasi. Suami isteri perlu berkomunikasi dengan berkesan. Sebelum kawen bergayut berjam-jam tak terasa lamanya…banyak cerita hingga lewat malam, tapi malang bila dah kawen tanya sepatah, jawab sepatah. Kadang2 sunyi sepi bila duk dalam kereta. Jom ubah kepada suasana yang lebih ceria bukan memendam rasa atau berprasangka antara satu sama lain.
8. Sihat dan Cergas
Suami isteri perlu sentiasa sihat dan cergas. Keadaan diri yang letih dan lesu tidak bagus untuk pasangan. Badan yang cergas akan mendatangkan kegembiraan dan keceriaan seisi keluarga. Macam mana nak kekalkan kecergasan setiap hari?klik sini.
9. Berdoa
Segala usaha yang dilakukan perlu disulami dengan doa. Berdoa agar diberikan kebahagian dunia dan akhirat. Hanya Dia saje yang berhak memberi yang terbaik untuk kita. insyaAllah kebahagian milik kita semua…Amin..
Intan Ladyana kongsi wajah Umayr, anak keduanya sudah 3 bulan, "Rupa siapa ye." Pelakon Intan Ladyana selamat melahirkan cahaya mata keduanya, di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur ada 26 April yang lalu.