Anak kepada pelakon dan pengacara popular, Raja Azura, iaitu Puteri Mia Maizura tampil mempertahankan ibunya selepas wanita itu menjadi sasaran kecaman melampau susulan cara pengacaraannya dalam sebuah program nyanyian baru-baru ini.
Puteri Mia bersuara selepas seorang individu didakwa bukan sahaja mengkritik gaya pengacaraan Raja Azura, malah turut memperlekehkan tahap pendidikan ibunya yang hanya memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Menurut Puteri Mia, tahap pendidikan seseorang tidak seharusnya dijadikan alasan untuk merendahkan maruah atau mempertikaikan kemampuan mereka sebagai individu mahupun ibu.
Raja Azura Dipertahankan Anak: “Mama Berjaya Didik Kami”
Puteri Mia mengakui ibunya mungkin tidak memiliki kelulusan akademik yang tinggi, namun Raja Azura berjaya membesarkan serta mendidik anak-anaknya sehingga memperoleh pendidikan yang lebih baik.
“Saya faham mama berpendidikan sampai SPM sahaja, tapi mama saya berjaya didik saya dan abang-abang saya menjadi manusia yang berpendidikan tinggi.
“Tanpa dia, saya tidak akan berada di sini.”
Luahan itu jelas menggambarkan rasa bangga dan penghargaan seorang anak terhadap segala pengorbanan ibunya sepanjang membesarkan keluarga.
Bagi Puteri Mia, kejayaan seorang ibu bukan sekadar diukur melalui sijil yang dimiliki, sebaliknya turut terletak pada didikan, usaha dan pengorbanan yang dicurahkan kepada anak-anak.
Ads
Tegur Boleh, Jangan Merendahkan
Dalam masa sama, Puteri Mia tidak menafikan orang ramai berhak memberikan teguran terhadap cara ibunya mengendalikan program berkenaan.
Namun, dia berharap setiap kritikan disampaikan secara berhemah tanpa menyentuh soal peribadi atau merendahkan latar belakang pendidikan seseorang.
“Cukup sekadar teguran, saya dan mama saya boleh terima. Tapi jangan downgrade mama saya macam tu.”
Puteri Mia turut memohon maaf kepada mereka yang kurang senang dengan cara Raja Azura mengacarakan program tersebut.
Ads
Menurutnya, ibunya juga sudah mengetahui tentang kecaman yang diterima dan akan menjadikan teguran tersebut sebagai ruang untuk memperbaiki mutu pengacaraan pada minggu seterusnya.
Raja Azura Dikritik Selepas Digandingkan Dengan Keanu Azman
Terdahulu, Raja Azura atau lebih mesra disapa Kak Engku menerima kecaman daripada segelintir penonton selepas didakwa kurang serasi ketika digandingkan bersama Keanu Azman dalam sebuah program nyanyian.
Namun, tindakan Puteri Mia mempertahankan ibunya mengingatkan ramai bahawa latar belakang pendidikan tidak seharusnya menjadi ukuran mutlak terhadap nilai seseorang.
Ads
Tidak semua ibu bapa berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi, tetapi ramai yang sanggup berkorban dan bekerja keras demi memastikan anak-anak mendapat masa depan yang lebih baik.
Buat seorang ibu, mungkin tiada pencapaian yang lebih membanggakan selain melihat anak-anak membesar menjadi insan berilmu, berjaya dan tahu menghargai segala pengorbanan yang telah diberikan.
Pengorbanan Ibu Tidak Diukur Pada Sijil
Kejayaan seseorang tidak semestinya hanya ditentukan oleh tahap pendidikan formal. Dalam kehidupan berkeluarga, usaha membesarkan, mendidik dan membuka peluang kepada anak-anak juga merupakan satu pencapaian yang besar.
Bagi anak-anaknya, apa yang dilakukan Raja Azura sepanjang membesarkan mereka ternyata mempunyai nilai yang jauh lebih besar daripada sekeping sijil.
Anak yang dilahirkan adalah anugerah Ilahi dan kurniaan daripada tuhan agar kita mensyukuri dan menghargai anugerah Allah yang cukup bernilai itu.
Malah anak-anak merupakan kurniaan yang menjadi penyeri yang diharapkan dapat memberikan kebahagian buat keluarga. Adalah paling penting, ibu bapa memberikan sepenuh kasih sayang terhadap anak kerana adalah anugerah yang tiada tandingannya.
Namun, kadang kala ibu bapa yang sibuk bekerjaya lupa akan tanggungjawab yang harus digalas. Mereka alpa dang ego kepada anak-anak.
Sebagaimana perkongsian ini, yang mendidik kita supaya santuni anak-anak.
EGONYA KITA DENGAN ANAK!
Sebelum kita keluar ke pejabat kita membebel pada anak kerana lambat bersiap. Sampai di sekolah anak maklumkan ada surat yang dia lupa berikan semalam. Lagi sekali anak dileteri.
Anak salam dan masuk ke kelas dengan keadaan emosi yang terguris. Dah dua kali kena marah. Kalau tak bagitahu pasal surat tu pun takpe fikirnya. Buat kena marah je.
Seharian dia di sekolah bersama kawan-kawan dan guru. Bila habis sekolah, dia tinggal di taska atau rumah pengasuh. Sementara menunggu ibu dan ayah balik..
Bila matahari semakin hilang cahayanya, baru ibu dan ayah datang mrnjemput.
Dah 8/9 jam tak jumpa ibu ayahnya. Banyak yang dia nak kongsikan. Waktu ibu dan ayahnya sedang bercakap, waktu itu juga mereka excited nak cerita dan bertanya itu dan ini. Nak bagitahu cikgu puji dia pandai, nak bagitahu kawan puji kotak pensil yang ibu baru belikan
Tapi mereka dimarahi kerana dikatakan menyibuk waktu orang tua nak bercakap. Mereka menunduk dan masuk ke bilik. Bergurau pulak dengan adik-adik. Kecoh bunyinya. Tetiba wajah si ayah tersembul di muka pintu. Kena marah lagi sebab bising waktu ayah nak tengok berita. Ayah suruh baca buku.
Tengah-tengah belek buku, teringat lukisan cantik tadi. Berlari nak tunjuk kat ibu didapur. Tetiba terlanggar pulak bucu meja. Jatuh dan pecah berderai gelas atas meja. Sekali lagi anak ini dimarahi dan dileteri.
Dan anak ini akhirnya tidur dalam keadaan dia tertanya-tanya adakah ibu dan ayahnya menyayanginya atau tidak. Tiap hari, pasti ada saja salah dan silap mereka. Pasti ada yang tidak kena.
IBU AYAH JANGAN PENTINGKAN DIRI
Itu senario yang selalu kita hadapi. Malahan saya sendiri mengalaminya. Sungguh tinggi ego kita. Sungguh kita sangat mementingkan diri.
Anak ini belum matang. Belum tahu berfikir seperti orang dewasa. Bila ibu dan ayah pulang mereka benar-benar ingin merasai kehadiran kita. Ingin dipeluk dan berkongsi cerita. Tapi apa yang mereka dapat???
Bila mereka besar dan lebih selesa berkongsi cerita dengan teman-teman, jangan kita persoalkan kenapa. Kerana waktu mereka ingin benar-benar berkongsi dengan kita, kita menafikan hak mereka.
Keegoan itu langsung tak menjadikan kita ibu bapa yang hebat.
Emosi dan amarah hanya mengundang salah tafsir si anak
Jika kita berasa penat dengan urusan kerja seharian, bagaimana pula dengan anak-anak? Jam 7.30 dah terpacak di sekolah. Pagi sekolah agama dan petangnya pula sekolah kebangsaan. Tidak penatkah mereka?
Kita keluar bekerja tanpa membawa beban berkilo. Tapi mereka bagaimana? Berat beg sekolah saja sudah 5 kg.
Ingatlah, anak itu satu anugerah. Bukan tempat melempias lelah.
Hangat diperkataan kini dikalangan warganet mengenai produk memasak yang harganya mencecah hingga lebih RM7000. Menariknya produk ini boleh memasak dengan memaparkan lebih 57,000 menu pelbagai jenis resipi dengan mudah dan cepat. Bagaikan ‘periuk ajaib’ untuk para isteri menyediakan menu istimewa hidangan seisi keluarga.
Thermomix adalah produk canggih direkacipta dengan menggunakan teknologi Jerman. Nama seakan robot ini, kemunculannya ini dimedia sosial ketika PKP menjadi bualan hangat dikala ramai antara rakyat Malaysia menghadapi krisis kewangan akibat penularan wabak covid-19 sehingga kerajaan menyediakan bantuan kepada golongan B40 dan M40. Warganet berpendapat, produk ini tidak berbaloi untuk dimiliki, namun ada juga sebaliknya. Untuk rekod produk ini telah berada di pasaran Malaysia sejak tahun lepas.
Tidak dinafikan produk canggih membuatkan ramai isteri-isteri teruja namun mimpi ngeri buat suami apabila harganya mahal.Ramai meluahkan rasa kecewa pada harga jualan produk itu.
Dalam pada itu, penjual produk ini, Mohd Yazid Ismail memohon maaf melalui facebooknya. Beliau menjelaskan produk itu disasarkan kepada golongan yang berpendapatan tinggi.
Saya minta maaf pada yang berkenaan. Yang kena tag oleh isteri masing-masing, yang gusar dan susah hati disebabkan oleh status saya yang viral pasal Thermomix tu.
Saya baca komen-komen dan hati saya tersentuh.
Malam tadi ada seorang lelaki call saya, dia kata isteri suruh. Dia tanya macam mana nak dapatkan Thermomix? Bila bagitahu harga, dia hampa dan kecewa. Isterinya nak sangat katanya. Bagus dia sayang isteri.
Tapi, itu lah, isteri kadang-kadang dia tahu tak mampu tapi dia hanya nyatakan impian je. Bukannya dia nak dapat terus. Kira macam window shopping je. Mereka faham kewangan keluarga.
Saya faham dapur robot ni memang mahal. Tapi untuk pengetahuan, ramai yang beli ialah golongan M40.
malah ada beberapa orang dari B40. Mereka beli selepas buat research betul-betul, bukan beli gitu je.
SESUAI UNTUK IBU MENGIDAP TEKANAN TERUK
Widyana Ali cerita kat saya, ada 3 orang kawannya yang beli Thermomix adalah ibu-ibu yang mengidap depression yang teruk, termasuk bipolar. Ini bukan penyakit biasa-biasa. Bila dah ada Thermomix di rumah mereka, tahap depression dapat dikurangkan secara berterusan.
Banyak kali mereka ucap terima kasih kepada Widyana sebab jual Thermomix kat diorang. Alhamdulillah. Urusan di dapur jadi sangat mudah dan tenang.
Dua tiga hari ni, ramai lelaki yang pm sebab nak belikan hadiah untuk isteri. Siap bayar cash on the spot. Alhamdulillah mereka ada duit. Tapi ada yang pm nak beli untuk isteri tapi tak mampu, saya faham, semoga niat murni mereka diberi ganjaran oleh Allah.
CANGGIH SETANDING HARGA
Kehebatan produk ini memang tidak dinafikan setelah mampu menyediakan beribu resipi. Memang superb!
Ini padangan menerusi FB seorang suami, Muhammad Yusoff Masing-masing punya pandanga tersendiri.
Jarang saya menulis pagi-pagi. Tapi oleh sebab tengah viral pasal Thermomix ni eloklah saya tulis sikit pasal benda alah ni.
Firstly, mahal weh RM7000 tu! Serius, main kutu pun rasa tak berbaloi RM7k ni. Kalau kita golongan T20 yang jenis duit tak tau nak buat apa, okay je boleh pejam mata beli tapi pada golongan M40, B40 yang dok terliur sama, pada saya elok simpan je duit RM7k tu.
Kenapa saya cakap better simpan duit? Tahukah anda, dengan RM7000 tu anda boleh beli 7 bijik periuk Noxxa, boleh beli berapa 7 vakuum takde wayar, boleh beli 4 iron Phillips, yang jadi wishlist kaum perempuan kat Malaysia. Ye, dengan RM7000 tu anda boleh berkongsi macam-macam peralatan wishlist kaum perempuan ni untuk kegunaan keluarga sendiri dan kegunaan keluarga mertua, betul tak?
Bahkan dengan RM7000 anda boleh beli completed set perkakas dan barang dapur yang lebih berbaloi berbanding RM7000 untuk satu thermomix sahaja. Silap-silap RM7000 tu siap pakej sekali table top dan kabinet simple + perkakas memasak.
Tapi itulah, kalau teringin jugak nak beli Thermomix ni, pada saya ada baiknya kalau duit tu anda pi beli emas. Sekurangnya ada la jugak gelang emas boleh menunjuk sap, sap angkat lengan baju macam Mami Jarum kan? Emas, kalau takde duit, time susah boleh pi Ar-Rahnu. Kalau beli Thermomix nak gadai macamana, kan?
Yang tak sabar nak beli tu boleh tak sabar sikit sebab benda elektronik ni dia kejap je akan ada pesaing syarikat lain yang akan bagi alternatif pada kita dengan harga yang lebih murah. Tak percaya cuba tengok periuk Noxxa kan berapa banyak syarikat yang dah tiru buat periuk dengan function macam tu. Sama jugak macam Iron Philips, banyak dah syarikat yang dah tiru buat iron dengan function macam tu. Dan paling penting, harganya lebih murah. Ya, yang periuk Thermomix ni pun saya tengok dia pun dah ada yang lebih murah, cer Google atau cari kat Lazada, Shoppe kalau tak percaya.
Dan, satu lagi benda paling penting Bila dah banyak sangat alat elektronik ni, antara kita sedar atau tak, ia dah menghilangkan sedikit demi sedikit nostalgia bunyi ketang-ketung kuali hitam yang mak-mak kita selalu pakai. Hilang dah nostalgia bunyi tumbuk bawang pakai lesung, sampai keluar air mata. Hilang dah nostalgia menguli, mengadun tepung guna tangan nak buat karipap. Hilang dah bunyi sreng, sreng bunyi minyak yang mak-mak tumis bawang yang baunya sampai ke ruang tamu. Then, hilang dah sikit keberkatan air tangan mak-mak sebab semua dah diganti dengan air tangan mesin, kan?
Saya ada tengok video ada orang guna Thermomix untuk masak, saya tengok hasilnya sama je macam kita guna dapur ketang, ketung. Takde beza. Kecualilah kalau Thermomix ni kita boh segala bahan lepas tu kita kata kat dia ‘weh aku nak ikan singgang’ tet, keluar ikan singgang. Kita kata kat dia ‘weh nak nasi goreng kampung’ tet, keluar nasi goreng kampung. Memang berbaloi la beli.
Tapi itulah, pada saya simple je.
Saya tak halang pun sape nak beli. Siapa yang banyak duit tu boleh je pi beli cuma kalau setakat kita yang beli penapis air dan penapis udara pun kadang terskip sebulan dua, pada saya elok kita guna je perkakas yang biasa-biasa je. Alah membeli, menang memakai, betul tak?
Saya tak kata mesin ni tak bagus sebab ia sangat funtional, cuma yang lebih penting time-time PKP ni kita fikir-fikirkanlah antara kehendak atau keperluan, mana satu yang lebih penting?
p/s: boleh share status ni, takdak masalah. Harap status ni boleh bagi pencerahan pada semua yang tengah ketaq tangan, ketaq lutut, ketaq pala-pala nak suruh suami beli benda alah ni. Boleh jugak follow pengulas runcit-runcit pinggan mangkuk dan perkakas dapur:
PILIH BARANG KEMAS
Dalam pada itu, seorang doktor yang sering berkongsi cerita tentang perubatan turut memberi pandangan mengenai alatan memasak ini.
Menerusi Facebook, Sakinah Sulong berpendapat bahawa lebih bermanfaat membeli barang kemas berbanding produk berkenaan.
RM7K utk Thermomix? Tidak, terima kasih Duit suami elok dia belikan saya emas. Pandora pun blh, upah saya masak hari2
Apa yang pasti, produk ini memang superb! Memang idaman ramai para isteri-isteri. Min pun ’mengidam ni. Apa pun, ada pro dan kontra. Yang jelas, kena tepuk dada tanpa poket.
Siapa tak kenal dengan Ain Edruce? Pelakon dan pengacara yang memang dikenali kerana karakternya yang selamba, lucu dan gila-gila.
Sejak awal kemunculannya, Ain sememangnya kerap memuat naik aksi-aksi lucu melibatkan dirnya dan rakan-rakan. Malah setelah berkahwin, Ain menjadikan suaminya juga sebagai watak utama dalam setiap content yang dilakukan.
Namun sejak mendapat cahaya mata, Soraya yang kini berusia setahun lapan bulan kerap muncul dalam media sosial kelolaan ibunya itu.
Semakin hari, gelagat Soraya semakin lucu dan seolah-oleh terikut karekter ibunya itu.
Baru-baru ini, satu lagi hantaran Ain Edruce bersama anaknya mengundang tawa ramai. Memang tak jemu melihat telatah kedua beranak ini. Soraya juga seolah sudah pandai mengusik.
Gelagat Ain yang bertanya kepada anaknya sama ada dia menyayangi Ain atau bapanya, Amirul Hafiz.
“Soraya, sayang mummy or daddy?” soalnya.
Menerusi hantaran tersebut, berkali-kali Ain menyoal Soraya namun respons yang diberi oleh anaknya masih sama memandangkan dia tetap ingin memilih bapanya.
“Sayang daddy!” jawab Soraya.
Disebabkan respons Soraya masih sama, Ain berseloroh meminta anaknya untuk masuk kembali ke dalam perutnya dan ia mengundang tawa netizen.
“Masuk balik dalam perut! Masuk balik dalam perut!” balas Ain.
Respons spontan yang diberi oleh Soraya kepada Ain turut menghiburkan pengikutnya memandangkan Soraya tidak mahu memilih Ain.
“Tak boleh!” akhiri Soraya.
“Eeee!! Geramnya. Kau bila aku gigit Soraya, tak lepas tau. Jaga kau! Geram je budak kecik ni,” tulisnya di ruangan kepsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat mereka berdua, lebih-lebih lagi respons yang diberikan oleh Soraya sehingga ramai yang mengatakan anaknya itu kelakar seperti Ain.
“Masuk balik dalam perut selamber je dia jawab ‘tak boleh’ hahaha.
“The moment she said ‘tak boleh’, memang betul lah tu dia sayang daddy hahaha.
“Cinta pertama anak perempual adalah ayahnya. I’m so sorry for you sister hahaha.
Malah, ada juga segelintir yang meminta Ain untuk menyebut nama suaminya terlebih dahulu kepada Soraya memandangkan anak kecil sering menyebut nama yang terakhir mereka dengari.
“Kak Ain cuba terbalik sayang daddy ke sayang mummy, Kadang-kadang budak suka ikut yang last hahaha,” komen salah seorang netizen.