Ads

Jerebu Kembali Melanda: Panduan Penting Lindungi Kesihatan Si Kecil dan Keluarga

Jerebu yang kembali melanda tanah air membuatkan apabila melangkah keluar rumah pada hari ini, pandangan mata mungkin terasa sedikit kabur dan udara terasa lebih berat daripada biasa.

Jerebu Kembali Melanda: Panduan Penting Lindungi Kesihatan Si Kecil dan KeluargaKehadiran jerebu yang kembali melanda tanah air bukan lagi sekadar isu cuaca biasa, malah data terkini daripada Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan telah pun mencecah angka melebihi API 100, iaitu dalam kategori tidak sihat.

Sebagai ibu bapa, situasi ini pastinya menghadirkan rasa bimbang. Mana tidaknya, kesihatan anak-anak yang aktif di sekolah serta warga emas di rumah terdedah kepada risiko jangkitan saluran pernafasan.

Justeru, sejauh mana persediaan kita sekeluarga untuk berdepan gelombang udara tidak sihat ini?

Semak Bacaan IPU Sebelum Keluar Rumah
Sebelum membenarkan anak-anak keluar bermain atau ke sekolah, jadikan rutin harian untuk menyemak portal rasmi APIMS Jabatan Alam Sekitar bagi memantau status kualiti udara di kawasan kediaman.

Bacaan melebihi 100 (tidak sihat) adalah isyarat jelas untuk kita mula mengehadkan aktiviti luar rumah bagi melindungi golongan rentan.

Ibu bapa perlu peka dengan keadaan jerebu yang semakin berleluasa agar kesihatan orang tersayang terjamin.

Jerebu Kembali Melanda: Panduan Penting Lindungi Kesihatan Si Kecil dan Keluarga

Jadikan Rumah Sebagai Zon Selamat
Rumah kita sepatutnya menjadi zon selamat untuk melindungi kesihatan seluruh isi keluarga daripada ancaman jerebu.

Ibu bapa disarankan supaya sentiasa menutup pintu dan tingkap rumah rapat-rapat bagi mengelakkan zarah-zarah halus jerebu daripada masuk ke ruang tamu serta bilik tidur.

Selain itu, pastikan ahli keluarga mendapat air yang mencukupi sepanjang hari. Amalan ringkas ini membantu memastikan tubuh kekal terhidrat ketika berdepan keadaan udara yang kering dan tercemar.

Ads

Jerebu Kembali Melanda: Panduan Penting Lindungi Kesihatan Si Kecil dan Keluarga

Beri Perhatian Kepada Anak Kecil dan Warga Emas
Kita juga perlu memberi perhatian khusus kepada golongan rentan seperti anak kecil dan warga emas di rumah.

Golongan ini lebih mudah terkesan kerana sistem pernafasan mereka lebih sensitif terhadap perubahan kualiti udara.

Ibu bapa disarankan supaya memakaikan pelitup muka seperti N95 sekiranya anak-anak terpaksa keluar rumah ketika keadaan jerebu tidak sihat.

Jangan lupa juga untuk sentiasa memantau kesihatan mereka dari semasa ke semasa. Perhatikan jika terdapat perubahan kesihatan seperti batuk, kesukaran bernafas, sakit tekak atau ketidakselesaan pada mata.

Sekiranya gejala menjadi serius atau berpanjangan, dapatkan pemeriksaan dan nasihat daripada petugas kesihatan.

Jerebu Kembali Melanda: Panduan Penting Lindungi Kesihatan Si Kecil dan Keluarga

Ads

Kerjasama Ibu Bapa dan Pihak Sekolah
Kerjasama dengan pihak sekolah juga amat penting untuk memastikan keselamatan anak-anak ketika cuaca tidak menentu ini.

Ibu bapa perlu sentiasa mengikuti pengumuman rasmi daripada pihak sekolah atau pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Patuhi sebarang arahan untuk menangguhkan aktiviti luar bilik darjah demi mengelakkan anak-anak terdedah terlalu lama kepada udara jerebu.

Jika bacaan kualiti udara berada pada tahap tidak sihat, ibu bapa juga boleh memastikan anak-anak mengurangkan aktiviti fizikal yang berat di luar rumah dan mematuhi panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Jerebu Kembali Melanda: Panduan Penting Lindungi Kesihatan Si Kecil dan Keluarga

Jerebu Menuntut Keluarga Lebih Berwaspada
Keprihatinan dan tindakan pantas kita hari ini adalah kunci utama untuk menjamin kesejahteraan kesihatan keluarga tersayang.

Jerebu yang melanda menuntut kita agar lebih berwaspada dan tidak mengambil mudah aspek kesihatan pernafasan.

Ads

Amalan pemantauan bacaan IPU setiap hari harus dijadikan tabiat baharu demi keselamatan seisi rumah.

Pada masa yang sama, setiap ahli keluarga perlu mengetahui langkah asas yang perlu diambil apabila bacaan kualiti udara mula menunjukkan tahap yang tidak sihat.

Bagi ibu bapa, persediaan awal juga boleh dilakukan dengan memastikan keperluan asas seperti pelitup muka yang sesuai tersedia di rumah.

Aktiviti anak-anak pula boleh dirancang mengikut keadaan semasa supaya mereka tidak terdedah kepada pencemaran udara untuk tempoh yang lama.

Langkah yang kelihatan kecil seperti menutup pintu dan tingkap, mengurangkan aktiviti luar serta memantau keadaan anak-anak sebenarnya mampu membantu keluarga menghadapi musim udara tercemar dengan lebih bersedia.

Ingatlah bahawa pencegahan awal adalah perisai terbaik untuk melindungi anak-anak dan keluarga daripada kesan pencemaran.

Semoga kita semua terus sihat dan selamat mengharungi musim jerebu ini dengan penuh kesiapsiagaan.

 

BACA LAGI: “Topeng Muka Berkesan Untuk Jerebu Adalah N95.” Doktor Ni Kongsi Tip Pilih Topeng Yang Betul Untuk Masalah Jerebu

Sumber: Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

“Mama Sangat Bangga Dengan Kamu” Baru 15 Tahun, Anak Sharifah Sofia...

Sharifah Ariana raih pingat emas ragbi wanita SUKMA Selangor 2026 pada usia 15 tahun, membuatkan ibunya, Sharifah Sofia cukup bangga.