Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Atas desakan situasi, jenazah seorang warga emas terpaksa dibawa dengan menggunakan motorsikal.
Lebih memilukan, jenazah ini dibawa sejauh 13 kilometer dari hospital ke rumahnya. Menurut laporat, jenazah Sukur yang berusia 64 tahun itu telah meninggal dunia di hospital selepas mendapatkan rawatan di sana.
Menerusi video yang tular itu, dapat dilihat pemuda tersebut meletakkan jenazah Sukur di bahagian kanan dan mengimbangi motornya dengan meletakkan batang pisang di bahagian kiri motornya.
Ads
Dalam pada itu, ketua kampung di kawasan terbabit yang dikenali sebagai Salim menjelaskan bahawa jenazah tersebut terpaksa diangkut dengan menggunakan motor adalah disebabkan oleh kerosakan jalan raya.
Lebih teruk lagi apabila jalan raya yang rosak sepanjang 13km itu masih lagi tidak diperbaiki sehingga ke hari ini.
Sejak keputusan SPM dikeluarkan, banyak kisah kejayaan dipaparkan sebagai inspirasi kepada masyarakat.
Seperti kisah kembar yang meraih 8A dalam SPM ini, ianya di dorong oleh kejayaan tiga abang mereka selain kegigihan ibu bapa memeras keringat menjual sate untuk menyara keluarga.
Inilah yang menyuntik semangat kembar ini untuk belajar bersungguh-sungguh dan seterusnya berjaya memperoleh keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2022 yang diumumkan baru-baru ini.
Shazuin Jamalos dan kembarnya, Mazuin adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Zulkifli Mohamad memperoleh 8A (Mazuin) dan 6A (Shazuin).
Shazuin berkata, dua abangnya kini bekerja sebagai jurutera petroleum manakala, seorang lagi bergelar doktor dan berkhidmat di Hospital Serdang.
“Ibu bapa kami mementingkan pendidikan dan memberi peluang sama rata kepada kami untuk belajar demi masa depan kami.
“Jika ketiga-tiga abang mampu berjaya dalam pelajaran dan kehidupan, mana mungkin kami tidak mengulangi kejayaan sama.”
Mazuin pula berkata, keazamannya disuntik selepas melihat ibu bapa Jamalos Teratib, 66, dan Malasiah Alwi, 60, berkerja keras menjual sate bagi menyara keluarga mereka.
“Ibu bapa saya menjual sate sejak 46 tahun yang lalu dan dengan hasil jualan sate itulah yang membesarkan kami lima beradik sehingga berjaya,” katanya yang bercita-cita menjadi doktor bersama kembarnya.
Katanya, mereka menerima tawaran melanjutkan pengajian jurusan pergigian di Mesir, namun memilih belajar di universiti di Cyberjaya dalam bidang perubatan menerusi tajaan biasiswa.
Bagi yang mungkin kurang peka apakah yang dimaksudkan dengan ADHD, ia adalah suatu gangguan yang merangkumi gabungan masalah yang berterusan, seperti masalah kesukaran mengekalkan perhatian, hiperaktif dan tingkah laku impulsif.
Kanak-kanak yang mempunyai ADHD juga boleh bergelut dengan masalah rendah diri, hubungan yang bermasalah dan prestasi yang kurang baik di sekolah. Oleh yang demikian, mereka memerlukan sokongan dari orang sekeliling lebih-lebih lagi ibu bapa dan juga pendidik.
Ini kerana, untuk bercakap dengan individu yang menghadapi ADHD haruslah berhemah dan dengan cara yang betul, tidak seperti interaksi biasa.
Baru-baru ini pengasas dan pengarah urusan Avenys dan Vitalica, Aleeya Zailan mendedahkan yang anaknya kini tertekan dengan kelakuan seorang guru di sekolah. Kejadian ini dialami oleh anaknya Aaron yang mempunyai masalah ADHD.
Kisahnya bermula apabila suatu hari Aaron telah menendang papan tanda di luar kawasan sekolah dan tidak mengangkatnya semula walaupun sudah disuruh oleh seorang guru yang kebetulan memerhatikan perkara tersebut.
Selaku seseorang yang mempunyai masalah ADHD, Aleeya berkata Aaron kurang senang diarahkan buat sesuatu dalam nada menjerit.
Sepatutnya sebagi seorang pendidik, guru tersebut tahu cara menegur anak murid dengan berhemah. Bukan sahaja pada anak murid yang mempunyai ADHD tetapi yang lain-lain kerana amalan menegur secara menjerit ini tidak seharusnya berlaku.
Oleh kerana tidak dipedulikan arahan tersebut, guru itu melulu mengejar dan berterusan mengetuk tingkap kereta tak ubah seperti samseng jalanan.
Walaupun masih berasa takut selepas insiden tersebut, keesokan harinya Aoron masih hadir ke sekolah seperti biasa. Namun mengejutkan apabila guru yang sama telah menghalaunya balik bersaksikan rakan-rakan lain.
Apabila laporan dibuat dan Aleeya Zailan meminta bukti CCTV, sesuatu yang mencurigakan telah berlakukerana pihak sekolah enggan memberikan rakaman CCTV saat kejadian berlaku.
Menurut Aleeya Zailan lagi, dia bukanlah berpihak 100% kepada anaknya namun bagi Aleeya, kanak-kanak seperti Aaron perlu ditegur secara berhemah.
Tambahan lagi, itulah kaedah paling berkesan untuk bercakap dengan golongan ADHD.
Oleh yang demikian, Aleeya Zailan m akan engambil inisiatif memindahkan anaknya ke sekolah baru, ternyata Aoran jauh lebih gembira dan tiada lagi masalah yang berlaku.
Dalam melayari bahtera rumahtangga, tidak dinafikan faktor kewangan adalah sangat penting terutamanya apabila sudah mempunyai cahaya mata. Malah pasangan yang tidak mempunyai simpanan sewaktu bujang haruslah berusaha untuk membuat tabungan apabila sudah berkahwin.
Jangan mengharapkan pada pendapatan pasangan sahaja untuk menampung kekurangan anda malah seeloknya anda dan pasangan haruslah bijak mengatur kewangan anda agar tidak sesak sewaktu memerlukan.
Nak tahu bagaimana caranya? Ikuti panduan ini.
1. Kira Perbelanjaan Bulanan
Bagi anda yang tidak pernah ambil tahu perbelanjaan kasar bulanan, anda harus lakukannya segera. Ini bagi memastikan perbelanjaan anda tidak melebihi pendapatan bulanan anda.
Baki dari anggaran kasar anda itu, barulah anda aturkan untuk perbelanjaan lain yang tidak berapa penting tetapi ingat agar meletakkan 20% dari baki tersebut sebagai simpanan.
2. Jangan Bergantung Pada Pendapatan Sampingan
Ramai di antara masyarakat Malaysia sekarang membuat kerja sampingan. Malah ada yang berhempas pulas membuat dua atau tiga pekerjaan yang lain dalam satu masa.
Tidak dinafikan, pendapatan sampingan ini kadang kala lebih dari pendapatan tetap namun anda harus ini, ianya tidak boleh dimasukkan dalam pendapatan tetap yang anda dapati setiap bulan kerana jumlah tidak menentu.
Jangan terlalu bergantung pada jumlah tertinggi yang pernah anda dapat dari pendapatan sampingan ini tetapi letakkan ia sebagai ‘simpanan’ bagi mengelakkan anda boros berbelanja.
3. Letak Target Untuk Beli Barang
Bagi anda yang boros berbelanja, sudah sampai masanya untuk anda ubah sifat itu. Tidak dinafikan setiap diantara kita mempunyai keinginan untuk mendapatkan barangan yang di minati.
Tapi ingat, sifat ini akan memakan diri. Sebaliknya anda senaraikan dulu barangan mengikut keperluan. Jika sesuatu yang anda inginkan itu adalah jumlah yang besar. letak target untuk memilikinya. Berbelanjalah ikut kemampuan anda.
4. Beli Hanya Bila Perlu
Dalam era sekarang, perniagaan online pastinya memudahkan anda untuk mendapatkan barangan yang diinginkan. Tapi ingat! Jangan terpedaya dengan iklan atau strategi pemasaran yang ditonjolkan sebaliknya anda membeli barangan yang perlu sahaja.
5. Bijak Menabung
Bagi yang bakal menimbang cahaya mata, anda perlu membuat kajian dan carian untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat bagi tujuan tabungan dan pelaburan untuk anak.
Pelaburan yang diyakini selamat dan menguntungkan seperti Amanah Saham Bumiputera dan tabungan di Tabung Haji antara yang menjadi pilihan ibu bapa.
6. Ambil Insurans Nyawa
Mungkin ramai menyangka insurans sesuatu yang membazir kerana hanya membuat pembayaran untuk sesuatu yang tidak diketahui berlaku. Namun, pernahkah terfikir apa yang terjadi jika ditakdirkan sesuatu yang buruk terjadi kepada anda.
Bagaimana dengan nasib keluarga anda?
Pilih skim insurans yang bertepatan dengan belanjawan bulanan anda kerana sekarang pelbagai skim ditawarkan oleh banyak syarikat. Jangan takut untuk bertemu ejen insurans untuk mendapatkan nasihat skim insurans nyawa terbaik untuk anda berdasarkan jumlah
perlindungan, umur dan jenis pekerjaan.
7. Perlindungan Perubatan Untuk Keluarga
Selain kos sara hidup harian, kos perubatan anak-anak perlu dititikberatkan oleh ibu bapa. Dengan adanya pelan perlindungan insurans, anak-anak mempunyai akses kepada rawatan dan ubat-ubatan terbaik jika berlaku komplikasi kesihatan.
8. Buat Bajet Keperluan Rumah
Membesarkan anak memerlukan kos yang tinggi. Untuk itu, perancangan kewangan teliti diperlukan. Anda perlu mencatatkan barangan keperluan rumah dan anak setiap bulan beserta kosnya untuk menjamin kelangsungan kos hidup.
Kos pakaian, lampin, susu formula, perubatan dan vaksinasi adalah antara kos yang perlu diberi keutamaan. Kegagalan untuk merancang dan berfikir ke depan mungkin akan menyusahkan ibu bapa apatah lagi bagi mereka yang berpendapatan rendah dan tinggal di bandar besar.
9. Tabung Kecemasan
Malang sentiasa tidak berbau. Namun anda perlu sentiasa bersedia dengan apa juga kemungkinan. Mungkin jumlah simpanan tabung kecemasan tidak mencukupi untuk mencapai matlamat kewangan jangka panjang, tetapi dengan memulakan tabung kecemasan sedikit sebanyak dapat membantu anda mencapai kestabilan kewangan
Penting untuk anda memulakan tabung kecemasan seawal mungkin kerana ia mengambil masa yang agak panjang untuk mencapai jumlah sasaran simpanan kecemasan anda. Jangan tangguh dan mulakan tabung kecemasan anda sekarang.
Simpan mengikut kemampuan anda dan terus berdisiplin dalam menyimpan. Bak kata pepatah, ‘Sediakan Payung Sebelum Hujan.’