Rahsia Cantik & Ramping Yang Diamalkan Che Ta, Patut Lah Mantap Je, Rumah Tangga Pun Bahagia.Ibu-Ibu Jom Cuba Petua Ni !

Share

Cantik, terkenal, punya keluarga bahagia dan suami yang penyayang antara bonus pada pelakon bermata galak ini. Tidak keterlaluan jika ada yang menjadikan Che Ta sebagai sumber inspirasi. Ke mana-mana sahaja kakinya melangkah, pasti dia  sentiasa mencuri perhatian. Mana taknya dia ibarat idola buat semua ibu-ibu untuk bergaya. Namun bagi empunya diri, segalanya adalah atas ketentuan Yang Maha Pencipta.

Walaupun usia sudah melepasi  40an, Che Ta tetap kekal cantik bergaya, tidak pernah kalah berfesyen malah citarasanya jauh terkedepan. Langsing usah cakaplah, mengalahkan anak dara persisnya.

Pastinya bukan hanya produk yang diamalkan oleh wanita tinggi lampai kelahiran negeri Kedah ini. Ibu kepada Ammar Effendy, Aniq Ezzra, dan puteri kesayangan semua, Aaisyah Dhia Rana ini rupanya turut mengamalkan petua tradisional untuk kekal langsing dan jelita.

Amalkan Bahan Semujadi

 

Che Ta akhirnya berkongsi rahsia kurusnya di instagramnya sebelum ini. Katanya inilah amalan yang dilakukannya sejak dulu. Bolehlah kita cuba. Ini yang dikongsikan oleh Che Ta.

Qamai sangat yang tanya , bahan- bahan tadi nak buat gena? Leceh memang leceh tapu nak kurus tanpa keluaq modai besaq memang leceh .. nak cantik kan ? Jangan mengeluh. Ha begitu kata Che Ta di instagramnya. Jom tengok cara penyediaannya.

Bahan-bahan:
Delima
Buah beri
Delima
Epal
Asam keping

Caranya:
1. Rebus asam keping terlebih dahulu.

2. Kisarkan bahan-bahan lain dengan air secukupnya.

3. Tuangkan air asam jawa yang direbus.

4. Kisar sampai sebati dan minum.

 

Kata Che Ta kurma bekalkan kita tenaga setiap hari manakala asam keping pula membuang lemak dalam badan. Epal hijau pula membuang toksin dalam badan. Malah katanya inilah yang buat perut kita buncit.

Minumlah sebanyak mana yang kita boleh minum setiap hari. Tapi leceh sikitlah, nak cantik takpe. Sedap macam yogurt. Kena rajin nak cantik ye.

Sumber: instagram @rozitachewan1

IKLAN