Seakan sukar untuk mempercayai apabila menerima perkhabaran duka melalui laman media sosial Cosry bahawa pengarah kreatif dan juga pereka fesyen jenama tersebut, Putra Aziz telah menghembuskan nafas terakhir pada hari Khamis, 30 Disember, jam 8.30 malam di ibu negara.
Memetik berita yang dilaporkan di Astro Awani bahawa menurut sumber yang rapat dengannya, kesihatan Allahyarham mula merosot sejak dua minggu yang lalu.
Allahyarham mula menceburi bidang fesyen sejak tahun 2004. Jenama Cosry bermula secara kecil-kecilan ketika Allahyarham dan rakan perniagaannya, Ariff Quasry Md Nor mula menawarkan perkhidmatan menjahit dari rumah ke rumah untuk teman-teman rapat mereka.
Rekaan fesyen Allahyarham mula mendapat tempat di hati ramai penggemar fesyen. Perniagaan mereka berkembang dan Allahyarham serta Ariff berpindah dari premis di Shah Alam, Selangor ke Bangsar, Kuala Lumpur.
Peribadi Mulia
Sepanjang kariernya di dalam dunia fesyen, tidak dinafikan wartawan juga antara yang dekat dengannya. Sering berhubung baik dalam memberi liputan berkenaan rekaan fesyen daripadanya disamping acapkali ‘meminjam’ busana rekaannya untuk digayakan oleh model atau artis bagi menghiasi cover depan majalah mahupun di ruangan fesyen.
Sungguh setiap kali berurusan dengan Allahyarham, semua menjadi cukup mudah. Allahyarham sedayanya memberikan kerjasama yang terbaik dan pengalaman ini penulis sendiri pernah laluinya.
Ads
Sikap merendah diri dan lemah lembut setiap tutut katanya, cukup membuatkan orang disekelilingnya berasa tenang dan bahagia.
Rekaan Pilihan Ramai
Setiap rekaan busana yang diilhamkan oleh Allahyarham diakui punyai sentuhannya yang istimewa dan sebab itu jugalah menjadi pilihan ramai selebriti dan orang kenamaan. Antaranya yang pernah berkerjasama dan mendapatkan khidmat rekaan Allahyarham adalah seperti Datuk Sheila Majid, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datin Lisa Surihani dan Erra Fazira, Izara Aishah dan ramai lagi.
Selain itu, Allahyarham juga cukup dikenali dalam menghasilkan busana perkahwinan yang memukau dan eksklusif. Umapanya tentu semua masih ingat dengan gaun perkahwinan inspirasi Mariposa yang digayakan oleh Anzalna Nasir pada majlis resepsinya. Cukup memukau dan punya aura yang tersendiri hingga mencuri tumpuan media antarabangsa.
Semoha roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan difahamkan jenazah Allahyarham akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Segambut pada 9 pagi ini (31 Disember 2021)
Tidak dinafikan cabaran didik anak millennia di zaman sekarang boleh buat ibu ayah jadi migrain. Salah pendekatan boleh menjadikan si kecil lebih agresif . Malah ia juga akan beri kesan kepada perkembangan anak itu.
Lebih merisaukan apabila mempunyai anak lelaki. Sudah tentu ada cabarannya tersendiri. Ini yang ditegaskan oleh penceramah motivasi oleh Akhi Fairuz yang berkongsi 22 cara untuk didik anak lelaki pada usia 9 hingga 12 tahun.
Jika Tuan Puan ada anak lelaki yang berusia 9 ke 12 tahun, mohon baca sampai habis perkongsian ini:
1. Tolong sangat-sangat untuk jelaskan kepada mereka tentang akil baligh. Ilmu yang mereka pelajari di sekolah tak mencukupi sebagai bekalan menempuhi alam remaja.
2. Akil baligh dikupas dengan baik dalam subjek Pendidikan Islam/ KAFA. Namun, ada anak-anak kita yang tak dapat relate dengan realiti yang bakal berlaku kepada mereka.
3. Contoh yang pertama, mereka masih samar-samar memahami bagaimana proses akil baligh itu terjadi. Yang mereka faham, air mani akan keluar setelah berlakunya mimpi basah. Mimpi basah pula sering dinisbahkan sebagai mimpi yang menyeronokkan, malam pertama dan lain-lain.
4. Oleh yang demikian, ada kalangan remaja lelaki sekolah menengah mengaku tak mandi wajib bila keluarkan air mani sendiri dengan cara melakukan onani. Puncanya, beliau hanya ‘beriman’ perlu mandi wajib bila air mani keluar melalui mimpi basah sahaja.
5. Inilah masalah terbesar hari ini Tuan Puan. Ada dikalangan anak-anak kita ‘akil baligh’ sebelum akil baligh yang sebenar. Bukan sebab mimpi basah, tetapi mengeluarkan air maninya sendiri.
6. Setakat pengalaman saya bersama pelajar sekolah, adik-adik ini telah peroleh rangsangan seksual lebih awal melalui drama, filem, pembacaan sehinggalah terjebak dengan pornografi.
7. Istilah melancap, toceng, bukan lagi asing dalam kalangan anak-anak lelaki di sekolah rendah. Bagi mereka, perkataan itu melucukan hingga dijadikan bahan gurauan. Mereka tahu ada dikalangan rakan-rakannya yang sudah buat benda itu.
8. Kesian mereka, sungguh naif sekali! Sudahlah akil baligh seawal usia 9 tahun, menonton video lucah dan melakukan onani, bahkan tak tahu menahu itu yang dirinya telah akil baligh!
9. Hal bagaimana terjebak dengan video lucah dan onani saya telah sentuh sebelum ini. Pornografi sangat mudah diperolehi oleh mereka. Samada dari handphone yang Tuan Puan berikan atau menjadi mangsa sex grooming di media sosial atau rasa ingin tahu melalui pop up perempuan tak berpakaian yang berlegar di internet atau melalui kawan sekolah atau juga video lucah yang disimpan dalam handphone ayahnya sendiri.
10. Mak ayah, please ingatkan anak-anak akan hal ini. Anak-anak perlu tahu kesan dari menonton pornografi. Ia akan mendorong individu merangsang diri sendiri dengan melakukan onani. Mereka juga perlu tahu air mani itu anugerah yang Tuhan berikan kepada lelaki, penerus generasi ke generasi. Ia amanah dan tanggungjawab! Ajar mereka secara praktikal cara mandi wajib yang sebenar.
11. Mungkin ada lelaki di luar sana yang skeptikal dengan isu melancap ni. Bagi mereka biasalah budak lelaki buat onani. Eh! Come on! Yang saya cerita ni kes budak sekolah rendah seawal 7 8 tahun yang beronani. Bayangkan apa yang boleh berlaku kepada mereka 2 ke 3 tahun akan datang. Melakukan onani dan menonton pornografi berkait antara satu sama lain. Bermula dari ingin tahu, akhirnya ketagih. Akhirnya, anak-anak ini memahami seks dari sumber yang salah dan bakal merosakkan dirinya dan orang lain.
12. Baik, cukup hal berkaitan akil baligh dan mandi wajib. Sekarang, saya nak huraikan pula tentang perubahan fizikal dan emosi anak-anak.
13. Tuan Puan, perkara yang sering saya ingatkan kepada adik-adik di sekolah adalah tentang bau badan. Kadang-kadang ada pelajar yang dipulau oleh kawan-kawan dek bau ketiak yang busuk ya ampun.
14. Kita sebagai mak ayah tolonglah ingatkan pasal hal ini. Kata pada mereka, lepas akil baligh, bau badan muncul. Paling ketara, di ketiak. Maka, belilah deodarant untuk mereka gunakan.
15. Beli sahaja tak cukup, Tuan Puan kena tunjukkan pula cara nak guna dan berapa kali sehari nak kena sental ketiak tu. Seterusnya, kena pantau.
16. Untuk pengetahuan Tuan Puan, ramai budak lelaki di luar sana yang pandang ringan penggunaan deodarant. Mereka lebih selesa tepek bedak pada ketiak. Biasalah, budak lelaki, benda macam ni dia anggap tak penting, leceh dan menyusahkan.
17. Selain dari itu, Tuan Puan kena tekankan mengenai perubahan fizikal pada tubuh badan. Suara semakin garau, ketinggian, badan makin sasa, bulu tumbuh serta rasa tertarik kepada lain jantina.
18. Tuan Puan tahu tak ada pelajar di sekolah menengah yang payah gila nak cukur bulu ari-ari di bahagian zakar dan ketiaknya? Benda macam ni kita kena sebut dan ajar. Jangan anggap anak kita tahu semua benda. Atau jangan anggap anak kita akan tahu sendiri. Ini mindset yang salah!
19. Dalam Islam, bulu-bulu ini perlu dicukur atau digunting dalam tempoh masa 40 hari. Sebut pada anak, ini sunnah Nabi. Kalau sahabat non muslim ada baca post ni, lakukan juga hal yang sama. Ia ilmu universal. Dah panjang, cukurlah kan. Takkan nak biar panjang sampai boleh diletakkan pomade? Huhu
20. Sekarang, bab penampilan pula. Tuan Puan, ajarlah anak kita nampak menarik sikit bila berpakaian. Nak jaga penampilan, tak semestinya perlu pakai dan beli pakaian yang mahal. Cukuplah sekadar kemas dan bersesuaian dengan aktiviti yang anak kita lakukan. Jadi, tak adalah anak kita selekeh je sepanjang masa.
21. Paling penting adalah, Tuan Puan wajib ingatkan soal dosa dan pahala. Terangkan dengan jelas segala perbuatan mereka akan dikira sebagai amal soleh atau dosa. Kita dah mendidik mereka dengan baik, maka menjadi tanggungjawab mereka menghindar diri dari dari menjadi hamba Tuhan yang engkar dengan perintahNya.
22. Sebab itu Islam menyarankan mak ayah mengajar anak solat ketika umurnya 7 tahun dan rotan (niat mendidik dan bukan untuk mencederakan) ketika berusia 10 tahun. Cara paling mudah mendidik anak solat adalah melalui perbuatan kita sendiri. Hidupkanlah solat jemaah di rumah. Masa kecil, memang depa akan main-main atas badan kita, panjatlah, jadikan kudalah, tapi lama-lama mereka akan ok. Jangan lupa sekali sekala bawa ke masjid.
Apa persediaan mak ayah untuk menyambut kelahiran si comel? Jangan dilupakan ada amanah yang perlu dilaksana dan ini merupakan sunnah dilakukan oleh bakal ibu bapa ketika menyambut kelahiran anak.
Ikuti panduan ini:
Sesuai dengan firman Allah dalam surah As-Syura, disebutkan bagaimana Allah memberikan anak-anak lelaki dan perempuan sebagai salah satu anugerah kepada siapa yang Dia kehendaki.
Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada siapa) yang dikehendaki-Nya, dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.
1. MENGAZANKAN BAYI
Cara azan bayi baru lahir adalah pada telinga kanan bayi lelaki dan perempuan secara sederhana laungannya. Antara manfaat azan adalah menanamkan benih keimanan dalam hati bayi sejak kecil lagi.
Menurut Dr Muhammad Noor, adapun amalan ini sebenarnya dinilai sebagai hadis dhoif, para fuqaha mazhab Syafie, Hambali, dan Hanafi menggalakkan atas dasar sebuah hadis sahih yang menyebutkan bahawa syaitan lari apabila mendengar suara azan.
2. MENTAHNIK
Mentahnik adalah meletakkan kurma yang telah dikunyahkan dan digosokkan ke lelangit bayi baru lahir. Jika tidak mendapati kurma untuk mentahnik, maka boleh digantikan dengan yang makanan lain yang manis seperti madu.
Dari Abu Musa Al-Asy’ari, ia berkata.
“Anak lelakiku baru saja lahir, lantas aku membawanya kepada Rasulullah SAW. Sesampainya di hadapannya, Baginda memberinya nama Ibrahim, lalu mentahniknya dengan kurma dan memohonkan keberkatan baginya, setelah itu menyerahkan kembali bayi itu kepadaku.” (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)
3. MENAMAKAN BAYI PADA HARI PERTAMA ATAU KE-7
Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak.
Memberikan nama kepada anak seeloknya dibuat dengan memperhatikan makna dari nama tersebut, bukan sekadar mengikut trend. Nama-nama yang dianjurkan adalah nama-nama malaikat, nama para nabi serta nama-nama mudah dan ringkas agar ia tidak mengelirukan.
4. MENCUKUR RAMBUT
Mencukur rambut sebagai tanda permulaan kehidupan anak kecil sebagai manusia dan hamba di sisi Allah. Dari segi kesihatan, ia dapat membersihkan saki baki kotoran pada kepala bayi semasa di dalam rahim. Rambut yang dicukur kemudiannya akan ditimbangkan dan disedekahkan dengan wang emas.
Selalunya majlis kenduri aqiqah diadakan sekali dengan majlis mencukur rambut yang orang kita panggil ‘cukur jambul’.
Perlu diingat, sunnahnya adalah mencukur keseluruhan rambut dan bukanlah menggunting sedikit rambutnya.
Elakkan melakukan amalan adat seperti menggunakan buah kelapa, garam, beras dan bunga semasa mencukur rambut anak yang menyerupai budaya Hindu.
5. AQIQAH
Aqiqah adalah ibadah menyembelih haiwan sebagai tanda syukur kepada Allah atas bayi yang baru lahir. Hukumnya adalah sunat muakkad. Bagi yang mampu, bolehlah melakukan ibadah ini buat bayi mereka dengan menyembelihkan 2 ekor kambing bagi bayi lelaki dan 1 ekor kambing bagi bayi perempuan. Ini selari dengan sebuah hadis:
Rasulullah bersabda: “Barangsiapa diantara kalian yang ingin menyembelih (kambing) kerana kelahiran bayi maka hendaklah ia lakukan untuk laki-laki dua kambing yang sama dan untuk perempuan satu kambing.” (Sanadnya Hasan, Hadis Riwayat Abu Dawud)
Tetapi jika ibu bapa tidak mampu melakukan aqiqah tersebut dalam masa terdekat, ia boleh dilakukan sebelum aqil baligh si anak.
6. BERSUNAT
Terdapat banyak kebaikan bersunat dari segi kesihatan untuk lelaki mahupun perempuan. Antaranya adalah mencegah penyakit berjangkit yang berkaitan dengan organ genital dan melindungi syahwat.
Ada beberapa hadis Nabi S.A.W dan pandangan ulama tentang usia yang sesuai untuk khatankan anak lelaki. Ada sebahagian besar ulama juga berpendapat, khatan wajar dilakukan semasa anak lelaki meningkat umur baligh dan ada juga yang menganjurkan seawal kelahiran. Contohnya:
Dari Saidatina Aisyah berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW telah mengkhatankan Hasan dan Husin pada hari ketujuh kelahiran mereka berdua.” (HR; Imam al-Baihaqi dan al-Hakim)
Bagi bayi perempuan pula, kebanyakan doktor berpendapat umur seawal mungkin adalah yang lebih sesuai. Selalunya, pasangan akan membawa bayi mereka untuk disunatkan selepas selesai tempoh berpantang.
Meskipun ianya dikecam di sesetengah negara Barat, kita perlu faham bahawa apa yang disunatkan oleh Islam adalah cara bersunat yang sekadarnya dan bukanlah berlebihan sehingga menyebabkan kesakitan melampau, apatah lagi kecacatan anggota.
7. SUJUD SYUKUR
Melakukan sujud syukur merupakan salah satu tanda kesyukuran kepada Allah apabila dikurniakan sesuatu nikmat atau terlepas daripada bahaya.
Dari Abu Bakar RA, bahawa Nabi Muhammad SAW biasanya apabila menerima berita yang mengembirakan Baginda terus sujud kepada Allah. (Riwayat Abu Dawud)
Mudah-mudahan sedikit perkongsian ini dan berkat doa semua kita dianugerahkan cahaya mata yang menjadi penyejuk hati dan sayang pada agama insyaAllah.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Perkongsian yang sangat luar biasa dan menyentuh hati daripada Azlina Ina Fans bagaimana dalam tempoh 14 tahun dia dan suami membina keluarga mereka. Dapur milik orang dijadikan rumah sewa buat keluarga, di situlah tempat makan dan situ jugalah tempat tidur.
Namun berkat rezeki, selepas hamil anak pertama, mereka dapat berpindah ke rumah sewa yang lebih selesa walaupun tiada katil dan hanya tidur beralaskan toto.
Namun, berkat kesabaran dan kegigihan, dia dan suami akhirnya berjaya memiliki rumah impian.
Lauk rutin telur hampir setiap hari.
Buat surirumah yg xbekerja..nukilan ini untuk anda.
14 tahun yg lalu masa mula2 kawin dgn abah,kami menyewa dapur org yg di buat sebagai rumah sewa.Situ lah dapur situ lah tempat makan situ lah tempat tidur.Sahur buka puasa di satu ruangan yg sempit sgt2.Lauk rutin telur hampir setiap hari.
Bila mengandung anak pertama,kami pindah ke rumah sewa.Di sebab kan bilik xde katil xmampu beli masa tu,kami tidur di ruang tamu beralas toto.kehidupan yg sederhana gembira menjalani rutin harian masa tu mak masih kerja kilang.
Berhenti kerja, gaji suami RM600
Lahir nya anak sulung,mak berhenti kerja.Bergantung sepenuh nya dgn pendapatan abah, dr despatch gaji 600 abah upgrade kerja bawak lori 1 tan perabut.Balik 3-4 pg nak cukup kn keperluan keluarga.Masa lepas sekolah je dah janji dgn arwah mak dan arwah abah dieorg xyah kerja duduk je rumah nnt bulan2 kita bg mak duit tau.
Jual tin dan kotak untuk cari duit tambahan
Series strugle bila dah xbekerja 😫 xdpt bg mak duit banyak tp dah bgtau abah, “bah walau gaji kita sikit sekali pn mintak izin asing kan sikit bg abah dgn mak boleh?Maka dr situ abah usaha cari duit tepi jual tin2 kotak dapat duit die suh ketepikan balik kampung bg kat arwah mak dgn abah.
Rupa nya dalam nilai duit itu ada doa. maka berlalu la abah tanggung mak dgn anak tiga walau ade saat nak tunggu gaji duit kat tgn tinggal rm10 saje😩Bertitik mula dr pergi nya arwah kakak dan arwah abah selang seminggu sebab sakit,maka abah buat kan fb untuk hilang kan kebosanan mak bila dia g kerja anak2 tidur.Sekurg2 nya mak xnangis lg.
Resipi Cekodok dapat 5 like
Bermula baking pertama apam😂 apam susu hehari buat sampai abah kata dah la hahaha jgn hari2😝😝 tp die makan jugak dan die kata sedap🤣🤣🤣Walau pn resepi perkongsian pertama adalah hanya cekodok😂 tp sebab ade 5 like semangat mak nak kongsi resepi bekobar kobar.Hari2 teringin cuba benda baru lepas tu ajar pd org.
Sampai dapat gelaran cikgu😂😂walau pn xbetauliah hahaa.Bermula lah percubaan baking kek coklat moist dalam dadih😂 tp bila tuang cheese kek terapung🤣🤣dah kenapa hahaha.
Pendapatan pertama RM18
Tp kompiden level mak mmg tinggi hahaha.Propose kedai acheh ayat xleh blah.Kek saya ni sedap tau kalau jual kat kedai awak mmg sekejap je licin.Saya bukan xnak letak kt kedai lain saya ni buat sorg xlarat buat banyak2 eh kedai awak kire betuah kalau ambik kek saya sbb saya sudi buat😝
Pendapatan pertama rm18😂 sbb satu jual rm1.80 laku 10 je lain basi😂😂😂mana nak tau kene letak peti ais😂 mak suh die letak atas meja je.
Tak putus asa esok baking lg 🤣🤣🤣 yg kelakar sanggup lalu 4-5 kali kat kedai tu semata2 nk tgk kek tu ade kurg ke tidak😂😂
Bukan jutawan segera
Masa kat rumah sewa tidur ruang tamu bgtau abah.bah bila kite nak ade bilik cantik sket bah, dapur elok sikit😫 abah kata sabar nnt ade la rezeki tu.Personaliti abah ni jenis cool die xpernah tengking atau mrh sepanjang 14 tahun kawin.Masa arwah mak masa tu xsihat sakit mak bgtau arwah,mak aku nak beli rumah nnt mak doakan tau.
Mak kata😂boleh ke ko jual kek siram susu je mcm ni beli rumah😅 mak xtau cheese die kata susu.
Impian bilik dan dapur mak xtercapai dalam masa 1 2 tahun.Mak bukan jutawan segera.mak ambik masa berbelas tahun untuk ape yang ada skrg.
Menangis tengok isteri tidur di lantai
Bila mak dah ada segala2 nya.Tiba masa mak balas kesabaran dan kegigihan abah waktu mak surirumah.Cara abah mencukupnkan perbelanjaan anak beranak cara abah rajin usaha nak pastikan mak happy dgn anak2 walau xbanyak duit.Skrg mak pastikan abah dan keluarga dia senang sekali sebab pengorbanan dia dulu.Walau kerja abah jd driver dan tukang jaga acc mak sbb mak xpandai transfer2 beli on line pn xtau.Mak pastikan abah xpenat mcm dulu,menangis tgk isteri tidur di lantai.
Berjaya ubah dapur biasa ke dapur impian
Sesungguh nye kejayaan mak sekrg ada abah yg memegang bahu mak dr belakang.Terima kasih En Din Stranger untuk 14 tahun yg sgt berwarna warni.
Kita berjaya ubah dr dapur biasa ke dapur impian dr bilik kecil ke bilik besar. bila kita dah ada duit ade segala nya jgn lupa sifat baik kita masa susah,sedekah,dan hargai ibu bapa. semoga kalian juga berjaya menjadi org yg berjaya walau tempoh nya amat lama🥰🥰
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...