Menu simple seperti daging goreng kunyit sudah semestinya menjadi pilihan waktu berbuka atau bersahur. Bukan hanya mudah cara membuatnya bahkan rasanya yang sedap buat ia sentiasa jadi pilihan.
Pun begitu memasak daging goreng perlukan tipnya agar lebih lembut dan sedap. Perkongsian resipi Aisyah Humaira ini anda kena cuba.
Air tangan resipi ayahnya ini turut menambah halia yang ditumbuk. Ia dikatakan membantu menyedapkan lagi daging kunyit. Yang ni wajib cuba!
Daging goreng kunyit resipi ayah Zie. Dia suka yang garing tapi liat-liat lembut. Kalau ayah goreng daging mesti kami berebut kunyah meratah. Sedap! Sebab letak benda tu kot.
Ads
Bahan-bahan:
1 mangkuk daging dihiris nipis
1 sudu kecil penuh serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk kari daging
1 sudu besar halia yang ditumbuk lumat (ni rahsia daging lebih berperisa dan sedap)
Garam, maggi cukup rasa secukupnya
2-3 sudu besar air
1. Satukan semua bahan ni.
Ads
2. Panaskan sedikit minyak dan goreng hingga masak.
3. Jika suka boleh masukkan sayur kegemaran ketika daging hampir masak seperti kacang panjang, cili padi atau lobak merah.
Nasi ulam merupakan menu yang sedap dan mudah untuk dibuat. Nasi ulam bukan sahaja enak untuk dimakan, malah ia kaya dengan pelbagai khasiat. Bila tiba bulan puasa, memang sedap berbuka dengan menu nasi ulam.
Nasi putih yang digaul bersama pelbagai jenis ulam-ulaman kampung serta rencah ini ternyata sangat mudah dihasilkan. Malah rasanya yang enak juga membuatkan ia menjadi kegemaran ramai. Nak lagi sedap, guna banyak ulam-ulaman yang berbau wangi. Memang lagi berselera.
Resipi Nasi Ulam Kampung Terpaling Sedap
Boleh juga dapatkan di bazar Ramadan, tapi sebenarnya nak buat nasi ulam senang saja. Hanya perlu sediakan bahan kemudian beberapa langkah mudah dan nasi ulam pun akhirnya siap. Nak tunggu balik kampung ibu buatkan? Memang lambat lagi! Jom ikuti perkongsian resepi nasi ulam seperti yang dikongsi oleh Zurida Hassan ini.
BAHAN-BAHAN:
Nasi
Serai – hiris nipis
Halia
Lengkuas
Cili padi
Bawang merah – mayang halus
Kerisik secukupnya
Ikan masin (boleh guna ikan talang, tenggiri & gelama) – goreng dan tumbuk
Lada hitam – tumbuk
Gula dan garam secukup rasa
BAHAN DAUN ULAM:
Daun mengkudu
Putat
Selom
Sekentut
Bebuas
Tebengau
Beluntas
Janggus
Pucuk kari
Daun kesum
Peria pantai
Kaduk
Bunga kantan
Nak Buat Pun Mudah
CARA MEMASAK:
1.Satukan ulam-ulaman dan hiris halus. Ketepikan.
2. Serai, halia dan lengkuas dikisar kering atau ditumbuk lumat. Jika suka pedas, boleh hiris nipis cili padi mengikut kepedasan yang disukai.
3. Dalam bekas berisi ulam yang dihiris, masukkan bawang merah dan bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Gaul rata.
4. Kemudian masukkan kerisik dan ikan masin yang sudah digoreng dan ditumbuk halus. (boleh guna ikan talang, tenggiri atau gelama masin).
5. Gaul hingga sebati.
6. Masukkan nasi ke dalam bekas bersesuaian. Masukkan serbuk lada hitam dengan secukupnya.
7. Tambahkan bahan-bahan ulam yang telah digaul tadi dan perasakan dengan gula serta garam dengan secukupnya.
8. Nasi Ulam sedia untuk dinikmati. Enak dimakan bersama sayur keladi.
9. Jika suka, boleh juga nikmati bersama telur masin.
Sekali sekala bila datang penyakit ‘malas’ memasak, memang tidak dinafikan kurang bersemangat untuk memasak menu yang istimewa. Kalau boleh cukuplah sekadar menu ringkas sahaja yang ingin dimasak.
Pun begitu, andai tekak terasa teringin pula makan sesuatu yang enak sedangkan mood tiada, jadi untuk atasi masalah ini lebih baik anda sediakan sahaja menu yang mudah ini tapi hasilnya memang makan special jadinya.
Menu yang dimaksudkan adalah Nasi Briani Kari Adabi, walau dimasak sekadar nasi tanpa padanan menu yang lain sudah cukup lengkap dirasakan. Sekali masak nasi, lauk kambing dapat dinikmati bersama. Memang mudah dan enak!
Jadi nak tahu resipinya, ini sepertimana yang dikongsikan oleh Nurul Afidah.
Nasi Briani Kari Kambing Adabi
Cuba resepi yang pernah viral seketika dahulu tapi kita olah sikit guna apa yang ada kat dapur
Bahan bahan
-Kari kambing adabi 2 tin (boleh jugak guna daging/ayam)
-Beras basmathi 4 pot (basuh & rendam air 15-30minit) – Cik Fide guna beras faiza basmathi moghul – tapis selepas 30minit
-Tomato 1biji potong dadu
-Bawang besar 1biji hiris nipis
-Halia 2inci hiris nipis
-Rempah 3 sekawan
-3 helai daun pandan
-3 biji cili besar hijau @ merah
-Susu cair @ fresh separuh cawan
-Planta 1 senduk
-Telur rebus ikutlah berapa biji, tadi ada 2 je
-Kiub pati ayam separuh
-Air 1 tin kari kambing – untuk masakan ni saya letak 1 tin air je sebab kari tu pun dah ada kuah. Kalau banyak sangat takut lembik pula
-Sedikit garam
Cara-cara
1. Panaskan planta & tumis rempah 3 sekawan. Masukkan halia & masak sehingga kekuningan
2. Masukkan bawang besar & daun pandan. Masak sehingga layu
3. Masukkan kiub pati ayam, tomato & susu fresh. Biarkan sehingga mendidih dan masukkan kari kambing & garam. Masukkan air dan biarkan mendidih
4. Masukkan beras dan biarkan sebati dengan kuah. Tak payah lama lama sangat.
5. Pindahkan ke dalam periuk nasi elektrik, masukkan telur rebus dan cili besar. Masak seperti biasa. Sesekali jenguk dan kacau kacau nasi tu jika perlu.
6. Dah siap, bolehla hidang! Kalau rajin buatlah acar, kemalasan melanda tadi. Nak lagi sedap boleh tabur hirisan daun ketumbar, pun takdee tadi.
Kalau rajin masaklah ayam merah takpun dalca takpun sup kosong tapi itulah saya tak berapa nak rajin. Makan macam ni pun sedap sangat dahh. Rasa dia sedap cukup rasa! Aroma semerbak satu rumah! Kari kambing Adabi tu cik Fide beli kat Shopee je. Nak cari kat kedai kemain payah.
Okay selamat mencubaa!
Anda juga boleh membeli Kari Kambing Adabi secara online klik di sini
Satukan kesemua ramuan (*) kacau rata jangan sampai bergentel.
Sementara itu griskan loyang pengukus dengan minyak sayuran.
Tuang sesenduk adunan batter ke dalam loyang. Pastikan semua ruang loyang dipenuhi adunan better dengan menggoyang-goyangkan loyang tadi. (guna senduk lauk tu)
Kemudian kukus sehingga masak dalam lebih kurang 7-10minit.
Biarkan sejuk kejap pastu griskan permukaan kue teow dengan minyak sayuran tadi. Keluarkan dari loyang, susun bertindan. (Ulangi proses ini hingga selesai)
Sapukan permukaan pisau dengan minyak pastu bolelah dipotong mengikut saiz yang anda suka. Siap
Tips
**semasa memotong kalau pisau anda pendek bole lah lipat dua lempeng kue teow tu. Senang sikit nak potong.
** yang saya buat ni ada tebal sikit. Mungkin bole ditambah air sedikit untuk lebih nipis.
Sumber : Fiza Mh via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.