Berat mata memandang berat lagi bahu. Hati ibu mana yang tidak sebak melihat anak yang dikandung selama 9 bulan lahir dengan sempurna, namun hilangan pancaindera akibat sikap rakus manusia.

Bukan tidak menidakkan takdir tetapi naluri ibu sebak dengan kejadian menimpa buat anak tersayang. Akibat disamun oleh tiga oranag lelaki, anak anak kini kehilangan tangan kanan.

Memetik laporan Free Malaysia Today, ketika kejadian, mangsa Siti Nur Azizah Syafriadi, 17 bersama teman lelakinya menaiki motosikal Y15ZR dari arah Jalan Kuching menghala ke Jinjang telah dikejar oleh tiga orang lelaki menaiki dua motosikal kira-kira pukul 12.10 tengah malam.

Tiga lelaki terbabit menendang sebuah motosikal dinaiki pasangan itu sebelum menyamun mereka. Nur Azizah cedera di bahu kanan, manakala teman lelakinya cedera di muka dan badan dipercayai dipukul oleh suspek.

Tangan membiru tidak dapat diselamatkan.

Terkini: “Azizah Dah Buka Mata. Syukur Dah Sedar…” Gadis Penghantar Makanan Disamun Sudah Sedar, Warganet Titip Doa.
Siti Nur Azizah dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.- Gambar Sumber Sinar Harian

Siapa sangka, kejadian itu menyebabkan tangan kanan  terpaksa dipotong tidak boleh lagi berfungsi walaupun saluran darah utama sudah dijahit.

“Doktor buang tangan kanan dia (Nur Azizah) sampai paras bahu, masa masuk kecemasan doktor sudah jahit saluran darah utama.

IKLAN

“Tetapi pagi semalam (Jumaat) doktor tengok tangan dia dah membiru, sudah tidak boleh berfungsi jadi doktor telefon waris nak minta kebenaran potong tangan.,” jelas salah seorang ahli keluarga mangsa.

Harapan keluarga

Mangsa merupakan anak anak sulung daripada lima beradik merupakan insan yang bertanggungjawab membantu menambah pendapatan keluarga dengan menjual dan membuat perkhidmatan menghantar makanan. Mereka sekeluarga tinggal di kediaman PPR Beringin Jinjang, Kuala Lumpur.

“Dia anak sulung cari rezeki siang malam hantar makanan, tapi dia dianiaya sampai kudung tangannya, dia merupakan anak yatim dan dia disamun ketika sedang keluar cari rezeki.”

IKLAN

Terkini: Telah sedar dan masih lemah 

“Alhamdulillah , terus kan doa kawan2, azizah dah bukak mata☺️ syukur azizah dah sedar .. semoga azizah terus kuat-Atiqah Mowari

Terkini: “Azizah Dah Buka Mata. Syukur Dah Sedar…” Gadis Penghantar Makanan Disamun Sudah Sedar, Warganet Titip Doa.

IKLAN

Terkini: “Azizah Dah Buka Mata. Syukur Dah Sedar…” Gadis Penghantar Makanan Disamun Sudah Sedar, Warganet Titip Doa.

Menerusi perkongsian terbaru menerusi Atiqah Mowari , memaklumkan adik Siti Nur Azizah Syafriadi telah sedar namun lemah.

Beliau memberitahu bahawa mangsa merupakan adik saudaranya juga mohon warganet mendoakan kesejahteraan mangsa.

Buat yang ingin memberi sumbangan ke akaun ibu mangsa, Roslinawati binti Ya di akaun
CIMB: 7067141326

Sumber: Free Malaysia Today, Sihar HarianAtiqah Mowari

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI