Sejak PKP ni ramai yang suka buat sendiri biskut dan kek dirumah. Maklumlah tidak ke mana-mana banyak masa dihabiskan di rumah bersama keluarga.
Tentunya kudapan sentiasa ada di rak dapur. Salah satu cara untuk memastikan biskut atau kek tahan lama dan rasa yang lebih sedap adalah sangai tepung sebelum membuat bancuhan kek atau biskut.
Petua ini dikongsi oleh saudara Muhamad Farid Omar yang mana turut berkongsi beberapa petua masakan lain.
Haqi ni ceq bagi cara nak sangai tepung guna oven , petua nak bagi Biskut , Kek tahan lama dan cara buat Self Raising Flour ..ok jom kita start
Cara nak buat sangai tepung guna oven : 1. Hampa ambik tepung gandum biasa tu ayak lepas tu hampa bakaq sat suhu 160c dalam 20 minit 2. Nanti tepung tu akan berketul-ketul lepas keluaq dari oven biaq suam-suam sikit atau sejuk ayak lagi sekali sambil pecahkan semua ketul-ketul tu 3. Sejukkan dah siap tepung sangai hampa mudah kan..boleh hampa buat kerja lain sambil tunggu tepung tu siap
Nak dapat Biskut rangup dan Kek tahan lama : 1. Bila dah bakaq siap tepung ( sangai ) hampa ayak la 2 3 kali nanti tepung tu jadi ringan dan haluih 2. Nanti Biskut hampa tahan lama , rapuh , Kek hampa jadi gebu ( terutama Kuih Traditional Bahulu dan Kuih Bakaq ) 3. Untuk gula putih putih pulak hampa jemoq sat tengah panas sambil – sambil tu kacau sekali sekala sampai kering
Ads
4. Nak tau kering hampa genggam gula tu dan lepas kalau biji – biji gula tu dah tak melekat dekat tangan memang dah kering elok 5. Kalau hampa rajin hampa kisaq sikit gula putih nak beli gula kastor boleh tapi harga agak mahai so beli gula putih ja jimat sikit..
Cara nak buat sendiri Self Raising Flour : 1. Lepas tepung sejuk hampa ambik 1 sudu besaq Baking Powder ( guna sudu sukatan ) timbang 250gm tepung tadi ayak sekali lagi bagi rata dah dapat tepung Self Raising Homemade..senang ja kan 2. Dah siap semua hampa boh dalam balang dan labelkan macam cea buat ( rujuk gambaq sat lagi tertukaq pula ) 3. Ceq guna 3 jenis tepung kalau nak buat koi dan kek ( tepung cap rose , tepung gandum biasa dan self raising )
Ok tu ja ceq kongsi cara ceq dok buat Kek dan Biskut cara jimat kalau hampa nak cuba… Bukan apa beli barang nak buat dah mahai kalau buat tak jadi sayang uih.. Mana boleh jimat tu kita usaha baru berkat. Janji hampa kena rajin, sabaq nak ikhlas InsyaAllah
Tanpa kopi seakan tak bermaya pula untuk buat kerja. Namun, pengambilan kopi terutama 3 in1 misalnya tidak elok untuk kesihatan di sebabkan kandungan gula yang agak tinggi.
Jika anda penggemar kopi, jangan bimbang ada cara untuk menggantikan gula di dalam kopi. Yang penting tip ini menggunakan bahan yang lebih sihat.
Berikut kami senaraikan 9 jenis pemanis yang anda boleh gantikan dalam minuman kopi anda.
Anda harus cuba menambah ekstrak vanilla ke dalam kopi! Walaupun kurang memberi kesan manis dalam minuman, ianya boleh menghasilkan aroma dan rasa lebih kaya
Selalunya madu sering dicampurkan ke dalam teh, tapi ianya boleh juga diletakkan di dalam kopi. Walaupun ianya manis dan berkerim, tapi madu lebih baik berbanding gula putih di pasaran kerana mempunyai antioksidan.
Walaupun agak mahal, namun khasiatnya seiring dengan harganya. Hanya campurkan sedikit coklat gelap dalam kopi (selalunya untuk latte), ianya akan mencair dan memberi rasa serta aroma menyelerakan. Patut cuba!
Kurma dalam kopi? Jarang dengar, kan? Dikenali sebagai pemanis semula jadi, jangan pula anda letak sebiji buah kurma ke dalam kopi. Pes kurma sangat mudah dibuat sebelum dicampurkan ke dalam minuman. Hanya kisar buah kurma bersama sedikit air, siap!
Stevia ini kelihatan seperti gula, namun rasanya lebih manis. Ia tidak mempunyai kalori dan pastikan anda ketahui amaun sebenar kerana stevia ini sangat manis, cukup hanya beberapa taburan dalam minuman.
Alternatif lain untuk menggantikan kreamer adalah dengan menggunakan santan. Santan dikatakan mempunyai lemak sihat dan potassium.
Kayu manis sering ditabur di atas kopi latte sebagai perhiasan, tapi tahukah anda menggantikan gula dengan kayu manis dapat meningkatkan metabolisma tubuh dan mengurangkan keradangan perut? Namun, harus berhati hati dalam membeli, kerana mungkin anda tersalah beli jenis sebenar kayu manis ini!
Susu badam dikatakan mempunyai lebih kalsium dan kurang lemak berbanding susu lembu. Namun, jika anda tidak menggemari rasa lemak susu badam, anda juga boleh menggantikannya dengan susu kacang atau susu pisang.
Jika anda pernah makan pagi di gerai atau warung kopi, anda mesti pernah melihat pakcik-pakcik meletakkan mentega ke dalam kopi mereka. Mentega dalam kopi dapat meningkatkan metabolisma dan tenaga anda. Harus cuba!
Kalau ada cara lebih sihat untuk minum kopi tak rugi pun mencuba kan?
Biasa kita dengar tentang pengorbanan isteri menguruskan keluarga dan anak-anak apabila suami tiada di rumah. Tetapi berbeza dengan pengalaman lelaki bernama Mohd Effendy.
70 hari menempuh kehidupan tanpa seorang isteri di sisi . Dia terpaksa menguruskan segala keperluan rumah termasuklah anak-anak selain memasak dan mengemas. Akuinya bukan mudah dan ‘huru-hara’ dunia nya buat seketika apabila terpaksa melayani karenah anak-anak.
Belum part kena memasak yang sebelum ini tidak pernah dilakukannya, namun demi anak-anak dicubanya dan ternyata usaha gigih dia berjaya melakukannya.
Sama-sama kita ambil manfaat dari apa yang dikongsikan ayah kepada tiga orang anak ini. Siapa kata hanya isteri yang tahu berkorban, suami juga boleh berbuat demikian.
Selamat Tahun Baru 2020. Selamat tinggal 2019.
22 Oktober 2019 sampai 31 Disember 2019
Ini tempoh masa di tahun 2019 yang aku takkan lupa sampai bila-bila.
70 hari wife aku ke UK atas urusan pengajian PHD. Tinggal kami 4 beranak di Malaysia. Aku dan 3 orang anak usia 7 tahun, 5 tahun dan 3 tahun.
Banyak kejadian yang berlaku dan benda baru yang aku belajar. Banyak juga pengajaran untuk aku sebagai seorang lelaki, suami dan ayah.
Panjang entry ni. Bacalah. Ini pengalaman aku.
Aku diuji dari segi mental. Diuji dengan tahap kedegilan dan kebuasan anak-anak. Dulu ada dua singa mengaum dalam rumah. Sekarang tinggal satu singa ja. Haha.
Ini yang terjadi dekat aku yang sangat-sangat menguji tahap kesabaran aku. Tiga kali.
First, depa buat pesta telur dalam bilik air. 10 biji telur diseludup dari dapur dan dipecahkan dalam bilik air. Mandi telur. Habis satu rumah bau telur. 😭
Second, depa buat pesta ubat gigi. Ubat gigi colgate saiz besar baru beli dipicit dan dilumur dalam bilik air. Habis satu rumah rasa berangin. 😭
Third, depa buat pesta slime. Penuh rambut dengan slime. Jenuh tonyoh nak bagi tanggal. 😭
Bila kita marah depa reyau panggil nama ibu. Aduh. Dari marah terus berombak dada. 🥺
Untuk mengelak kejadian yang sama berulang, terpaksalah aku yang mandikan atau pantau aktiviti mandi-manda depa.
Itu belum lagi aktiviti sepah-menyepah. Boleh dikatakan setiap hari kena kemas dan menyapu rumah.
Huh! Perit. 💆♂
Urusan sekolah bukan setakat pagi-pagi hantar anak-anak ke sekolah. Malam sebelumnya dah bermula urusan sekolah. Iron baju, iron kain, iron tudung. Susun buku dalam beg ikut jadual. Check alatulis.
Pagi-pagi pulak nak berperang dengan depa punya mood. Kelam-kabut aku sorang-sorang nak handle 3 orang. Dengan nak ligan masa lagi.
Stress aku! 🤒
Korang pernah rasa jantung terhenti sesaat bila anak hilang dari pandangan? Ni yang selalu jadi kat aku bila bawak anak-anak pi shopping barang-barang rumah. Hang ada dua biji mata yang hang nak tengok barang dan dalam masa yang sama nak kena tengok tiga orang anak.
Yang paling kerap hilang dari pandangan si hero. Lari serupa pelesit. Sup sap sup sap. Hilang!
Dah la nak cari barang yang nak dibeli bukannya senang. Jenuh pusing satu mall.
Letih oi! 🥴
Benda yang aku paling tak suka bila makan kat luar. Reja nak gaduh ja. Kecoh satu kedai. Mula la aku nak naik angin. Tarik telinga reyau serupa kena dera. Mulalah orang pandang-pandang buat muka serupa aku ni kaki dera anak. Haha.
Itu belum lagi order macam-macam lepas tu tak makan.
Parak! 😡
Bila difikirkan tahap keparakan atau tahap damage bila makan diluar sudah sampai level kritikal, aku decide untuk cuba-cuba masak.
Ini rare!
Selama 8 tahun tak pernah masak. Tolak masak nasi dan rendam megi. Akhirnya dengan bantuan wife dari jauh, youtube dan google aku mula menumis bawang, potong sayur, siang ikan, mengunyit ikan dan ayam dan menggoreng.
Unbelievable!
Now, macam tak percaya aku dah boleh masak sardin, sup ayam, gulai ikan, kurma telur, lemak sotong kubis, maggi goreng mamak, nasi goreng sardin. Sekarang dah sampai tahap ada resepi, cukup bahan, kita kasi jadi.
Rasa nak nangis bila anak-anak cakap sedap ayah masak. Kenapa bila ibu ada ayah tak masak? Haha.
So, ini boleh jadi antara aktiviti we-we time dengan wife nanti.
Sweet-sweet. Haha. 😍
Sebelum ni lepas dinner, cuci pinggan, ambik remote bukak tv, layan movie. Mengantuk, lena.
Jangan harap la boleh macam tu bila wife tak ada. Lepas dinner, cuci semua pinggan. Lap meja. Ambik penyapu sapu semua makanan yang bersepah sebab anak-anak depa patuk makanan. Haha. Lepas tu baru boleh layan movie.
Ingat boleh lena terus bila mengantuk? Kena kasi settle anak-anak dulu. Bancuh susu dulu. Lauk-lauk lebih kena simpan dulu. Part ni paling susah. Hang nak kena settlekan puzzle dalam peti ais. Nak susun lauk ke dalam peti ais. Lepas tu baru boleh lena.
Menguji minda! 🤔
Lepak mengeteh.
Ini aktiviti yang aku paling nak buat tapi tak boleh buat dalam tempoh 70 hari ni. Rasa murung oi dok rumah ja.
Ada sekali tu sebab terlampau sangap sangat nak mengeteh dengan member, terpaksa aku angkut semua anak-anak ke warung. Parking kereta tepi meja, buka tingkap. Anak-anak makan dalam kereta. Huhu.
Yang paling best member-member pernah mai rumah ramai-ramai tengok bola di rumah sebab aku tak boleh keluar malam.
Thank you geng! 🤗
Pernah sekali aku ke KL 3 hari dengan anak-anak untuk hadir majlis konvo adik ipar. Ini paling azab. Azab nak pack baju depa. Mana baju jalan, mana baju tidoq yang sepasang, mana baju basahan, botol susu, susu dan pampers.
Azab perjalanan ke KL dengan depa bergaduh dalam kereta. Kencing tembus pampers. Basah seluar dan baju. Jalan sat berak pulak. Adoi la.
Azab! 🥵
Macam tak percaya berat aku boleh turun 3kg tanpa bersenam. Perut pun dah kempis. Pelik tapi benar. Tak tau la sebab apa. Mungkin sebab tahap aktif luar biasa uruskan rumah dan anak-anak. Mungkin sebab rindu? sunyi? Haha
Tapi aku rasa sebab aku belum cukup kuat untuk handle semua hal-hal rumah dan anak-anak tanpa isteri. Aku mampu buat tapi tak sempurna.
Aku respect orang perempuan ni. Depa lebih kuat sebenarnya. Mental lebih kuat. Lebih penyabar dan lebih multitasking. Perfect!
The positive thing yang aku dapat dalam 70 hari ni aku lebih rasa menghargai, lebih memahami wife aku. Aku dapat rasa apa yang dia rasa. Bukan mudah nak buat semuanya dalam satu masa. Sangat susah. Tapi wife selalunya nampak tenang ja kan.
Sebab tu kita dijadikan berpasangan. Saling tolong-menolong.
Kita tetap lelaki walaupun kita pegang penyapu dan menyapu.
Kita tetap lelaki walaupun kita kutip pakaian kotor dan basuh.
Kita tetap lelaki walaupun kita lipat pakaian yang menimbun.
Kita tetap lelaki walaupun kita masuk dapur.
Kita tetap lelaki walaupun kita mengemas rumah.
Alhamdulillah aku tak bertukar menjadi perempuan pun selepas aku buat semua benda-benda ni.
Dah boleh berhenti viral pasal wife masuk kereta ja tidur. Sebab itulah masa mereka berehat.
Wife bersiap 2 jam. Banyak yang dia nak kena siapkan sebelum dia siapkan diri dia.
Wife masuk semua lorong dalam mall dan berjam-jam. Banyak barang rumah yang dia nak kena beli. Kita sendiri pun tak pernah ambik tahu apa barang yang tak cukup di rumah. Semua wife yang uruskan. Biarlah dia cari dan cukupkan semua barang yang tak cukup.
Appreciate them!
Syukur kepada Allah sebab tak pernah tarik nikmat sihat dalam tempoh 70 hari ni. Alhamdulillah.
Maafkan ayah. Kesian anak-anak ayah sebab inilah cuti sekolah yang paling membosankan. 😭
Paling best 70 hari ni father, daughter, son bonding time. The best ever quality time. Aydeen pun sebelum tido selalu cakap “saaaaayaaannngggg yayah”. Sebelum ni tak pernah pun. Selalu “saaaaayaaaannngggg ibu” je. Jangan jeles Marliza Mostapha. 😝
Terima kasih kepada abah, kakti MarIsha Mustafa dan nani Nanie Mostapha yang sanggup datang dari johor dan KL jenguk cucu-cucu dan anak buah walaupun sekejap. Terima kasih juga kepada paksu izat Muhammad Izzat dan maksu fifi Fikriah Fifi datang bawak lauk. 🤗
70 hari yang sangat meletihkan tapi ini pengorbanan aku sebagai seorang suami untuk memenuhi impian dan cita-cita seorang isteri.
Jururawat Indonesia berpotensi membantu Malaysia menangani kekurangan hampir 15,000 jururawat. Namun, isu kebajikan, beban kerja dan usaha mengekalkan tenaga kesihatan tempatan kekal menjadi keutamaan.