Dalam minggu ini, sosial media dipenuhi dengan berita gembira dengan pemberian bonus daripada majikan. Bukan sahaja kakitangan kerajaan tetapi juga swasta.
Terbaru menerusi perkongsian usahawan dan pempengaruh popular, Khairul Aming (KA) sekali lagi membuatkan warganet teruja. Mana tak menerusi hantaran terbaru, KA telah membuatkan staffnya meluahkan rasa syukur apabila diberi layanan istimewa.
Semalam kita tutup kedua-dua kilang Nyet untuk meraikan 100 orang staff.
Kita bawa semua shopping baju raya, beli barang dapur untuk persiapan raya dengan family,
bagi bonus duit raya dan juga buka puasa kat hotel. Lepas raya nanti kita pergi bercuti pulak
NAK JADI STAFF KA
Melihat perkongsian KA, warganet meluahkan ingin menjadi staff KA, malah ada yang sanggup pindah ke negeri Cik Siti Wan Kembang.
Risaukan bila anak tak dengar cakap. Perkongsian seorang ibu, mengenai sebab anak tidak mendengar cakap ada sebabnya. Ikuti perkongsian puan Wawa Shauqi yang amat bermanfaat.
Ada banyak sebab kenapa anak tak dengar cakap kita. Antara sebabnya:
1. Sebab suara kita tak cukup sedap macam suara kartun yang mereka biasa tonton di TV. Ini biasa berlaku untuk anak yang terlebih pendedahan skrin. Sindrom ni seolah deria auditori anak hyposensitif terhadap bunyi. Dan keadaannya sama macam anak yang ada masalah pekak.
Lepas ni boleh cuba cakap sambil menyanyi soprano macam dalam kartun Frozen tu, ok! Cakap dengan over ya! Nak lawan kesedapan suara kartun la katakan.
.
2. Untuk anak berusia 2 tahun, neocortex mereka yang memproses logik sesuatu alasan belum sempurna terbentuk. Anak belum ada ‘sense’ untuk bezakan buruk dan baik. Segala nasihat kita dibuat nohen oleh anak. Sebut la berkali-kali ‘jangan pukul, jangan sepah’ anak tetap tak boleh ‘apply’.
Pun begitu, teruskan ulang nasihat yang sama berkali-kali. Sebab nasihat berulang-ulang tu akan tersimpan di dalam minda diluar sedar mereka.
Bila usia mereka cecah 4 tahun, baru kita nampak satu demi satu nasihat kita yang dulu mereka akan apply.
.
3. Boleh jadi penggunaan bahasa kita tak berapa tepat. Cuba klik ni, kepada yang belum baca artikel saya. https://www.theproparenting.com/guna-je-7-bahasa-ni-untuk-anak-degil/
4. Mungkin kerana anak tak jelas apa yang nak kena buat. Boleh jadi sebab kita tak spesifikkan pilihan alternatif. Boleh jadi juga sebab kita tak modelkan perbuatan pada anak.
95% ibu bapa meletakkan ‘kindness’ sebagai prioriti dalam mendidik anak. Tapi tak sampai 80% anak-anak yang merasakan ibu bapa sendiri pernah memodelkan ‘kindness’ tersebut.
Ingat kan, Rasulullah sendiri pesan ‘kepimpinan sebenar adalah melalui teladan’.
5. Mungkin sebab kita sendiri tidak menjaga suruhan Allah. Sebelum kita nak marah anak melengah-lengahkan arahan kita, cuba selidik kita ada lengah-lengahkan arahan Allah tak.
Mungkin sebelum memperbetuli anak, kita perlu perbetulkan juga diri kita. Sobs! Myself is insof.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebagai seorang ibu dan ayah, tentunya kita mengharapkan anak-anak menjadi penyejuk hati kita. Elok perangainya, mendengar kata dan sekali gus menjadi anak soleh dan solehah.
Namun untuk memiliki anak yang bakal menjadi saham akhirat untuk ibu ayah, tidak hanya dengan meletakkan harapan semata-mata. Kita perlu ikhtiar dengan mengamalkan pelbagai cara terbaik untuk mendidik mereka.
Umpamanya sepertimana yang dikongsikan oleh seorang ibu kepada tujuh orang anak ini, Puan Rohaimah Muda, ujarnya setiap kali selepas berwuduk akan lapkan air basahan wudhuk pada wajah dan kepala anak-anak sambil membaca selawat.
Bahkan ada lagi beberapa amalan lain yang turut disenaraikan dalam amalannya untuk mendidik anak-anak agar mudah dan mendengar kata.
Ada yang tanya saya macam mana saya handle anak tujuh orang. Ada yang anak baru dua pun dah kelam kabut. Rumah tak siap, nak buat sarapan tak sempat, terkejar-kejar dengan masa pula.
Saya hanya senyum mendengar komen daripada kawan dan sahabat tentang perkara ini. Sebenarnya, ketika saya anak dua dahulu pun begitu juga. Saya kagum dengan ibu-ibu yang dikurniakan anak yang ramai.
Tetapi, apabila saya sendiri dikurniakan anak yang ramai, terasa mudah. Dan, hakikatnya ketika anak pertama hingga ketiga masih kecil terasa agak susah dan agak penat
Namun, apabila anak pertama, kedua dan ketiga semakin membesar, urusan saya sebagai ibu semakin mudah.
Kenapa?
Kerana anak pertama sudah boleh diharap untuk menolong kita apa yang patut. Kemudian, anak kedua dan ketiga semakin besar, mereka dapat adik lagi. Urusan juga semakin senang.
Hinggalah sekarang, apabila semua anak semakin besar, mereka sudah pandai urus diri dan berdikari. Saya sebagai ibu memberi tunjuk ajar dan arahan sahaja. “Baju sekolah jangan lupa gosok!” “Baju lipat sendiri!” “Kemas ruang tamu!”
Alhamdulillah, jika kita sebagai ibu memberi contoh teladan yang baik, anak-anak mudah mengikut arahan yang diberi
Mudah, kan? Jika kita fikir mudah, ia akan menjadi mudah. Jika kita fikir susah, ia akan menjadi susah. Begitulah cara mendidik anak yang seterusnya. Bahkan, anak ramai ni mereka sudah ada kawan bermain di rumah. Tidak perlu keluar rumah lagi untuk mencari kawan.
Seperkara lagi, ibu-ibu yang mempunyai anak yang ramai mesti ada satu sifat iaitu sabar, sabar dan terus sabar. Itulah yang Islam ajar.
Setiap hari, ibu-ibu berhadapan dengan karenah anak-anak yang sama seperti bermain, bergaduh, bergurau dan juga usik-mengusik. Sekejap ketawa, sekejap lagi menjerit. Telinga yang mendengar pun rasa sakit. Lama-lama ibu juga bertempik.
Itulah rutin saya setiap hari. Saya angggap ia sebagai suara-suara yang sedang menyanyi. Kerana saya fikir, tanpa mereka, pasti rumah akan sunyi. Itulah dunia untuk mereka nikmati.
Di sini, saya ingin berkongsi beberapa tip dalam pendidikan anak: 1. Selepas berwuduk, lapkan air basahan wudhuk pada wajah dan kepala anak-anak sambil membaca selawat.
2. Mengulang zikir ‘Ya Latif Ya Latif ketika membuat air dan memasak.
3. Memeluk dan mencium mereka ketika mereka bergaduh.
4. Ucapkan mama sayang ….(sebut nama anak)
5. Doakan anak-anak dan sebutkan nama setiap anak.
6. Sebelum mereka ke sekolah atau ke asrama, bacakan surah Ar-Rahman ayat 1-4 ke ubun anak-anak. Kemudian zikirkan “Ya Hafiz Ya Muhaimin”. Boleh juga letakkan tangan di kepala mereka sambil membaca ayat dan zikir di atas.
7. Setiap hari, sedekahkan al-fatihah untuk setiap anak.
8. Sentiasa berkata yang baik dan tunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak.
9. Jika anak-anak bergaduh, sama ada di dalam rumah atau di dalam kereta, ibu boleh laungkan azan di hadapan anak. Kerana anak yang sedang bergaduh, sebenarnya sedang diganggu syaitan. Apabila azan, syaitan akan lari. Tapi, dengan syarat lafaz azannya mesti betul ya.
10. Ilmu ini saya dapat daripada seorang ustazah di sekolah anak saya. Ketika anak tidur, bacakan ayat Qursi dan surah Al-Insyirah serta tiupkan pada ubun-ubun anak. Insya-Allah, Allah akan mudahkan urusan kita dalam menjaga anak-anak. Sebagai ibu, kita bukan sahaja menjaga fizikal anak, bahkan rohani dan jiwa mereka perlu diberi keutamaan.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Baking soda bukan sekadar berfungsi dalam masakan terutama dalam membuat kek, sebaliknya ia juga boleh membantu dalam mencuci kotoran. Tak percaya? Jom semak tip ini.
Untuk hilangkan segala macam kotoran kat mangkuk tandas dan tangki tandas,bahan yang diperlukan:
1. Cuka
2. Baking soda
Cara pertama:
• Panaskan segelas cuka 40 ° C, dan kemudian campurkannya dengan soda (iodin).
• Guna 200 gram (7 oz) cuka, dan 1 sudu soda.
• Tuangkan campuran tersebut ke dalam tangki tandas selama beberapa jam. Lebih elok biarkan semalaman.
• Untuk hasil yang lebih puas, buat la beberapa kali.
Cara kedua:
• Kosongkan tangki air, dan tutup pili air.
• Lap permukaan dalaman tangki dengan kain kering, dan tuang kain yang dah dibasahkan dengan cuka dan sapu di kawasan yang kotor.
• Selepas 2-6 jam, anda boleh membersihkan kotoran dengan pengikis (bukan logam).
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Puasa 6 Syawal atau qadha puasa, mana lebih utama? Ketahui hukum, pandangan ulama dan panduan lengkap khusus untuk wanita haid agar ibadah lebih tenang.