Bagaikan meraikan acara gilang gemilang. Sebuah majlis berkhatan di Bandung, Indonesia menjadi perhatian ramai kerana disambut secara besar-besaran sehingga kelihatan seperti mengadakan acara konsert bagi meraikan anak yang bakal melangkah ke alam dewasa.
Malah apa yang lebih mengejutkan, majlis ini turut menelan belanja sebanyak 3 bilion rupiah (RM856,029), lapor portal berita Wolipop.
Berdasarkan hantaran tular di laman TikTok, majlis berkhatan itu dihiasi pentas besar dan disertai oleh kumpulan muzik Koplo dari Tuban, Jawa Timur.
“Menjadi sebahagian daripada majlis mewah anjuran orang kaya. Acara selama empat hari dan empat malam,” demikian menurut keterangan pada video tersebut.
Wolipop menghubungi individu yang memuat naik hantaran tersebut bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai acara itu.
Menurut Gito yang merupakan pemilik Pixel Visualindo, acara itu diadakan oleh hartawan dari Bandung yang memiliki perniagaan angkringan (warung tolak) terkenal di Kota Kembang.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
“Daripada maklumat yang saya tahu, kos majlis itu ialah 3 bilion rupiah (RM856,029),” kata Gito.
Ads
Tambahnya, majlis berkhatan itu berlangsung selama empat hari.
“Tujuan keluarga berkenaan menganjurkan acara berkhatan yang meriah sebegitu adalah kerana mempunyai ramai tetamu selain mahu memberikan hiburan kepada penduduk setempat,” jelasnya.
Tambah Gito, ia turut kelihatan seperti acara konsert kerana mempunyai pentas besar, sistem bunyi dan multimedia.
“Saya berasa seperti berada di sebuah festival muzik dipenuhi bakat-bakat tempatan yang membuat persembahan,” ujar Gito.
Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.
Ads
“Ini yang dinamakan bersedekah untuk menghiburkan diri sendiri dan orang lain,” kata seorang pengguna media sosial. – Agensi
Bukan mudah untuk membesarkan anak-anak istimewa. Selain punya kesabaran yang tinggi, ibu bapa harus berjiwa kental dengan padangan masyarakat sekeliling. Terkilan dengan sikap segelintir masyarakat yang memberi persepsi negetif anak istimewa ini. Ikuti luahannya NorizaHashim dilaman facebooknya.
JANGAN KAITKAN DENGAN DOWN SINDROM
Setelah lebih sedekad memiliki anak dengan Sindrom Down, aku merasakan persepsi negatif masyarakat terhadap Sindrom Down tidak banyak berubah. Jika dulu kita sering mendengar lawak-lawak OKU dikaitkan dengan Sindrom Down untuk dijadikan bahan ketawa namun pada zaman media sosial ini masih ada lagi hinaan mengaitkan Sindrom Down atas nama Sarscam. Lagi teruk ada yang menggunakan akaun palsu untuk menyelar ibu bapa yang mempertahankan anak syurga dilabel membawang dan pembaris.
Apabila disebut kurang upaya selalunya masyarakat mengaitkannya dengan Sindrom Down sedangkan kategori kurang upaya terbahagi kepada: 1. Kurang Upaya Pendengaran 2. Kurang Upaya Penglihatan 3. Kurang Upaya Fizikal 4. Masalah Pembelajaran 5. Kurang Upaya Pertuturan 6. Kurang Upaya Mental 7. Kurang Upaya Pelbagai
Kategori Kurang Upaya bagi Sindrom Down adalah Masalah Pembelajaran. Sama kategori dengan lembam, kurang upaya intelektual, Autisme, ADHD, Diksleksia, Diskalkulia dan Disgraphia serta lewat perkembangan global (global development delay). Semuanya berbeza, tidak boleh pukul sama rata dan mencampak semua ketidakupayaan itu kepada Sindrom Down. Anak-anak syurga kami selalu diejek dan dihina dengan panggilan “Budak Sindrom” tetapi banyak lagi sindrom lain yang ada di dunia ini seperti Sindrom Patau, Sindrom Edward, Sindrom Tourette dan lain-lain. Tetapi mengapa Sindrom Down yang selalu menjadi mangsa kejian dan umpatan? Mungkin kerana kejahilan masyarakat tentang ilmu berkenaan Sindrom Down menyebabkan mereka sering dihina dengan perkataan bodoh, hodoh, lemah, penyakit, cacat kekal, balasan, kenan dan tak hidup lama. Betapa tegarnya mereka sehingga sanggup mengutuk ciptaannya Tuhan. Malah ada yang masih menganggap ia suatu taboo dan patut disorokkan daripada masyarakat.
Tuduhan-tuduhan tadi sudah lali didengar tetapi hakikatnya sekarang keadaan banyak berubah. Cuma minda dan hati kita sebagai masyarakat masih tertutup menerima golongan istimewa ini dengan hati terbuka. Masalahnya adalah kita. Kita yang tidak tahu untuk bertindak balas dengan mereka dengan cara yang betul, sopan dan berhemah. Kita yang lari dari mereka. Kita yang tidak mahu memandang mereka. Kita tidak diajar cara menyantuni anak istimewa. Kita masih menganggap mereka bermasalah. Tanya diri kita adakah ini masalah kita atau mereka? Ya. Benar, mereka mempunyai kesukaran untuk hidup SEMPURNA di dalam dunia NORMAL kita. Kita yang sering memandang mereka abnormal, tidak upaya sedangkan kita yang normal ini tidak berupaya membantu mereka. Kita lupa mereka ini VVIP syurga yang penuh kasih sayang, bersih tiada dosa dan tidak berdendam seperti kita.
Ini bukan ujian untuk mereka dan keluarga mereka sahaja. Ini ujian untuk kita semua. Jangan dipinggirkan mereka. Sudah lama kita meminggirkan masalah mereka untuk menyelesaikan dahulu masalah kita. Menganggap mereka golongan minoriti dan kebajikan mereka dan keluarga dikesampingkan. Lebih teruk jika kita melayan mereka seperti insan yang berdosa tetapi kita tidak menyedari dosa kita mengabaikan mereka. Hakikatnya mereka ini gudang pahala. Tangan-tangan mereka mungkin akan menarik kita ke syurga. Tatkala kita terus mentertawakan dan menghina mereka di dunia, tanpa perasaan simpati dan empati, fikir-fikirlah dan bermuhasabahlah.
Kamiakanterusberjuang
Kami sebagai ibu bapa anak hebat ini akan terus berjuang. Berjuang sehebat anak-anak kami yang kuat menghadapi ketentuan Tuhan ini. Kami sebenarnya menumpang kekuatan mereka. Biarlah yang orang lain menganggap mereka “DOWN, DOWN, DOWN”. Memang kadangkala semangat kami adakalanya “DOWN” tapi setiap kali memandang wajah-wajah mereka aura kekuatan itu datang.
Ibu ayah anak-anak syurga, ujian ini bukan mudah. Kadangkala payah. Tapi sentiasa ada sinar harapan. Warna ceria sentiasa muncul. Kita sama-sama menangis dan ketawa. Kehadiran anak-anak syurga memberi banyak warna dalam kehidupan kita. Merekalah Panas, Hujan dan Pelangi dalam kehidupan kita.
Bagi netizen pula, jangan mudah menghina anak ini. Dan jangan sesekali menyamakan perbuatan salah orang NORMAL tetapi mengaitkan dengan Sindrom Down. Anak DS ini jarang melakukan perbuatan pelik dan ketagih viral macam manusia yang sentiasa menggelarkan dirinya NORMAL.
Catatan ikhlas Noriza Hashim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa yang tidak mengenai Tan Sri Vincent Tan yang merupakan pemilik nama jutawan yang tidak asing lagi pada pendengaran kita.
Beliau merupakan pemilik Thera Sdn Bhd dan Pengerusi Berjaya Group. Majalah Forbes telah menyenaraikan beliau dalam kelab bilionair Malaysia ke-9 dengan aset sebanyak RM4.2 bilion.
Muat naik terkini Chryseis Tan yang merupakan anak sulung kepada Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun menarik perhatian ramai di media sosialnya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
SYUKUR DAH SEPASANGAN
Chryseis memuatnaik video mengumumkan bahawa jantina anak keduanya adalah bayi lelaki. Di samping suami, SM Faliq Nasimuddin, pada usia kandungan 26 minggu Chryseis kelihatan berseri di majls berkenaan.
Bapanya, Tan Sri Vincent Tan dan ibunya serta ibu mertua dan ahli keluarga lain hadir meraikan majlis itu.
Untuk rekod, Chryseis berkahwin dengan pewaris Naza Group Faliq Nasimuddin pada 4 Februari 2018 di The Chetateau Bukit Tinggi Pahang. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Arianna Kyla Tan pada 16 Julai 2020.
WARGAMAYA UCAP TAHNIAH
Melihat video dan kapsyen itu, wargamaya menitipkan ucapan bagi pasangan bahagia tersebut.
Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah, selamat bergelar suami dan isteri selepas dinikahkan semalam.
Pasangan diraja itu dinikah dalam satu istiadat pernikahan yang berlangsung di Masjid Omar Ali Saifuddien.
Radio Televisyen Brunei (RTB) sebelum ini melaporkan istiadat perkahwinan pasangan diraja itu berlangsung selama 10 hari, dan dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja, pada 7 Januari lalu.
Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja yang berlangsung semalam (11 Januari), manakala acara kemuncak iaitu Majlis Bersanding Pengantin Diraja dijadualkan berlangsung di Istana Nurul Iman, pada 14 Januari ini.
Majlis Persantapan Diraja pula akan diadakan pada 15 Januari diikuti Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada 16 Januari.
Terdahulu, Mateen ialah anak ke-10 kepada Sultan Hassanal Bolkiah manakala Dayang Anisha Rosnah pula merupakan cucu kepada penasihat khas kepada Sultan Brunei, Pehin Datuk Isa.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.