Anak pokok cili yang matang seharusnya dipindahkan ke dalam pasu atau ke tanah untuk pastikan dapat hidup subur dan berbuah lebat.
Sekiranya tidak tahu cara atau teknik yang betul, bimbang juga pokok yang ditanam terbantut pembesarannya malah lagi membimbangkan tidak pula mengeluarkan hasil yang lebat.
Untuk itu, jom.kita baca perkongsian daripada Mohd Nor untuk info bersama.
TIPS UNTUK POKOK CILI
Masa pindahkan anak pokok cili ke pasu atau polibeg besar atau tanah…
buang daun yang bawah dan tanam dalam sikit sampai paras tanda merah. Akar-akar baru akan keluar yang boleh menambah kestabilan pokok & membantu pokok cepat membesar dan berbuah.Jangka hayat pokok akan jadi lebih panjang…
Ads
Step 1 : Keluarkan daripada polibag dan masukkan ke dalam pasu.
Step 2 : Masukkan tanah ke dalam pasu.
Ads
Medium terbaik untuk cili ialah cocopeat(100%sabut) tapi saya kehabisan stok jadi yang ada tanah 3in1… masih berasaskan sabut…. 40% sabut, 40% tanah hitam, 10% topsoil, 10% sekam padi.
Ads
Step 3 : Siap. Kalau berjaya tahan sampai 2 tahun rasanya kena alihkan…. akar dah penuh…
Pembajaan terbaik untuk cili ialah baja AB tapi apa saja baja boleh digunakan cuma dengan sukatan yang betul… kawalan perosak juga penting kerana pokok cili sering diserang benah putih… byk produk dipasaran… Strex, Brogard, Kitosan dan ada juga yang buat sendiri dari barang-barang dapur…
Campuran bawang putih + cili padi + sabun cuci pinggan…. kalau dapat cahaya matahari pagi sampai petang adalah yg terbaik…
Pokok cili akan rendang dan cabang dahan mudah tumbuh… kalau kurang cahaya pokok akan tinggi dan tak stabil serta cabang dahan sukar tumbuh… semoga bermanfaat & selamat mencuba…
Sumber : Mohd Nor via Berkebun Untuk Beginner
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sempena bulan Ramadan yang hampir tiba, sebagai ibu ayah yang masih mempunyai anak yang belum baligh, kita juga mahu mendidik anak-anak ini untuk meraikan bulan Ramadan dengan sama-sama melakukan ibadah puasa.
Pun begitu, bagaimana cara yang sewajarnya untuk kita biasakan anak-anak berpuasa mengikut keupayaannya?
Ini memandangkan bagi kanak-kanak menahan diri daripada makan dan minum sepanjang hari itu belum diwajibkan ke atas mereka.
Tidak pasti caranya, jom kita baca perkongsian cara mendidik anak berpuasa bersama ustazah Asma’ Harun.
UMI & ABI, BOLEH AJARKAN SAYA PUASA?
Assalamualaikum ustazah. Saya ingin bertanya beberapa soalan mengenai puasa bagi anak kecil. Pada umur berapakah sepatutnya anak-anak mula berpuasa? Dan bagaimana cara terbaik untuk mendidik mereka berpuasa?
JAWAPAN
Waalaikumussalam wbt. Alhamdulillah, terima kasih atas soalan yang baik ini. Ibu ayah yang sentiasa mementingkan didikan agama kepada anak-anak pastinya tertanya-tanya jawapan bagi persoalan ini.
Maksudnya: “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kemudian kedua orang tuanyalah yang akan menjadikan anak itu Yahudi, Nasrani atau Majusi.”
(HR Bukhari, No. Hadis 1385)
Perkataan fitrah di dalam hadis ini bermaksud anak-anak dilahirkan dalam keadaan Muslim. Berdasarkan pada hadis ini jelaslah bahawa secara fitrahnya anak-anak dilahirkan Muslim, tetapi yang mencorakkan mereka sama ada menjadi Yahudi, Majusi, atau Nasrani ialah ibu bapa.
Dalam perkara berkaitan puasa, para ulama bersepakat bahawa kanak-kanak yang belum baligh adalah tidak diwajibkan untuk berpuasa.
Hal ini adalah berdasarkan kepada hadis yang menyebut bahawa tidak terdapatnya taklif (kewajipan) dan tanggungjawab ke atas seorang kanak-kanak sehinggalah dia baligh.
Saidina Ali bin Abi Talib r.a. meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
Maksudnya: “Terdapat tiga golongan yang amalan mereka tidak dicatat: seorang kanak-kanak sehinggalah dia baligh, orang yang tidur sehinggalah dia terjaga dan seorang yang hilang akalnya sehinggalah dia kembali waras.”
(HR Abu Daud, No. Hadis 4402, taraf hadis: Sahih)
Namun, bilakah waktu yang sesuai seorang kanak-kanak itu perlu dididik untuk berpuasa?
Menurut Imam al-Nawawi di dalam Kitab Majmu’ yang bermaksud:
“Al-Shirazi dan ulama mazhab al-Syafie menyatakan apabila seorang anak itu mampu berpuasa, maka wali wajib menyuruhnya berpuasa ketika berusia tujuh tahun, dengan syarat dia sudah mumayyiz. Dan memukulnya sekiranya dia tidak berpuasa ketika usia 10 tahun. Anak perempuan sama seperti anak lelaki tanpa khilaf.”
Maksud tujuh tahun ialah setelah sempurna usia tujuh dan memasuki usia lapan. Juga setelah sempurna usia sepuluh tahun dan memasuki usia sebelas tahun.
Hal ini diqiyaskan dengan hadis suruhan mendidik anak-anak untuk solat:
Maksudnya: “Ajarilah kanak-kanak untuk solat setelah dia berusia tujuh tahun, dan apabila dia berumur sepuluh tahun, pukullah dia (dengan pukulan yang tidak menyakitkan dan melukakan dengan tujuan untuk mendidik).”
[HR Abu Daud, No. Hadis 494]
Walau bagaimanapun, ibu bapa atau penjaga hendaklah menilai sejauh mana kemampuan kanak-kanak tersebut untuk berpuasa serta memastikan ia tidak menyebabkan kemudaratan kepada mereka.
BAGAIMANA MENDIDIK ANAK-ANAK BERPUASA?
Antara cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga untuk mendidik anak-anak berpuasa ialah:
1. Menjadi role model bagi anak-anak.
• Ibu bapa adalah watak utama dalam menunjukkan contoh yang terbaik kepada anak-anak. Jadi, pamerkanlah akhlak yang baik dengan mempraktikkan ibadah-ibadah semasa Ramadan seperti tadarus Al-Quran, berterawih dan amalan bersedekah.
• Sekiranya ibu itu tidak berpuasa (uzur syarie) elakkan makan di hadapan anak-anak.
2. Berbicara mengenai puasa.
• Menjelaskan kepada anak-anak mengenai puasa secara santai seperti berkongsi kisah nabi-nabi, cara puasa Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan kisah-kisah teladan.
• Mengajar anak-anak cara membaca niat puasa, memberitahu syarat wajib dan syarat sah puasa, rukun puasa, ganjaran bagi orang yang berpuasa dan keistimewaan berpuasa Ramadan.
• Mengucapkan kata-kata semangat kepada anak-anak supaya timbulnya perasaan teruja menunggu kehadiran Ramadan.
3. Mengajar anak-anak berpuasa secara berperingkat mengikut waktu solat.
• Fasa pertama : Puasa hingga waktu Dhuha
• Fasa kedua : Puasa hingga waktu Zohor
• Fasa ketiga : Puasa hingga waktu Asar
• Fasa terakhir : Puasa hingga waktu Maghrib
Fasa begini dilakukan supaya tubuh serta minda anak-anak bersedia dan mereka tidak rasa terbeban jika terpaksa untuk terus berpuasa sepenuh hari.
4. Memberi ganjaran kepada anak.
• Berilah dakapan dan pujian atas kejayaan usaha mereka melaksanakan puasa tanpa mengambil kira mereka berjaya berpuasa penuh atau tidak.
• Menyediakan makanan kegemaran anak-anak untuk berbuka.
• Jika perlu, berikan hadiah supaya mereka lebih bersemangat untuk meneruskan puasa sehingga ke akhir Ramadan.
Maksudnya: “Ya Allah, berikan kefahaman agama kepadanya dan ajarkannya takwil (tafsir al-Quran).
[HR Ahmad]
RUMUSAN:
• Kanak-kanak merupakan golongan yang tidak diwajibkan untuk berpuasa. Namun, digalakkan untuk melatih mereka berpuasa sedari umur sempurna 7 tahun mengikut pendekatan-pendekatan yang dikongsikan di atas.
• Ibu bapa atau penjaga perlu mengetahui tahap kemampuan anak-anak supaya sebarang kemudaratan tidak berlaku.
Oleh itu, pentingnya bagi kita untuk menyediakan diri dengan ilmu yang mantap mengenai puasa Ramadan supaya ia dapat diwariskan pada anak-anak seterusnya generasi yang akan datang.
Apa yang kita makan dan minum, itu yang tentukan tahap kesihatan kita. Itu antara yang biasa kita dengar bila orang berkata tentang penjagaan kesihatan melalui pengambilan makanan.
Lazimnya susu menjadi pilihan utama bila mengamalkan pemakanan yang sihat dalam diet harian. Pun begitu, dalam banyak-banyak jenis susu yang ada ditawarkan sebaiknya anda perlu kenal yang mana satu harus dijadikan pilihan terbaik dengan mengetahui info yang tertera di bahagian label produk.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Dietitian Nur Aliah Syazwanie ini. Semoga ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk membuat pilihan terbaik.
SUSU – BETULKAH MENGANDUNGI GULA?
“Aliah, susu boleh minum kah? Aku ada terbaca yang susu ada kandungan gula yang tinggi. Betulkah?” Tanya seoarang rakan saya yang sedang dalam fasa penurunan berat badan tempoh hari melalui aplikasi pesanan Whatsapp.
Sejujurnya, ini bukan kali pertama saya menerima soalan mengenai betulkah susu itu mengandungi gula sehingga ramai yang cuba mengelakkan diri untuk memasukkan susu ke dalam senarai pilihan makanan mereka ketika dalam proses penurunan berat badan.
Susu lah yang mengandungi hampir kesemua nutrisi yang diperlukan oleh badan kita terutama sekali Kalsium.
Susu juga merupakan penyumbang utama kepada
(1) Protein
(2) Vitamin A
(3) Riboflavin (Sejenis Vitamin B2)
(4) Vitamin B12
(5) Zinc
Saranan pengambilan susu menurut Malaysian Dietary Guideline 2010 pula sebaik-baiknya 2 hidangan sehari bagi memastikan keperluan Kalsium turut diperolehi.
PERSOALANNYA, BETULKAH SUSU MENGANDUNGI GULA?
(1) Pertama, susu mengandungi LAKTOSA atau LACTOSE. Iaitu sejenis GULA SEMULA JADI yang terdapat dalam susu atau produk tenusu. Ini termasuk produk berasaskan susu seperti milk shakes, yogurt, cheese dan ais krim.
(2) Jadi, usah risau. Anda hanya perlu bertenang ketika memasukkan susu ke dalam senarai barang dapur harian anda.
(3) Yang membuatkan susu mengandungi gula ialah ketika kita memilih susu berperisa seperti perisa strawberry, coklat, coffee mahupun susu berperisa kurma
Mengapa?
(4) Kerana majoriti susu berperisa akan mengandungi SUKROSA atau SUCROSE, iaitu sejenis GULA RINGKAS atau Gula Putih yang akan menaikkan kadar penyerapan gula dalam darah dengan cepat
BAGAIMANA UNTUK TAHU PERBEZAAN SUSU YANG MENGANDUNGI GULA?
Nah, disini lah kegunaan INFO LABEL PEMAKANAN yang terdapat pada packaging produk.
1. Rujuk senarai bahan/ramuan
Set dalam minda untuk sentiasa rujuk senarai bahan, jika SUKROSA tersenarai, dan anda pula tengah dalam proses untuk diet, elakkan untuk memilih susu seperti ini
Boleh rujuk posting saya sebelum ini mengenai CARA MEMBACA LABEL PEMAKANAN YANG BETUL di https://www.facebook.com/100001040719268/posts/2895550693822926/?app=fbl
2. Elakkan memilih susu yang mengandungi SUKROSA
5g Sukrosa/Gula = 1 sudu teh
Jikalau 15g gula? Sudah ada 3 sudu teh. Untuk pesakit kencing manis terutamanya kena berhati-hati.
3. Jika anda sedang dalam fasa penurunan berat badan, boleh pilih SUSU RENDAH LEMAK sebagai ganti kepada SUSU PENUH KRIM.
Yang suka dengan susu,
Dietitian Nur Aliah Syazwanie
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Ini satu lagi projek ibu dan anak boleh buat untuk mengisi waktu lapang sepanjang musim cuti sekolah ini.
Apa kata, kita buat inai untuk warnakan kuku bersama dengan menggunakan bahan yang sedia ada di rumah kita.
Nak tahu bagaimana dan apa teknik penyediaannya, jom semak!
”Mak nak syer inai homemade yang mak buat siang tadi.Actually Uolls buleh jugak tanya pakcik Google…Cuma.., resepi ni mak dapat dari kawan Mak.Mungkin lain orang lain bahannya.. modal tak sampai 3 hengget..”– Rosdiana Dian
3 Bahan-bahan asas:
1. Kapur sireh/ kapur makan tu. Ini paling utama. Takde ni maka pewarna takleh serap dalam kuku. (Sukatan hujung sudu kecil). Sikit secoet ja.. jangan byk2 takut panas… kang sakit pulak kuku tu Mak tak jamin..
2. Sabun mandi yang jenis ketul/ buku. (Sukatan 2cm persegi).
Alternatif
Atau, sabun axion pun buleh.
Ada orang pakai sabun axion atau brand lain janji bentuk pes tu. Jangan yang cecair tu tau. (Kalau axion dlm Sukatan 1 sudu besar).
3. Pewarna makanan kaler ceri merah. Ada yang pakei sirap. Hehehe.. ikut la nak kaler apa pun… oren, purple, hijo, cekelet ke hitam ke.. sapa berani nak kuku kaler-kaler leh try. Jangan yang kordial tau… tu takleh.. lain jadinya karang. Hihihi.. Agak-agak sukatan setengah atau sebotol ikut kepekatan).
Cara-cara bancuhan.
1. Campur semua 3 bahan asas ke dalam mangkuk dan adun hingga sebati. Boleh adjust ikut kelikatan dan kecairan hasil.
Toksah campur air tau… Kemudian sapu rata dikuku pakai putik kapas yang saiz kecil. Biarkan 20-30minit, ala-ala kering. Kemudian cuci bersih-bersih.
Alaaaaa… susah-susah tak dapat nak agak kuantiti bahan buleh beli ja inai readymade kat kedai tu.. tapi cuma inai tu tak kekal lama laaa.. lekas pudar…
Yang ni tahan lama hingga ikut habis kuku dipotong.
Lagi satu, yang paling penting buleh bawa SOLAT. Sebab warna menyerap ke dalam kuku. Bukan hanya sekadar menutup permukaan kuku macam kuitik tu (betoi ke mak eja). Tak caya lepas pakai try ler kikis. Buleh ke idok.
Sumber : Rosdiana Dian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.