Rahsia Air Nescafe Lembut & Lemak Berkrim Persis Bancuhan Barista Ternama. Wanita Ni Kongsi Resipinya!

Share

Bagi peminat nescafe,pasti ada teknik atau cara ketika membancuhnya bagi mendapatkan rasa yang enak kan. Kalau kena pada caranya, itu yang membuatkan kita ketagih untuk terus minum.

Bagi yang nak mencuba, boleh ikut teknik yang dikongsikan puan Safillah Alivi ini.  Simple tapi hasilnya air nescafe lebih lembut dan lemak Berkrim. Sedap!

Terima kasih pada yang share coffee viral tu. memang sedap amat. Saya suka minum versi panas (cappuccinos). Smooth texture coffee ni seakan coffee di barista yang ternama.

Saya buat banyak sikit. Extra boleh simpan seminggu dlm fridge.

Bahan dan cara membuat:

Saya guna coffee jenis decaff
Saya guna brown sugar
4 sudu coffee + 4 sudu brown sugar
Air panas 4 sudu
Sebatikan dan on kan mixer. Kalau nak naikkan muscle boleh juga guna tangan
Mix sampai gebu macam ni. Bila nk pakai just ceduk je
Hot cappuccino. Panaskan susu. Letak mixture coffee tadi. Bancuh hingga sebati. Sedap smooth texture coffee ni. Edit: guna susu segar mcm farm fresh atau dutch lady ye. Bukan susu pekat manis. Diabetes pulak nanti 😂

IKLAN