Bab nak basuh baju, sidai baju memang laju je… Tapi yang nak melipat tu, alahai susah betul! Kadang, sampai menggunung kain jadinya baru ada kesedaran nak melipat!
Selalunya kalau isteri lipat kain, sambil tengok televisyen agak lambat jadinya kerja melipat tu sebab dok fokus pada cerita. Waktu tu, encik suami kadang bukan main menegur suruh fokus buat kerja. Haaaa untuk situasi kali ni berbalik pula pada si suami!
Menerusi sebuah perkongsian rakaman TikTok, kelihatan seorang suami sedang menonton perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 di kaca televisyen yang berlangsung baru-baru ini. Sambil menyaksikan pertempuran dua pasukan tersebut, dia turut sama membantu melipat selonggok pakaian bersih miliknya dan pasangan. Namun, segala kerjanya tergendala gara-gara terlampau fokus dengan siaran di hadapan mata.
Sebaik sahaja sedar tangan pasangannya terhenti daripada membuat kerja, si isteri yang turut berada di ruang tersebut pantas menegur. Akibat terkejut mendengar suara cinta hatinya, lelaki berkenaan terus laju capai sehelai baju dan kembali menyambung tugas yang tergendala sebentar tadi.
Meninjau di ruangan komen, ramai memuji sikap si suami yang rajin bantu isteri melakukan kerja-kerja rumah. Selain itu, ada yang berseloroh kononnya lelaki berkenaan seolah-olah sedang dimarahi oleh emaknya gara-gara terleka dengan perkara lain.
Bagi pasangan suami isteri yang tinggal sebumbung bersama orang tua mungkin ada yang merasakan ada pro dan kontranya. Turut diakui ada kalanya cukup tenang dan membahagiakan namun sekali sekala ‘bergelora’ juga jiwa dan raga!
Maklumlah sedangkan lidah lagi tergigit, begitulah juga suami isteri meskipun saling mencintai boleh bergaduh inikan pula dengan mentua atau ibu bapa sendiri.
Kadang-kadang hal kecil pun boleh jadi bermasam muka, umpamanya dalam menegur anak-anak. Maklumlah naluri orang yang telah berumur begitu sensetif dan akan lebih menyayangi cucu-cucu mereka. Boleh katakan pantang kalau ‘dicuit’ cucu kesayangan, akan dipertahankan.
Jadi tidak hairanlah kenapa kita selalu lihat atuk atau nenek hubungan mereka sangat akrab dengan cucu. Akan dipastikan dilayan dengan penuh kasih sayang dan terkadang terlebih manja.
Apa sahaja yang diminta cucu, semuanya ditunaikan. Jadi ‘pantang’ bagi atuk nenek ini jika cucu-cucu mereka dimarah atau ditegur dihadapan mereka.
Hal ini seperti kisah yang dikongsikan oleh wanita ini di Tik Tok. Ujarnya meskipun dia berasa bertuah masih berpeluang duduk sebumbung dengan ayahnya yang dikatakan telah berusia 73 tahun.
Namun orang tuanya itu telah menegur dan membebel pada dirinya gara-gara memarahi cucunya.
Ada 17 Cucu Kesemuanya
Lumrah ibu, jika marah anak bertujuan untuk mengajar namun proses tersebut terhalang kerana datuknya akan membela setiap waktu. Melalui perkongsian video di tiktok juga kita dapat lihat reaksi lelaki berusia ini terus memujuk manja cucunya yang sudah bersedih dan didakap mesra sambil membebel pada anak sendiri kerana memarahi dan membuatkan cucunya bersedih.
Video yang dikongsikan ini nyata meraih hingga 109.7 juta tontonan dan rata-rata ramai yang meninggalkan komen dan berkongsi pengalaman yang sama.
Setiap kali pasangan ini memuat naik momen bersama keluarga di media sosial, ada sahaja yang membuatkan netizen terhibur.
Tak kurang juga yang memuji akan cara pasangan ini mendidik dan membesarkan anak-anak mereka.
Terbaru, Ozlynn memuat naik foto anak bujangnya, Ariq Lim yang sedang memangku adiknya sedang tidur memperlihatkan betapa akrabnya hubungan mereka.
Walaupun sedang mengikuti kelas online secara maya, namun dia masih sempat menidurkan adiknya.
Menerusi perkongsian tersebut, Ozlynn mengakui Ariq seorang anak dan abang yang bertanggung jawab. Memandangkan dia kini belajar menerusi online, pelbagai cabaran terpaksa dihadapi.
“Dah cakap dah online class tak semudah yang kita jangka! Tengah online tetibe adik nangis.. nak kena pujuk.. tengah online maid dok pekik sape makan tak basuh pinggan.. tengah online class adik pulak tanya pasal sirah.. tengah online mama mintak tolong check buku adik.
“Tengah online adik dok menjerit bergasak rebut toys… cemane gaisss?! Sian kan? Tapi hal gambar di atas memang betul2 sweet.. mama tengah masak, kak dorthy tengah kutip baju kotor tetibe moleiq melalak. Baru kecik kan api lauk berlari ke depan.
Rupa-rupanya si adiknya menangis sebab mengingau. Melihatkan keprihatinan anaknya Ariq, membuatkan Ozlynn rasa tersentuh hati.
“tengok2 adik kat pangku abang.. rupanya abang dia tidur kan.. dia melalak tu sebab ngigau.. 😂😂 Allahu.. moga segala yang terbaik di dunia dan akhirat menjadi milikmu anakku Ariq Lim ❤️
Perkongsian yang menyentuh hati itu mendapat reaksi ramai. Rata-rata memuji Ozlynn dan Johan kerana memiliki anak dan abang yang cukup prihatin dan penyayang kepada adik-adiknya.
Bila dah ‘gelap mata’ dek kerana harta, semua kasih sayang boleh hilang begitu sahaja! Lebih-lebih lagi antara ahli keluarga seperti adik beradik, atau hubungan suami isteri itu sendiri.
Perit untuk dengar, tapi itulah yang dibuat oleh seorang wanita merancang plan jahat dengan mengupah sekumpulan perompak untuk merompak di rumah sendiri dan merancang pembunuhan suami demi tuntutan pampasan insuran yang bernilai jutaan ringgit!
Plot pembunuhan dirancang rapi suspek wanita berusia 37 tahun itu dilakukan di kediamannya di Taman Aneka Baru, Sungai Udang, Khamis lalu. Bayaran upah RM10,000 diberikan kepada kumpulan pembunuh upahan yang diarah menyamar sebagai perompak untuk ‘melakonkan’ aksi rompakan sebelum membunuh suaminya.
Menurut sumber, isteri mangsa sebelum itu melaporkan kepada polis kediaman mereka dirompak sekumpulan lelaki yang turut menikam mati suaminya.
Bagaimanapun, soal siasat polis terhadap wanita terbabit membongkar rancangan licik dilakukannya apabila terdapat percanggahan keterangan direkodkan daripada wanita terbabit menyebabkan dia akhirnya mengaku merancang pembunuhan itu.
“Wanita itu yang disoal siasat mengaku mencari khidmat pembunuh upahan itu menerusi kenalan lelaki dan membayar wang pendahuluan kepada pembunuh upahan terbabit.
“Pada mulanya dia memberi alasan melakukannya (rancangan membunuh suami) kerana tertekan sering dipukul mangsa. Namun siasatan mendapati wanita itu sudah menaik taraf jumlah insurans sebelum kejadian (bunuh) berlaku,” katanya.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam berhubung satu pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki yang menyebabkan seorang daripadanya terbaring berlumuran darah di kawasan rumah berkenaan jam 2.14 pagi Khamis lalu.
“Pasukan perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan seorang lelaki berusia 41 tahun sudah meninggal dunia akibat 14 kesan tikaman,” katanya.
Arjunaidi berkata, isteri mangsa memaklumkan, dua lelaki berpakaian serba hitam dan memakai topeng serta bersenjatakan pisau masuk ke rumahnya melalui pintu hadapan sebelum menikam suaminya hingga menyebabkan kematian.
“Dakwa wanita itu, perompak menggeledah bilik dan rumah sebelum mengambil pelbagai beg tangan berjenama, barang kemas serta wang tunai sekitar RM40,000 dan melarikan diri menggunakan kereta BMW. Dianggarkan jumlah kerugian dialami kira-kira RM100,000,” katanya.
Bagaimanapun, polis menahan wanita berumur 37 tahun itu sekitar jam 10 malam, tidak sampai 24 jam selepas polis menerima laporan berhubung insiden kejadian rompakan itu.
Beliau berkata, suspek dipercayai membuat perancangan untuk membunuh suaminya sendiri kerana dendam.
“Dia berkomplot bersama empat lelaki berumur 20 hingga 36 tahun yang ditahan polis antara Jumaat lalu hingga kelmarin di sekitar daerah ini serta Senawang, Negeri Sembilan,” katanya.
Beliau berkata, wanita terbabit dan empat suspek direman sehingga 22 September ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh serta Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu rompakan berkumpulan dengan senjata.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...