Tentunya bila ada pengisytiharan cuti umum di Malaysia, semua antara kita akan berasa gembira dan teruja mendengar perkhabaran tersebut.
Isnin depan (8 Jun) diisytiharkan sebagai hari kelepasan am bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan berkata pengisytiharan itu dibuat di bawah Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan 1951 dan telah diwartakan pada 18 Mac lepas.
Ads
“Hari kelepasan am ini adalah termaktub sebagai hari cuti umum yang wajib diberikan kepada pekerja menurut Seksyen 60D (1)(a)(ii) Akta Kerja 1955 (Akta 265).
Ads
“Hari kelepasan am ini tidak boleh digantikan oleh tarikh lain dan pekerja yang diarahkan bekerja pada tarikh ini hendaklah dibayar gaji pada kadar bayaran bagi hari kelepasan am selaras dengan peruntukan Akta 265,” menurut kenyataan itu.
Ads
Daulat Tuanku! Jadi bolehlah kita rancang sebaiknya cuti yang ada untuk melakukan pelbagai aktiviti yang bermanfaat bersama keluarga.
Sumber: BERNAMA
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos rajin berkongsikan gelagat dan kaletah anak-anak mereka Di media sosial.
Selain itu, pasangan ini juga sering berkongsi tip berkenaan kekeluargaan dan cara mendidik anak-anak.
Setiap kali video atau gambar anak-anak dimuatnaik pasti meraih perhatian warganet. Si kecil Sophea Emelia antara yang menjadi kegemaran ramai pengikut.
Jika sebelum ini, Dr Halina pernah berkongsi video perkataan pertama Emelia sudah pandai menyebut beberapa perkataan. Terbaru, Dr Halina berkongsi pula video gelagat Emelia yang suka memanggil nama kakak sulungnya, Bella.
Dalam video tersebut, Dr Halina telah meminta anaknya yang sedang berada di sisinya untuk memanggil Bella. Sejurus itu, terus Emelia menyebutnya dan Dr Halina meminta lagi Emelia untuk memanggil Bella.
Gelagat Emelia yang berulang kali menyebut nama kakaknya itu buat ramai yang menonton terhibur. Malah kedengaran pada akhir video, suara Bella menyahut apabila mendengar Emelia memanggil namanya. Alahai comel sangat Emelia ni.
Perkongsian ini begitu bermakna, apatah lagi andai kita ingin dapatkan gambaran dan cara yang pernah dilakukan oleh tetamu Allah sepanjang mengerjakan umrah di sana.
Dapatlah kita lakukannya bersama keluarga bila berpeluang mengerjakan umrah suatu hari nanti.
Ini perkongsiannya.
Malam ini Sally nak kongsi pengalaman masuk ke Raudhah di mana anda boleh solat semahu-mahunya. Cara paling selamat, paling aman, tidak bertolak, tidak perlu berlari dan paling penting boleh berdoa dan bersolat tanpa ada gangguan dari Jemaah lain dan pengawal Arab wanita.
Pengalaman berbeza
Alhamdulillahh kali ini Sally berpeluang 4x memasuki Raudhah. Itu pun sebab sehari Sally demam. Kalau tidak pastinya setiap hari paling tidak 2x sehari pasti hendak mengunjungi makam Rasulullah saw. Itulah tempat yang menjadi idaman setiap muslim jika di Tanah Madinah Al Munawwarah.
Berlainan dengan pengalaman umrah pertama, kali ini Sally memilih untuk memasuki Raudhah mengikut keadaan Sally sekarang. Sally tidak boleh berlari dan bertolak-tolakan. Mengandung 3 bulan membataskan pergerakan agresif Sally. Lebih-lebih lagi membawa bonda bersama yang baru sahaja recover dari stroke.
Kali pertama beliau masuk ke Raudhah mengikuti kumpulan kerusi roda. Tapi apabila Sally amati keadaan, seperti biasa, strategi Sally buat dan susun secantiknya. Yang paling penting adalah kesabaran. Masuk dan sabar menunggu. Tidak perlu tergopoh-gapah.
Pilih waktu sesuai
Waktu yang paling sesuai untuk memasuki Raudhah bagi wanita adalah selepas Subuh dan selepas Isyak. Pastinya melalui pintu masjid no 25.
Tidak perlu terburu-buru atau tunggu di masjid selepas solat. Sally nasihatkan anda balik dulu selepas solat. Selepas Subuh misalnya, balik ke hotel untuk sarapan dulu. Berehat, buang air, berwuduk dan sebagainya dan sebagusnya kenakan jubah dan khimar berwarna hitam supaya tidak diganggu oleh pengawal Arab wanita kerana kita nampak serupa dengan orang Arab, Pakistan dan sebagainya. Dan kalau boleh beg umrah yang diberikan oleh travel agen tu digantung di dalam telekung atau tidak dibawa langsung. Kerana beg itu adalah pengenalan kita dan dah dikenalpasti kita dari Malaysia.
Selepas berwuduk dan mengenakan pakaian serba hitam, kembali ke masjid Nabawi mengikuti pintu 25 sekitar pukul 8.00 pagi dan terus ke bahagian depan. Penghadang kayu antara ruangan wanita dan lelaki telah dibuka. Laluan ini adalah laluan menuju ke Raudhah. Waktu ini anda tidak perlu berebut dan tidak perlu bertolak dan berhimpit. Hanya perlu berjalan lemah lembut dan terus ke Raudhah.
Maybe kali pertama pergi, anda boleh mengikuti kumpulan mutawif tetapi untuk sekian kalinya, better pergi sendiri. Lagi kecil group lagi senang pergerakan kita dan sukar dicam oleh pengawal wanita arab. Kita boleh menyelit di mana-mana kumpulan.
Jika anda nak masuk selepas Isyak, balik dulu ke hotel untuk dinner dan sekitar pukul 10.00 malam kembali ke masjid Nabawi mengikut cara yang Sally jelaskan di atas tadi.
Selepas melalui penghadang kayu, anda akan masuk ke kawasan dataran Raudhah. Dari sini sudah kelihatan makam Rasulullah di bahagian hujung iaitu kawasan bilik Siti Fatimah.
Anda boleh duduk dulu di dataran Raudhah, solat tahiyatul masjid, berzikir, baca al Quran dan apa-apa sahaja di sini. Biasanya Sally lebih suka masuk selepas Isyak. Sally tunggu sahaja di sini lebih kurang 1 jam setengah. Tidak terasa lama jika waktu yang ada diisi sebaiknya. Biarkan sahaja kumpulan lain masuk terlebih dahulu. Kita sabar sahaja menunggu. Bila orang sudah tidak ramai, sekitar 1-2 kumpulan sahaja, kita sudah boleh mula menyelit masuk. Sampai giliran kumpulan yang kita menyelit tadi, berjalanlah menuju ke Raudhah dan menghimpit ke kiri rapat ke makam Rasulullah saw. Tidak perlu terus ke karpet hijau.
Lakukan ini
Biasanya Sally duduk dahulu di karpet merah. Sampai salam sahabat dan sebagainya. Bila keadaan agak reda, Sally akan masuk terus ke karpet hijau, rapat ke dinding dan mula bersolat di situ. Oleh kerana keadaan kita di bahagian tepi dinding, jadi tiada siapa yang akan menolak.
Jika ada 3-5 orang sekumpulan, beraturlah dan pastikan semua mendapat tempat di tepi dinding. Solat taubat dahulu dan kemudian solat hajat. Satu solat hajat untuk satu hajat dan disambung lagi solat dan solat dan solat. Doa dibaca ketika setiap sujud terakhir. Solat sambung menyambung tanpa henti. Tidak pernah ada kekuatan untuk solat sebanyak itu.
Jika di Malaysia, solat sunat hajat 2 rakaat sekali sahaja. Dhuha pun paling banyak 6 rakaat. huhuhu.. tetapi bila di Raudhah rasa seperti tidak mahu berhenti solat. Jangan sesekali berdoa mengangkat tangan dan duduk termenung menangis. Pengawal Arab wanita akan menghalau kita keluar secepatnya. Tapi jika kita kekal dalam keadaan solat, mereka tidak akan ganggu atau menyuruh kita berhenti dan keluar.
Biasanya Sally akan menyertai kumpulan masuk ke Raudhah sekitar pukul 11.30 malam selepas sejam setengah menunggu. Dan kami habiskan masa lebih kurang 1 jam di dalam Raudhah. Selepas solat di dinding bahagian kiri, bergeraklah ke kanan seolah-olah ingin keluar. Tapi masa ini Sally akan rapat ke bahagian depan berdekatan dengan tiang Siti Aisyah dan ambik peluang bersolat di situ.
Kawasan tengah Raudhah sekitar pukul 12.30mlm agak lengang. Dan kita boleh bersolat di mana sahaja. Pengawal Arab wanita sudah mula untuk meminta jemaah keluar dari Raudhah kerana pukul 1 pagi mereka akan menutup Raudhah bagi wanita dan buka peluang untuk jemaah lelaki pula pada pukul 2 pagi. Dan waktu ini, kita akan rasa puas, aman dan rasa macam dah habis doa nak dibaca dan bersolatlah taubat sebanyaknya. Jika kita masuk berebut- rebut dan tergopoh gapah dan bersesak kemungkinan kita berpeluang solat sekali sahaja.
Syukur
Alhamdulillahh kali ini Allah berikan jalan yang terbaik buat Sally dan keluarga. Bonda, nenda dan kakanda amat berpuas hati dan semua kembali ke hotel dengan senyum puas dan syukur pada peluang yang Allah berikan.
Sally harap perkongsian Sally ini dapat dimanfaatkan dan anda juga berpeluang ke Raudhah dan rebutlah peluang beribadat di sana. Sally tidak mengikuti mana-mana mutawif kerana rasakan agak susah bergerak dalam kumpulan yang besar. Dan ada yang tergopoh untuk balik dan selesai awal.
Sally lebih suka santai dan punyai lebih masa di sana. Cubalah, anda akan lebih rasa manisnya. Jangan pernah serik memasuki Raudhah dan sentiasalah semai rasa rindu untuk ke sana sepanjang di Madinah.
Jasmin Hamid dan suami diraikan dalam satu majlis sambut menantu baru-baru ini mengundang perhatian ramai. Apatah lagi, sebelum ini, perkahwinan mereka mengejutkan ramai pihak selepas selamat bergelar suami isteri.
Tidak seperti selebriti lain yang memilih untuk mewar-warkan hal perkahwinan, namun pasangan sebaliknya. Malah, hanya kenduri doa selamat sahaja diadakan buat ahli keluarga kedua belah pihak pada ketika itu.Usai seminggu bergelar isteri, Jasmin Hamid memuat naik perkongsian diraikan oleh keluarga mentuanya dalam satu majlis ringkas.
Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi laman instagram isteri kesayangan Nazmir ini. Dalam kapsyennya, Jasmin melahirkan rasa terharu dan berterima kasih buat keluarga mentuanya yang bersusah payah membuat persediaan majlis lengkap dengan pelamin serta berpeluang bergambar kenangan bersama.
“Dah HALAL,baru SUPERMAN saya boleh pegang dan terbang ke hati saya..❣️❣️❣️
“Terima Kasih kepada Mak Mertua dan adik Ipar sebab buatkan kek untuk kami ❤️❤️❤️
“Sekarang Allah pinjamkan Ibubapa Mertua untuk saya menumpang kasih..
“Taraf Ibubapa Mertua sama seperti Ibubapa Kandung..
Ini juga salah satu REZEKI ALLAH kerana pinjamkan saya Ibubapa Mertua yang sangat baik dan terima saya seadanya.. Sesungguhnya ALLAH itu MAHA BAIK..“TERIMA KASIH di atas DOA dan UCAP SELAMAT yang tak putus-putus buat saya dan suami..
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.