Nak mencuci bukan mudah, jika mahu hantar ke dobi mahal dan leceh untuk mengangkutnya. Jika dibiarkan boleh menjejaskan kesihatan seisi keluarga dek habuk dan kotoran yang melekat padanya.
Cara Mudah Pastikan Karpet Sentiasa Cantik & Tahan Lama, tak perlu Hantar Dobi Pun. Guna Soda & Cuka Je, Confirm Jadi!Nak tak nak, kenalah hantar ke dobi kan. Tapi selain menggunakan khidmat dobi, sebenarnya ada banyak cara yang boleh kita lakukan sendiri demi memastikan permaidani atau karpet kita terjaga dengan cantik tanpa habuk yang memudaratkan kesihatan.

Boleh buat sendiri saja di rumah. Karpet pun nampak sentiasa cantik, bersih dan tidak cepat rosak.
Cara Mudah Pastikan Karpet Sentiasa Cantik & Tahan Lama, tak perlu Hantar Dobi Pun. Guna Soda & Cuka Je, Confirm Jadi!
Langkah-langkahnya:

1. Bersihkan permaidani sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan menggunakan penyedut debu atau vakum.

2. Cuci permaidani menggunakan sabun khusus sekurang-kurangnya enam bulan sekali bagi menghilangkan bau hapak dan mengembalikan kesegaran.

IKLAN

3. Elakkan permaidani daripada terdedah kepada sinaran matahari langsung kerana ia akan memudarkan warna pada permaidani.

4. Ubah kedudukan permaidani dua atau tiga bulan sekali. Dengan cara ini, bahagian yang kerap dipijak atau menjadi laluan akan berganti kedudukan.

IKLAN

5. Untuk menghilangkan bau hapak pada permaidani, ambil sedikit serbuk soda dan taburkan di atas permaidani. Biarkan selama kira-kira setengah jam dan bersihkan mengguna vakum.
Cara Mudah Pastikan Karpet Sentiasa Cantik & Tahan Lama, tak perlu Hantar Dobi Pun. Guna Soda & Cuka Je, Confirm Jadi!6. Jika bau lebih teruk atau sisa makanan atau cecair, larutkan 20ml cuka dalam campura air secukupnya kemudian cuci.

7. Cuci dengan cara mengelap menggunakan kain yang dibasahkan dengan larutan tadi. Elak menggunakan berus. Bersihkan kotoran atau bau secepat mungkin kerana semakin lama ia dibiarkan, semakin sukar untuk membersihkannya.

IKLAN

8. Bagi permaidani baru, pastikan tempat dan permaidani benar-benar bersih sebelum dipasang atau dibentangkan bagi mengelak kesan sampingan seperti alahan.

9. Permaidani yang dipasang melapisi keseluruhan ruang, pastikan terlebih dahulu pengudaraan persekitaran ruang benar-benar dalam keadaan baik. Buka pintu atau tingkap jika perlu. Pastikan juga ia tidak berdekatan punca lembap seperti berdekatan bilik air atau tempias hujan. Elakkan menggunakan ruang berkenaan sekurang-kurangnya tiga hari selepas pemasangan.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI